ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, May 9, 2011

Analisis: Puak Buta Perlembagaan

PERKARA 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan Islam adalah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman di mana-mana bahagian Persekutuan. Perkara, sudah jelas dan tidak perlu diungkit lagi.

Sejak 54 tahun negara merdeka, tiada siapa yang mempertikaikan perkara itu sehingga rakyat dikejutkan dengan berita dalam laman blog bahawa majlis perjumpaan paderi seluruh negara di Pulau Pinang beberapa hari lalu, membincangkan agenda menjadikan Kristian agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri di kalangan penganut agama itu.


Berita itu disiarkan dalam laman blog ‘bigdog’ di http://bigdogdotcom.wordpress.com menerusi artikel Making Christianity the official religion? dan blog ‘Marahku’ di http://marahku.blogspot.com sebelum diterbitkan Utusan Malaysia. Berita itu menimbulkan kemarahan banyak pihak kerana ia amat sensitif serta bercanggah dengan perlembagaan yang boleh menggugat kestabilan dan keamanan negara, umpama bom jangka. BACA SELANJUTNYA

2 comments:

  1. kenapa DAP dikaitkan sebagai pihak penganjur persidangan paderi seluruh dunia untuk kristiankan persekutuan tanah melayu, wah hal DAP tidak semuanya beragama kristian dan sebilangan mereka ramai yg tidak pasti agamanya atau mereka sebenarnya sedang berada didalam rencana yahudi supaya peduduk kristian dan mereka yg tidak beragama menyokong DAP pada pilihanraya nanti dengan dokongan Keadilan dan PAS yg terhilang arah..

    mampukah pemimpin melayu mempertahankan islam agama resmi negara ini sebagai amanah suci, jika mereka tidak mengambil langkah penyatuan perpaduan ummah penduduk islam tidak mengira bangsa dan keturunan di negara ini atau mereka masih mementingkan keistimewaan komponen cina yg lebih kaya dan mewah berbanding kaum2 yg lain dinegara ini.....


    demak

    ReplyDelete
  2. motif rencana ini boleh dirumuskan sebagai persiapan DAP untuk menarik sokongan pemimpin kristian dan penganutnya hingga ke akar umbi untuk menyokong mereka... memorandum mereka untuk tukar status agama resmi ini kepada kristian adalah sesuai dengan kehendak kristian itu sendiri...

    Sokongan PAS tentang perkara ini adalah logik untuk kekuatan dan sokongan kepelbagaian penduduk kepada pihak pembangkang demi kuasa yg mungkin mereka kecapi tidak lama lagi...

    Tidak mustahil status agama resmi negara bisa terubah dalam catatan pelembagaan setelah mereka berkuasa dan PAS akan mengatakan perkara ini tidak akan berlaku demi mendapat sokongan melayu...


    jakun..

    ReplyDelete