ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, February 10, 2008

Durbar Pertama

Foto Durbar (Persidangan Raja-raja Melayu) yg pertama di Istana Perak, Kuala Kangsar pada 14-17 Julai 1897. Duduk (kiri ke kanan): Hugh Clifford (Residen Pahang), J.P.Rodger (Residen Selangor), Sir Frank Swettenham (Residen-Jeneral), Sultan Ahmad (Pahang), Sultan Abdul Samad (Selangor), Sir Charles Mitchell, Sultan Idris (Perak), Tuanku Muhammad (Yg diPertuan Besar Negeri Sembilan) & W.H.Treacher (Residen Perak).

Persidangan Raja-raja terus berlangsung sehingga kini. Ia sebuah lambang keutuhan untuk negara yg berinstitusi Raja, sebuah keunikan yg sesungguhnya hebat pada abad ke-21 ini. Di Persidangan inilah semua Sultan-sultan (atau wakil) dapat duduk semeja bagi berbincang segala hal-ehwal berkaitan negara (di mana mereka ada kuasa untuk membuat keputusan).

3 comments:

  1. Dunbar pertama pada zaman gambar hitam puteh tu berlangsung di Kuala Kangsar pada tahun 1897.

    Tetapi itu adalah satu mesyuarat Raja-Raja di bawah order naungan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (bermakna hanya 4 orang Raja yang hadir daripada negeri-negeri Perak, Selangor,Negeri Sembilan dan Pahang.

    Boleh dikatakan Dunbar tersebut tidak sama (dari segi keahlian) dengan majlis raja-raja pada hari ini, yang PERTAMA KALINYA di adakan pada 31hb Ogos dan 1 September 1948.

    Inilah mensyuarat yang pertama. Apabila UMNO melaungkan "Melayu mesti bersatu" ini sebenarnya bermakna Sultan-sultan ketika itu tidak bersatu, lantas negeri-negeri Melayu (sejak hampir 450 tahun) pada kali pertamanya menunjukkan 'sikap mula hendak bersatu'. Bersatu apa penda? Bersatu dibawah naungan sebuah persekutuan, sebuah negara dan sebuah Kerajaan besar yang kongsi pentadbiran dengan "negara-negara" berikut:

    1. "negara" Negeri-negeri Selat (yakni Melaka dan Penang , tak termasuk Singapura)
    2. negeri-negeri Melayu Bersekutu
    3. negeri -negeri Melayu tidak bersekutu

    (Dalam tahun 1963 - "negeri Borneo Utara" masuk kedalam persekutuan (sabah/Serawak)

    Amat jelas Raja-Raja Melayu sebelum 1948, mahu meneruskan pemerintahan dan ketuanan Raja Melayu berterusan (sejak dan seperti kerajaan Sultan Melaka dahulu). Ada kes-kes yg menunjukkan Raja-Raja 'tak biasa" dengan sistem British. Ketuanan Raja inilah yang sebenarnya menjadi tunjang laungan ketuanan Melayu yg sibuk kita dengar hari ini (more on this later).


    Jadi, kita tahu sekarang Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang pertama diadakan ialah pada 31 Ogos dan 1 September 1948. Mesyuarat ini buat pertama kali dihadiri oleh semua sembilan orang Raja -Raja Melayu, sehinggalah ke hari ini.

    Kita boleh lihat sendiri apakah fungsi/kuasa Majlis Raja-Raja dalam perlembagaan Malaysia(boleh beli - Harga RM14.50).

    Lihat dibawah ini, dan tanyakan solan ini:
    DIMANAKAH KUASA MELANTIK ATAU MENABALKAN ATAU MENGIKTIRAF SULTAN? JAWAPAN - TIADA (more on this later).


    BUDI BICARA MAJLIS RAJA-RAJA

    Ahli-ahli Majlis Raja-Raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam apa-apa urusan berhubung dengan tugas-tugas yang berikut, iaitu:

    (a) memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong daripada jawatannya; atau memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan;
    (b) memberi nasihat mengenai apa-apa perlantikan yang ditetapkan oleh Perlembagaan;
    (c) mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang yang mengubah sempadan-

    sempadan sesuatu negeri atau yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau

    kebesaran Raja-Raja;
    (d) mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara ugama meliputi seluruh Persekutuan;
    (e)perlantikan anggota-anggota Mahkamah Khas di bawah Fasal (1) Perkara 182; atau
    (f) pemberian ampun, reprief dan respit, atau peremitan, penggantungan atau peringanan hukuman-hukuman [YG DIJATUHKAN OLEH MAHKAMAH].

    ReplyDelete
  2. kak lina..
    nanti perihal sejarah sultan2 negeri Kedah pulak yeaa. teringin nak tau pertalian darah antara baginda sultan dengan raja siam....

    ReplyDelete
  3. what about raja perlis?tolong ye..thanx

    ReplyDelete