ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, April 20, 2008

Dari Makam ke Makam

Makam Sultan Hussein Shah (Tengku Long) di Tengkera. Baginda merupakan Sultan Johor ke-17, memerintah dari 1819-1835. Oleh kerana baginda berada di Pahang ketika kemangkatan ayahanda pada 1812, adinda baginda Tengku Abdul Rahman telah dilantik sebagai Sultan. Namun begitu atas percaturan Stamford Raffles, Sultan Hussein (ketika itu tinggal di Riau) menjadi Sultan. Temenggung juga bersetuju dengan perlantikan tersebut. Sultan Hussein Shah membina Istana Kampong Glam pada 1820 (kini Malay Heritage Centre, Singapura).

Makam Sultan Ali Iskandar Shah di Umbai, Melaka. Baginda adalah anakanda Sultan Hussein Shah dan memerintah Johor dari 1835-1877. Pada tahun 1855, baginda menandatangani treaty dengan British untuk menyerahkan pemerintahan (kecuali daerah Kesang) kepada Temenggung Daeng Ibrahim. Setelah kemangkatan Sultan Ali pada 1877, putera Temenggung dilantik menjadi Sultan Johor (Sultan Abu Bakar). Portal rasmi Kerabat Sultan Hussein ada di sini.

Makam Tun Teja Ratna Menggala di Kg.Simpang Pantai, Merlimau, Melaka. Baginda yg merupakan anak Sri Amar DiRaja Pahang adalah isteri ketiga Sultan Mahmud Shah (yg merupakan Sultan Melaka ketika ia jatuh ke tangan Portugis pada 1511). Semasa rombongan Sultan berundur, Tun Teja jatuh gering dan mangkat. Makamnya di tengah-tengah kawasan bendang dan laluan ke situ dipagari oleh dua deretan pepohon yg merimbun.

Makam Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-88) di Pagoh. Baginda merupakan Sultan Melaka yg ke-7 dan menaiki takhta selepas kemangkatan ayahanda, Sultan Mansur Shah. Baginda mementingkan keamanan dan biasa menyamar sebagai rakyat biasa dan meronda kota Melaka pada waktu malam. Akibatnya, Melaka menjadi negeri yg selamat untuk berdagang. Bendahara ketika ini ialah Tun Perak. Kawasan makam yg lama ini terletak di dalam kampung yg sunyi dipenuhi pokok-pokok yg besar dan redup.

2 comments:

  1. salam,saya ucapkan terima kasih kpd saudara kerana memaparkan serba sedikit sejarah berkaitan nenda saya sultan husin shah dan anakandanya sultan ali iskandar shah.dgn paparan cerita ini sedikit sebanyak memberi informasi tentang sejarah sultan johor ini.sy ingin mengetahui adakah saudara ada pertalian kerabat dgn keluarga diraja johor?cerita-cerita dlm blog ini byk mengambarkan sejarah kesultanan melayu dan cerita disebalik kejatuhan sebuah kerajaan melayu atas kesilapan raja-rajanya.cerita sebegini bagus utk dijadikan sbagai pedoman kita.syabas atas usaha saudara.moga-moga matlamat yang ingin disampaikan tercapai.InsyALLAH.

    ReplyDelete
  2. Salam, Tunku khairul.

    Kami berbesar hati menerima kunjungan Tunku di blog ini. Terima kasih jua dihulurkan sebagai tanda penghargaan.
    Ada pun kami sekadar mengisahkan apa yg telah, sedang dan akan kami temui dalam usaha menulis sebuah buku epik-sejarah yg berkisar terutama perihal Sejarah Melayu karya Tun Seri Lanang.

    Sesungguhnya, 'Raja Menangis' punya banyak implikasi kerana takdir kadangkala berlaku diluar kerelaan kita. Kami ingin mendekati dan membongkari beberapa penemuan yg kami harap dapat 'membuka' minda ramai. Meskipun ia adalah himpunan foto dan nukilan sejarah, tinggilah harapan kami supaya pembaca mampu mentelaah apa yg tersirat di sebalik yg tersurat.

    Darihal pertalian kerabat, kemungkinan besar ada kena-mengena dgn Siak dan Majapahit walaupun tiadalah dapat dihuraikan secara terperincinya. Begitulah kira-kira.

    ReplyDelete