ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, May 31, 2011

Bonda DYMM Sultan Selangor Mangkat

PETALING JAYA: Bonda Sultan Selangor, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, 88, mangkat di Hospital Ampang Puteri dekat sini pukul 9 pagi tadi. Jenazah dibawa ke Istana Alam Shah, Klang sebelum disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Asar.

Almarhum merupakan isteri pertama kepada AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, ayahanda Sultan Sharafuddin Idris Shah. Bersama Almarhum Sultan Salahuddin, Raja Nor Saidatul Ihsan dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Sultan Sharafuddin, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah, Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah, Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

~~ Kami KUMPULAN RAJAMENANGIS merakamkan setinggi-tinggi takziah di atas kemangkatan Y.M.M. Paduka Bonda DYMM Sultan Selangor. Semoga Almarhum dicucuri rahmat Ilahi dan tergolong di dalam hamba-NYA yang beriman ~~

2 comments:

  1. Apakah ada waktu berkabung rasmi negeri?

    --Shali

    ReplyDelete
  2. Selangor hanya berkabung selama 1 hari manakala kerabat diraja selangor selama 7 hari

    ReplyDelete