ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, February 9, 2012

BOS BARU DEWAN BAHASA & PUSTAKA

KUMPULAN RAJAMENANGIS mengambilkan kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Prof Dr Awang Sariyan di atas perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka bermula 01 Februari 2012.

Kami kongsikan puisi yang dipetik daripada blog beliau, kembarabahasa.blogspot.com

Sudah tersurat dalam sejarah
bahasa Melayu pengungkap madah
perihal akidah sehingga falsafah
prosa dan puisi terpapar indah

Besarnya peranan ke serata benua
setaraf Latin menjadi lingua franca
menjadi syarat tutur bicara
dihormati oleh segala bangsa

Ayuhai rakan teruslah berjuang
bersama hamba kita ke padang
mengatur langkah menjadi terbilang
membela tamadun malam dan siang

~Kembara Bahasa~
1 Februari 2012/7 Jamadilawal 1433

0 comments:

Post a Comment