ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, March 22, 2012

Melayu perlu berubah dalam menghadapi Model Baru Ekonomi

Jika dahulu kelebihan pada bangsa melayu dipelihara dalam Dasar Ekonomi Baru, namun ia tidak lagi apabila tertubuhnya Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2010.
Ini kerana hasrat wawasan 2020 yang perlu digapai oleh negara kita menjadikan hak yang dipelihara selama ini perlu dimansuhkan dan bangsa melayu perlu bersaing dengan bangsa lain seperti cina dan india.
“Sebelum ni kita mempunyai realiti ekonomi yang berbeza tetapi apa yang kerajaan hendak lakukan sekarang adalah percubaan untuk menghadapi realiti ekonomi yang baru.” Jelas Firdaous Rosli, penganalisa di Institute of Strategy and International Studies (ISIS) Malaysia.
Model Baru Ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan telah dibentangkan di Persidangan Invest Malaysia 30 Mac 2010 di ibu Negara.
Ia bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat dari segi kemampanan, keterangkuman dan sasaran peningkatan pendapatan per kapita rakyat dari 7000 dolar Amerika pada tahun 2010 kepada 15000 dolar Amerika pada tahun 2020.
Tiga prinsip tersebut digunakan sepenuhnya dalam memacu ekonomi Malaysia seterusnya meletakkan kedudukan negara yang berdaya saing secara strategik di dalam ekonomi serantau dan global, persekitaran yang mapan dan kualiti hidup yang menyeluruh.
Namun Pengarah Syarikat Pelaburan dan Kewangan Haji Ahsania-Malaysia, Dr Rosli Yaakop menyatakan bahawa beliau ingin menjadikan pembinaan ekonomi yang baru ini mampu memberi faedah kepada orang melayu yang tercicir untuk turut bersama dalam arus perdana ekonomi yang akan ditempuhnya nanti.
“Kita hendak jadikan ekonomi baru ini memberi faedah kepada orang melayu yang tertinggal akan dibimbing untuk dibawa bersama-sama dalam arus perdana ekonomi kita atau kita nak capai status negara maju tanpa mengambil kira apa sahaja yang terjadi kepada orang melayu”
Bangsa melayu diseru untuk berubah dengan menjadi lebih proaktif dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa demi memenuhi hasrat wawasan 2020 supaya mereka tidak ketinggalan jauh ke belakang.
Saudara Firdaus dan Dr. Rosli merupakan panelis dalam program Wacana Peradaban: Kedudukan Orang Melayu dalam Model Baru Ekonomi yang dianjurkan oleh Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) pada 21 Februari yang lalu.

sumber : http://www.ismaweb.net

0 comments:

Post a Comment