ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, February 26, 2008

Penjelasan utk Yani

Berkenaan persoalan tentang Sistem Beraja di Perak Darul Ridzuan, sila perhatikan di bawah. Amalan ini sudah berbeza kini. Bakal pengganti Sultan yg memerintah sekarang adalah puteranya (Raja Muda).

Pemilihan Ketua-Ketua Negeri Beraja
Negeri Sembilan Darul Khusus
Yang Di Pertuan Besar dipilih oleh lima orang pembesar negeri iaitu Undang Sungai Ujung, Undang Jelebu, Undang Johol, Undang Rembau dan Tuanku Besar Tampin
Perak Darul Ridzuan
Sultan dipilih secara bergilir-gilir antara ketua tiga buah keluarga iaitu keluarga baginda Sultan, keluarga Raja Muda dan keluarga Raja Di Hilir
Negeri-Negeri Lain
Kebiasaanya Sultan/Raja yang mangkat digantikan oleh anak sulung lelaki baginda seperti Raja Muda/Tengku Mahkota dan pewarisan juga bergantung kepada Lembaga Kesultanan Negeri seperti Majlis Kerajaan Kelantan, Dewan Negara Perak, Jemaah Pangkuan negeri Trengganu dan Jemaah di Raja Johor

Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
~ jawatan yang dipegang oleh Raja/Sultan.YDP, berkuasa untuk memerintah mengikut nasihat Menteri Besar/ Ketua Menteri dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan mengikut perlembagaan negeri
~ dipilih mengikut perlembagaan negeri atau berdasarkan warisan kerajaan
~ saraan baginda di tanggung oleh Kumpulan Wang yang disatukan diperingkat negeri
~ menjalankan tugas dengan budi bicara dalam hal menolak, membenarkan atau menangguh pembubaran DUN
~ meminta supaya diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja

~ melantik pewaris, Permaisuri, Pemangku Raja atau Jemaah Raja
~ menganugerahkan bintang-bintang

Tugas Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
~ melantik Menteri Besar berbangsa Melayu, beragama Islam mengikut nasihat pemimpin parti yang menguasai majoriti Dewan Undangan Negeri
~ bertindak diatas nasihat Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
~ menjalankan tugas Ketua Agama Negeri mengikut nasihat Majlis Agama Negeri
~ merasmikan sidang pertama setiap penggal Dewan Undangan Negeri dengan memberi titah ucapan di Raja
~ memanggil dan menangguh dewan persidangan Dewan Undangan Negeri
~ memperkenan rang undang-undang/pindaan perlembagaan negeri yang diluluskan dalam masa 30 hari dengan syarat jika tidak diperkenankan pindaan tetap dianggap lulus selepas 30 hari
~ pindaan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong jika raja negeri itu menjadi Yang Di Pertuan Agong
~ apabila ditawarkan sebagai Warta Kerajaan barulah undang-undang berkenaan berkuat kuasa
~ melantik Majistret mengikut nasihat Hakim Besar Malaya
~ melantik Mufti dan Penghulu mengikut nasihat Kerajaan Negeri
~ mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri dan mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Awam di negeri baginda ~ berkuasa untuk mengampun anak raja dan permaisuri negeri lain

Sekatan Terhadap Kuasa Raja/Sultan/Yang Di Pertuan Besar
~ tidak boleh mengampuni diri sendiri, anak-anak sendiri dan permaisuri sendiri
~ boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-Raja atas sifat peribadi dalam kes jenayah sivil

~ untuk kes jenayah, apabila dibuat dakwaan oleh Jabatan Peguam Negeri, baginda perlu turun takhta kerajaan ketika perbicaraan berlangsung
~ sekiranya dipenjara sehari atau lebih baginda perlu turun takhta
~ apabila disabitkan kesalahan jenayah, baginda hanya boleh diampuni oleh Majlis Raja-Raja
~ tidak boleh memegang apa-apa jawatan yang berpendapatan
~ tidak boleh mengambil bahagian secara aktif di dalam perniagaan dan politik


5 comments:

  1. ~ ngeee...ngeee..kak norz...siap mentioned nama yani...hehehehe...gud info akak. yelah, w/pun yani minat sgt kat sejarah...tapi biler dah keje ni tkde masa nak belek buku. kalau ado pun dimanfaatkan untuk baca novel...ahaks... ni satu pengetahuan baru untuk yani.

    p/s: pasni nak buka and baca semula koleksi buku sejarah yg dah lama itew...thanks kak norz...muaaahhh....

    ReplyDelete
  2. Sejarah memang tak jemu kalau kita benar2 menghayatinya. Tak rugi juga mengetahui tentangnya kerana ia merupakan sebahagian daripada "diri" kita juga pada suatu waktu silam.

    The more we read about history, the more will we realize there are so many unknown facts...

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum,
    sistem perlantikan sultan perak masih lagi mengamal sistem penggiliran(raja kecik,raja dihilir,raja muda dan sultan)semasa raja Dr nazrin menjadi raja dihilir,dan ayahandanya menjadi sultan...raja muda perak telah mangkat.mengikut giliran,raja Dr nazrin naik menjadi raja muda perak.raja jaafar menjadi raja dihilir.

    ReplyDelete
  4. salam.

    apa yang berlaku di N.Perak barangkali akibat pengubahannya. sistem giliran raja...walaubagaimanapun orang Melayu mesti ada 'RAJA".
    Raja selaku ketua ugama islam harus menjalankan tugas nya kembali berdasar Al-quran.

    ReplyDelete
  5. salam,

    Tidak ada perubahan didalam sistem perlantikan sultan Perak. Sultan Azlan (1983), Raja Ahmad Sifuddin (1984) & Raja Nazrin (1987)telah melangkau Raja Dihilir disebabkan Raja DiHilir ketika itu terlalu uzur. You may want to refer to this diagram for clarity...
    http://sembangkuala.files.wordpress.com/2009/06/ranking-of-titlesv16.jpg

    ReplyDelete