ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, August 11, 2009

TIDAK RAMAI YANG TAHU: MUSEUM KUALA SELANGOR


Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor terletak 53km dari Bandaraya Shah Alam dan lebih kurang 40km dari Bandar Diraja, Klang. Bangunan muzium ini merupakan sebuah bangunan lama yang asalnya merupakan kediaman Rasmi Pegawai Daerah Kuala Selangor. Menyedari pentingnya sejarah Kuala Selangor untuk dikongsi bersama masyarakat,Lembaga Muzium Selangor mengambil inisiatif bersama kerajaan negeri untuk menubuhkan Muzium Sejarah Daerah Kuala Selangor di Bukit Malawati kepada umum.

Muzium ini menghimpunkan segala pensejarahan berhubung Kuala Selangor sebagai pusat pentadbiran Negeri Selangor terawal selain meyaksikan bermulanya Institusi Kesultanan Selangor yang diasaskan oleh Raja Lumu (Sultan Salehuddin) pada tahun 1766. Pameran di muzium ini yang berkonsepkan ‘mesra pengguna’ menyediakan tujuh seksyen yang menerangkan secara kronologi Sejarah Daerah Kuala Selangor. Teknik pameran yang interaktif dengan penggunaan info kiosk, diorama dan audio visual akan membantu para pengunjung memahami pameran dengan lebih mudah dan berkesan.

Latarbelakang: Rumah Api

Rumah Api Kota Malawati
Rumah Api Kota Malawati dibina dipenghujung kurun ke 18 oleh British. Tingginya 83 kaki dari dasar laut dan 27 kaki dari darat Rumah api ini mempunyai tiga bahagian iaitu bawah, tengah dan atas.


MUZIUM SEJARAH DAERAH KUALA SELANGOR
No 1, Puncak Bukit Malawati,
45000 Kuala Selangor.
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tel : 603- 3289 6115

0 comments:

Post a Comment