ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, August 17, 2009

Muzium Sultan Abu Bakar

Muzium Sultan Abu Bakar ialah sebuah muzium di Pekan, Pahang yang memiliki himpunan barang-barang sejarah yang kaya. Terletak di Jalan Sultan Ahmad, muzium ini mempamerkan barang-barang antik yang termasuk banyak barang-barang China kuno yang diperbuat daripada kaca dan tembikar, serta barang-barang yang berkaitan dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etologi, dan raja.

Sejarah Pahang, khususnya yang berkenaan dengan raja-raja kunonya, didokumenkan dengan baik dalam muzium ini. Bangunan muzium ini adalah tempat kediaman Residen British yang pertama di Pahang, dan bertarikh 1880-an. Sejak masa itu, bangunan ini telah digunakan sebagai ibu pejabat Angkatan Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun dan kemudiannya, sebagai Istana rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.

Pekan merupakan Bandar DiRaja Pahang dan terletak kira-kira 48 km dari Kuantan. Ada pelbagai muzium lain yang terdapat di situ, termasuklah Muzium Tekstil dan Muzium Air. Juga beberapa buah istana yang kaya dari segi senibina Melayu.

0 comments:

Post a Comment