ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, September 21, 2010

ISU TAKHTA: DYMM SULTAN ISMAIL SAMAN PUTERANYA


Tuanku Ismail fail petisyen lantikan Sultan Kelantan tak sah

KUALA LUMPUR: Tuanku Ismail Petra memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan semalam, bagi mendapatkan pengisytiharan pelantikan anakandanya Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan sebagai tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan. Peguam mewakili Tuanku Ismail Petra, Datuk Param Cumaraswamy, berkata pihaknya memohon mahkamah untuk campur tangan dan mengisytiharkan Tuanku Ismail Petra masih menjadi Sultan Kelantan yang sah. Katanya, Tengku Muhammad Faris Petra ketika menjadi Pemangku Raja tidak mempunyai kuasa meminda perlembagaan negeri atau berkuasa melantik anggota Majlis Perajaan Negeri Kelantan. Dalam petisyen ini, Tuanku Ismail Petra tidak menerima dan mengiktiraf pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru, katanya pada sidang media di sini, semalam. Media sebelum ini melaporkan kemelut Istana Kelantan berakhir apabila Pemangku Raja, Tuanku Muhammad Faris Petra, 41, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan Ke-29 pada 13 September lalu, menggantikan ayahanda baginda, Tuanku Ismail Petra, yang gering sejak lebih setahun lalu. Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Shukri Mohamad sebelum ini menegaskan pemasyhuran Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru tidak boleh dicabar di mana-mana mahkamah kerana dibuat berdasarkan perlembagaan negeri. Tuanku Ismail Petra sebelum ini sudah memfailkan dua petisyen di mahkamah sama masing-masing pada 5 Mei dan 22 Jun lalu bagi mencabar Tuanku Muhammad Faris Petra ketika menjadi Pemangku Raja sebagai Sultan Kelantan yang baru. Sementara itu, Param berkata, Mahkamah Persekutuan menetapkan 25 Oktober depan untuk mendengar hujahan daripada peguam kedua-dua pihak bagi memutuskan sama ada mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk mengendalikan kes berkenaan. Kita berharap panel penuh hakim di Mahkamah Persekutuan akan membincangkan isu berkenaan yang mungkin memberi impak kepada negeri lain yang mempunyai Sultan. Seluruh isu ini juga akan menjadi ujian kepada sistem kehakiman, katanya.


Sumber: BH

3 comments:

  1. Sebenarnya dalam tempoh 5 tahun ini, kita perlu bersedia atas segala kemungkinan. Bermacam-macam perkara / peristiwa mungkin akan berlaku.

    Dengan adanya pertikaian ini, kemungkinan akan membuka episod baru dalam krisis tahta Kelantan ini.

    Apatah lagi, jika difikir dengan lebih panjang.. Penggal pemerintahan Tuanku Mizan Zainal Abidin akan tamat pada 2011. Kemudian, giliran Sultan Kedah, Sultan Abd Halim akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Dan selepas Kedah, adalah giliran Negeri Kelantan.... mampukah krisis ini diselesaikan sebelum 2011?
    Sama-sama kita doakan.

    ReplyDelete
  2. Setuju dengan Sdr Radin.

    Kepincangan dalam Istana pernah menjadi cermin kepincangan dan rintihan Melayu dlm sejarah.

    --RajaMenangis--

    ReplyDelete
  3. ingatkan isu nie dah selsesai..

    ReplyDelete