ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, February 11, 2008

Darihal Istana di Perak...

Foto Istana Sultan Perak ke-25 (antara 1872-77).
Sultan Yusuf adalah putera Almarhum Sultan Abdullah Muhammad I, Sultan Perak yang ke 22. Semasa Sultan Jaafar, Sultan Perak yang ke-23 mangkat pada tahun 1865, dan juga semasa Sultan Ali, Sultan Perak yang ke-24 mangkat, Baginda telah tidak dipilih menjadi Raja Bendahara walaupun Baginda berhak. Ini disebabkan ramai Raja-raja dan Orang-orang Besar Perak tidak sukakan Baginda.
Pada tahun 1871, Raja Bendahara Ismail telah diangkat menjadi Sultan Perak yang ke-25 tetapi Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit telah tidak berpuas hati dengan perlantikan itu. Untuk menguatkan kedudukannya, Raja Muda Perak yang bersemayam di Senggang dan Baginda sendiri mengaku diri Baginda sebagai Sultan Perak yang ke-26, bergelar Sultan Abdullah Muhammad Shah II, Marhum Habibullah.
Pada tahun 1877, Baginda telah berangkat ke Singapura kerana dipanggil oleh Kerajaan British berhubung dengan penyiasatan pembunuhan James W.W.Birch di Kuala Biah, Pasir Salak (pada 1875). Raja Yusuf telah diangkat menjadi Pemangku Raja bagi Negeri Perak, dan Baginda telah berpindah ke Sayong, seberang pekan Kuala Kangsar. Raja Idris Ibni Almarhum Raja Alang Iskandar dibenarkan balik ke Perak dari Singapura untuk membantu mertuanya Raja Yusuf untuk memerintah Negeri Perak. Raja Yusuf diiktiraf menjadi Pemangku raja daripada tahun 1877, manakala Raja Idris pula diangkat menjadi Raja Bendahara Perak.
Istana ini dibina pada 1926. Berbentuk seperti pedang, dindingnya diperbuat daripada bilah buluh yang dianyam (kelarai) dan bermotifkan berlian. Bumbung berbentuk perabung lima seperti rumah tradisi Melayu dan perabung pisang sesikat. Istana ini siap pada 1931 dan menjadi tempat bersemayam sementara untuk Sultan Iskandar Shah, Sultan Perak ke-30 (1918-1938). Ketika ini Istana Negara (yang asal) dirobohkan untuk membina Istana Iskandariah.

Juga dikenali sebagai Istana Kenangan, Istana Tepas dan Istana Lembah. Muzium DiRaja Perak ini dibina tanpa menggunakan pelan arkitek atau sebarang paku. Ia terletak berdekatan Istana Iskandariah, tempat bersemayam Sultan Perak di Kuala Kangsar.

5 comments:

  1. Gambar lama Istana Perak (yg hitam puteh tu) cukup menghairankan saya - jika itu keadaan sebenarnya Istana Raja kita pada abad ke 19, bagaimanakah Istana Parameswara agaknya dalam tahun 1414?

    Gambar Istana sementara yang dibina pada 1926 tu juga turut menimbulkan tanda tanya - pada saya. Istana ini siap pada tahun 1931 dan waktu itu boleh dikatakan zaman 'ada kamera'. Masa itu, Istana Negara (yang asal) telah dirobohkan untuk membina Istana Iskandariah yang wujud sekarang ini.

    Soalan: Dimanakah gambar Istana Negara (Perak) yang asal itu? Gambarnya tidak boleh tidak, mesti telah diambil sekitar awal 1930, semasa perancangan dibuat untuk membina Istana sekarang. Adakah ia ditunjukkan di mana-mana laman web? (Bear in mind, gambar istana reban ayam tu, oouch)

    ReplyDelete
  2. shah 9m2sz >>
    Gambar Istana Sultan Idris (Perak) in 1906 shall be posted next... Sangat bagus dijadikan perbandingan.

    ReplyDelete
  3. salam pagi rabu yang ceria
    canteknya istana lama itu. Di Brunei pun masih mempertahankan istana lama Al-Mahrum Seri Begawan yang letaknya di sebuah perkampungan di perut Bandar Seri Begawan

    ReplyDelete
  4. nina suria >>
    Oh, ya? Tiada signboard menunjukkan ke sana, atau saya terlepas pandang...hanya Istana Baru yg saya kunjungi & masjid2 yg sungguh indah binaannya.

    Di Singapura pula, semua peninggalan sejarah yg ada hubungkait dgn orang2 Melayu terdapat di Kg.Gelam. Berjalan2 di sekitar kampung tu benar2 terasa macam kembali ke era 50-an.

    ReplyDelete
  5. gambar hitam putih tu istana?? like seriusly?? sumpah aku x caye langsung.. please laa.. 1, tu gambar zaman bila?? 2, sultan nk duduk kt "istana" "besar" tu?? 3, mostly sultan dulu2 ade gajah.. agak2 kalo gajah sultan lalu, roboh x "istana" tu?? 4, agak2 kalo pembesar datang mengadap sultan bramai2, roboh x "istana" tu??
    bnyk keraguan di situ..

    ReplyDelete