ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, January 23, 2009

Luahan Rasa

Emel kiriman Sdr zakaria zaxx kepada kami:

Pernah lihat thriller terbaharu filem Langkasuka sebuah filem Nasional negara Thai?
Filem ini menelan belanja sekitar 20 milion USD..
Sejarah Langkasuka yang dipaparkan adalah berdasarkan kisah benar Thailand dan cerita sejarah tersebut boleh dipercayai kesahihannya kerana Thailand telah mempunyai suatu sistem penulisan yang maju dan lengkap ketika itu dan sejarah tersebut telah tecatat dalam penulisan sejarah negara mereka.. dalam cerita tersebut membuktikan bahawa kerajaan melayu Pahang telah wujud lebih awal daripada kerajaan melayu Melaka.. pada masa tersebut dikisahkan kerajaan Langkasuka telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan Pahang.

Seperkara lagi pada hemat saya negara China terlebih dahulu menjalinkan hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan Pahang sebelum kerajaan Melaka kerana ianya lebih dekat jika dibandingkan dengan kerajaan Melaka.

Saudara pernah menonton filem Puteri Gunung Ledang lakonan Tiara dan M.Nasir?
Saya rasa filem tersebut telah lari dari fakta penceritaan sejarah yang sebenarnya.. justeru itu Sasterawan Negara A.Samad Said mengatakan bahawa beliau tidak faham tentang jalan cerita serta fakta sejarah dari filem tersebut walaupun telah menontonnya berkali2.

Bagi saya adalah suatu yang lucu bila penerbit filem tersebut mangambarkan bahawa kerajaan melayu Melaka tak ubah seperti sebuah perkampungan Orang asli... ( hanya istana Sultan sahaja dibangunkan..). Sedangkan rumah-rumah rakyat Melaka tak ubah seperti pondok menunggu.. tidak adakah di kalangan sejarawan Melayu yg berani tampil ke hadapan mengkritik filem tersebut?
Bukankah filem tersebut menghina sejarah kegemilangan orang-orang Melayu suatu ketika dahulu?

Bukankah pada ketika kegemilangan kerajaan Melayu Melaka dahulu Melaka telah menjalinkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan empayar besar dunia ketika itu seperti negara China, India dan negara-negara di benua Arab..bolehkah saudara terima dengan akal yang sihat bahawa semua empayar-empayar besar tersebut telah menjalankan perdagangan sesama mereka di sebuah perkampungan orang asli (Melaka) seperti yang digambarkan di dalam filem tersebut?

Bukankah ketika negara China, India dan negara2 Timur Tengah berdagang di Melaka mereka telah membawa segala macam teknologi baik dari segi pertanian, pembuatan dan pembinaan bangunan. Justeru itu bagi saya tidak logik langsung jika penerbit filem tersebut cuba menafikan segala kemajuan serta ketamadunan empayar Melaka ketika itu.

Suatu yang tidak masuk dek akal bilamana negara-negara di Eropah suatu ketika dahulu pernah menggambarkan Melaka sebagai Venice Of The East tetapi dalam masa yang sama warganegara kita sendiri cuba manafikannya di dalam filem tersebut. Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Penerangan dan KeKKWa terhadap penghinaan tersebut? Mengapa kita merosakkan segala sejarah bangsa kita.. sudahlah sejarah pejuang-pejuang kemerdekaan negara cuba dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu demi kepentingan politik kepartian mereka sehinggakan buku-buku sejarah di sekolah-sekolah kita tak ubah seperti buku-buku dongeng semata-mata. Cuba lihat sejarah kemerdekaan negara kita, siapa pejuang-pejuang kemerdekaan yang sebenarnya..?

2 comments:

  1. saudara zack, allow me to call u zack, serta tuan punya rumah. Muga dirahmati selalu.

    Bersabit komen A. Samad Said dan ramai lagi sasterawan negara, dulu pernah wakil dari golongan (bangsawan filem/any other terms??) yang kalau tidak silap saya telah di wakili oleh Raja Azmi, Rahim Razali and ada sorang lagi, tak ingat siapa.

    Pasa sesi itu di perjelaskan bahawa, ada perbezaan antara Filem Sejarah dan Filem yang berunsur sejarah.

    1. Filem Sejarah - sesuatu sejarah itu di filemkan, contoh - perang belanda, perang portugis, si pitung, dan sebagainya...

    2. filem berunsur sejarah - puteri gunung ledang edisi M.Nasir sebagai Tuah, filem sarjen hassan, dan etc

    Itu antara bezanya.
    Saya bukan menyokong sangat PGL ni, saya pun hairan mcmmana M.Nasir boleh terima watak hang.tuah.

    If and only if they know the true relationship between tuah and anji.

    Ntahlah....

    ReplyDelete
  2. i'm not actually an expert, but to call melaka a 'pondok town' isn't actually an exaggeration you know. i dont think that any illustrations from that era exists that can verify otherwise.the malay culture also isn't actually a 'building culture' like the egyptians or the aztecs, perhaps because it was destroyed too quickly (by the portuguese), lack of resources, a small population base or continuous threats from siam and majapahit (i think!. not so sure about majapahit)

    i think the comment 'venice of the east' is more referring to the fact that it was more a entreport and due to the mercantile nature of the town (ie that it is a port town and not a major agricultural centre like in egypt or in iraqi civs) rather than to it having big canals and large piazzas.

    ReplyDelete