ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, October 27, 2011

Putera Nayef Dijangka Pewaris Baru

RIYADH: Seluruh dunia kini memberi tumpuan kepada Raja Abdullah dari Arab Saudi berikutan beliau dijangka menamakan Menteri Dalam Negeri, Putera Nayef sebagai pewaris baru takhta kerajaannya, keputusan yang dijangka menjadi penentu kestabilan politik negara pengeksport minyak terbesar dunia terbabit.


Pengebumian Putera Mahkota, Putera Sultan Abdul Aziz AsSaud dijangka membawa pelantikan berprofil tinggi bagi Arab Saudi yang juga sekutu Amerika Syarikat dengan pemimpinnya cuba mengimbangi amalan tradisi konservatif dengan keperluan ekonomi moden.


“Dalam sistem politik, ini adalah perkara penting, tetapi sistem direka bagi memastikan kesinambungan,” kata Jarmo Kotilaine, ketua ekonomi Bank Komersial Kebangsaan di Jeddah.
Putera Nayef dilahirkan pada 1933, disifatkan liberal Arab Saudi sebagai konservatif dan anti-perubahan yang akan menggunakan pendekatan berhati-hati dalam perubahan sosial dan politik selain melihat dasar luar negara melalui kanta keselamatan negara.


Bagaimanapun, bekas diplomat ke Riyadh dan beberapa penganalisis berkata putera berkenaan yang berkhidmat sebagai Menteri Dalam Negeri sejak 1975 mungkin akan menunjukkan sikap pragmatik sebagai putera mahkota malah sebagai raja. – Reuters

0 comments:

Post a Comment