ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, February 12, 2009

Kerabat Sunan Kalijaga


KLANG, 14 Mac 2005 -- Waris Kesultanan Raja Jawa atau Kerajaan Islam Demak yang melarikan diri ke Semenanjung Malaysia akibat ancaman penjajah Belanda di Indonesia dipercayai menetap di Klang.

Sekumpulan 10 lelaki yang dikatakan daripada keluarga Bani Hashim dari tanah Arab dalam satu temubual eksklusif bersama Bernama berkata, waris Raja Jawa itu, yang dikenali sebagai Kanjeng Gusti Prabu Ageng Raja Masrek Syah berumur 65 tahun kini menetap di Kampung Jawa di sini.

Kumpulan itu berkata kenyataan itu adalah benar berdasarkan salasilah keturunan mereka sebagai penyebar agama Islam di nusantara termasuk di Indonesia sejak abad ke-11 dan hubungan mereka dengan Istana Jawa di Jogjakarta, Indonesia.

Jurucakap kumpulan itu, Ahmad Suffian Nordin berkata Raja Masrek Syah adalah daripada keturunan Raden Mas Said (Sunan Kalijaga), cucu kepada Raden Kormo Wijoyo dan anak kepada Raden Korto Joyo yang lahir daripada salasilah wali sembilan atau Wali Songo seperti yang dikenali oleh penduduk Jawa.

Terdapat kira-kira 400 ahli keluarga Bani Hashim yang aktif di Malaysia malah keturunan itu juga wujud di Singapura dan Indonesia dan sering mengadakan perjumpaan keluarga dan ada kalanya diberi liputan di dada akhbar dan majalah di negara ini.

"Tujuan kami mendedahkan perkara ini ialah bagi memaklumkan kepada orang ramai bahawa keturunan Raja Jawa ini masih wujud dan berada di Malaysia. Malah perkara ini diketahui oleh alim ulama dan pemerintah di Indonesia sendiri," katanya di sini baru-baru ini.

Beliau berkata kisah mengenai `Putera Raja Yang Hilang' bermula apabila bapa Raden Mas Said, Raden Kormo Wijoyo mengarahkan anaknya melarikan diri ke Tanah Melayu pada tahun 1900 untuk meneruskan kesinambungan keluarga Raden Kormo Wijoyo serta meneruskan amanat agung keluarga mereka.

Raden Kormo Wijoyo merantau ke beberapa negeri di Semenanjung iaitu Johor dan Perak sebelum menetap, berkahwin dan meninggal dunia di Selangor dengan hidup sebagai rakyat biasa tanpa menggunakan nama asal `Raden' tetapi nama lain iaitu Isa Abdul Salam dan Yushak Abdul Salam. Cucunya Raja Masrek Syah sendiri lahir di negara ini, katanya.

Antara bukti yang boleh menjadi sandaran terhadap dakwaan itu ialah Raja Masrek Syah masih menyimpan bukti-bukti lain sebagai tanda pewaris Kerajaan Islam Demak seperti Keris Sabuk Inten, Keris Nagasasro, Tombak Kyai Pelaret, Sapu Jagat dan lain-lain yang tidak mampu dimiliki manusia biasa.

Berdasarkan pengetahuan turun-temurun orang Jawa, raja ketujuh selepas Raden Mas Said ialah raja yang mampu memberi keamanan dan penyatuan di kalangan rakyat dan umat manusia sendiri tanpa mengira bangsa dan agama.

Pendedahan itu tertulis di kitab tua Jawa, Kitab Joyoboyo dari Ronggowarsito.

Ahmad Suffian berkata kumpulan 40 orang daripada keluarga Bani Hashim yang membuat lawatan ke Jogjakarta dari 10 hingga 14 Dis 2002 terkejut apabila diberi penghormatan sebagai keluarga Diraja.

"Kita diberi penginapan dan kemudahan kerana dipercayai pemangku raja Jawa sekarang, Sultan Hamengkubuwono ke-10 mengetahui kehadiran kami di sana.

"Raja Masrek Syah bersama isteri juga mengunjungi Sultan Hamengkubuwono di istananya," katanya sambil menunjukkan gambar kedua-dua pasangan itu semasa lawatan itu.

Selain pita video yang ditayangkan untuk Bernama, mereka juga memberi risalah-risalah, bendera sendiri selain mewujudkan laman web Banimasrek.com bertujuan memberi kefahaman yang lebih kepada masyarakat yang ingin mengetahui lebih mendalam mengenai perkara itu.

Sementara itu, seorang lagi anggota kumpulan itu Jamdali Yusoff berkata mereka bersedia berbincang dengan pihak lain sekiranya ada yang berminat atau mahu memastikan kebenaran mengenai pendedahan itu dengan menemui mereka sendiri.

Ahmad Suffian dan Jamdali boleh dihubungi di talian 019-3333834 atau 016-6293733.

- BERNAMA

Keterangan Foto : Lawatan Kanjeng Gusti Prabu Ageng Raja Masrek Shah (dua dari kiri) waris keluarga Bani Hashim yang mempunyai hubungan Kesultanan Raja Jawa atau Kerajaan Islam Demak bergambar dengan Pemangku Raja Jawa Raja Amengkubuwono ke-10 di Jogjakarta. Terdapat kira-kira 400 anggota keluarga Bani Hashim yang aktif di Malaysia malah keturunan itu juga wujud di Singapura dan Indonesia dan sering mengadakan perjumpaan keluarga.

42 comments:

  1. BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. ALhamdulillah syukur kita Kepada Allah S.W.T. Kerana kaum kerabat diraja kesultanan islam Demak kini telah bersatu kembali.Moga-moga dgn Penyatuan ini Umat islam seluruhnya akan kembali Bersatu di Bawah Naungan Khilafah Yang Mendapat Petunjuk Dari Allah S.W.T. Amin..

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Wr. Wb.
    Maaf, bila tulisan saya kurang berkenan dihati.

    Dari artikel/posting saudara, ada sedikit kata yang kurang sesuai menurut saya. Yaitu mengenai pengarang kitab Joyoboyo. Bukan RONGGROWE tetapi yang benar adalah RONGGOWARSITO.
    Maaf dan terima kasih.

    Salam dari Jawa
    www.manusiajawa.co.cc

    ReplyDelete
  3. salam..

    Orang tua-tua pasti tahu akan kisah ini...

    ReplyDelete
  4. Wak Masrek telah lama kembali ke rahmatullah.....

    ReplyDelete
  5. Al-Idrus Al-Hashimy, insyaAllah. Kita mencari kesempurnaan di dunia & akhirat.

    Khris, terima kasih kerana teguran. Sudah diubah menurut usul.

    faroki, jika kita rajin bertanya, pasti banyak khazanah yang sudah tenggelam dalam peredaran zaman.

    HeroMalaya, sama2 kita sedekahkan A-Fatihah.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum w.b.t...
    Bagaimana harus kita satukan kembali keturunan raja jawa ini? bak kata orang yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan. Supaya adat warisan pusaka bangsa dapat dipelihara. Boleh saya tahu kepada siapa yang mengenali keturunan raja jawa? kerana menurut ibu saya, bapanya keturunan raja jawa yg lari ke Malaysia..Tapi kami generasi baru tidak mengenali sesiapa keturunanya lagi di sini.

    cucu Raden Basir b Verosotarjo

    ReplyDelete
  7. Assalam mualaikum W.b.h.
    Maaf kerana saya hanya ingin respon kepada beberapa perkara berkaitan keluarga Raden Motawi Wirowali Wijoyo.
    Untuk pengetahuan tuan saya amat mengenali keluarga pewaris sebenar Raden Motawi Wirowali Wijoyo dan amat memahami keluarga ini secara dekat . Namun menurut ‘pemegang amanah’ keluarga ini , beliau tidak mahu identiti keluarga ini didedahkan kepada umum .
    Kehidupan mereka sebagai masyarakat 'melayu' kebanyakan (sebenarnya masyarakat melayu keturunan jawa ) yang tinggal di kampung . Hanya orang yang arif yang dapat mengenal mereka kerana keluarga ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mudah dikenal dan amat berbeza dengan masyarakat Jawa kebanyakan . Hanya dengan pengamatan yang teliti atau dengan pandangan mata hati kita dapat mengenalnya.
    Maafkan saya saudara......
    *1.0 Bapa Raden Mas Said bukan Raden Motawi Wirowali Wijoyo yang mengarahkannya ke Tanah Melayu pada tahun 1900 !
    Pendapat yang terkenal berkaitan asal-usul keluarga Raden Mas Said @ Sunan Kalijaga ialah sebagaimana berikut : Raden Mas Said ialah Anak Adipati Tuban (Arya Wilatika / Raden Sahur. ) *(Sesetengah pendapat menyatakannya sebagai Anak TUMENGGUNG WILO TIRTO, Adipati Jepara ,bin ARIO TEJO KUSUMO, Tumenggung Tuban, bin Ario Nembi bin Lembu Suro, Tumenggung Surabaya, bin Tejo Laku, Tumenggung Majapahit .)

    *2.0 Raden Motawi Wirowali Wijoyo / @ Motawi Kromo Joyo tidak pernah ke Tanah Melayu ! -( tetapi terpaksa Bersembunyi di Indonesia bersama para pembesar dan pengiring kerana diburu Belanda dan konco-konconya ,hingga kewafatannya .VOC ( Belanda ) amat takut dan ingin menghapuskan waris keluarga Raja Jawa ).
    *dan beliau bukan anak Raden Mas Said tetapi waris keturunan Raden Mas Said kerana mereka hidup di zaman yang berlainan . raden mas said hidup pada zaman Majapahit hingga kerajaan awal Mataram Islam.Tapi Raden Motawi Wirowali Wijoyo lahir di abad yang berlainan . bersambung…..

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa maksud ada ciri-ciri tersendiri untuk mengnali mereka? contoh ciri-cirinya mcm mana ya

      Delete
  8. Sambungan……

    Untuk makluman -
    Anak Raden Motawi Wirowali Wijoyo @ motawi kromo ialah Raden Mulyadi Korto Joyo dan cucunya yang sebenar / berdarah raja tulen (melalui perkahwinan dengan kerabat kesultanan Banten ) bukannya Raja Masrek Shah ( maaf kerana berterus terang )namanya yang lain ialah @ ......... ( Isa bin Salam @ Yushak bin Salam )*nama berdasarartikel tuan di internet dan rencana akhbarsuatu ketika dahulu! dan Beliau lahir di Pulau Jawa bukan di Tanah Melayu !(isteri beliau bernama Mainah bt. Sultan agung Titro Yoso @........... dari keturunan Kesultanan Banten yang turut berpindah ke T.Melayu dengan diiringi oleh 8 orang SAUDARA lelaki/ perempuan (salah seorang kemudiannya kembali ke Jawa ) dan berpusat di Muar Johor-kini kebanyakan ahli warisnya ada di Johor dan Selangor)
    *)– Untuk makluman tuan juga - untuk keselamatan dari ancaman Belanda Raden Mulyadi Korto Joyo dihantar ke T.Melayu bagi meneruskan amanat agung keluarga mereka –pada peringkat awalnya beliau Sering berpindah untuk mengelakkan daripada dikesan. -Tinggal di Johor, Seberang Perak ,Selangor , Muar dan Batu Pahat,Johor. Selepas kewafatan Raden Motawi Wirowali Wijoyo (di Indonesia ) , Para pembesar menyusul ke T.Melayu dan berkampung/ membina kerajaan kecil tanpa disedari oleh masyarakat setempat di bawah kepimpinan Raden Mulyadi Korto Joyo .Terdapat beberapa orang tokoh yang terkenal kehebatannya di TM yang tidak dapat disebutkan namanya kecuali dengan kebenaran , dipercayaiada kaitannya dengan waris KELUARGA ini.RMulyadi Korto joyo telah wafat di Batu Pahat Johor bukan di Selangor @ di Kelang !. Kebanyakan anak-cucu Raden Mulyadi Korto Joyo tinggal menetap di Johor dan Selangor.setahu saya ,Tiada seorangpun anak cucu Raden Mulyadi Korto Joyo yang menggunakan gelar Raden. Jika ada itu mungkin waris bukan keluarga rapat dan mereka tidak pernah menonjolkan diri di internet atau media massa yang lain untuk mencari publisiti ! Bagaimanpun memang diakui kebenarannya bahawa waris keluarga ini ada hampir di seluruh semenanjung Malaysia pada hari ini -dan tersebar hingga ke Singapura : bahkan meliputi kaum bugis , banjar dan sebagainya melalui perkahwinan kaum kerabat.Bagaimanapun waris keluarga yang asal adalah melalui perkahwinan antara keluarga Raja Demak dan Keluarga Sultan Banten dan keturunannya masih ada tetapi lebih senang mendiamkan diri NAMUN mereka mengetahui apa yang berlaku di sekitarnya !.
    Sekian .Terima kasih .Maaf zahir dan Batin.
    Wallah hu alam .
    ARS @(Cucu RKJ )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ucpkn trima ksih datas knyataan tuan diatas.. Akhirnya....

      Delete
  9. kat mana-mana pun ada waris-waris raja jawa....semua org ada pendapat masing2..tah-tah raja jawa pilihan sebenar ada selain selangor n jb...mungkin perak kot..tak pun tak da langsung [pengikut dan barang2 cara nyata...huhuhuhuhuh

    ReplyDelete
  10. salam.... sy cuma nak tye pendapat sahaja, bkn nak cari publisiti.atau apa2 pun yang kena mengenna dgn nya. begini,, ibu kandung saya pernah menceritakan tentang susur jalur keluarga kami, tetapi, ibu cuma menceritakan tentang almarhum moyang sahaja, moyang saya ayah kepada nenek saya, dan nenek saya ibu kandung kepada ibu kandung saya... katanya "bukan tidak mahu menceritakan, tetapi takut sesuatu...sampai situ sahaja ibu ckp dan die tak meneruskan ceritanya. sampai lah ke hari ini. cuma mahu kepastian ye tuan2. cerita ibu, moyang saya adalah warga pulau jawa, jawa timur. iaitu negara demak. datang kemari kerana lari daripada belanda.kisah belanda ingin membunuh raja2 dan pembesar2 pulau jawa.(saya rasa ini semua orang tahu) moyang saya menjadi pelarian dan bersembunyi di kota melaka. moyang saya lari ke melaka bersama2 adik beradik dan sahabat2.salah seorang bersamanya adalah moyang sy iaitu ayah kepada datuk sy dan datuk saya ayah kandung ibu saya.katanya moyang2 saya adalah adik beradik. kata ibu saya lah. moyang saya berasal dari istana demak, membesar di dalam istana, dan pada ketika belanda ingin membunuh raja2 dan pembesar2, moyang saya adalah waris sultan demak,(saya dan keluarga sudah pergi kesana"istana demak") kami sekeluarga mmg di layan seperti apa yang ibu cerita,. dan saya dengar sendiri dari mulut "paman" (pakcik) saya yang di demak ketika disana,mereka bercerita tentang moyang dan juga susur jalur keluarga besar. moyang saya menukar namanya apabila menetap di melaka, beliau sempat membuka 4buah kampung di melaka. seperti TEHEL,KAMPUNG DUYONG,BUKIT KATIL LAMA,DAN TAMBAK BUGIS. nama nama paman paman saya yg ada di malaysia semuanya sudah ditukar. termasuk la nama moyang saya. namanya urmmmm......tetapi, bila dilihatkan wajah moyang, nenek, datuk, dan juga dua tiga paman saya, wajah seolah2 arab. tinggi badan, besar badan moyang saya mmg seperti org arab..kemungkinan ayah kepada moyang saya bernikah dengan orang arab. mana tahu kan.. sebab kami sekeluarga setiap ramadhan, syawal, dan raya haji, kami semua akan ke makam moyang dan juga ahli keluaga dan sahabat2 beliau. ada satu hari tu bila sy dah akhil baligh, kata orang da boleh bertanya dan berpikir, saya bertanya kepada ibu tentang makam2 yang kami ziarah, yang mana saya ignat la makam yang kami ziarah ialah makam syeikh ismail sheikh arifin, makam sheikh abdullah (masjid kampung hulu), makam 7beradik(pulau besar), makam keramat panglima hitam(pulau besar),makam keramat panglima putih(pulau besar)dan byk lagi.kata ibu mereka semua keturunan moyang susur jalur keluarga kami. dan kami juga ada darah bentan,sebab apa saya kata saya ada darah bentan, kami xboleh langar pantang larang keturunan, paman saya dan sepupu pernah melangar, sampai sekarang tidak dapat bercakap. moyang saya meninggal dunia pada usia 125tahun, dan beliau meningal ketika sedang melaksanakan solat subuh, ketika umurnya 120tahun beliau masih lagi boleh mengayuh basikal untuk pergi mengajar. mayang saya adalah guru agama. pada usia 124tahun, moyang jatuh sakit, sakitnya sepeti angin ahmar tetapi kaki moyang sahaja yang xboleh gerak. 1hari sebelum beliau meningal dunia(pagi jumaat)terkejut melihat moyang boleh berdiri dan berjalan seperti orang sihat,kata2 terakhir beliau, dia mahu berjumpa anak2 adik2(moyang anak yang pertama) sahabat, dan seluruh keluarga. moyang meninggal dunia ketika menunaikan solat subuh di pagi jumaat... ibu kandung saya ada memberitahu saya, moyang melarang keras anak2 cucu2 cicit2 mengunakan nama dari keturunan diraja atau yg berkenaan sekali pown. sekarang kami mempunyai saudara mara yang ramai di seluruh malaysia. keturunan kami ramai ada di melaka, batu pahat,pulau pinang,pahang dan juga selangor. PERSOALANNYA SIAPAKAH MOYANG SAYA???KLU SESIAPA XPERCAYA, DATANG LA MELAKA DAN PERGI LAH KE KAMPUNG TEHEL/KAMPUNG DUYONG. TANYA LA ORANG KAT SANA SIAPA PENGATAU ORANG YANG BUKA KAMPUNG ITU,,... SAYA HANYA MENCARI KEPASTIAN, KALAU2 ADE SILAP DAN SALAH, SAYA MEMOHON 10 JARI DAN MEMINTA AMPUN DAN MAAH... ALLAH HU ALLAH HU ALLAH HU..... SALAM

    ReplyDelete
  11. Sdr Selamat, Aslm...

    Saya cadangkan sdr menghantar surat sedemikian terus kepada kami dgn menggunakan emel rajamenangis dalam blog ini, dan insyallah ada hal yg nak kampi sampaikan juga melalui emel.


    Rajamenangis

    ReplyDelete
  12. Salam,
    Tuan-tuan...

    Nama saya Hj Saiful Lizan/ Hasnul Hisyam bin Hj Suparman. Mohon pandangan...beberapa orang yang pandai 'melihat' telah menyatakan yang saya ada keturunan wali songo...saya x pandai nak pastikan kebenaran kata-kata itu...jika ada sesiapa yang ada kebolehan berbuat demikian, boleh hubungi saya 0127265337. Pada pendapat saya , ada asbab kenapa orang2 ini berkata demikian. tAK LAIN tak bukan semata2 untuk kita sama 2 abdikan diri kita kepada ALLAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..sy pn sama dgn haji..nama sy noraziah binti shamsuddin..ayah saya nama shamsuddin bin sabar..bila brjumpa dgn org y pndai 'melihat'mereka akan ckp sy kturunan sultan2 jawa n ada ktrunan wali songo y brtapa d gunung jati..

      Delete
  13. Salam . Moyang saya juga adalah salah seorang keturunan raden . Arwah Memiliki selendang panglima yg berwarna merah yg kini ada pada datuk saudara saya .arwah dtg ke semenanjung dan terus mwnukar nama .

    ReplyDelete
  14. Dan sekarang selendang itu digunakan datuk saudara saya untuk mengubati pesakit .persoalannya . Saya tertanya tanya .mengapa panglima2 raden melarikn diri dari kaum bugis ?? --"

    ReplyDelete
  15. As salam. sy cucu Allahyarham Raden Kerto Joyo Wahab. Soalan sy - siapa sebenarnya Embah Lanang sy tu.Tq.

    ReplyDelete
  16. pada subuh malam maulud nabimuhammad saw 11april2006 saya didtgi seorang tua datang dari arah masjid.dalam hati tertnya2 mengapa orang tua ini datang dari arah masjid,sepatutnya pergi kearah masjid untuk solat subuh,apa orang tua ni nak buat? sambil terhenjut2 orang tua itu dtg kearah saya.jalan terhenjut mgkin krn beliau kuat sembahyang.dalam hati mengesyaki orang tua ini bukan manusia biasa.sampai sahaja dekat saya lalu menanya siapa nama saya dan menghulurkan tangan mengatakan namanya pak hasyim.selepas itu minta diri dan terus hilang! siapakah orang tua ini? namanya pak hasyim dan muncul malam maulud nabi.apakah beliau adalah nabi muhammad saw berkaturunan bani hasyim?? adakah beliau adalah pendamping (qarin) saya.adakah saya keturunan bani hasyim? siapa yg tahu dikalangan sini yg tahu apa sebenarnya yg berlaku? tolong cerita kpd saya.

    ReplyDelete
  17. Masih bepanjangan lagi komen dalam posting ni ya...Pangkal pokok halnya menyoreh atau mencari silsilah leluhur itu bagi maksud megenal diri sebagai anak adam, dan terkaitnya dari juraian mana dikalangan 25 para rasul. Anak luar nikah contohnya terus dikait kepada Adam, iaitu anak Adam. Dkialangan 25 para rasul itu penghulunya Muhammad SAW. Sudah pastilah seluruh nya saling berkait mengait, salur menyalur- Sallu alaihimu wasallimu taslima. Ibarat benang jala, syafaat dari utas yang lainnya, setiap tingkat membawakan identiti dan peranan. Maka pencarian bererti mengelakkan dari putus tidak tersambung, mengenal antara satu sama lain akan apa yang dizahirkan agar dapatlah kembali memuji kebesaran Allah.

    Fahami lah perjalanan sejarah, mengapa melindung masing masing dari dari identiti asalnya. Ada yang Raden , tapi bugis. Ada yang Daeng tapi Susuhunan. Ada yang langsung tidak bergelar tetapi Sayyid dari bani Quraisy. Setidaknya ketahuilah sekiranya tidak demikian disesuaikan mengikut zaman, maka lenyaplah darah titisan dan warisan. Tuntut takhta? zaman dah berubah...jangan dok dalam khayali.

    Oleh itu sentiasa memohon petunjuk hidayah Allah, dan melahirkan syukur, disamping kerap memfidyah pahala Yassin Dan Fatihah kepada mereka sekurangnya secara umum, tapi dalam amalan khas.

    Entah mengapa hingga kini belum ada pihak yang berani memberi pencerahan tentang tampok 3 beradik Titisan Iskandar menjadi raja nusantara, Tampuk JA-WA, Tampuk Bani Hasyim Azmatkhan, dan kerabat lainnya. Pihak raja menangis....amacam?

    ReplyDelete
  18. as salam..sya cucu allayarham Ardhi Ma Joyo..arwah nenek sya pernah mencerita tentang asal usul keluarga kami...moyang sya asal dari jawa tengah..juga seorang darah raja..yg lari semasa belaku perperangan antara belanda...dari pengetahuan saya..nenek moyang saya..mempunyai 10 peninggal pusaka lama..yang hilang berapa lamanya..dan dpti sesetengah dari keluarga saya termasuk mempunyai kebolehan mengobat melalui batin dan dpt melihat `benda halus@jin`.dpt merasa kehadiran jin.dan selebihnya...selebih saudara mara arwah nenek saya skrg menetap di sambas Kalimantan di dpti mempunyai kelebihan yg sama..dan saya sering mimpi tentang wanita berpakaian puteri jawa dgn kemasan yg rapi..dan bersertakan mahkota di suatu tempat Dan...saya lahir di.kuching sarawak,..kami menetap di sarawak Sebelom penaklukan jepun...ini saja info yg saya ketahui...walau bagaimanapun kita hanya mahkluk ciptaan ALLAH S.W.T.. siapalah kita melawan kuasa ALLAH YANG MAHA BERKUASA

    ReplyDelete
  19. -DENGAN NAMA ALLAH YANG PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG-
    dari petikan Anonymous ini:-
    "Maaf kerana saya hanya ingin respon kepada beberapa perkara berkaitan keluarga Raden Motawi Wirowali Wijoyo.
    Untuk pengetahuan tuan saya amat mengenali keluarga pewaris sebenar Raden Motawi Wirowali Wijoyo dan amat memahami keluarga ini secara dekat . Namun menurut ‘pemegang amanah’ keluarga ini , beliau tidak mahu identiti keluarga ini didedahkan kepada umum .
    Kehidupan mereka sebagai masyarakat 'melayu' kebanyakan (sebenarnya masyarakat melayu keturunan jawa ) yang tinggal di kampung . Hanya orang yang arif yang dapat mengenal mereka kerana keluarga ini sebenarnya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang mudah dikenal dan amat berbeza dengan masyarakat Jawa kebanyakan . Hanya dengan pengamatan yang teliti atau dengan pandangan mata hati kita dapat mengenalnya."
    bleh x tuan hamba bercerita dgn lebih lanjut kpd saya.
    untuk mengetahui sejarah yg sebenar.
    hambahina@gmail.com

    ReplyDelete
  20. BAgaimana kedudukan syeikh siti jenat didalm pemerintahan beraja jawa?

    ReplyDelete
  21. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  22. Ada sebagian masyarakat yg menyebutkan bahwa Kanjeng Gusti Prabu Ageng Raja Masrek Syah adalah perwujudan dari ROBB,

    ReplyDelete
  23. assalamualaikum..
    mohon pencerahan.. adakah berkaitan..
    cucu yusop knock out..
    helmiteko@yahoo.com

    ReplyDelete
  24. Sembahyang jangan tinggal serta percaya kewujudan jin islam dan bunian(bodyguard nenek moyang anda juga).Semoga dapat daulat semulajadi.
    *bila mimpi dan atau nampak benda ghaib,pergi jumpa Tok moh tarik, itu saja kunci yang awak adalah keturunan yang sebenar untuk hulu balang yang ada kat Mesia ni. Amin... goodluck.

    ReplyDelete
  25. Aslmkm, boleh tak saya dapatkan maklumat anak anak Raden Korto Joyo, sebabnya mbah moyang perempuan sy bintin korto. Sblm meninggal ada bagi tau. Dia di asingkan akibat berkawendengan orang kebanyakkan. Kalau bisa mintak di email salah silahnya terima kasih.
    Saya Muhammad Darwise
    Email
    kpdnkk.gov@gmail.com

    ReplyDelete
  26. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  27. Joy nice said...

    muhammad ali samad says:
    August 4, 2014 at 8:09 PM Reply

    Sembahyang jangan tinggal serta percaya kewujudan jin islam dan bunian(bodyguard nenek moyang anda juga).Semoga dapat daulat semulajadi.
    *bila mimpi dan atau nampak benda ghaib,pergi jumpa Tok moh tarik, itu saja kunci yang awak adalah keturunan yang sebenar untuk hulu balang yang ada kat Mesia ni. Amin... goodluck

    Assalammualaikum w.b.t.
    Sya Zulkarnain berasa tertarik dgn ayt dan maksud saudara Muhammad Ali Samad...baru2 ini sya ada bermimpi menerima sebilah keris emas yg terukir ayat al-quran. keris tersebut diberikan oleh seorang tua yg berpakaian putih..suasana sperti didalam istana melayu lama dan tedapat beberapa hulubalang...selepas mendapat keris tersebut sya terus mengucup dan diarah untuk pergi berperang bersama2 angkatan tentera bergajah...mohon bijak pandai untuk memberi pencerahan...email sya ...joyj1697@gmail.com

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum, maaf saya seorang pengkaji sejarah dan penyelidik memohon bantuan info dan maklumat mengenai jejak Wali Songo, keturunan dan Murid-murid di Malaysia termasuk di Sarawak. Diharap dapat membantu. Sekian dahulu. Terima kasih
    Sophian Sarawak

    ReplyDelete
  29. salam saya dari jawa,mudah-mudahan dengan mengetahui nasab raja-raja pertalian saudara semakin di eratkan dan supaya konflik yang tidak jelas ini berakhir.kalau menyangkut tentang silsilah keturunan raja (raja jawa khususnya) seandainya gus dur masih hidup mungkin akan sedikit mudah untuk melacaknya karena beliau masih punya trah/keturunan raja jawa dan sunan...tp untuk saat ini,saran saya coba anda (yg berkepentingan) datang ke pulau jawa dan sowan ke tempat KH Agus sunyoto karena beliau yang menjaga utuh sejarah kerajaan indonesia (khususnya jawa ) karena ada usaha pengrusakan sejarah dan menghapus peran walisongo dari sejarah islam yang berkembang di indonesia (jawa) karena itu beliau menerbitkan buku ATLAS WALISONGO .

    ReplyDelete
  30. Salam. Sesiapa pon jua kita..Melayu juga isi darahnya. Lawanlah musuh2 kita. Sudah habis keturunan kita diburu sejak awalnya. Lawanlah selagi darah Melayu masih ada!

    ReplyDelete
  31. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  32. Saya pun dari salasilah keturunan wali songo jugak.... berkait dengan pangeran santri.pangeran santri ada 4 anak, saya dari anak yg ke 4. Dpt tau saya ada tersangkut dengan salasilah ni pun sebab kebetulan berkawan dengan yg bersangkut dari keturunan sulung anak pangeran santri...jadi kami ni 4 pupu la...
    Cerita terbukak sebab saya bgtau.... moyang saya mata dia biru, tapi bila marah jadi warna hijau....mak saya pernah tengok la masa dia kecik2 dulu...dari cerita tu la member tu agak mesti ada kait keluarga ni.. bila tanya ngan orang yang 'PANDAI' tengok... memang sah ada kait.
    Pernah dengan tentang darah hijau, darah biru? org kata hijau dari keturunan para wali & biru dari keturunan raja... anak ke 4 pangeran santri kawin dengan keturunan raja selangor.... tu yg dpt mata color biru.... dulu2 mana ada contact lanse.... original biru maaa....
    Kami sekeluarga hidup sebagai org biasa jer... ramai sebenarnya yang bersangkut dengan keturunan wali songo kat semenanjung ni...

    ReplyDelete
  33. Ya allah ya tuhan ku cerita ni sama lahh arwah moyang aku yg bernama raden sadi krono berbangsa jawa tapi pelik arwah atuk aku nama nya hanya abu ? Nama mak aku nasih bt abu jika betul aruwah moyang aku yg berketurunan raden kenapa anak nya nama abu sahaja? Waalaha u allam. Kisah ni pun aku baru dpt tahu ayah aku cerita kan beberapa hariblalu aku terus search google. Wc: kimankecik

    ReplyDelete
  34. Ya allah ya tuhan ku cerita ni sama lahh arwah moyang aku yg bernama raden sadi krono berbangsa jawa tapi pelik arwah atuk aku nama nya hanya abu ? Nama mak aku nasih bt abu jika betul aruwah moyang aku yg berketurunan raden kenapa anak nya nama abu sahaja? Waalaha u allam. Kisah ni pun aku baru dpt tahu ayah aku cerita kan beberapa hariblalu aku terus search google. Wc: kimankecik

    ReplyDelete
  35. Salam semuanya...
    alfatihah buat kanjeng gusti prabu ageng raja masrek syah..
    Untuk pengetahuan semua,kisah diatas adalah benar cuma hendak di jelaskan disini bahawa raden yushak yang melarikan diri ke tanahh melayu bersama 8 lagi sahabatnya dengan mendayung sampan.raden yushak adalah bapa kepada raja masrek syah.raden yushak@isa abdul salam 'menyembunyikan' nama raden@raja dalam pengenalan diri anaknya yg bernama masrek..
    'Istana'nya berada di klang.
    Kini raja masrek telah tiada.
    Sungguh aku rindukan gusti prabu...
    Ayah!!!
    Masih ku terbayang wajahmu yang sentiasa terseyum dan sentiasa tenang..
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  36. Salam semuanya...
    alfatihah buat kanjeng gusti prabu ageng raja masrek syah..
    Untuk pengetahuan semua,kisah diatas adalah benar cuma hendak di jelaskan disini bahawa raden yushak yang melarikan diri ke tanahh melayu bersama 8 lagi sahabatnya dengan mendayung sampan.raden yushak adalah bapa kepada raja masrek syah.raden yushak@isa abdul salam 'menyembunyikan' nama raden@raja dalam pengenalan diri anaknya yg bernama masrek..
    'Istana'nya berada di klang.
    Kini raja masrek telah tiada.
    Sungguh aku rindukan gusti prabu...
    Ayah!!!
    Masih ku terbayang wajahmu yang sentiasa terseyum dan sentiasa tenang..
    Alfatihah..

    ReplyDelete
  37. Jika merasa memiliki trah raja raja Jawa sila pergi mendapatkan sijil atau piagam silsilah dari istana raja raja jawa, tepas darah dalem untuk keturunan Jogja atau hubungi admin Facebook page kekerabatan keluarga besar mangkunegaran.. Ramai kerabat tanah jawa di Malaysia ni yang tak menggunakan gelar raden walaupun memiliki piagam silsilah raja raja Jawa dari keraton langsung dan berhak menggunakan gelar raden...

    ReplyDelete