ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, September 28, 2010

Perlantikan Ke Bawah DYMM Sultan Kedah

Mengikut Perkara 17, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Raja hendaklah seorang daripada bangsa Melayu dan berdarah Raja keturunan Pemerintah-Pemerintah Kedah dan laki-laki dan beragama Islam Ahli Sunnah Waljumaah.

Perkara 7 (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman pula menetapkan bahawa Takhta dan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman hendaklah turun temurun terletak kepada putera laki-laki yang tua kepada Almarhum Sultan Badlishah dan lepas daripada itu hendaklah turun temurun kepada zuriat laki-lakinya yang tua sekali daripada sebelah laki-laki yang ada dan hidup pada masa itu.

Perkara 9, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman menetapkan bahawa perlantikan untuk menaiki takhta Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman adalah dipertetapkan oleh Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja. Mengikut Perkara 10 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Majlis Mesyuarat Mengangkat Raja hendaklah mengandungi:
a) Menteri Besar yang menjadi Yang DiPertua Majlis itu.

b) Lain-lain ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan

c) Empat orang laki-laki ahli Kerabat Di Raja Negeri Kedah yang diangkatkan oleh Raja Pemerintah menurut timbang tiliknya dengan tauliah dan ditandatangani serta dicap dengan mohor Kerajaan dan dinyatakan di dalam Warta Kerajaan, dan

d) Lima orang ahli laki-laki yang bukan ahli Kerabat Di Raja Negeri Kedah dan tiada kurang daripada seorang daripadanya ialah Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Negeri Kedah dan tiada kurang daripada seorang yang lain iaitu seorang yang cukup faham di dalam Undang-Undang Islam yang akan diangkatkan oleh Raja Pemerintah menurut timbang tiliknya dengan tauliah dan ditandatangani serta dicap dengan Mohor Kerajaan dan dinyatakan di dalam Warta Kerajaan.

www.mykedah2.com

10 comments:

  1. Salam Raja Menangis,

    Jata negeri Kedah DA tu salah..itu Jata Negeri Kelantan. Lagi satu, Sultan Kedah ada anak lelaki. Sekarang dalam umur 40an. DYMM Sultan Kedah tahu akan perkara ini. Anakandanya telah hanyut semasa banjir besar di Kedah dahulu. Beliau adalah adinda kepada YM Tunku Intan Shafinaz. Silalah selidik akan perkara ini.

    ReplyDelete
  2. Yup, jata tu jata negeri Kelantan. Kena tukar. Mula-mula saya keliru sama ada tajuk yang salah atau jata salah.

    Eh? Sultan Kedah ada anak lelaki? Sapa nama dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau radin nak tau nama dia azhar.dia di bagi kat orang suruh jaga.sekarang fia afa kat kedah.umur 38 tahun.

      Delete
  3. Anonymous,

    Jata sudah diubah, terima kasih.
    Harap beritahu dari mana anda perolehi sumber tentang putera Sultan Kedah kerana penyelidikan setakat ini tidak menghasilkan sebarang maklumat seumpama itu.

    ReplyDelete
  4. Radin87,

    Sudah ditukar, terima kasih.
    Kita harap sdr Anonymous dpt memberikan penjelasan lebih lanjut perihal putera Sultan Kedah itu.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju dgn cadangan Raja Menangis tu. Saya pun nak tahu.


    Husin Durian Tunggal

    ReplyDelete
  6. salam..

    hmmm.. Negeri Kedah Darul Aman..
    harap-harap aman selalu...


    Lembah kelang

    ReplyDelete
  7. Sememangnya DYMM Sultan Kedah ada anakanda lelaki. Urusan perkahwinannya juga telah diatur dengan baik dan DYMM Sultan Kedah tahu akan perkara ini. Jika Raja Menangis hendak tahu lebih lanjut, siasatlah mengenai perkara ini.

    Moga Kedah Darul Aman akan terus aman dan makmur hendaknya.

    ReplyDelete
  8. Saya sebenar anak lelaki sultan kedah.mana saudara tahu hal ni.

    ReplyDelete
  9. Betul saya kahwin tahun 1997 di kedah.tapi ayahanda saua tak mai.saya sekarang seorang tentera.seingat saya bonda saya ada bg kalung tapi....

    ReplyDelete