ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, March 20, 2012

Pertahan Rizab Melayu - Sultan Selangor

SHAH ALAM 19 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.

Justeru, baginda mahu agar tanah rizab Melayu di negeri ini dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.
Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kawasan-kawasan kepentingan umum seperti hutan simpan, kawasan tadahan air, rizab sungai dan sebagainya mesti dipertahankan, pencerobohan mesti dibanteras dan kebenaran tidak sepatutnya diberikan untuk projek-projek di kawasan tersebut," titah Baginda.

Sebagai Ketua Agama Negeri, Baginda mahukan pentadbiran kerajaan negeri memberikan perhatian yang serius terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup umat Islam dengan memberikan keutamaan kepada bidang pendidikan dan ekonomi untuk memajukan mereka.

Sumber (sebahagian saja):

0 comments:

Post a Comment