ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, February 9, 2012

Bukan melepas 'batuk' di tangga tetapi BATOK

Seperti yang kita ketahui, peribahasa “melepaskan batuk di tangga” itu bermaksud buat kerja separuh jalan. Pernahkah anda terfikir kenapa batuk dekat tangga tu maksudnya buat kerja tak habis? Kenapa batuk? Bukan bersin di tangga, sendawa atau menguap?


Sebenarnya bukan batuk, tapi batok. Disebabkan perubahan ejaan jawi ke rumi, ramai orang tersalah anggap bahawa batok itu bermaksud batuk. Apa batok tu? Batok tu sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. 


Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan. “Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tinggalkan macam tu je dekat tangga lepas guna. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.


Sumber : Rashid Rahman Hasan

1 comment:

  1. Assalam, begitu juga halnya dengan 'harapkan pagar,pagar makan padi'.sepatutnya pegar ,bukan pagar - pegar ialah sejenis burung yang dibela di sawah untuk menghalau haiwan perosak seperti tikus,ular dsb.

    ReplyDelete