ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Saturday, January 1, 2011

Kitab Tahun 1365

Kitab Nagarakretagama atau dikenali sebagai Desawarnana adalah ulogi Jawa Lama (dalam bentuk puisi) perihal Hayam Wuruk, pemerintah Kesultanan Majapahit. Ia ditulis oleh Mpu Prapanca pada 1365. Kitab itu mengandungi catatan terperinci tentang kesultanan tersebut pada zaman kegemilangannya. Puisi itu membuktikan kepentingan Hindu-Buddha di empayar Majapahit dengan kisah kuil, istana dan upacara istiadat. Ia ditulis di atas daun lontar.

Sejarawan telah meneliti puisi yang sarat dengan sejarah politik. Dalam rangkap 13 hingga 14, Prapanca menyenaraikan beberapa wilayah yang kini dalam negara Indonesia. Wilayah tersebut berada dalam pengaruh Majapahit.

Pada rangkap 13, wilayah berikut disebut :
Jambi, Palembang, Teba (Muara Tebo), Dharmasraya, Kandis, Kahwas, Minangkabau, Siak, Rokan, Kampar and Pane, Kampe, Haru, Mandailing, Tamiyang, negara Perlak (Peureulak) dan Padang Lawas (Gayo Lues), di sebelah barat, juga Samudra (Samudra Pasai) dan Lamuri, Batan (Bintan), Lampung, dan Barus. Juga wilayah Tanjungnegara (dipercayai di Borneo): Kapuas Katingan, Sampit, Kota Lingga, Kota Waringin, Sambas, dan Lawas.

Pada rangkap 14, lebih banyak kepulauan dicatatkan :
Kadandangan, Landa, Samadang, Tirem, Sedu (Sarawak), Barune (Brunei), Kalka, Saludung (Manila), Solot (Sulu), Pasir Barito, Sawaku, Tabalung, dan Tanjung Kutei. Di Hujung Medini (Semenanjung Melayu): Pahang, Langkasuka, Saimwang, Kelantan dan Trengganu, Johor, Paka, Muar, Dungun, Tumasik (Singapura), Kelang (Lembah Klang) dan Kedah, Jerai (Gunung Jerai), Kanjapiniran, semuanya disatukan.


Turut termasuk adalah wilayah di timur Jawa :
Badahulu dan Lo Gajah (sebahagian Bali), Gurun dan Sukun, Taliwang, Pulau Sapi island dan Dompo Sang Hyang Api, Bima. Seram, Hutan Kadali (Pulau Buru). Pulau Gurun dan Lombok Merah. Selain itu, Sasak, Bantayan dan Luwu. Lebih jauh ke timur, Udamakatraya, Makassar, Buton, Banggai, Kunir, Galiao dan Selayar, Sumba, Solot, Muar, Wanda(n) (Pulau Banda), Pulau Ambon atau Maluku, Pulau Kai, Wanin, Seran , Timor dan pulau lain.

6 comments:

  1. Sudahkah Kitab Nagarakretagama itu diterjemahkan kedalam bahasa Melayu klasik dan mengapa wahai Rajamenangis.


    >Jambi Melayu<

    ReplyDelete
  2. Sdr Jambi Melayu,

    Ia sudah diterjemahkan. Tidak begitu mudah difahami kerana struktur ayatnya namun masih boleh diselami maksudnya.

    Sila lawati laman web di bawah :

    http://maulanusantara.wordpress.com/2008/01/22/kitab-negara-kertagama-terjemahan/


    Kump.Rajamenangis

    ReplyDelete
  3. Mahadaya,

    Intipati blog lu agak mengelirukan lerr...

    Aku percaya ia ada unsur2 yg mcm tak begitu SELARI DGN AJARAN ISLAM.

    Dlm makna lain, byk yg lu tulis, boleh SESATKAN orang (sesat agama...)

    Aku rasa pelik dgn apa yg lu tulis kat situ. Lu biar betol. Macam mana tu??



    Jamal Idrus
    (Bukit Mahkota)

    ReplyDelete
  4. Hello Mahadaya,

    Aku jijik membaca blog kau http://mahadaya-asalama.blogspot.com

    Sebelum ramai manusia masuk neraka kerana kesesatan, aku akan laporkan kau kepada pihak berkuasa. Bersiap sedialah.

    Marilah kembali kepada Islam yang di ajar oleh Rasullullah saw kekasih Allah dan yang di akui benar oleh JAKIM dan pihak Istana dan Mufti.

    --Andika Islam Tulen --

    ReplyDelete
  5. salam...

    sekiranya betul apa yang diceritakan dalam Kitab Nagarakretagama maka induk raja di nusantara berasal dari jawa kemudian keturunan itu berdebaran menjadi raja2 kecil diseluruh nusantara.

    persoalan dimana induk raja jawa itu samada berjaya dihapuskan terus atau masih ada menjadi hanya manusia biasa tetapi masih menyimpan daulah dan amanah..

    dabong

    ReplyDelete
  6. Dalam hikayat melayu yg ditulis oleh tun sri lanang menceritakan raja nushirwan adil Raja Masyrik wal Maghrib dgn iskandar zulkanain berpusat di bukit seguntang adalah titis raja raja melayu. Atau adakah kitab negarakretagama adalah sejarah awal zaman raja raja nusantara berbanding titisan titisan raja dr bukit seguntang yg disebut DLM sejarah melayu oleh Tun Sri Lanang...atau siapa nusyirwan adil Raja Masyrik wa Magrib dr madian juga disebut dlm undang2 99 Negera Perak.

    Minta pencerahan drpd sesiapa yg waskito dalam ilmunya siapa Raja Timur Dan Barat atau juga disebut Raja Masyrik wa Maghrib kerana dlm al Quran juga ada menyebut Robul Masyrik wal Maghribi ada tiada hanya Dia sebagai wakil utk diserahkan segala urusan(73:9)..

    ReplyDelete