Rajamenangis hadir di Majlis pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir
Showing posts with label Adat Pepatih. Show all posts
Showing posts with label Adat Pepatih. Show all posts
Wednesday, October 28, 2009
RAJAMENANGIS DI MAJLIS PERTABALAN DYMM YANG DIPERTUAN BESAR
Rajamenangis hadir di Majlis pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku MunawirKUMPULAN RAJAMENANGIS memanjatkan rasa syukur kehadharat Allah swt, kerana dengan limpah kurniaNya, kebawah DYMM Tuanku YDP Besar telah sudi perkenan menjemput patik patik ke Majlis Pertabalan baginda di Istana Besar Sri Menanti pada tanggal 26 hb Oktober 2009 yang sungguh bersejarah. Rajamenangis telah sempat menyaksikan setiap acara adat istiadat di Dewan Balairong Seri yang gilang gemilang. Patik patik mengucapkan selamat sejahtera dan sembah takzim kepada DYMM Tuanku sekeluarga, semoga Tuanku sekeluarga di panjangkan umur, di berikan taufik dan hidayah untuk memerintah Negeri Sembilan dan daerah jajahannya dengan adil dan saksama dan semoga DYMM Tuanku sentiasa bersyukur kepada nikmat dan kurnia Allah swt dan mengenangkan kisah rakyat jelata DYMM Tuanku. Kenangan majlis pertabalan tersebut tidak mungkin patik lupa dan akan sentiasa di kenang sepanjang hayat.
Wednesday, October 21, 2009
VIDEO PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR ZAMAN HITAM-PUTEH
By Kumpulan RajaMenangis1:30 PMAdat Pepatih, Kesultanan, pakaian melayu, pakatan rakyat, perpaduan, raja melayu, raja melayu budaya, Tempat, tengkolok4 comments
INI ADALAH VIDEO RESMI AWAL YANG DIREKODKAN MASA ZAMAN MALAYA DAHULU. JELAS ACARA INI AKAN BERULANG MINGGU HADAPAN DI SERI MENANTI. SEMOGA MENDAPAT ILMU SEDIKIT SEBANYAK. ENJOY!
Tuesday, October 20, 2009
PENGUMUMAN KHAS ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN BESAR NS
By Kumpulan RajaMenangis10:03 PMAdat Pepatih, Islam, Kesultanan, orang melayu, Pertabalan, raja melayuNo comments
Dengan ini Kumpulan Rajamenangis merafak Sembah Takzim serta setinggi-tinggi tahniah kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Yang Ke Sebelas. Tahniah juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan sempena Istiadat Pertabalan yang akan berlangsung pada 26 Oktober 2009 di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti. Turut diadakan, jamuan untuk rakyat di khemah-khemah khas yang didirikan.Untuk Program Sepenuhnya, sila klik sini.
Maklumat-Maklumat Istiadat Pertabalan
1. Program-Program Sempena Bulan Pertabalan
2. Aturcara Pentadbiran Istiadat Bersiram
3. Aturcara Pentadbiran Santapan Tengah Hari Selepas Istiadat Bersiram
4. Aturcara Pentadbiran Istiadat Pertabalan
5. Aturcara Pentadbiran Santapan DiRaja
6. Pelan Tempat Duduk di Dewan Bankuet
RUJUKAN PROSES ISTIADAT YANG LENGKAP DIBAWA KHAS OLEH RAJAMENANGIS
(Gunakan Ctrl-Scroll up - untuk membesarkan Font)
(Gunakan Ctrl-Scroll up - untuk membesarkan Font)
PERTABALAN YANG DIPERTUAN BESAR PENUH ISTIADAT RAJA DI SRI MENANTI NEGERI SEMBILAN
BERMULA: 22 Oktober 2009
Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang akan berlangsung penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pada 26 Okt. Istiadat pertabalan ini akan berlangsung di Bandar Diraja Seri Menanti dari 22 hingga 28 Okt 2009, menurut Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Istiadat ini bakal mengulangi sejarah lebih 40 tahun lalu, upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 18 April 1967. Istiadat pertabalan pada 26 Okt ini merupakan istiadat kemuncak selepas hampir setahun bermula dengan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Dis 2008 berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar dua hari sebelumnya. Proses pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan merupakan suatu yang unik kerana dilakukan oleh Undang Yang Empat -- Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau -- setelah dilantik daripada putera-putera yang layak dicalonkan.
BERMULA
Tuanku Muhriz berkata istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat mengeluarkan dan memasang alat-alat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti pada 22 Okt oleh Pegawai 99 yang diketuai Datuk Seri Amar Diraja. Alat-alat kebesaran ini terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah.
Alat-alat ini akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada 28 Okt. Ini akan diikuti dengan tembakan dua das meriam. Istiadat seterusnya ialah istiadat bersiram pada 25 Okt melibatkan Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku BEsar Mahmud. Baginda berdua akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada, disusuli dengan lapan das tembakan meriam. Orang Empat Istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak 7 kali. Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli lapan das tembakan meriam lagi.
KELANGSUNGAN
Istiadat pertabalan akan berlangsung pada 26 Okt di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat itu bermula dengan ketibaan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Tunku Besar Tampin di sebelah pagi di perkarangan Istana. Setelah bermalam di rumah telapak (rumah persinggahan) masing-masing, Undang Yang Empat akan berehat di balai-balai sementara yang disediakan khas di luar perkarangan Istana Besar Seri Menanti sebelum berjalan kaki memasuki perkarangan Istana Besar Seri Menanti diiringi oleh Datuk-Datuk Lembaga masing-masing. Lima belas das tembakan meriam akan dilepaskan. Undang Luak Sungai Ujong akan berjalan dari Balai Melintang, Undang Luak Jelebu dari Balai Serong, Undang Luak Johol dari Balai Bertingkat manakala Undang Luak Rembau dari Balai Panjang.
Pada ketika ini jemputan lain akan tiba di Istana termasuk Raja Muda atau Tengku Mahkota yang mewakili Raja-Raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri.
BALAIRONG SERI
Setelah semua mengambil tempat masing-masing di perkarangan Istana Besar Seri Menanti, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diiringi oleh Orang Empat Istana akan berangkat memeriksa barisan kehormatan.
Para tetamu kemudian mengambil tempat di Balairong Seri. Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan kemudian berangkat bersemayam di atas singgahsana dengan diapit oleh Putera Yang Empat. Istiadat bermula apabila Datuk Bentara Kanan menghadap memohon perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk memulakan istiadat dan kemudian meminta Datuk Undang Luak Sungai Ujong bagi pihak Undang Yang Empat, bangun mengisytiharkan bermulanya istiadat pertabalan.
Ini akan diikuti dengan teriakan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku. Datuk Bentara Kanan kemudian akan mengisytiharkan kepada hadirin bahawa pertabalan selesai dilakukan dan melafazkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali, diikuti oleh para hadirin.
Lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan dan disusuli oleh tembakan meriam sebanyak 32 das.
Upacara seterusnya ialah istiadat menghadap dan menjunjung kasih Yang Dipertuan Besar yang dimulakan oleh Undang Yang Empat, diikuti Datuk Shahbandar Sungai Ujong, Penghulu Luak Tanah Mengandung dan Datuk Lembaga Tiang Balai masing-masing. Menteri Besar Negeri Sembilan kemudian akan menghadap menjunjung kasih serta melafazkan ucapan taat setia. Tuanku Muhriz kemudian melafazkan titah pertabalan dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Akhirnya Datuk Seri Amar Diraja membuat aluan sembah dan memaklumkan bahawa istiadat pertabalan selesai disempurnakan.
SEBELUMNYA
Keunikan istiadat pertabalan di Negeri Sembilan ini melibatkan beberapa istiadat lain sebelumnya dan yang berlangsung di Istana-istana lain.
Antaranya istiadat menghadap Undang Yang Empat yang dilaksanakan oleh Orang Empat Istana manakala yang terpakai di Istana-istana lain ialah menyembahsilakan Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong, Sultan Brunei dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Jemputan disempurnakan oleh rombongan Diraja diketuai oleh Tunku Besar Seri Menanti dan disertai Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, Tunku Alang Tunku Datuk Seri Iskandar, Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dan Tunku Imam Tunku Datuk Seri Mahmud Tunku Besar Burhanuddin, yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, anggota Exco dan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.
Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 ini merupakan satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun ini. Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud diadakan terlebih dahulu pada 14 April 2009. Sebelum itu diadakan istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz iaitu Putera Yang Empat terkanan, pada 22 Feb 2009, bagi menggantikan tempat ayahanda baginda.
KETURUNAN
Tuanku Muhriz merupakan keturunan langsung daripada salasilah lebih 200 tahun keturunan Raja Lenggang dan juga Raja Alam Pagaruyung, Sumatera. Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Jan 1948. Baginda merupakan satu- satunya anak lelaki Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Ampuan Durah Tuanku Besar Burhanuddin. Baginda dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Laksamana (kedudukan kedua di antara Putera Yang Empat) pada tahun 1960 dan Tunku Besar Seri Menanti (kedudukan tertinggi di antara Putera Yang Empat) pada tahun 1961. Baginda kekal memegang gelaran itu selama 47 tahun. Dibesarkan di Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah dan Sekolah Tunku Besar Tampin serta Sekolah Menengah King George V, di Seremban. Tuanku Muhriz meneruskan pelajaran di Aldenhem School, United Kingdom ke peringkat O-Levels dan A-Leves. Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan LLB pada tahun 1970.
IHSAN: Kerjasama Bernama 2009
Tuesday, June 2, 2009
Majlis tabal Undang Luak Sg. Ujong - kali terakhir 58 tahun lepas
By Kumpulan RajaMenangis2:23 AMAdat, Adat Pepatih, Kesultanan, luak, Nostalgia, orang melayu, Pertabalan, undang, Yang DipertuanNo comments
Majlis tabal Undang Luak Sungai Ujong
AMPANG: Majlis Adat Istiadat Kerjan (Tabal) Datuk Undang Luak Sungai Ujong Ke-11 diadakan penuh tradisi adat pepatih Negeri Sembilan, bermula 7 Jun selepas diadakan kali terakhir 58 tahun lalu.
Pelantikan Othman Ismail sebagai Undang Luak Sungai Ujong dibuat selaras aturan adat pesaka Luak Sungei Ujong dan peruntukan Fasal 14 (1) dan 32 Perlembagaan Negeri Sembilan Darul Khusus 1959 serta Fasal 71 (2) Perlembagaan Persekutuan.
Pemasyuran Othman sebagai Ke bawah Kaus Yang Teramat Mulai (YTM) Luak Sungei Ujong dilakukan Datuk Lembaga Kanan Sungei Ujong, Datuk Sri Maharaja DiRaja Zulkepley Dahalan, pada 8 Februari lalu.
Othman menggantikan Datuk Kelana Petra Undang Luak Sungai Ujong sebelum ini, Mubarak Dohak @ Tohak yang didakwa melakukan salah laku adat sejak menyandang jawatan itu pada 20 Disember 1993 sehingga 30 September 2001.
Petikan (c) http://www.bharian.com.my/
NOTA
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menegaskan pelantikan Datuk Mubarak Dohak sebagai Datuk Klana Petra Ke-10, Undang Luak Sungai Ujong, adalah sah mengikut adat istiadat Luak Sungai Ujong.
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim, berkata perisytiharan pelantikan dibuat Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong, Datuk Shaari Hassan pada 29 Disember 1993.
"Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada mesyuarat khas 19 Ogos 2002 sudah membincangkan isu pelantikan itu dan membuat keputusan Mubarak kekal menyandang pusaka Datuk Klana Petra Ke-10," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Jemal Zainal berkata, Fasal 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menyatakan bahawa;
‘Nasihat Dewan atas soal-soal berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu di mana terdapat di dalam negeri ini termasuk nasihat atas soal-soal berkaitan dengan pemilihan atau warisnya kepada atau perlucutan daripada atau pengosongan jawatan mana-mana Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang disebut di dalam fasal 14 adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah di atas sebarang alasan.’
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan seorang waris kanan Undang Luak Sungai Ujong mempersoalkan status kesahihan seorang daripada Undang Yang Empat.
Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menegaskan pelantikan Datuk Mubarak Dohak sebagai Datuk Klana Petra Ke-10, Undang Luak Sungai Ujong, adalah sah mengikut adat istiadat Luak Sungai Ujong.
Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim, berkata perisytiharan pelantikan dibuat Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong, Datuk Shaari Hassan pada 29 Disember 1993.
"Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada mesyuarat khas 19 Ogos 2002 sudah membincangkan isu pelantikan itu dan membuat keputusan Mubarak kekal menyandang pusaka Datuk Klana Petra Ke-10," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Jemal Zainal berkata, Fasal 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menyatakan bahawa;
‘Nasihat Dewan atas soal-soal berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu di mana terdapat di dalam negeri ini termasuk nasihat atas soal-soal berkaitan dengan pemilihan atau warisnya kepada atau perlucutan daripada atau pengosongan jawatan mana-mana Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang disebut di dalam fasal 14 adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah di atas sebarang alasan.’
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan seorang waris kanan Undang Luak Sungai Ujong mempersoalkan status kesahihan seorang daripada Undang Yang Empat.











