ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, November 15, 2009

Siapa Munsyi Abdullah?

Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir (dilahirkan pada 1797, Kampong Pali (sekarang Kampung Masjid), Melaka –meninggal dunia pada October 1854 di Jeddah, Arab Saudi). Beliau anak kelima dan keempat orang abangnya telah meninggal dunia ketika masih kecil. (Munsyi @ munshi bermakna 'guru')

Semasa hayatnya, Abdullah menjadi guru bahasa dan penterjemah yang mahir Bahasa Arab, Tamil, Hindustani, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Karyanya ‘Hikayat Abdullah’ mengenai kehidupan seharian di Malaya telah diterbitkan pada 1849. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kesusasteraaan Melayu Moden' dan merupakan orang Melayu pertama yang menerbitkan buku.

Beliau dibesarkan oleh ayahnya Sheikh Abdul Kadir, seorang yang alim dan berketurunan Arab-India.
Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Sekolah Al-Quran Kampong Pali. Ayahnya memastikan beliau belajar dengan tekun dan dihukum sekiranya tidak mampu menulis dengan sempurna. Pada waktu itu, beliau menyalin Al-Quran dan menterjemahkan sebuah buku Arab ke Bahasa Melayu.

Ketika berusia 11 tahun, Abdullah mendapat wang dengan menulis teks Al-Quran. Dua tahun kemudian, Abdullah mengajar agama Islam kepada askar-askar pasukan India yang berkhidmat di Kota Melaka. Minatnya membaca manuskrip Melayu mendorongnya untuk mendalami bidang itu.

Stamford Raffles yang tiba ke Melaka pada 1810, menggaji Abdullah sebagai seorang penterjemah. Beliau mencatat serta menyalin cerita sastera dan manuskrip Melayu untuk dikumpulkan oleh Raffles. Pada tahun 1811, ketika berusia 14 tahun, Abdullah sudah dikenali sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.

Pada 1815, Abdullah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Abdullah belajar Bahasa Inggeris daripada Rev. Milne, seorang pendakwah Kristian yang akhirnya melantik Abdullah sebagai guru Bahasa Melayunya. Kemudian pada 1818, Abdullah menyaksikan peristiwa meletakkan batu asas untuk Kolej Anglo-Cina oleh Major William Farquhar di Melaka.

Empat tahun selepas itu, Abdullah tiba di Singapura dan mengajar Bahasa Melayu kepada askar India, pendakwah Britain dan Amerika serta menjadi setiausaha peribadi Raffles. Sekitar 1840-46, Abdullah menulis kisah hidupnya sendiri. ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan’ menceritakan pengalaman tahun 1837 semasa belayar dari Singapura ke Kelantan. Manakala ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah’ telah diterbitkan setelah beliau meninggal dunia.

Karya asli • Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdulkadir Munsyi dari Singapura sampai ke Kelantan • Hikayat Abdullah • Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Mekah • Syair Singapura Terbakar • Syair Kampung Gelam Terbakar • Ceretera Kapal Asap • Ceretera Haji Sabar Ali

Karya terjemahan dan suntingan • Hikayat Panca Tanderan • Sejarah Melayu (edisi Abdullah)

2 comments:

  1. Dia keturunan Arab-India. Mengapa pula dia di-katakan orang melayu???

    ReplyDelete
  2. salam...

    mengapa banyak tulisan dia apabila sampai kepada rumusannya akan mengelirukan penbaca dan banyak dibayangi kehendak inggeris itu sendiri.

    mengapa tulisan dia tidak selari dengan cerita yang ditulis oleh orang-orang melayu sendiri seperti catitan Tun Sri Lanang.

    adakah dia ni creation inggeris semata-mata supaya orang melayu keliru dengan sejarah melayu sendiri.



    siput

    ReplyDelete