ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, October 26, 2011

Salam Takziah Utk TYT Melaka

MELAKA TENGAH: Anak sulung Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Muhamad Raznam, 45, meninggal dunia kerana komplikasi buah pinggang di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang, kira-kira jam 11 pagi tadi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Mohd Khalil. "Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Melaka dengan penuh rasa takzim menzahirkan rasa takziah dan dukacita di atas kembalinya ke rahmahtullah Muhamad Raznam yang meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang.
"Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah dan dan mendoakan supaya roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman."Semoga Mohd Khalil dan isterinya, Toh Puan Zurina Kassim serta keluarga dapat bersabar dan menerima ketentuan ini dengan penuh redha atas segala ketetapan Allah SWT," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Sumber : bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment