
|
Latar Belakang Kanun Melaka
|
Hukum Kanun Melaka merupakan hukum Islam pertama yang telah diperkenalkan oleh Sultan Muhammad Shah untuk digunakan di negeri Melaka. Ia adalah karya penting yang memaparkan sejarah undang-undang di Melaka yang menjadi amalan masyarakat Melayu pada zaman pemerintahan baginda. Penekanan diberikan dari segi hukum-hakam dan perundangan berhubung undang-undang perkahwinan, jual beli dan prosedur-prosedur berkaitan perkara ini juga dimuatkan bagi memperlihatkan Hukum Kanun Melaka ini adalah undang-undang Islam. Judul asal naskhah ini ialah Risalah Hukum Kanun iaitu Undang-undang. Selain merupakan karya yang tertua dan pertama dalam genrenya, kepentingan Hukum Kanun Melaka terletak pada kedudukannya yang menjadi dasar utama kepada kewujudan karya undang-undang negeri lain kemudiannya |
0 comments:
Post a Comment