ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, December 28, 2008

Maal Hijrah

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah adalah penting bagi umat Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah (622 Masihi). Kedua, merupakan hari untuk mengadakan solat sunat dengan bacaan doa yang khusus.

Doa Akhir Tahun
- dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku saat ini jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."

Doa Awal Tahun
- dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam 1 Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."

0 comments:

Post a Comment