ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, August 9, 2012

KDYMM Sultan Johor ditabal 2014

Johor Bahru: Istiadat Pertabalan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar sebagai Sultan Johor kelima akan disempurnakan pada 2014. Tuanku Sultan Ibrahim bertitah, tarikh pertabalan yang sebelum ini dijangka pada tahun depan terpaksa dilanjutkan berikutan Istana Bukit Serene, Istana Garden dan Istana Besar masih dalam kerja ubah suai. 

Kerja ubah suai dijangka siap pada 2014 dan tarikh pertabalan akan diadakan pada 5 Mei 2014. Tarikh yang dipilih sesuai kerana saya akan ditabal sebagai Sultan Johor yang kelima. Saya memberi masa kepada kerajaan untuk memastikan istiadat pertabalan itu kelak bersejarah dan dibuat dengan penuh istiadat bagi diingati rakyat. 

Istiadat pertabalan dibuat pada 10 Februari 1960 ketika Almarhum nenda, Sultan Ismail Ibrahim. Selepas 54 tahun istiadat pertabalan akan diadakan semula, titah baginda di sini semalam. Baginda bertitah demikian selepas berkenan menerima kunjungan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Abdul Jalil Hamid; Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk Syed Nadzri Syed Harun; Pengarang Foto Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Kamaruddin Ahmad dan Pengarang Foto NST, Zahari Zakaria di Istana Pelangi di sini.

0 comments:

Post a Comment