Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label Tempat. Show all posts
Showing posts with label Tempat. Show all posts

Monday, January 30, 2012

Kembalikan Kegemilangan Kompleks Sejarah Pasir Salak

BARU-baru ini saya membawa graduan saya melawat Kompleks Sejarah Pasir Salak untuk membuat kajian tentang sejarah dan corak kehidupan masyarakat Melayu tepi sungai Perak sejak dahulu. Rata-rata mereka berasal dari luar Perak terutama Sabah.
Kami sebenarnya dalam proses menyiapkan sebuah perkampungan Melayu Perak di Kampung Pulau Tiga berkonsepkan Agro Pelancongan dan Pendidikan Sejarah.
Memandangkan mereka yang sedang menguruskan projek berkenaan, harapan lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak adalah untuk melihat warisan Melayu tepi sungai Perak yang suatu ketika dahulu turut menjadi lokasi pemerintahan raja-raja di Perak.
Namun keterujaan kami tiba-tiba menjadi sedih, hambar, kecewa, malah kadang-kadang rasa geram apabila melihat keadaan fizikal kemudahan dan nilai sejarah di kompleks berkenaan yang sudah usang, lantai reput, malah dapur ditutup kerana struktur rumah kutai sudah reput.
Lebih menyentuh perasaan apabila melihat rumah Dato' Seri Maharaja Lela yang dikelilingi kubu pertahanan yang menggambarkan perang orang Melayu menentang British pada tahun 1874 juga terbiar semak. Rumah kutai Dato' Maharaja Lela juga rosak dan menjadi sarang penagih dadah.
Setelah melihat keadaan rumah Dato' Maharaja Lela itu, terkeluar dari mulut graduan saya, ''apakah ini cara masyarakat kita menghargai jasa pahlawan Melayu yang mengorbankan nyawa kerana menentang penjajah?"
Jika graduan saya berusia sekitar 20-an boleh melahirkan rasa sedih, bayangkan dalam hati saya yang merupakan anak jati tepi sungai di Kampung Gajah, Perak.
Dalam bilik kuliah atau syarahan saya kepada semua pelajar, saya sering berbangga mengatakan tentang catatan sejarah Pasir Salak yang merakamkan keberanian orang Melayu membunuh penjajah British yang akhirnya menjadi pencetus kepada penentangan di seluruh tanah air.
Bagi saya, peninggalan sejarah tersebut adalah signifikasi perjuangan hidup suatu bangsa. Jika dahulu patriotisme tersebut adalah untuk mempertahankan tanah air daripada penjajahan asing, kini moral perjuangannya adalah jati diri untuk memartabatkan maruah bangsa dalam mengekalkan kuasa politik, ekonomi dan kesejahteraan sosial.
Kerajaan dan pemimpin negara perlu melihat kepentingan Kompleks Sejarah Pasir Salak sebagai platform penting sejarah kedaulatan bangsa. Ia juga adalah pusat peninggalan warisan yang perlu disemat ke dalam jiwa generasi baru. Kewujudannya bukanlah sebagai nostalgia silam tetapi sebagai sumber inspirasi menuju masa depan.
Oleh itu, saya menyeru kepada pengurusan Jabatan Muzium, pemimpin di Perak dan seluruh umat Melayu supaya bersama-sama mengembalikan kegemilangan sejarah Pasir Salak dengan meningkatkan kemudahan sedia ada. Kepentingannya bukanlah untuk individu atau orang Pasir Salak semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia yang cintakan tanah air ini.

Dipetik dari Forum utusan.com.my


Monday, December 7, 2009

Siapa orang Melayu Funan?

Pengasas kerajaan Funan bernama Raja Kaundinya banyak disebut dalam Hikayat Demang Lebar Daun (Annals of the Willow Tree) yang mempunyai kaitan dengan Kataha. Tokoh sejarah ini dianggap wira yang berperanan sebagai pengasas tamadun Indocina dalam kurun 1 Masihi.

Sepertimana orang-orang Yunani, orang Melayu Funan mengagungkan kerabat orang-orang berjasa seperti Kaundinya. Kaundinya dikatakan mempunyai kelebihan ilmu merancang bandar kerana rombongan yang dibawanya termasuk ahli bijak pandai yang berupa membina empangan air untuk pertanian serta mengusaha projek-projek awam yang lain termasuk ketenteraan.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa, Raja Kaundinya mengepalai ekspedisi yang amat kuat:

"....tahap pembukaan negeri perlu diperhatikan dahulu. Tahap ini seringkali digambarkan sebagai sekumpulan orang yang berpindah-randah ... memakan masa yang lama ... contohnya dalam Hikayat Merong Mahawangsa ... selama 200 hari, kumpulan ini dipimpin oleh seorang raja atau keturunannya diikuti menteri, penggawa, hulubalang, rakyat dan bala tentera. Pada umumnya ia berhenti di beberapa tempat di mana orang bermain dan orang lelaki berburu."

Untuk perdagangan dengan Langkasuka dan lain, pelabuhan Oc Eo ditubuhkan. Kejayaan projek-projek Kaundinya mendapat sambutan dan dengan itu kerajaan Funan menjadi makmur dan kuat. Kejayaan ini dikisah sebagai teori pengasas Funan, Teori Kaundinya.

Teori ini sebenarnya bergantung kepada ilmu perancang bandar. Tamadun yang lebih awal mempunyai tatacara memilih pegawai yang berkaliber, mengusahakan tenaga kerja efisien serta cekap mengutip hasil dan cukai untuk pembangunan awam. Tatacara ini dikumpul dan diperbaiki mengikut pengalaman. Penulisan tatacara yang paling lengkap diusahakan oleh Kautilya pada masa Raja Chandragupta.

Budaya, agama dan bahasa adalah berkait rapat. Disebabkan bahasa tamadun di sekitar Indo-Pakistan adalah Vedas dan Sanskrit, makan tidak dinafikan bahawa panduan perantaran sistem pemerintahan awal negara kota Melayu (pura) banyak mempunyai ciri-ciri yang sama. Contoh kesimpulan simplistik mengenai orang-orang Melayu adalah seperti berikut:

" ... the early Malays ... belong to an older scheme of things ... Hindu organization for government, war, court ceremonial, elephant riding, trade, commerce and the rest ..." Ianya dikatakan simplistik kerana bahasa dan budaya pengucapan umum rakyat jelata adalah Melayu, dan hanya golongan cerdik pandai kerajaan (aristokrasi) sahaja yang dipercayai mahir menggunakan bahasa Sanskrit.

Prosiding Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut
Anjuran Pusat Warisan Seni Melayu & UiTM.

Saturday, October 31, 2009

Kedatangan Minangkabau ke N.Sembilan

Maksud Nagari dalam Minangkabau : satu penempatan sebelum menjadi Nagari mesti melalui satu proses Metamorsis.
Taratak mula dibuek

sudah taratak menjadi kampuang

sudah kampuang menjadi dusun

sudah dusun menjadi koto
sudah koto menjadi nagari ...


Semasa Kesultanan Melaka, penduduk Rembau merupakan Jakun di bawah pimpinan Batin Tok Pak Tinggam. Nama lama Rembau adalah Prabu. Abad ke 16 Rembau di bawah pimpinan Batin Sekudai. Masa ini masih jajahan Melaka dan Tun Jenal menjadi wakil Melaka dengan gelaran Tun Rembau diam di Lubok Cina.

Nama asal Rembau bermula daripada sebatang pokok Merbau Tua yang besar menaungi hampir 10 buah kampung. Masa untuk menebang pokok mengambil masa hampir 1 bulan. Tapak pokok boleh dihidang hampir 12 dulang. Ini bukan dongeng kerana semasa penduduk kawasan membajak, masih terdapat batang pokok yang tidak hancur. Kapak yang digunakan untuk menebang pokok masih ada.

Masa inilah keluarga Jakun yang ingin membuka kampung disuruh meniti sepanjang pokok; tiba di hujung bolehlah dibuat perkampungan. Sampailah di Sg Ujung.
Orang Minangkabau yang pertama datang ke Negeri Sembilan iatu Rembau adalah Datuk Leteh. Datuk Leteh dan org Minangkabau telah hidup harmoni bersama orang Jakun sehinggakan Batin Sekudai menyerahkan anaknya Datuk Bungkal sebagai anak angkat Datuk Leteh.

Orang Minangkabau yang kedua datang ke Rembau adalah Datuk Lela Bangsa dari suku Batu Hampar menetap di Penajis. Beliau dikahwin dengan Datuk Bungkal dapat anak lelaki Seri Rama (Penghulu Rembau yang Pertama). Kedatangan beliau diikuti oleh Datuk Laut Dalam dari suku Paya Kumbuh menetap di Legung. Dalam tahun 1540 Datuk Lela Balang dan Datuk Laut Dalam telah pergi mengadap Sultan Alauddin Riayat Shah untuk menyatakan hasrat orang Minangkabau melantik penghulu.

Permohonan ini telah di persetujui oleh Sultan dan Seri Rama menjadi Penghulu yang pertama dengan gelaran Datuk Lela Maharaja (Suku Biduanda Jakun). Oleh sebab beliau msh kecil diwakilkan oleh Datuk Lela Balang dengan gelaran Datuk Gempa Maharaja. Apabila Datuk Laut Dalam tak setuju beliau pun mengadap sultan dan meminta keturunannya juga layak untuk menjadi Penghulu dengan syarat dikahwinkan Seri Rama dengan anak Datuk Laut Dalam dan anak lelaki yang pertama akan menjadi penghulu dengan gelaran Datuk Sedia Raja (Biduanda Jawa). Datuk Lauta Dalam telah digelar Datuk Merbangsa.


Sumber : http://halaqah.net

Thursday, October 22, 2009

PANAS: ISU SEJADAH BERDIRI SOLAT
































Jangan perbesar isu sejadah 'berdiri': YB Jamil Khir

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom, tidak mahu isu sejadah berdiri yang hakikat kebenarannya masih tidak dapat dibuktikan sehingga kini tidak diperbesar-besarkan oleh masyarakat Islam negara ini.

"Cerita itu adalah cerita yang ada persoalan besar untuk ditanya kebenarannya, sejadah berdiri di sekolah, di Pasir Mas dan sebagainya,
kejadian itu tak dibuktikan bagaimana ia berlaku, gambar pun tak diambil, orang pun tak nampak cuma alih-alih sejadah sudah berdiri...ia tak perlu diperbesarkan.

"Dalam hal ini jika ia benar berlaku...kalau ada orang nampak, itu adalah kebesaran Tuhan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Menuju ke Makkah: Catatan Perjalanan Sepanjang Zaman di Muzium Kesenian Islam Malaysia di sini hari ini.

SOALAN: BETUL KE MENTERI KITA NI? KALAH MAT SALLEH.

Wednesday, October 21, 2009

VIDEO PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR ZAMAN HITAM-PUTEH



INI ADALAH VIDEO RESMI AWAL YANG DIREKODKAN MASA ZAMAN MALAYA DAHULU. JELAS ACARA INI AKAN BERULANG MINGGU HADAPAN DI SERI MENANTI. SEMOGA MENDAPAT ILMU SEDIKIT SEBANYAK. ENJOY!

Tuesday, October 20, 2009

Pulau Kontroversi Inggeris-Belanda?

Orang Melayu (dikenali sebagai Orang Selat atau Orang Laut) mula-mula mendiami Pulau Batam sejak tahun 231 M iaitu semasa Singapura disebut Pulau Ujung. Pulau itu merupakan salah satu pulau yang berada di antara perairan Selat Melaka dan Selat Singapura.

Pulau Batam merupakan sebuah pulau besar dan terdapat 329 pulau yang ada di wilayah Kota Batam. Satu-satunya sumber yang dengan jelas menyebutkan nama Batam adalah Perjanjian London (1824).
Pulau itu semakin menjadi tumpuan sejak zaman kerajaan Temasik (sekarang Singapura) di penghujung tahun 1300 atau awal abad ke-14.

Pada Zaman Kesultanan Melaka, Pulau Batam berada di bawah kekuasaan Laksamana Hang Tuah. Setelah Melaka jatuh,
kekuasaan atas kawasan Pulau Batam dipegang oleh Laksamana Hang Nadim yang diam di Bentan (sekarang Pulau Bintan). Ketika Hang Nadim meninggal dunia, pulau ini berada di bawah kekuasaan Sultan Johor sampai pada pertengahan abad ke 18. Dengan wujudnya kerajaan di Riau Lingga dan adanya Yang Dipertuan Muda Riau, maka Pulau Batam berserta pulau-pulau lainnya berada di bawah kekuasaan baginda, sampai berakhirnya kerajaan Melayu Riau pada 1911.

Pada abad ke-18, persaingan antara Inggeris dan Belanda amatlah hebat untuk menguasai perdagangan di perairan Selat Melaka. Singapura yang maju dengan pesat, menyebabkan Belanda berusaha dengan berbagai cara menguasai perdagangan di sana. Hal ini mengakibatkan banyak pedagang yang secara sembunyi-sembunyi menyusup ke Singapura.


Pulau Batam yang berdekatan Singapura, amat bermanfaat bagi pedagang-pedagang untuk berlindung daripada gangguan Belanda. Pada abad ke-18, Lord Minto dan Stamford Raffles dan kerajaan Inggeris melakukan ‘pertukaran’ dengan pemerintah Hindia Belanda sehingga Pulau Batam yang merupakan pulau kembar dengan Singapura diserahkan kepada pemerintah Belanda.


Hang Nadim Airport
Sumber Foto : mynetbiz.com

Friday, October 16, 2009

PUISI ASRAMA DAMAI

BUAT WAKTU YANG TAKKAN KEMBALI ...

Maafkan aku, Tuhan
kerana tika aku ke Asrama Damai
entah kenapa pandanganku tiba-tiba kabur
bibirku tiada dapat bertutur
langkahku kaku
jiwaku merintih sendu

Maafkan aku, Tuhan
ku tinggalkan Asrama Damai
dan senyuman anak-anak yatim itu
dalam hiba deraian air mata
kerana baru ku sedar
aku teramat rindukan
senyuman dan tawamu,
duhai sahabatku ....

14 Oktober 2009,
Asrama Damai Kuang,

Selangor.

Pertabalan Sultan Pontianak

PERTABALAN PANGERAN SYARIF ABDUL RAHMAN MENJADI SULTAN DI PONTIANAK

Syahadan setelah dipersetujui segala orang tua-tua, Raja Haji pun memulai bekerja serta menyediakan alat perkakas raja berlantik dan bertabal sebagaimana adat istiadat pihak sebelah Johor, demikianlah diperbuatnya melainkan bertambah sahaja adatnya Bugis seperti mengaruk-aruk. Setelah mustaid sekalian alat perkakas bertabal itu, maka pada ketika hari yang baik, maka Raja Haji pun mengumpulkan segala orang besar-besar dan raja-raja itu.

Maka Raja Haji pun memakailah dan memakaikan Pangeran Syarif Abdul Rahman itu dengan pakaian berlantik. Setelah selesailah, maka baharulah diturunkan ke balairung serta dengan jawatan semberabnya seperti pedang, keris panjang, puan, kipas dan ketur, serta orang perempuan membawa kain dukungnya enam belas orang, membawa dian berkelopak pun enam belas juga.

Kemudian baharulah dinaikkannya Pangeran Syarif Abdul Rahman itu di atas singgahsana kerajaan, kemudian berdirilah dua orang bentara pada kanan kirinya memegang tongkat berkepala emas. Syahadan apabila selesai bersaf-saf maka berdirilah Raja Haji di hadapan singgahsana kerajaan serta menghunus halamangnya berteriaklah ia dengan nyaring suaranya:

'Barang tahu kiranya segala raja-raja dan orang-orang besar bahawa sungguhnya kami mengangkat akan Pangeran Syarif Abdul Rahman ini menjadi raja di dalam negeri Pontianak dengan segala takluk daerahnya. Adalah bergelar Sultan Syarif Abdul Rahman Nur Alam Karar dan tetap di atas kerajaannya di dalam negeri ini turun atas anak cucunya." Syahadan maka menjawablah segala orang-orang itu, 'Daulat, bertambah-tambah daulat!'. Kemudian baharu dipukulkan nobat. Maka sekalian orang-orang pun menjunjung dulilah.

Foto : Istana Kadriyah I Maulana Syarif Abdurrahman (1771)
Sumber : Tuhfat Al-Nafis

Wednesday, October 14, 2009

Apa misteri Pulau Seribu Meriam?

BUKIT Cenning, Pulau Daik Lingga, Indonesia adalah sebahagian daripada benteng pertahanan utama menentang Belanda dan Sultan Abdul Rahman (Raja terakhir Johor Riau Lingga) sebelum melarikan diri ke Singapura. Benteng 32x30m di Kg.Seranggung dibangunkan ketika pemerintahan Sultan Mahmud Shah III (1761-1812).

“Kamu tengoklah sendiri dan kira berapa jumlahnya. Nanti bila sudah keluar kita bincang berapa yang kamu nampak. Kalau kamu ada rezeki lebih, kamu dapat lebih,” kata Sulaiman Atan (Pak Long), penjaga muzium Pulau Daik Lingga bila ditanya berapakah jumlah meriam di situ.

Pak Long meminta kami membaca Surah al-Fatihah serta selawat kepada Rasulullah SAW sebanyak tiga kali untuk disedekahkan kepada pejuang Islam yang terkorban dalam peperangan ketika mempertahankan tanah air menentang penjajah. Selepas itu, penulis mula mengira jumlah meriam. Pak Long dan pembantunya memerhatikan dari jauh.

Dari kanan ke kiri, jumlah 19, dari kiri ke kanan, jumlah masih 19. Dari tengah menghadap bahagian depan muncung, jumlah 19 meriam lama. Jurufoto pula mencatat sesuatu di tapak tangan kirinya sambil merakam gambar. Sepanjang tempoh itu tiada sesiapa menyebut berapa jumlahnya. Banyak meriam di situ dirosakkan penjajah Belanda dengan menutup lubang pencucuh api menggunakan paku.

Meriam paling panjang berukuran 280 cm, bergaris pusat 12 cm digelar Meriam Tupai Beradu kerana ada dua ukiran tupai besi di atasnya. Meriam utama diapit dengan meriam Mahkota Raja dan satu meriam putih yang terukir jelas catatan tarikh 1797 (24-3-21).
Semua meriam itu disusun atur pada kedudukan seperti huruf ‘U’. Muncungnya dihalakan ke laut. Kedudukannya di atas puncak bukit memang strategik untuk menyerang kapal yang menghampiri pulau.

Sebaik saja melangkah keluar dari kawasan kubu, Pak Long bertanya jumlah meriam yang kami hitung. Penulis katakan, semuanya 19 dengan dua disusun menegak di kiri dan kanan manakala 15 lagi secara melintang. Jurufoto pula menunjukkan tapak tangannya, tertera nombor 24, 23, 18, 19, 18, 18, 19. “Cukuplah, dah banyak kali aku kira. Semuanya berbeza, dikira secara mata kasar lain, bila dikira dalam kamera, jumlahnya berubah-ubah,” katanya.

Hakikatnya foto di dalam kamera digital boleh dibesarkan dan berada dalam keadaan tetap tetapi jumlahnya sentiasa berubah setiap kali dikira.
Jawapan itu membuatkan Pak Long tersenyum kerana katanya itu bukan pertama kali beliau mendengar penjelasan pengunjung mengenai jumlah meriam yang dikira sering berubah. “Itu rezeki kamu, kamu dapatlah lebih. Sebab itulah pulau ini digelar pulau seribu meriam,” katanya mengatur langkah menuruni bukit membuatkan kami terpinga-pinga.

Sumber ~ Mohd Azis Ngah, Berita Harian

Monday, October 12, 2009

Melaka dapat Masjid Cina-Muslim pertama!

Masjid Cina Muslim Pertama Di Melaka Akan Dibina 2010

MELAKA, 12 Okt 2009-- Sebuah masjid Cina Muslim yang pertama di Melaka akan dibina awal tahun depan dengan kos lebih RM9 juta dan apabila siap boleh memuatkan 2,000 jemaah dalam satu masa.

Pengerusi Persatuan Tionghua Muslim Melaka (Pertim) Mohd Mansor Yap Abdullah berkata masjid yang akan dibina di atas tapak seluas 2.8 hektar di Krubong itu menggunakan sepenuhnya konsep senibina masjid yang diadaptasi daripada masjid di China. Pembangunan keseluruhan yang dicadangkan ialah bangunan masjid dan sebuah kompleks yang menempatkan kemudahan seperti pusat kesenian, restoran makanan cina dan sekolah, katanya kepada pemberita di pejabat Pertim di sini, Isnin.

Mohd Mansor berkata terdapat 5,000 orang Cina muslim di Melaka dan lebih 1,000 daripadanya adalah anggota Pertim.

Sumber: (c) 2009 BERNAMA

Catatan kembara Ibnu Battuta di curi oleh Perancis?

Kebesaran Kerajaan Melayu bukan sahaja diakui dan diagungkan oleh bangsa Melayu semata-mata, malah seorang pengembara dari Arab, Ibnu Battuta. Didalam kitabnya, Tuhfat al-Nazhar beliau menyebut selama mengelilingi dunia hanya ada tujuh raja yang memiliki kelebihan luar biasa, iaitu Raja Iraq yang berbudi bahasa, Raja Hindustani sangat peramah, Raja Yaman berakhlak mulia, Raja Turki gagah perkasa, Raja Rom sangat pemaaf, Raja Turkistan bersifat tolak ansur dan Raja Melayu Malik Al-Zahir (Sumatra) yang berilmu pengetahuan luas dan mendalam.

Pengembaraannya bermula ketika usianya 21 tahun. Beliau meninggalkan Tanjah pada 14 Jun 1325. Pengembaraan beliau mengambil masa 38 tahun meliputi perjalanan sejauh 120,000 kilometer dan singgah di 44 negara. Beliau kembali semula ke Morocco semasa pemerintahan Sultan Abu 'Inan dan kisah pengembaraan beliau ditulis oleh Ibn Juza.

Kisah pengembaraan pertama bermula dari Tangier, Afrika Utara pada 13 Jun 1325 menuju Iskandariah sebelum ke Dimyath dan Kaherah. Selanjutnya Ibnu Battuta merentasi bumi Palastin menuju Damsyik dan ke Ladzikiyah, seterusnya ke Aleppo. Dalam perjalanan berkenaan, Ibnu Battuta terlihat satu kafilah sedang menuju ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji lalu beliau bergabung dengan rombongan itu. Beliau menetap di Makkah selama 2 tahun.

Ibnu Battuta meneruskan pengembaraannya ke Yaman melalui jalan laut dan melawat Aden, Mombosa, Timur Afrika dan Kulwa. Beliau kembali ke Oman dan balik semula ke Mekkah untuk menunaikan Haji pada tahun 1332 masihi, melaui Hormuz, Siraf, Bahrin dan Yamama.

Pada pusingan kedua, Ibnu Battuta ke Syam dan Laut Hitam, ke Bulgaria, Rom, Rusia, Turki serta pelabuhan Odesia dan menyusuri Sungai Danube. Kemudian belayar ke Semenanjung Crimea di mana beliau mengunjungi Rusia Selatan dan seterusnya ke India. Di India beliau menjadi kadi dan berkhidmat dengan keluarga seorang sultan.

Beliau mengembara hingga ke Sri Lanka, Indonesia dan Canton, Sumatera, Indonesia dan melalui laut Amman sebelum meneruskan perjalanan darat ke Iran, Iraq, Palestin dan Mesir. Beliau kembali ke Makkah untuk menunaikan Ibadah Haji yang ke tujuh (terakhir) pada November 1348.


Perjalanan ketiga bermula pada 753 Hijrah dimana beliau sampai ke Mali di tengah Afrika Barat sebelum ke Maghribi. Setiap kali mengunjungi sesebuah negara, Ibnu Battuta akan membuat catatan terperinci mengenai penduduk, pemerintah, ulamak serta kezaliman yang dilaksanakannya.

Tetapi malangnya, pencapaian Ibnu Battuta yang luar biasa itu tidak mendapat penghargaan sewajarnya apabila manuskrip catatannya dirampas dan di sembunyikan kerajaan Perancis yang menjajah kebanyakan negeri di benua Afrika.
Manuskrip catatan beliau dipercayai disimpan di Bibliotheque Nationale, Paris, menyebabkan bangsa Arab sendiri tidak dapat menghargai pencapaiannya sebagai seorang pelayar Islam yang agung.

MAKAM SULTAN PAHANG PERTAMA WUJUD



Ini adalah gambar yang menunjukkan makam Al Sultan pertama Negeri Pahang daripada keturunan kesultanan Melaka iaitu Sultan Muhammad Shah, salah seorang daripada putera Sultan Mansur Shah Melaka yang cukup terkenal yang telah diperintahkan pergi ke Pahang untuk memerintah lantas bagindalah menjadi Sultan Pahang yang Pertama. Jelas bahawa Sultan Pahang sejak itu menjadi waris dari keturunan kesultanan Melaka. ALFATIHAH

Sumber : www.melakainpicture.blogspot.com

Wednesday, October 7, 2009

INDONESIA SEMAKIN NAIK LEMAK


SUMBER: Berita Harian DAN News Straits Times
"Usah panik khabar angin BENDERA serang". "Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera - INDONESIA) akan menyerang Malaysia ...berikutan beberapa isu berbangkit", ujar Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Dalam pada itu Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab (Setiausaha Majlis Keselamatan Malaysia) mengatakan "semua sempadan negara akan di pantau dengan lebih gigih oleh pasukan keselamatan untuk memastikan rakyat negara ini selamat".

RAJAMENANGIS MENDESAK agar Kerajaan membenarkan ahli kumpulan BENDERA itu mendarat di Semenanjung Tanah Melayu kerana kita BANGSA MELAYU juga sudah tidak tahan lagi menerima penghinaan ini dan kita sambut kunjungan mereka samada dari langit, udara, sungai, laut, darat dan sebagainya, agar kita boleh PERLIHATKAN kedaulatan dan keperwiraan anak bangsa kita. Kita tidak mahu lagi melihat Kerajaan Indonesia bergurau senda dalam hal ini dan jika mereka memeluk tubuh, maka terserahlah! Maka kita pertontonkan peristiwa suatu masa dahulu. Cis kau! Membujur Lalu, Melintang Patah!

Sudah sekian lama, kemurahan hati kita tidak mereka endahkan. Bayangkanlah, seramai dua juta rakyat Indonesia mencari rezeki di Semenanjung Tanah Melayu. Berapa banyak wang yang mengalir keluar demi mensejahterakan keluarga mereka dan untuk memakmurkan negara mereka?

Monday, October 5, 2009

Rentetan Pembunuhan Birch

Sepanjang perjalanan dari Taiping ke Kuala Sepetang (Port Weld), yang jaraknya kira-kira 12 kilometer dari Bandar Taiping, Perak kelihatan banyak pokok besar di sepanjang jalan terutama di kawasan Matang yang mungkin usianya mencecah ratusan tahun.

Di antara puluhan pokok besar itu, ada dua batang pokok besar, setinggi kira-kira 20 meter dan mungkin usianya mencecah hampir ratusan tahun yang terletak di arah bertentangan dengan pokok yang dikatakan ditanam oleh penjajah Inggeris.

Dua pokok mempelam pauh itu terletak di satu selekoh. Kedudukannya agak terpinggir, kawasannya tidak dijaga, dipenuhi lalang manakala sebuah rumah lama di tepinya kelihatan usang dan terbiar. Jika diteliti, kedudukannya di sebelah kanan dari arah Taiping betul-betul berdepan dengan Kompleks Sejarah Matang.

Di situlah sebenarnya British menggantung sehingga mati tiga pejuang dan pemimpin Melayu yang disabitkan kesalahan bersubahat dan membunuh Residen Perak yang pertama, James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch di Pasir Salak.

Dato Seri Maharaja Lela, Dato Sagor dan Pandak Indut menghembuskan nafas terakhir di tali gantung yang diikat pada pokok induk mempelam pauh berkenaan. Ketika berlakunya pembunuhan Birch, Pandak Indut adalah orang pertama yang merejam lembing kepada residen British itu disusuli libasan lembing oleh Si Puntung.

Pandak Indut atau nama sebenarnya Ngah Kamdin dan menantunya, Dato Maharaja Lela disabitkan kesalahan bersubahat dalam serangan itu.
Pembunuhan pada 2 November 1875 itu banyak dicatatkan buku sejarah, jurnal, perbincangan tetapi yang pasti ia adalah kemuncak sejarah perjuangan Melayu menentang penjajah di Pasir Salak.

Ia adalah sejarah agung yang dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air.
Kini selepas 133 tahun serangan itu berlaku, yang tinggal cuma dua batang pokok generasi baru hasil benih pokok induk, tetapi berdasarkan keadaannya sekarang, boleh dibayangkan betapa besarnya pokok berkenaan pada ketika itu.

Namun, agak menyedihkan kerana kawasan itu langsung tidak mempunyai papan tanda penerangan mengenai peristiwa bersejarah pernah berlaku di situ. Apa yang boleh dilihat dan dilawati cuma Kompleks Sejarah Matang, bekas Kota Ngah Ibrahim serta rumah Kapten Speedy.

~ Sumber Berita Harian, 21 Disember 2008

Saturday, October 3, 2009

SEJARAH RINGKAS - KESULTANAN KELANTAN


Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatat nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu. Satu abad kemudian. setengah-setengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira pada akhir abad ke tujuh. Sri Maharaja Jayanagar telah membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya Ke 2). Kelantan diserahkan kepada Puteranya, Sri Maharaja DiRaja. Kemudian Kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu Jayanagar dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina, San-Fo-Tse (Tanah Sri Indah Sekebun bunga), iaitu dalam abad ke lapan Masihi (Nik Mohamed, 1984).

Kelantan, dari semasa ke semasa, dikunjungi para pedagang dari jauh dan dekat; dari Kepulauan Melayu, Siam, Kemboja, Campa, China, India, Parsi dan Arab. Bukti bahawa Kelantan itu berkuasa luas dan menjadi pusat dagangan ialah wan dinar yang terjumpa di kawasan kota Kubang Labu. Pada dinar itu tertera kata-kata dan angka Arab; ” al Julus Kelantan 577″ dan di sebelahnya; “Al-Mutawakkil” bertarikh 577 ialah sanat hijriah yang bersamaan tahun 1181 Masihi. Dalam Abad 17 pula Ibnu Batuta Seorang Pengembara Arab telah singgah di satu tempat yang bernama “Kilu Krai” (Kuala Kerai di Ulu Kelantan sekarang) dan bertemu dengan seorang raja perempuan yang bernama Urduja (Saad Shukri 1971). Baginda rupawan gagah perkasa dan beragama islam. dikatakan juga baginda boleh bertutur dalam bahasa Turki.

Seorang penulis Cina Chau Juo-Kua, mengatakan negeri Chi-Lan-Tan pada tahun 1222 adalah dibawah takluk kerajaan Srivijaya. Kemudian Syair Jawa Kuno Nagarakertagama karangan Prapance dalam tahun 1365 menyatakan bahawa Kelantan pada masa ini adalah sebahagian daripada Empayar Majapahit yang berpusat di Jawa Timur. Dalam tahun 1411, Kelantan diperintah oleh seorang raja yang bergelar Maharaja Kumara yang pernah mengirimkan ufti dan persembahan kepada Maharaja Cina (Rentse, 1934). Sejarah Melayu menjelaskan bahawa dalam zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah di melaka, Kelantan telah ditaklukkan dan tiga orang Puteri Sultan Mansur Shah (1467-1521) dibawa ke Melaka. Seorang Puteri Onang Kening telah diperisterikan oleh Sultan Mahmud dan sebagai hasil perkongsian ini lahirlah Raja Muzaffar yang menjadi Sultan Perak yang pertama.

Kelantan dalam sejarah Semenanjung Tanah Melayu, merupakan kawasan yang unik kerana berperanan sebagai pusat bagibeberapa kerajaan Melayu lama dan kawasan pergolakan beberapa dinasti DiRaja yang berhubungkait dengan kerajaan-kerajaan sekitarnya seperti Ptani, Nakhon Si Thammarat, Siam, Kemboja, Champa di sebelah utara dan Terengganu, Pahang dan Johor di selatannya. Oleh yang demikian sebelum zaman Kelantan moden di bawah Long Yunus, Kelantan merupakan beberapa buah kawasan yang diperintah oleh beberapa dinasti DiRaja Melayu.

Bila Sultan Mansur Shah mangkat pada 1526 M (928H), maka putera baginda Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Gombak. Setelah baginda mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat baginda, iaitu Raja Ahmad ditabalkan menjadi sultan Kelantan pada 1684 M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad. Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara DiRaja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang. Baginda kedua telah di kurniakan seorang puteri dinamakan Cik Wan Kembang.

Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589 M, sewaktu puteri baignda Cik Wan Kembang berusia 4 tahun, oleh sebab itu Raja Hussain dari Johor dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintahan Kelantan. Bila Raja Hussain mangkat pada 1610 M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabalkan menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan kira-kira 40 km kearah tengara Kuala Krai.

Pemerintahan Cik Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi mashur dan dikunjungi oleh ramai pedagang dari dalam dan luar negara, termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan Kembang dengan panggilan “Paduka Cik Siti”. Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disayangi oleh baginda, iaitu persembahan daripada rakyat baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterapkan diatas wang emas dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada lambang Kebesaran Negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini dengan megahnya. Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang memerintah di Gunung Titiwangsa, disebelah Timur Laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi Kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah baginda mangkat, maka putera baginda Raja Loyar telah ditabalkan menjadi Raja pada 1649 M (1059H). Baginda di anugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti (mangkat sejak kecil lagi) dan seorang puteri yang bernama Puteri Saadong.


Hubungan baik telah terjalin diantara kerajaan Cik Siti Wan Kembang dengan Kerajaan Loyar di Jembal. Baginda Cik Siti Wan kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta Kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana baginda tidak mempunyai puteri atau putera sebab baginda tidak berkahwin.


Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam berhubungkait utusan untuk meminang Puteri Saadong tetapi ditolak. Kemudiannya Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan sepupunya Raja Abdullah Putera Raja Bahar Bendahara dengan tujuan untuk menyelamatkan pertalian DiRaja. Raja abdullah telah dirajakan di Kota Tengayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya berpindah ke Kota Jelasin dan Kota Mahligai. Oleh sebab mendapat tekanan yang hebat dari Maharaja Siam, maka Raja Abdullah mengizinkan Permaisurinya Puteri Saadong berangkat ke Siam, maka Raja Abdullah bertikam dengan pemacak sanggul Puteri Saadong.

Selepas kemangkatan Raja Abdullah, Puteri Saadong telah melantik Raja Abdul Rahim saudara Raja Abdullah menjadi sultan di Kota Mahligai pada 1671M (1082H) dan dikahwinkan dengan janda Raja Abdullah, anak Penghulu Ngah Jembal. Selepas itu Puteri Saadong menjadi Raja di Bukit Marak dan sejak itu kisahnya tidak dapat dikesan lagi. Tidak lama selepas itu Raj abdul Rahim telah mangkat ditikam oleh rakyat jelatanya ditepi TasikLelayang Mandi, dengan itu putuslah sejarah Kerajaan Mahligai. Kerajaan Mahligai dan Kerajaan Jembal wujud kembali dbawah pamerintahan Raja Omar yang bergelar Sultan Omar pada tahun 1675M (1086H).


Sultan Omar adalah adinda kepada Raja Loyar yang sebelum itu bergelar Temenggong; Sultan Omar mempunyai lima putera dan puteri, iaitu Raja Kecil Sulung, Raja Ngah yang bergelar Raja Hudang, Raja Nah, Raja Sakti dan Raja Pah. Setelah Sultan Omar mangkat pada 1721M (1132H), baginda Long Bahar telah ditabalkan menjadi sultan di Jembal atas kehendak putera Sulungnya, Raja Kecil Sulung. Baginda Long Bahar ialah putera Raja Petani yang bergelar Datuk Pengkalan Tua yang berhijrah ke Kelantan bersama ayahandanya dan berkahwin dengan Raja Pah, puteri Sultan Omar dan memerintah di Sening dekat Jembal.

Setelah baginda Long Bahar mangkar pada 1733M (1146H), maka putera baginda Long Sulaiman ditabalkan menjadi Raja menggantikan baginda dan terus bersemayam di Kota Kubang labu, bukanya di Jembal yang terus ditinggalkan dan akhirnya menjadi sebuah perkampungan.

Long Sulaiman mempunyai seorang putera bernama Long Yunus dan dua orang puteri iaitu Tuan Dewi dan Tuan Kembang yang berkahwin dengan Long Deraman putera Tuan Senik Geting yang memerintah di Legih. pada 1576M (1169H) telah berlaku serangan untuk merebut takhta yang akhirnya telah membawa kemangkatan Long Sulaiman. Berikutnya Long Pendak, sepupu Long Sulaiman, telah dilantik menjadi Raja Kubang labu dan adiknya pula Long Mohammad dilantik menjadi Raja Muda. Kemudiannya pada 1758M, Long Pendak telah mangkat datangan Long Deraman kerana membalas dendam terhadap perbuatan Long Pendak membunuh isterinya Tengku Tengah, iaitu adik Long Deraman. Selepas itu Long Muhammad dilantik menjadi Sultan di Kota Kubang Labu.


Dalam masa pemerintahan Long Muhammad telah meletus peperangan antara pihak Long Muhammad yang dibantu oleh Long Yunus putera Long Sulaiman yang dibantu oleh Long Ghaffar putera Raja Reman di Ulu Perak. Dalam Peperangan pada 1762M Long Muhammad dan Long Deraman telah tumpas dan kerajaan Kubang Labu telah dapat dikuasai oleh Long Yunus. Bagi mengenang jasa Long Ghaffar yang membantunya dalam peperangan itu, maka Baginda Long Yunus telah melantik Long Ghaffar menjadi Perdana Menteri memerintah dari kawasan jeram Sampai ke Sungai pasir tumbuh. Baginda Long Yunus telah beerjaya menyatukanseluruh pemerintahan negeri Kelantan dan meletakkannya dibawah satu pemerintahan pusat sahaja.

Pada masa ini negeri Kelantan mencapai kemajuan dan zaman ini dikenali dengan “Zaman Kegemilangan” Selepas itu persahabatan telah terjalin diantara Kerajaan Kelantan dan Siam (Thailand). Contohnya menghantar bunga emas ke Siam sebagai tanda persahabatan. Perkembangan agama Islam berlaku dengan pesatnya pada zaman itu. Contohnya terbinanya Masjid Kampung Lautoleh sekumpulan Ulama, keturunan Wali Songo.

Pada tahun 1899-1920 negeri Kelantan diperintah oleh Sultan Muhammad Ke IV. Pada zaman ini British mulai bertapak dan menguasai pemerintahan Negeri Kelantan. akibatnya pengaruh British mulai berkembang di negeri Kelantan.





Petikan daripada http://www.geocities.com/nikzafri/kelantan.htm

Thursday, October 1, 2009

Di manakah Kitab Al-Dur Al-Manzum?

Di dalam bibliografi buku Egyptology : The Missing Link : Ancient Egypt in Medieval Writings karya Okasha El Daly diterbitkan oleh UCL Press (2005) ada catatan tentang Kitab Al-Dur Al-Manzum ~ Al-Ghalani, Muhammad al-Kashnawi (d.1741) ~ 2 vols, Cairo: Al-Halabi, 1961.

Peranan penting yang dimainkan Pasai dalam penyebaran Islam ke seluruh Nusantara dimungkinkan karena hubungan itu berkaitan erat dengan kegiatan perdagangan yang sekaligus bertindak sebagai pendakwah demi pengembangan agama Islam.

Sumber informasi dari Dinasti Yuan menyebutkan bahwa pada tahun 1282 Kerajaan Pasai mengirimkan dua orang utusan yang bernama Sulaiman dan Samsuddin ke Istana Kaisar Cina. Ini menunjukan bahwa orang-orang Islam telah menduduki posisi penting dalam pemerintahan di Kerajaan Pasai yang dipimpin Malik Al-Saleh.

Pada pusat pemerintahan di Pasai, kegiatan keagamaan cukup semarak, hal ini
terutama dapat diperlihatkan kehidupan keagamaan di istana. Contoh konkrit tentang hal ini ialah pada masa pemerintahan Malik Al-Zahir, Ibnu Batutah menyebutkan kunjungannya ke sana pada tahun 1345 dan Sultan Malik Al-Zahir, raja yang taat kepada ajaran Nabi Muhammad SAW.

Baginda sentiasa dikelilingi oleh para ahli agama teologi Islam di antaranya ialah Qadi Syarif Amir Sayyid dari Shiraz, dan Tajal-Din dari Isfahan. Ditinjau dari sudut perkembangan agama Islam, Pasai dapat kita katakan sebagai pusat penyiaran agama Islam di Nusantara dan kawasan Asia Tenggara.

Sejarah Melayu (edisi Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi) menceritakan bahawa di tanah Arab ada seorang alim bernama Maulana Abu Ishak yang mahir ilmu tasawuf. Beliau mengarang kitab Durru’l-Manzum dan mengajarkan isi kitab ini kepada muridnya Abu Bakar.

Kemudian muridnya belayar ke Melaka untuk mengajarkan isi kitab ini kepada Sultan Mansur Shah. Baginda sangat memuliakan Maulana Abu Bakar dan berguru
kepadanya. Baginda juga mengirimkan kitab itu ke Pasai untuk diterjemahkan. Sultan Pasai menyerahkan tugas itu kepada Makhdum Petakan, salah seorang alim di Kerajaan Pasai.

Kitab yang diterjemahkan itu dihantarkan ke Melaka. Sultan Mansur Shah terlalu sukacita melihatnya. Baginda menunjukkan kitab Durru’l-Manzum tersebut kepada Maulana Abu Bakar. Kisah tentang penterjemah kitab Durru’l-Manzum yang disebut di atas diambil dari Teuku Ibrahim Alfian, yang selanjutnya juga melukiskan sebuah riwayat yang lain diambil dari Sejarah Melayu, bahwa ketika timbul masalah mengenai: “Apakah segala isi syurga itu, kekalkah ia dalam syurga dan segala isi neraka itu, kekalkah ia di dalam neraka?”

Sultan Mansur Shah mengutus Tun Bija Wangsa untuk bertanya masalah itu ke Pasai. Sultan Pasai bertitah kepada Makhdum Muda untuk menyiapkan jawapan terhadap masalah itu, lalu dibawakan kepada Maulana Abu Bakar. Sultan Melaka turut memuji Makhdum tersebut.

Monday, September 28, 2009

MISTIK: Warisan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga


Warisan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga

Meriam tegak ada penunggu



USIK mengusik, gurau senda suami isteri boleh membawa bahagia, tetapi jika berlebihan dan tidak kena pada tempatnya boleh membawa padah, apatah lagi jika membabitkan individu yang dikatakan mempunyai ilmu kebatinan tinggi.

Itulah yang berlaku kepada pasangan Che Wan dan suaminya dikenali Che Noh yang menetap di perkampungan Melayu Riau, di Pulau Dabo Singkep, Kepulauan Lingga, Riau, Indonesia kira-kira 200 tahun dulu.


Logiknya, jika meriam besi itu cuma terbenam 0.33 meter ke dalam tanah berpasir, ia cukup mudah untuk dikeluarkan, tetapi meriam ini mempunyai misteri tersendiri.

Kedudukannya di tepi jalan berturap di kawasan peranginan Pantai Batu Berdaun menyebabkan ada usaha mengalihkan ke tempat yang lebih selamat untuk ditempatkan di muzium.

Anehnya, semua percubaan untuk mengalih meriam dipercayai berusia lebih 200 tahun itu tidak pernah berhasil, padahal logiknya, jika digali dengan tangan pun memadai untuk mengeluarkan meriam berkenaan kerana ia tertanam di kawasan berpasir.

Penduduk di situ percaya meriam itu ada penjaganya kerana ia bukan sembarangan meriam. Mereka percaya ia dipacak di situ dan ‘dikunci’ hingga sekarang. Apabila pemegang ‘kunci’ (Che Wan) itu sudah meninggal, tiada sesiapa lagi yang boleh mengubahnya.

Hinggalah sekarang tiada siapa yang tahu, tetapi yang pastinya mereka sepakat biarlah meriam itu bersemadi di situ bersama penjaganya.

Ini kerana penduduk pernah menggunakan jentolak untuk mengorek lubang mengeluarkan meriam berkenaan, hasilnya cangkuk utama jengkaut patah dua, manakala enjin jengkaut rosak. Pemandunya lari ketakutan kerana terkena ‘teguran’ penjaga meriam yang marah kerana cuba mengganggu kawasannya.

Cubaan diteruskan dengan membawa beberapa orang dukun bagi memudahkan urusan mengorek keluar meriam. Nasibnya berbeza, jengkaut tidak patah, tetapi sebaik saja mata cangkuk mencecah tanah, badan jentera pengaut itu tiba-tiba terangkat di bahagian belakang.

Seolah-olah mengorek benda yang terlalu keras hingga mata jengkaut pun tidak boleh masuk ke dalam pasir menyebabkan lagi sekali pemandunya lari ketakutan dan dikatakan demam berminggu-minggu.

Sepanjang laluan di pantai Batu Berdaun itu memang ada banyak meriam lama kerana di situ dikatakan antara benteng pertahanan utama kerajaan Melayu Johor Riau Lingga menahan asakan serangan meriam Belanda yang berpangkalan di Kampung Batu Bongkok.

Bagaimanapun, dua lagi meriam berhampiran sudah dialihkan dengan bantuan beberapa dukun yang meminta ‘izin’ mengalihkan meriam berkenaan.

Penduduk, Abdul Rani Atan Leman, berkata berdasarkan cerita lisan waris keturunan pasangan Che Wan dan Che Noh yang dikenali dengan panggilan Mak Cik Indon, berusia 78, mereka pernah mendapat mimpi supaya meriam dan apa saja barangan peribadi pasangan itu dijaga dengan baik.

“Dua lagi meriam sudah diizinkan untuk dialih, tetapi pelbagai hal berlaku. Satu daripadanya dihantar ke Lingga, dipadankan dengan pasangannya dan dibiarkan di situ. Itu warisan kerajaan Melayu Johor Riau Lingga.

“Satu lagi dibawa ke Pulau Penyengat, Tanjung Pinang menaiki kapal. Dalam perjalanan, kapal itu karam, tetapi meriam itu berjaya diselamatkan. Sebab itu sampai sekarang penduduk tidak berani nak usik meriam tegak itu.

“Pernah berlaku meriam itu sudah hampir dikeluarkan, sudah senget, tetapi apabila datang semula esoknya, meriam itu tegak semula seperti asal. Mereka gali lagi, tinggalkan kawasan itu sebab hari gelap, tetapi apabila datang semula, meriam itu sudah tegak seperti asal,” katanya.

Apa yang boleh dilakukan hanyalah meletakkan pagar kecil di keliling meriam pacak itu sebagai tanda peringatan. Disebabkan kejadian aneh itu, kawasan itu turut menjadi tumpuan peminat nombor ramalan untuk mencuba nasib.

Penduduk pernah terserempak dengan beberapa kumpulan sedang ‘menurun’ nombor ekor pada waktu tengah malam tetapi mereka sekadar memerhatikan saja apa yang akan berlaku. Keesokannya heboh cerita kumpulan itu bertempiaran lari seolah-olah dikejar sesuatu.

Penulis berpeluang melihat sendiri meriam berkenaan dan mendapati kedudukan meriam itu tegak 90 darjah, langsung tidak senget walaupun sudah berada di situ sejak ratusan tahun dulu, padahal kedudukan berhampiran pantai dan ada kalanya dilanda ombak besar.

Sumber: (c) 2009 Berita Harian

Sunday, September 27, 2009

Keturunan Tun Mutahir hingga hari ini

KELUARGA DAN WARIS-WARIS TUN MUTAHIR

Adik–beradiknya:
Adapun ayahanda Tun Mutahir itu adalah Bendahara Siwa Raja Tun Ali mempunyai beberapa orang isteri , tetapi yang paling diketahui ialah:
i) Che' Wan Ngah , isteri tua yang berkerabat , bonda Tun Mutahir
ii) Che’ Puan Lingga , isteri dari Lingga, bonda Tun Ahmad


Baginda mempunyai lima adik beradik lelaki dan enam orang perempuan
i) Baginda sendiri, iaitu Raja Bendahara Tun Muhammad Tahir bin Raja Bendahara Tun Ali.
ii) Tun Ismail bin Raja Bendahara Tun Ali [Tun Buang], Engku Panglima Besar Chenor, seorang puterinya Wan Empok, berjodoh dengan Raja Bendahara Tun Abdul Rahman ibn alMarhum Tun Mutahir. Keluarga Tun Ismail itulah keluarga yang paling banyak bersemenda (berkerabat) dengan keturunan Tun Mutahir.
i
ii) Tun Ahmad , yang merampas takhta, diangkat sebagai Sultan Ahmad Shah I pada tahun 1882.
iv) Tun Mansur
v) Wan Hassan
vi) Wan
Che' Sunit , isteri Ungku Abdullah ibni al-Marhum Tengku Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim
vii) Wan Esah

viii) Wan Long ,
Che Puan Engku Sayyid, isteri Engku Perdana Menteri Engku Sayyid Omar
ix) Wan Teh, isteri Raja Asal , Raja Mendailling yang pernah memegang Kuala Lumpur, Kampung Seputih mengambil sempena namanya

x) Wan Timah

xi) Wan Andak

Baginda dijodohkan dengan tiga orang isteri:
i) Tengku Chik binti al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah, iaitu Sultan Ahmad Tajud-din Halim Shah I ibni al-Marhum Abdullah al-Mukarram Shah, Sultan Kedah

ii) Tengku Chik binti al-Marhum Sultan Abdul Rahman Mu'adzam, puteri sulong. Sultan Abdul Rahman I Mu'adzam Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Sultan Lingga.
iii) Tengku Kechik binti al-Marhum Sultan Abdul Rahman Mu'adzam, puteri Sultan 'Abdu'l Rahman Mu'adzam Shah, Sultan Lingga

Baginda dikurniakan tujuh putera dan dua puteri iaitu:
i) Engku Muda Koris bin Raja Bendahara Tun Mutahir , dikenali juga sebagai Tun Long, putera Tengku Chik Kedah, bergelar Engku Panglima Perang sebelum ditabal sebagai Bendahara Muda 1861. Menantu Temenggung Johor. Mangkat semasa berudur di Kuala Sedili selang beberapa hari kemangkatan ayahandanya
ii) Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman bin Raja Bendahara Tun Muhammad Mutahir [Che' Engku Aman]. Ditabal selepas kemangkatan ayahanda dan kekandanya pada tahun 1863. Berjuang meneruskan perjuangan ayahanda dan kekandanya. (Lihat di bawah)
iii) Tun Da, berjuang bersama kekandanya, Tun Abdul Rahman, hingga kekandanya ditawan di Kelang, dan kemudiannya berdamai dengan Tun Ahmad. Keturunannya ramai di Tembeling hari ini.
iv) Tun Abdullah, sekutu kuat kekandanya. Keturunannya di Chenor hari ini.
v) Tun Ibrahim, mangkat di Kelang.

vi) Tun Muhammad
vii) Che' Wan Ngah

viii) Che' Wan Nit

ix) Che' Wan Chik, Cik Puan Besar Zabedah , berjodoh dengan Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar ibni Temenggung Seri Maharaja Ibrahim, yang kemudiannya diangkat sebagai Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.

Mengenai kesemua cucu-cicit Tun Mutahir adalah diluar kemampuan kami untuk menyenaraikan secara penuh. Walaubagaimanapun kami mengalu-alukan sebarang maklumat dari waris-waris Seri Maharaja supaya boleh dikemaskinikan laman ini, dan berikan hubungan lengkap dengan Tun Mutahir. Buat masa ini kami menghuraikan waris-waris Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman bin Raja Bendahara Tun Muhammad Mutahir [Che' Engku Aman] memandangkan kami adalah waris-warisnya.

Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman [Che' Engku Aman], baginda dijodohkan dengan:
i) Tengku Hamidah binti al- Marhum Sultan Muhammed Mu'adzam Shah, puteri Sultan Muhammed II Mu'adzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman Mu'adzam Shah, Sultan of Riau, Lingga and jajahannya
ii) Wan Empok binti Engku Panglima Chenor Tun Ismail, sepupunya Warisnya hanya seorang iaitu daripada Wan Empok iaitu:
Tun (Wan) Tahir ibni Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman

Tun Tahir merupakan Leftenan Muda Timbalan Setia Johor hingga baginda mangkat pada tahun 1928. Baginda dimakamkan diBukit Timbalan , Johor Bharu dengan penuh adat dan kebesarannya oleh Sultan Ibrahim, Sultan Johor, lengkap dengan perarakan serta tembakan hormat. Baginda berjodoh dengan Zaleha (Wan Embong).


Baginda dikurniakan seorang putera dan tiga orang puteri iaitu:

i) Tun (Wan) Chik, nenda penulis
ii) Tun (Wan) Maryam

iii) Tun (Wan) Muhammad

iv) Tun (Wan) Esah, mangkat di Johor Bharu, 2001

Waris-waris Tun Tahir yang paling tua
Tun (Wan) Esah yang baru mangkat pada Oktober, 2001








(Tun) Zabedah , puteri Tun (Wan) Chik (73 tahun) semasa majlis pelancaran buku
‘Mencari Sejarah; Tun Mutahir’






Sumber : www.geocities.com/mzfr/tmta/Waris.htm

Saturday, September 26, 2009

Long Ja'afar di Larut

KAWASAN induk kerajaan Perak terletak di bahagian muara Sungai Perak. Di situlah dahulu Raja-raja Perak bersemayam. Perak. Di utara, Sungai Krian menjadi rebutan di antara Perak dengan Kedah; di selatan, Sungai Bernam menjadi rebutan Perak dengan Selangor.

Sungai Larut juga merupakan jajahan takluk negeri Perak.
Long Ja'afar membuka lombong bijih timah di Larut. Bijih timah buat kali pertama dieksport dari Larut pada 1844. Sebelum itu bijih timah lebih banyak dikerjakan di kawasan Hilir Perak dan Bidor. Long Ja'afar berasal daripada keluarga berketurunan Aceh; bapa saudaranya (Alang Allaidin) memegang jawatan Datuk Panglima Bukit Gantang. Long Ja'afar berkahwin dengan sepupunya Ngah Pura, anak Alang Allaidin.

Kejayaan lombongnya merapatkan hubungan di antara Long Ja'afar dengan saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang kerana bijih timah Larut dijual kepada saudagar-saudagar Pulau Pinang. Akibatnya Long Ja'afar mengupah orang Cina untuk mengerjakan lombong di Larut. Pada pertengahan kurun ke 19, orang Cina mulai menetap di Asam Kumbang, Kelian Pauh dan Kelian Baru.

Golongan pertama orang Cina yang datang ke Kelian Pauh diketuai oleh Law Sam; hubungannya dengan Long Ja'afar amatlah erat. Jajahan Larut itu menjadi semakin penting apabila permintaan untuk bijih timah meningkat naik akibat perkembangan perusahaan papan timah di Britain. Sehingga pertengahan kurun ke 19, Hilir Perak adalah pusat kegiatan ekonomi, barang-barang eksport dan import disalurkan melalui muara Sungai Perak.

Mulai pertengahan kurun ke 19, pusat itu berpindah ke Jajahan Larut.
Pada peringkat inilah, Long Ja'afar mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukannya di Larut yang menjadi pegangan bapa mertuanya. Long Ja'afar berjaya memujuk Sultan Shahabuddin (1831-1851) supaya memberikan Jajahan Larut kepadanya sebagai pegangan. Ini dilakukan dengan pemberian surat kuasa bertarikh 6 November 1850.

Pada masa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Syah (1851-1857), perselisihan berlaku di Perak; kedudukan baginda dicabar oleh Raja Muda Ngah Ja'afar yang lebih berpengaruh. Daripada Raja Ja'afar, Long Ja'afar mendapatkan surat kuasa baru yang bertarikh 8 November 1856.
Setelah Sultan Abdullah mangkat pada 1857, Raja Ja'afar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Perak.

Lebih kurang pada masa ini juga Long Ja'afar telah meninggal; anaknya, Ngah Ibrahim, menjadi warisnya dan seterusnya menjalankan pentadbiran di Jajahan Larut dibantu oleh Ngah Lamat, saudara pada Long Ja'afar. Ngah Ibrahim diberi surat kuasa baru bertarikh 24 Mei 1858.

~ Sumber: www.geocities.com

Rajah Brooke di Kuching

James Brooke mula-mula sampai di tebing Sungai Sarawak di tengah-tengah berlakunya pemberontakan oleh masyarakat tempatan. Beliau telah dianugerahkan wilayah Sarawak kerana peranannya dalam menghentikan pemberontakan tersebut.

Beliau menjadi Raja memerintah Sarawak yang pertama pada tahun 1841, lalu menandakan permulaan pemerintahan Raja Putih (White Rajah) selama tiga generasi keluarga Brooke. Kuching menjadi pusat pentadbiran kerajaan Brooke yang menempuh banyak perubahan. Foto kiri ialah Muzium Sarawak.

Sebagai pusat pentadbiran, Kuching menjadi fokus perhatian dan pembangunan. Beberapa perkara yang mula-mula dilakukan oleh James Brooke ialah memperkenalkan undang-undang dan mendirikan tempat kediamannya di tebing Sungai Sarawak. Tempat kediaman ini (Astana) akhirnya menjadi kediaman rasmi TYT DiPertua Negeri Sarawak.

Di bawah pemerintahan Brooke, kegiatan perlanunan dan memotong kepala (ngayau) dapat dikurangkan. Untuk julung-julung kalinya wujud undang-undang dan peraturan di bumi Borneo ini, bagi menangani masalah ketika itu. Bagaimanapun, Kuching waktu itu masih lagi mundur dan kekurangan kemudahan-kemudahan lain.

Sumber : www.dbku.gov.my, flickr.com, asiaexplorers.com