Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label bulan Islam. Show all posts
Showing posts with label bulan Islam. Show all posts

Saturday, July 4, 2015

Amalan Raya Cara Islam dan Kesilapan Semasa Raya

Di hari mulia Syawal ini pula, umat Islam adalah amat digalakkan untuk :-
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri .
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".

2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."

3) Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun ;
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.

4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ;
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalahhu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan ( amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".

Disebut dalam sebuah riwayat :
قال واثلة لقيت رسول الله يوم عيد فقلت تقبل الله منا ومنك قال نعم تقبل الله منا ومنك
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabballahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada ;
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).

6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi) ;
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)

7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.

RINGKASAN KESILAPAN DI HARI RAYA
Dalam pada masa yang sama, secara amat ringkas saya sertakan beberapa kesilapan kesilapan kerap di musim perayaan :-
1) Sentuhan ; Berjabat tangan di antara lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan. Walaupun terdapat perbezaan pendapat para ulama dalam bab ini. Ia lebih baik dijauhi terutama apabila melibatkan pemuda dan pemudi.

2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.

3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.

4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.

5) Kubur ; Berkumpul beramai-ramai di kubur hingga duduk di atas kubur orang lain dengan alasan untuk membaca Yasin yang agak panjang dan meletihkan jika berdiri. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)

6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.

7) Dosa Bertempoh ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan di bulan Ramadhan. Malah memang sebahagiannya diniatkan untuk disambung selepas Ramadhan. Sebagai contoh, ada yang menangguhkan pergaduhan di Ramadhan, maka syawal bolehlah bergaduh kembali. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon dan 'chat', berjalan jauh berdua-duaan dengan teman wanita dan lain-lain. Hancurlah seluruh kebaikan yang baru hendak sebati dengan hati, sudah dibuangnya jauh-jauh.

Terlalu banyak lagi senarainya, bagaimanapun cukuplah terlebih dahulu apa yang dicatatkan. Semoga ada manfaat.
OLEH : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman


Doa yang dibaca di Malam Lailatul Qadar

Apa do’a yang dianjurkan banyak dibaca pada malam lailatul qadar?
Ada do’a yang pernah diajarkan oleh Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam jikalau kita bertemu dengan malam kemuliaan tersebut yaitu do’a: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku).
 عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَىُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ  قُولِى اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّى
Dari ‘Aisyah –radhiyallahu ‘anha-, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yaitu jika saja ada suatu hari yang aku tahu bahwa malam tersebut adalah lailatul qadar, lantas apa do’a yang mesti kuucapkan?” Jawab Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Berdo’alah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu’anni (Ya Allah, Engkau Maha Pemaaf dan Engkau mencintai orang yang meminta maaf, karenanya maafkanlah aku).” (HR. Tirmidzi no. 3513 dan Ibnu Majah no. 3850. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan shahih. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih). Hadits ini dibawakan oleh Imam Tirmidzi dalam bab “Keutamaan meminta maaf dan ampunan pada Allah”. Hadits di atas disebutkan pula oleh Ibnu Hajar dalam Bulughul Marom pada hadits no. 706.
Maksud dari “innaka ‘afuwwun” adalah yang banyak memberi maaf. Demikian kata penulis kitab Tuhfatul Ahwadzi.
Para ulama menyimpulkan dari hadits di atas tentang anjuran memperbanyak do’a “Allahumma innaka ‘afuwwun …” pada malam yang diharap terdapat lailatul qadar. Do’a di atas begitu jaami’ (komplit dan syarat makna) walau terlihat singkat. Do’a tersebut mengandung ketundukan hamba pada Allah dan pernyataan bahwa dia tidak bisa luput dari dosa. Namun sekali lagi meminta ampunan seperti ini tidaklah terbatas pada bulan Ramadhan saja.
Al Baihaqi rahimahullah berkata, “Meminta maaf atas kesalahan dianjurkan setiap waktu dan tidak khusus di malam lailatul qadar saja.” (Fadho-ilul Awqot, hal. 258).
Ibnu Rajab rahimahullah juga memberi penjelasan menarik,
و إنما أمر بسؤال العفو في ليلة القدر بعد الإجتهاد في الأعمال فيها و في ليالي العشر لأن العارفين يجتهدون في الأعمال ثم لا يرون لأنفسهم عملا صالحا و لا حالا و لا مقالا فيرجعون إلى سؤال العفو كحال المذنب المقصر
“Dianjurkan banyak meminta maaf atau ampunan pada Allah di malam lailatul qadar setelah sebelumnya giat beramal di malam-malam Ramadhan dan juga di sepuluh malam terakhir. Karena orang yang arif adalah yang bersungguh-sungguh dalam beramal, namun dia masih menganggap bahwa amalan yang ia lakukan bukanlah amalan, keadaan atau ucapan yang baik (sholih). Oleh karenanya, ia banyak meminta ampun pada Allah seperti orang yang penuh kekurangan karena dosa.”
Yahya bin Mu’adz pernah berkata,
ليس بعارف من لم يكن غاية أمله من الله العفو
“Bukanlah orang yang arif jika ia tidak pernah mengharap ampunan Allah.” (Lathoiful Ma’arif, hal. 362-363).
Hadits ‘Aisyah di atas juga menunjukkan bahwa do’a di malam lailatul qadar adalah do’a yang mustajab sehingga dia bertanya pada Rasul mengenai do’a apa yang mesti dipanjatkan di malam tersebut.
Hadits ‘Aisyah juga menunjukkan bahwa jika seseorang berdo’a pada Allah diperantarai dengan tawassul melalui nama-nama Allah. Seperti dalam do’a terlebih dahulu memuji Allah dengan ‘Allahumma innaka ‘afuwwun, yaitu Ya Allah yang Maha Pemberi Maaf’. Bentuk do’a semacam ini adalah bertawassul terlebih dahulu dengan nama atau sifat  Allah yang sesuai dengan isi do’a.
Dalil di atas juga menunjukkan bahwa sifat ‘afwu (pemaaf) adalah di antara sifat Allah. Maksud ‘afwu adalah memaafkan dosa yang diperbuat hamba. Begitu pula hadits tersebut menetapkan sifat mahabbah (cinta) bagi Allah. Penetapa sifat di sini adalah sesuai dengan keagungan Allah, tanpa dimisalkan dengan makhluk dan tanpa ditolak maknanya. Wallahu a’lam.
Semoga Allah memberi taufik pada kita untuk memperbanyak do’a yang sedang kita kaji ini di penghujung Ramadhan.
Hanya Allah yang memberi taufik.
sumber : rumaysho.com

Sunday, August 3, 2014

Hiasi Aidilfitri Dengan Kemaafan

AIDILFITRI sering dikaitkan dengan sifat bermaaf-maafan. Sifat pemaaf merupakan salah satu daripada sifat-sifat luhur yang perlu ada pada diri setiap individu Muslim. Terdapat beberapa ayat al-Quran dan hadis yang telah menekankan tentang keutamaan bersifat sedemikian yang disebutkan juga sebagai sufat orang-orang yang hampir di sisi Allah SWT.

Allah SWT telah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 134 yang bermaksud: Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.

Mereka yang bersifat pemaaf ini adalah golongan insan yang berjaya menahan nafsu amarahnya terhadap orang lain tanpa dilampias dengan rasa dendam dan rasa sakit hati. Perasaan insan pemaaf selalunya akan bebas daripada perasaan berburuk sangka dan dendam kesumat dan digantikan pula dengan sikap suka memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya.

Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia ini, golongan insan yang bersifat dan berhati mulia ini akan sentiasa mendapat ketenangan dan kebahagiaan yang akan dilimpahi oleh Allah SWT kepadanya, lantaran telah memartabatkan kemaafan bagi mengisi Aidilfitri yang begitu bermakna ini.

Salah dan silap dalam sebarang tingkah laku yang berlaku sebelum ini akan saling diberi kemaafan dengan melupakan apa jua kepahitan yang terjadi dan menganggapnya sebagai salah satu daripada mehnah (ujian) kehidupan di dunia.

Perlu difahami juga, bahawa walaupun setiap insan Muslim itu digalakkan menyuburkan dalam diri dengan sifat pemaaf, namun perlu diingatkan bahawa Allah SWT juga menegaskan bahawa seseorang yang dizalimi diizinkan untuk membela diri dan membalas kezaliman tersebut. Kejahatan perlu dibalas dengan kejahatan, tetapi setiap pembalasan itu hendaklah terhindar daripada perasaan untuk membalas dendam. Ini kerana kezaliman tidak wajib dibalas dengan perlakuan zalim juga.

Pada waktu dan saat beginilah, Allah SWT menuntut hamba-hamba-Nya agar bersegera menyemai dalam diri dengan sifat pemaaf dan bertoleransi. Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan bagi orang-orang yang dizalimi mereka akan membela diri. Dan balasan sesuatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa. Maka sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik, maka pahalanya adalah tanggungan Allah SWT. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang zalim. (as-Syuara’: 39-40)

Setiap individu Muslim juga perlu menyedari bahawa kebaikan kita kepada seseorang tidak seharusnya akan lenyap begitu sahaja, lantaran kejahatan orang lain kepada kita sebagaimana sikap Saidina Abu Bakar as-Siddiq sewaktu berlakunya peristiwa hadithul ifki (Berita dusta) yang menimpa anaknya Aisyah r.a. yang juga isteri Rasulullah SAW.

Umum mengakui bahawa penyebaran fitnah dan pembohongan merupakan suatu perbuatan yang amat keji yang boleh meruntuhkan kemakmuran dan keharmonian hidup insan seluruhnya. Lantaran itulah, sewaktu berlaku peristiwa tersebut, Saidina Abu Bakar begitu marah kepada orang yang membuat fitnah tersebut.
Saidina Abu Bakar juga dengan drastiknya memberhentikan layanan baik yang diberikan kepada sahabat handai dan rakan taulannya yang turut terlibat dalam peristiwa penyebaran khabar dusta itu.

Tindakan Saidina Abu Bakar itu rupa-rupanya tidak disukai oleh Allah SWT. Lalu Allah SWT telah menurunkan wahyu melalui Rasulullah SAW bagi memberi teguran tegas-Nya sebagaimana mafhum ayat 22, surah an-Nur yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi pertolongan kepada kaum kerabatnya, orang-orang miskin dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah. Hendaklah mereka sentiasa memaafkan mereka dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin Allah mengampunimu? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.

Demikianlah tegasnya Allah SWT dalam menyempurnakan kehidupan hamba-Nya. Sesungguhnya putik-putik kejahatan yang tumbuh sebenarnya hanya akan terus membangkitkan persengketaan yang berterusan untuk tempoh masa yang lama. Sebaliknya, jika kejahatan itu dibalas dengan kebaikan, nescaya akan padamlah api kemarahan dan terlerailah rasa dendam yang terpendam dalam diri.

* PENULIS ialah Guru Pendidikan Islam di SK Sultan Ibrahim (4), Pasir Mas, Kelantan.

Artikel Penuh: www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20140731/ba_02/Hiasi-Aidilfitri-dengan-kemaafan#ixzz39JacOZwP © Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday, July 12, 2014

Jom Berbuka dengan juadah tradisional...

NASI ULAM
350g beras + 650ml air (tanak hingga masak, biar sejuk)
2 sb minyak
50g ikan kurau masin
30g udang kering (rendam hingga lembut)
4 sb kelapa parut (sangai keperangan)
serbuk lada hitam, garam secukupnya

Bahan Ulam (hiris halus)
6 ulas bawang merah
2 helai daun kunyit
10 helai daun kaduk
10 tangkai daun pegaga
10 tangkai ulam raja
10 tangkai daun selom
1 batang serai
1 kuntum bunga kantan
5-6 batang kacang panjang

1. Panaskan minyak, goreng ikan masin hingga masak.
2. Tumbuk ikan masin hingga hancur.
3. Tumbuk udang kering dan goreng dgn sedikit minyak hingga wangi.
4. Gaulkan nasi dengan semua bahan hingga sekata.

*Hidangkan dengan ikan bakar kuah percik & sayur keladi asam rebus.

Sunday, September 29, 2013

Kemanisan haji bagi yang ikhlas

MUSIM haji tiba lagi. Sebagaimana lazimnya, beribu-ribu lagi jemaah haji dari seluruh dunia mula berlepas dan bakal berkumpul di Tanah Haram Mekah bagi menunaikan salah satu daripada cabang Rukun Islam yang lima. Kewajipan menunaikan fardu haji tidak boleh dipandang remeh oleh semua muslimin dan muslimat yang cukup perbelanjaan, sihat tubuh badan dan aman perjalanan. 

Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan Allah mewajibkan manusia melaksanakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu kepada setiap orang yang mampu dan berdaya sampai ke sana. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekelian makhluk. (Al-Imran: 97) 

Rasulullah SAW pula melalui sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan al-Baihaqi telah bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi dia tidak menunaikan haji (hingga mati tanpa ada keuzuran) maka tiada halangan baginya mati sebagai Yahudi atau Nasrani (dari segi seksaan-Nya) kerana Allah telah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud: "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai ke sana." 

Berdasarkan intipati daripada hadis dan firman Allah di atas, maka jelas hukumnya adalah menjadi kesalahan dan dosa jika ada di kalangan umat Islam yang telah memenuhi segala syarat yang ditetapkan tetapi dengan sengaja enggan menunaikan ibadat haji sebagaimana yang dituntut agama. Justeru, ketiga-tiga Imam mazhab Hanbali, Maliki dan Hanafi sepakat mengatakan adalah wajib menyegerakan perlaksanaan ibadat haji bagi mereka yang telah mampu, jangan bertangguh-tangguh lagi kerana dikhuatiri akan meninggal dunia sebelum ibadat tersebut dapat ditunaikan. 

Bagaimanapun, Imam Syafie pula berpendapat, menunaikan haji tidak semestinya dengan keadaan yang segera. Ibadat haji yang dilaksanakan di Mekah pada satu tempoh waktu yang dihadkan (bulan haji) menemukan umat Islam daripada pelbagai tempat atau negeri, berlainan warna kulit, bahasa dan kebudayaan. Perhimpunan raksasa umat Islam sedunia ini adalah untuk memenuhi undangan sebagai tetamu Allah dalam menghidupkan suasana persaudaraan Islam sejati berserta tekad dan keimanan yang bulat dan teguh terhadap Allah SWT. 

Menerusi ibadat haji juga melahirkan tanggungjawab bersama bahawa manusia sebagai makhluk Allah dan khalifah-Nya di muka bumi ini, hendaklah bekerjasama antara satu bangsa dengan bangsa lainnya dalam menyusun perjuangan memanfaatkan hasil dari bumi Allah ini, selama mana mereka berada dalam neraca tauhid yang satu. Dengan demikian tercerminlah hubungan antara manusia dengan segala macam warna kulitnya, perbezaan bahasa, bentuk tubuh badan serta kelainan watak pembawaannya. 

Perbezaan ini kita lihat bukan untuk diterima pada keseluruhannya tetapi untuk diambil hikmatnya bahawa manusia itu sama sahaja, yang membezakan dalam darjat dan martabat adalah takwa kepada Allah SWT. Perhimpunan pada musim haji ini turut membuktikan bahawa umat Islam semuanya adalah sebagai tetamu Allah. Berpakaian ihram putih melambangkan kesamarataan, tidak lagi dinilai pangkat, kekayaan dan keturunan seseorang apabila ia datang menunaikan ibadat haji. 

Dengan berpakaian seragam putih menghapuskan segala perbezaan, lambang daripada ketiadaan perbezaan pangkat dan keturunan dalam pandangan Islam. Kecil besar, kaya miskin, berkulit putih atau hitam, semuanya adalah sama di sisi Allah yang sujud kepada-Nya. Di tempat ini mereka memuji, berdoa dan mengagungkan kebesaran Allah dan mendekatkan diri kepada-Nya. Daripada sudut lain, mengunjungi Baitullah atau rumah Allah ini adalah untuk menyaksikan sendiri bagaimana kesan perjuangan para rasul terutama Nabi Ibrahim as, Nabi Ismail as dan Rasulullah SAW dalam menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. 

Kedua-dua kota suci iaitu Mekah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah diharuskan kepada mereka yang menunaikan haji mempelajari dan menyaksikan sendiri kesan tempat di mana baginda Rasullullah SAW berjuang menegakkan Islam. Kedua-dua tempat inilah Nabi SAW memancarkan Islam yang menerangi seluruh dunia. Ibadat tawaf dan saie dilakukan dalam suasana khusyuk memberikan kegembiraan jelas terhadap keagungan dan kebesaran Allah. Bacaan-bacaan dilafazkan bagi menyucikan jiwa dan memberikan tafsiran bahawa muslimin hidup berdikari, selalu cergas dalam menempuh perjuangan hidup. 

Bahkan, wukuf di Arafah yang merupakan salah satu rukun haji yang mana jemaah haji akan ditempatkan di satu kawasan padang pasir dalam khemah yang sama bentuk di tengah-tengah sinaran cahaya matahari tanpa kelengkapan yang sempurna seperti yang terdapat di rumah-rumah mereka sendiri. Disifatkan oleh setengah ulama sebagai lambang perhimpunan manusia di akhirat kelak untuk menunggu pengadilan Allah atas segala perbuatan yang telah dilakukan di dunia. 

Oleh kerana itu, ibadat haji diharapkan dapat melahirkan rasa keinsafan dalam kalangan umat Islam bahawa mereka pasti akan kembali menemui Allah suatu hari kelak dengan tidak akan membawa bersama harta, pangkat, anak-pinak kecuali iman, Islam, amal kebajikan dan takwa. Para jemaah patut mempersiapkan diri untuk menghadapi sebarang kesulitan dan ketidakselesaan semasa berada di Tanah Suci nanti dengan penuh sabar, tabah dan rasa syukur. Ini kerana, apa jua perkara yang dihadapi adalah ujian kepada keimanan dan kesabaran dalam menyempurnakan perintah Allah. 

Sebagai manusia kita hanya mampu berusaha, perlaksanaan adalah mengikut ketentuan Allah SWT. Hikmat dan tujuan ibadat haji ini tidak akan dapat dirasakan oleh para jemaah yang menunaikan haji tanpa niat yang ikhlas semata-mata kerana Allah. Melaksanakan kewajipan haji yang difardukan bukanlah untuk mendapat panggilan sebagai haji atau hajah yang dijadikan kebanggaan duniawi dan juga bukan untuk bermegah-megah serta bertujuan untuk berniaga bagi mencari keuntungan material. Semoga bakal-bakal jemaah haji kita akan dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna serta memenuhi syarat dan rukunnya untuk mencapai tujuan dan hikmat haji yang difardukan. 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Bicara_Agama/20130927/ba_03/Kemanisan-haji-bagi-yang-ikhlas#ixzz2gF6mMuTK © Utusan Melayu (M) Bhd

Mengiktiraf pengetahuan Islamik tamadun lain

Keterbukaan ajaran Islam menerima kepelbagaian yang positif daripada sumber luar tergambar dalam pengiktirafan agama terhadap apa juga pengetahuan yang memiliki ciri-ciri Islamik daripada tamadun lain sebagai sebahagian daripada aspek ketamadunannya. Sikap pengiktirafan itu kini diseragamkan pemahamannya menerusi istilah yang disebut Islamikasian. Istilah ini berasal daripada perkataan Islamik iaitu kata sifat bagi menunjukkan sesuatu pengetahuan, nilai, sikap, amalan dan fenomena yang mengandungi ciri-ciri keislaman atau sesuatu yang tidak bertentangan dengan prinsip agama Islam. 

Sesuatu yang bersifat Islamik boleh muncul daripada dua sumber. Pertama, ia terbit daripada sumber ketamadunan agama Islam secara langsung. Apabila seseorang menghasilkan idea dan menunjukkan perbuatan yang didasarkan kepada ajaran serta nilai keagamaan Islam atau sejajar dengan kerangka falsafah tauhid, maka idea dan amalan perbuatan itu secara langsung digelar sebagai Islamik. 

Begitu juga sebaliknya. Kedua, sesuatu yang bersifat Islamik juga boleh terbit daripada ketamadunan di luar peradaban keagamaan Islam. Kebiasaannya, ia bersandarkan pengalaman turun-temurun, berkembang atas asas keluhuran cita-cita dan fitrah kemanusiaan bagi menjayakan kesejahteraan kehidupan seluruh makhluk. 

Pengetahuan, amalan dan nilai yang terbit daripada asas dan dasar yang luhur ini serta sejajar pula dengan prinsip dan cita-cita keagamaan Islam, walaupun berpunca daripada sumber luar, ia boleh diiktiraf sebagai Islamik. Rasulullah terima amalan Islamik Pengiktirafan terhadap pengetahuan dan amal perbuatan Islamik yang terbit daripada sumber ketamadunan yang berada di luar lingkungan keagamaan Islam bukan sesuatu yang baru. 

Sikap penerimaan dan pengiktirafan ini ditunjukkan Nabi Muhammad SAW ketika Baginda mengenang peristiwa pembabitannya dalam pertemuan pemuafakatan dengan ketua kabilah Makkah yang dicatat dalam teks sirah sebagai Hilf al-Fudul. Pertemuan itu diatur bagi mengukuhkan piagam etika perniagaan di bandar Makkah supaya jaminan keadilan terpelihara dan penganiayaan terhadap peniaga dan pedagang dapat ditegah. 

Amalan penganjuran perikatan bagi menegakkan keadilan dan menegah kezaliman terhadap peniaga serta pedagang perbuatan bersifat Islamik kerana ia memenuhi aspirasi dan cita-cita keagamaan Islam yang sentiasa menganjurkan perbuatan adil dan saksama antara manusia. Dalam satu riwayat, Nabi SAW pernah berkata, Baginda tidak akan menolak kehadirannya jika mendapat jemputan yang bertujuan sama pada masa depan. 

Perbuatan menerima dan mengiktiraf pertemuan yang dianjurkan antara ketua kabilah Makkah itu dikenali sebagai proses Islamicization dalam wacana kesarjanaan Islam hari ini. Pembangunan istilah ini berasaskan kesedaran dan kefahaman hakikat pengetahuan sebagai hikmah yang luhur berkembang di mana saja kerana ia adalah anugerah Allah yang dikurnia kepada sesiapa saja. 

Pengiktirafan sumber ilmu bersifat Islamik walaupun ia berpunca sumber ketamadunan luar penting dalam menyumbang ke arah memperkayakan khazanah pengetahuan Islam. Dalam kata lain, pengiktirafan ini secara langsung menunjukkan perkembangan pengetahuan Islam tidak lagi hanya terikat dalam kerangka atau sumber dalaman peradaban Islam, malah ia juga boleh disumbangkan menerusi pengalaman luhur kemanusiaan yang luas dan pelbagai.

Sejajar cita-cita pengetahuan Islam Dalam ucapan sambutan perasmian Kongres Pertama Integrasi dan Islamikasian Ilmu Kemanusiaan 2013 yang lalu, Prof Dr Mohd Kamal Hassan memberikan beberapa contoh lain pengetahuan manusia semasa yang berciri Islamik yang boleh diiktiraf sebagai pengetahuan Islam. Antaranya pengetahuan ilmu akupuntur yang menjadi amalan meluas masyarakat Cina, ilmu teknologi penjernihan air sungai yang oleh masyarakat Jepun, malah disiplin sivil masyarakat Jepun apabila berdepan malapetaka. 

Semua contoh pengetahuan, kaedah dan amalan yang berkembang luas dalam peradaban luar ini bersifat Islamik dan boleh diiktiraf sebagai aspek yang sejajar dengan cita-cita pengetahuan Islam. Pada perspektif Prof Kamal, contoh pengetahuan ini tidak perlu diislamkan lagi atau harus menjalani proses Islamisasi. Pengetahuan dan amalan itu sudah pun bercirikan Islam dan peranan Muslim ialah menerima dan mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada pengetahuan Islam. 

Menerusi penerimaan dan pengiktirafan ini, kefahaman dan peranan Islamisasi kini bersifat lebih khusus dan tepat. Islamisasi sebagai proses membabitkan agenda pengislaman pengetahuan manusia yang bersifat anti-Islam terutama yang dikembangkan oleh tamadun luar. Proses pengislaman harus terus dijalankan sarjana Muslim. Namun, kita harus memahami iaitu, tidak semua pengetahuan yang berkembang dalam pengalaman tamadun luar bersifat anti-Islam yang perlu diawasi dan diislamisasikan. 

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM
sumber : bharian.com.my

Tuesday, August 13, 2013

ALLAHUAKBAR! DAULAT TUANKU.

Surau yang menjadi pertikaian didalam media sosial sejak semalam mendapat perhatian Sultan Johor. Arahan terbaru dari Istana mengatakan bahawa surau berkenaan tidak diiktiraf sebagai surau. Segala papantanda mengenai Islam telah diarahkan dibuka, Titah dari DYMM Sultan Johor bangunan tersebut diarahkan untuk dirobohkan. 

Sebelum itu penduduk disekitar Tg Sedili terkejut dengan upacara sembahyang oleh individu berugama Budha. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan Keselamatan Kampung Sedeli Besar, Ali Mohamad, 64, berkata, penduduk kampung telah bertindak menghalau kumpulan terbabit keluar dari surau berkenaan sebaik menyedari kejadian itu. 

"Kami sangat tidak berpuas hati dengan kejadian itu, apatah lagi dalam surau itu ada tergantung banyak kalimah suci agama Islam," ujarnya. Imam Dua Masjid Besar Al-Muttaqin Sedeli Besar, Norizan Haron, 51, turut kecewa kerana beliau antara individu yang menyokong pembinaan surau dalam pusat peranginan tersebut tiga tahun lalu. 

"Saya telah menandatangani surat sokongan untuk membina surau ini, sekarang ia telah disalahgunakan pula," katanya.

sumber: fauziahsamad.com

Monday, August 12, 2013

Falsafah Aidilfitri perlu dihayati

SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa tersebut.
Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka terdahulu.
Lalu Rasulullah SAW telah menyatakan kepada masyarakat Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang diraikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau disebut Aidilfitri.
Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.
Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya.
Kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan tersebut. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.
Oleh kerana ini dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan esok adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.
Sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani daripada Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari Kiamat."
Pada pagi hari raya biasanya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhuwah dengan kunjung mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai.
Perlu diingat bahawa Islam tidak pernah mengajar umatnya berlebih-lebih atau melampaui batas dalam menyambut apa sahaja perayaan.
Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya pada hari raya dengan pakaian yang mahal dan kuih-muih yang terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, telah datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru, kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat menyambut hari raya Aidilfitri." Lalu baginda segera bertanya: "Kenapa wahai saudaraku?" Lelaki tersebut pun berkata: "Kerana saya tidak ada baju baru." Rasulullah kemudiannya bertanya beberapa sahabat yang lain, agar sesiapa yang mempunyai baju yang baru dapat kiranya diberikan kepada lelaki tadi.
Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa sahaja untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru untuk dipakai pada hari tersebut.
Lalu, digalakkan sesiapa yang ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa sahaja kepada orang-orang yang tidak berupaya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my
Foto: puteraduyung.com

Sunday, August 4, 2013

Ucapan Raya

Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih 
begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru 
begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus     
begitu juga langkahku 
Hakim tidak sentiasa benar
begitu juga tanggapanku
Hari tidak selalu panas
begitulah hujan di mataku
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Yang baik itu tetap dari Allah dan yang cacat itu pasti sayalah pendosanya.  
(c)Shaharudin Ali

Kredit foto: http://www.postcolonialweb.org

Tuesday, July 30, 2013

Iman+Taqwa+ Ilmu+Tazkirah = Kunci Kejayaan

Apakah penanda aras bagi kejayaan?
Mari kita rehat sejenak daripada melakukan kerja-kerja harian. Kita fikir dan zikir kepada Allah untuk diri, kita fikir tentang diri, bagaimana mahu jadi insan sempurna, bagaimana mahu mencapai kejayaan yang hakiki. Ramai orang ingin berjaya tetapi tidak ramai yang mengetahui kunci utama menuju kejayaan. Kita kata mahu jadi manusia yang berjaya, tetapi bagaimana cara hendak berjaya? Kita  kata mahu jadi manusia yang cemerlang tetapi bagaimana mengikut acuan Islam yang benar? Jika diberi pilihan antara ’gagal’ dan ’berjaya’, yang mana satu pilihan kita? Satu dalam sepuluh yang memilih ’gagal’ dan kemungkinan yang memilih ’gagal’ itu mempunyai masalah dalam berfikir.
Tidak keterlaluan jika dikatakan terdapat sebahagian orang yang meletakkan kekayaan wang ringgit, harta benda dan pangkat yang dimiliki sebagai ukuran kejayaan. Dialog biasa yang menjadi halwa telinga bila kita dianggap telah melepasi tahap penilaian kejayaan mengikut ukuran masyarakat sekeliling adalah antaranya seperti berikut, ”Kau tak apalah berjawatan besar, rumah besar, kereta besar dan....” kita bangga bila dikatakan begitu. Pernahkah kita berusaha untuk menafikan sebenarnya kita belum berjaya dalam hidup ini, yang ada itu hanyalah pinjaman, yang dilihat itu adalah pada pandangan manusia, bukan pandangan Allah. Yang  kita ingin, yang kita mahu, yang perlu kita usahakan adalah untuk mencapai pandangan Allah, redha Allah dan kejayaan utama di sisi Allah, bukan kejayaan di sisi masyarakat sekeliling sahaja. Dalam hal ini Allah SWT telah memberi pelbagai gambaran yang meletakkan asas terhadap keinginan seseorang itu untuk berjaya dalam kehidupan. Antaranya melalui  peningkatan iman, taqwa, ilmu dan tazkiah  diri.
Sila baca lagi di sini.

Friday, July 26, 2013

Melunasi Zakat Fitrah

SEIRING dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak, salah satu lagi kewajipan umat Islam adalah mengeluarkan zakat. Pensyariatannya telah ditetapkan oleh Islam sejak diutuskan Rasulullah SAW.
Seseorang Muslim yang melaksanakan kewajipan berzakat sebenarnya akan merasa lebih tenang dan damai hatinya setelah berjaya melalui proses penyucian dengan mengeluarkan sebahagian hak Allah yang diamanahkan kepada si pemiliknya kepada sebahagian individu lain yang memerlukannya.
Zakat bermaksud memberi sebahagian harta tertentu kepada orang yang berhak menerimanya dengan syarat-syarat tertentu.

Tujuannya untuk menyeimbangkan jurang pendapatan di kalangan ummah bagi mencapai suatu tingkat hidup yang lebih baik pada paras nisbah yang wajar.
Harta sebenarnya adalah suatu alat untuk mencari kebahagiaan hakiki di akhirat dan bukannya matlamat untuk menjadi hamba kepada nafsu sendiri tanpa batasan.
Justeru, sebagai tanda menggambarkan rasa kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan nikmat harta benda kepada seseorang individu itu, maka amat wajarlah ia turut sama dikongsi bersama insan di sekeliling yang barangkali tidak mampu untuk merasai kemewahan hidup seperti yang dirasakan oleh mereka yang berada atau kaya.

Zakat fitrah hukumnya fardu ain ke atas setiap umat Islam yang cukup syarat-syaratnya. Jumlah zakat adalah bersamaan sekilogram daripada makanan yang mengenyangkan bagi sesebuah negara.
Bagi kita di Malaysia sudah tentulah beras kerana ia menjadi makanan ruji semua penduduknya.
Dalil pensyariatan zakat fitrah antaranya ialah sabda Rasulullah SAW daripada riwayat Abi Daud yang bermaksud: "Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah sebagai pembersih bagi orang-orang yang berpuasa daripada perbuatan yang tidak berguna dan dosa serta sebagai makanan bagi orang-orang miskin."
Di dalam al-Quran pula Allah SWT telah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 103 yang bermaksud: Ambillah sedekah atau zakat daripada sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersih dan menyucikan mereka, dan berdoalah sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Golongan berhak terima zakat
1Fakir yang tidak ada harta atau hartanya kurang satu perdua daripada keperluan sendiri. Golongan ini juga tidak ada orang yang menanggung penghidupan mereka.
2Miskin yang mempunyai harta sebanyak satu perdua keperluannya atau tidak mencukupi.
3Amil, iaitu orang yang dilantik untuk menguruskan pungutan dan pembahagian zakat.
4Mualaf, iaitu orang yang baru memeluk agama Islam.
5Hamba, iaitu orang yang mahu menebus diri daripada tuannya.
6Orang yang berhutang dan hutang itu bukan untuk tujuan maksiat tetapi untuk kepentingan masyarakat dan keperluan hidupnya.
7Untuk kegunaan pada jalan Allah (Fisabilillah), iaitu bagi tentera yang berjuang kerana Allah atau kegiatan amal seperti membina masjid, hospital, rumah anak yatim dan sebagainya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my

Thursday, July 25, 2013

Kek Coklat Bersantan

Bahan-bahan:
150 gm gula perang 
200 ml Santan M&S 
200 ml minyak jagung
50 gm serbuk koko
160 gm susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh vanila

Bahan Ayak:
160 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik

Cara membuat:
1. Jerang 5 bahan pertama atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar suam sedikit.
3. Pukul telur dan vanila hingga kembang.
4. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
5. Masukkan ke dalam tin 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
6. Tutup dengan foil (lenser bawah dgn minyak).
7. Kukus atas api sederhana selama 1 jam. 

Tuesday, July 9, 2013

Membina Momentum Menjelang Ramadhan

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita untuk menyambutnya, harus diingati persiapan yang perlu dilengkapi agar Ramadhan kali ini tidak menyebabkan kita tersungkur sebelum penghujungnya. Bukan setakat persediaan daripada aspek mental dan spiritual malah aspek fizikal juga perlu diambilkira dan disenaraikan keutamaannya. Selain mengejar pahala di bulan barakah, kita juga mensasarkan kesihatan tubuh badan yang unggul agar ia mampu menjadi wahana menggapai ketaqwaan kepada Allah SWT.
Sebelum Ramadhan, momentum kesihatan perlu dibina. Latihan puasa perlu dicetuskan. Ini untuk memastikan agar fisiologi tubuh badan dapat disesuaikan dengan situasi berpuasa. Berpuasa sunat sebelum Ramadhan dapat melatih perut supaya tidak terlalu ‘terkejut' dengan puasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Inilah antara hikmah puasa sunat Rejab dan Sya'ban yang digalakkan dalam Islam sepertimana telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: "Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya'ban".
Amalan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW menunjukkan bahawa keutamaan berpuasa sunat itu digalakkan menjelang Ramadhan terutamanya pada bulan Sya'ban sebagai latihan sebelum memasuki madrasah Ramadhan di mana kita akan berpuasa selama sebulan berturut-turut tanpa boleh diselang seli. Oleh itu, tubuh kita memerlukan suatu kekuatan dan kecergasan agar mampu meneruskannya tanpa kecundang di pertengahannya. Apabila kita sudah bersedia dengan momentum yang cukup, barulah dapat mengharungi Ramadhan dengan cergas dan sihat. Kerap kali kita mendengar keluhan kelesuan, ketidakselesaan perut dan gastrik semasa di pertengahan puasa akibat tidak mempunyai perancangan dalam amalan pemakanan dan menu yang diaturkan.
Berpuasa merupakan salah satu cara untuk merehatkan sistem pencernaan yang bekerja hampir 24 jam sehari tanpa henti sekaligus ia akan meningkatkan kecekapan sistem tersebut dan meningkatkan kadar pembebasan tenaga selepas berakhirnya amalan berpuasa. Ini menjadikan seseorang lebih sihat dan bertenaga. Ia boleh diibaratkan seperti kita menserviskan kenderaan yang dipakai, setelah diservis kereta kembali berupaya dengan lebih efisien.
Otak akan memberikan isyarat bahawa tubuh badan tidak akan menerima makanan ketika berpuasa dalam tempoh yang panjang. Oleh itu, tubuh kita cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan lapar supaya dapat menyimpan tenaga dan metabolisma badan berlaku secara perlahan seiring dengan jumlah kalori yang diperolehi. Tubuh memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan tersebut, maka dengan berpuasa sunat sebelum Ramadhan memberikan satu peluang untuk melatih badan menghadapi kelaziman tersebut.
Ketika sihat, tubuh kita lebih mudah untuk menghadam dan menyerap zat sesuatu makanan. Namun, sebaliknya berlaku apabila kita berada dalam lingkungan yang tidak sihat. Zat makanan tidak diserap secara efisien malah toksin juga sukar untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, selama sebulan dalam bulan Ramadhan, kita perlu memastikan agar tubuh kita berada dalam keadaan yang memuaskan dan mampu menjalani ibadah puasa dengan baik. Maka, pola pemakanan rutin yang kita lalui kini iaitu sebelum Ramadhan perlu diberikan alternatif agar ia menjadi lebih seimbang dan kesihatan berada pada tahap yang optimum. Ini adalah untuk memastikan agar kita dapat mengatasi sebarang masalah atau perubahan badan yang berlaku semasa kita berpuasa kelak.
Di samping itu, perlu untuk kita menilai tahap kesihatan sebelum Ramadhan. Jika menghidapi sebarang penyakit dan bergantung kepada ubat-ubatan, perlulah mendapat nasihat doktor tentang pengubahsuaian waktu pengambilan ubat agar tidak mengganggu puasa dan tahap kesihatan.
Dalam persediaan menghadapi Ramadhan, perlu dibulatkan bahawa corak pemakanan  adalah sama sahaja seperti sebelum Ramadhan. Malah perlu dilatih agar perut kita mampu menerima makanan dalam kuantiti yang kecil. Walaupun jumlah hidangan berkurang daripada 3 kali menjadi 2 kali sehari iaitu berbuka puasa dan bersahur, ia tidak mendatangkan permasalahan kepada kesihatan selagi mana kita mengawal corak pemakanan. 
Di samping itu, kita perlu mengamalkan diet yang mempunyai karbohidrat kompleks agar dapat memberi ketahanan kepada tubuh badan sepanjang berpuasa. Kita perlu mengurangkan atau mengelakkan makanan dan minuman manis, makanan yang mengandungi pengawet, gula tiruan, makanan ringan dan juga makanan bergoreng. Jika kita boleh kurangkan pengambilan makanan tersebut pada masa kini, barangkali ia juga boleh menjadi latihan untuk pilihan menu yang bijak semasa berpuasa. Apa yang penting, kita menjalani ibadah puasa dengan memiliki risiko kesihatan yang rendah dan bertenaga apabila mengamalkan diet yang seimbang dan sempurna.
Tabiat yang tidak sihat seperti merokok juga perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebagai satu latihan untuk kita menempuh bulan Ramadhan dan akhirnya ia menjadi satu medan berhenti merokok bagi perokok yang tegar. Tidak mustahil berlaku jika golongan tersebut mahu memulakannya dari sekarang.
Amalan pemakanan dan apa yang kita makan akan mencerminkan diri kita yang sebenar. Justeru, mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan dan meniru diet Rasulullah SAW akan memberikan impak yang besar kepada kesihatan. Perubahan yang berdikit-dikit sebelum menghadapi Ramadhan mampu menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga. Akhirnya dengan puasa, kita mampu meraih maghfirah dan ketaqwaan. Buatlah persediaan untuk menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita Muslim yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelum ini.
Ditulis oleh Norkumala binti Awang / ikim.gov.my

Mengapai Taqwa Di Persinggahan Ramadhan

Sepertimana masa yang begitu pantas berlalu, begitu juga dengan bulan Ramadhan sudah pun sampai ke pertengahan perjalanannya.  Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaan ini sedikit masa lagi akan meninggalkan kita dengan pelbagai pertanyaan di manakah letaknya kedudukan puasa yang kita lalui, mantap atau lemah iman yang kita miliki, sejauh manakah keprihatinan kita terhadap masyarakat yang kita sayangi dan juga di tahap manakah tingkatan taqwa kita ini.
Sebenarnya puasa yang bersungguh-sungguh sehingga ke tahap khusus-ul-khusus sepertimana yang diungkapkan oleh Imam al Ghazali akan melahirkan benih taqwa dan kasih sayang kepada sesama manusia dan juga berupaya untuk mengendalikan sifat mazmumah seperti sombong, rakus, tamak dan bangga diri serta mampu pula untuk menjauhkan diri dari segala sifat kehaiwanan.
Intipati pendidikan Ilahi  melalui  ibadah  puasa ini juga ialah untuk menanam dan mengukuhkan kesedaran yang sedalam-dalamnya akan kehadiran (omnipresence) Allah SWT di dalam setiap saat kehidupan manusia. Kesedaran inilah yang melandasi ketaqwaan atau merupakan  hakikat  ketaqwaan  itu,  yang mana ianya turut membimbingseseorang  ke  arah  tingkah  laku  yang  baik dan terpuji.  Maka menerusi ibadah puasa selama sebulan ini diharapkan akan terbina dan tampil seorang yang berbudi pekerti  luhur dan berakhlaq karimah serta menjadi seorang yang mantap taqwanya sesuai dengan natijah puasa itu sendiri iaitu ‘mudah-mudahan kamu bertaqwa.' 
Sehubungan dengan itu juga al-Quran menyatakan bahawa tiada jaminan mereka yang berpuasa pasti akan mencapai ketaqwaan. Ianya adalah sebuah harapan yang menagih kesungguhan agar segala syarat dan peraturannya dipenuhi. Maka dengan itu, perlumbaan adalah terbuka bagi sesiapa sahaja untuk mencapai taqwa.

Jika dilihat dari segi sejarah dan tamadun Islam, kemunculan manusia yang bertaqwa ini datang dari pelbagai latarbelakang.  Bagi mereka yang sudah sekian lama terkurung dalam cara hidup jahiliyah yang mengongkong, tiba-tiba diberi peluang terbuka untuk sama-sama mencapai kemuliaan diri dengan kehadiran Islam, maka peluang ini diterima dan digarap dengan sebaik-baiknya.  Maka muncullah peribadi-peribadi unggul seperti Bilal ibn Rabah yang cuma seorang hamba, Ammar ibn Yasir dan Zaid ibn Harithah yang telah dimerdekakan oleh Rasulullah SAW untuk menjadi pembantu baginda.
Begitulah juga halnya ketika Islam tiba di alam Melayu sekitar abad ke-13, pandangan hidup (worldview) Islam inilah yang memikat umat Melayu sebagai jalan melepaskan diri dari kongkongan cara hidup yang menindas dan zalim kepada ruang lingkup kehidupan yang bebas dan aman di bawah naungan taqwa.
Taqwa adalah nilai Ilahiyyah yang melebihi pangkat dan darjat. Sehubungan dengan ini, al-Quran turut menyatakan bahawa tidak akan ada kemuliaan buat mereka yang telah dipandang sepi oleh Tuhannya, walaupun mereka begitu disanjung orang dan memiliki  sejumlah gelaran duniawi yang tidak punya jaminan di akhirat.  Ini adalah kerana mereka telah tertipu dengan nilai-nilai palsu duniawi dan meletakkan nafsu sebagai asas untuk menjalani kehidupan ini.
Maka dalam hal ini, puasa amat berperanan untuk membentuk insan yang mulia dengan melihat dunia ini sebagai bekalan untuk kehidupan yang lebih utama di akhirat, dan bukannnya matlamat yang perlu dilayani segala keperluannnya.  Untuk itu, taqwa adalah asasnya dan mereka yang berjaya adalah mereka yang benar dan sah taqwanya sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah SWT bahawa semulia-mulia di kalangan manusia itu ialah mereka yang paling bertaqwa.
Lanjutan daripada itu juga, mereka yang berjaya ialah mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan seutuhnya sebagai satu ibadah yang selengkapnya, iaitu yang mampu membawa kesan taqwa yang terpancar menerusi akhlak mulia dan berupaya pula mengawal nafsu yang sering memburu kelazatan jasmaniah.
Bagi mereka yang berusaha keras dan bersungguh-sungguh menjaga dan memelihara puasanya, maka puasanya merupakan pembersihan rohaniah dari daki cintakan dunia (hubbud-dunya).  Puasanya juga berupaya untuk mendidiknya daripada menjadi rakus terhadap dunia seperti gila kuasa dan pangkat, bakhil, gelojoh, lupa diri, sombong, tamak,  pembazir dan suka bermewah-mewah.
Sepertimana puasa itu dapat mendidik supaya lebih bertanggungjawab dan mengangkat  kemuliaan diri, maka puasa itu juga mengubah cita rasa, budaya dan minda; dengan  menguatkan kepedulian terhadap masyarakat menerusi iltizam dan pengorbanan untuk manusia lain melalui amalan infaq atau sedeqah.  Banyak ayat al Quran yang menyentuh mengenai budaya infaq ini yang mana ianya mempunyai kaitan yang sangat erat dengan taqwa.
Infaq memerlukan persediaan minda yang bukan sedikit dan amalan infaq juga tidak dapat dibudayakan tanpa pemerkasaan nilai-nilai taqwa di dalam diri seseorang Muslim. Oleh yang demikian, amalan infaq itu sekaligus merupakan persediaan budaya, minda dan rohaniah.  Iaitu keinsafan kepada hakikat-hakikat abadi yang lebih agung dan suci, yang pastinya melebihi kesibukan dan hal-hal remeh keduniaan.
Sepertimana halnya solat yang difardhukan kepada setiap orang Islam adalah merupakan perhubungan tetap antara hamba dengan Tuhannya, dan juga mi`raj orang-orang yang beriman.  Sekiranya longgar perhubungan dengan Tuhan, maka longgarlah hubungan dan ikatannya dengan alam Ketuhanan dan alam kemanusiaan ini. Maka solat sekaligus merupakan tarbiyyah dan ibadah peribadi dan kemasyarakatan yang memberi bentuk dan watak rabbani kepada pandangan hidup seorang Muslim beserta dengan perasaan dan tingkahlakunya sama ada terhadap diri sendiri ataupun kepada masyarakat.
Begitulah juga halnya dengan puasa.  Dengan sempurnanya amalan puasa, maka amalan infaq akan membudaya tanpa dipaksa-paksa dan dibuat-buat. Seseorang Muslim itu akan mengakuri kurniaan rezeki dari Ilahi, bahawa Tuhan adalah Pemilik Mutlak dan bahawa manusia hanyalah pemegang amanah yang mentadbirnya.  Memang tidak dinafikan bahawa rasa cintakan dunia merupakan suatu perasaan yang sangat tajam dan mendalam dan sering mendesak dalam kehidupan ini. Memang manusia disuntik dengan rasa pelbagai macam keinginan terhadap dunia. Maka untuk mengawalnya, manusia perlu dididik tentang wujudnya sesuatu yang lebih baik dari kesemua rasa kecintaan dunia, iaitu apa yang disediakan di akhirat itu adalah lebih sempurna dan abadi.
Pengalaman hidup telah membuktikan bahawa gara-gara berebut hartalah, maka manusia sanggup berbunuhan dan berpecah belah.  Oleh yang demikian, lantaran pelbagai cabaran inilah maka tidak mudah untuk manusia melakukan infaq secara rela dan insaf.  Kejayaan melawan sifat kikir dan bakhil ini merupakan kejayaan yang amat bererti pada menjalani ibadah puasa ini. Malah, pahlawan Muslim yang sejati adalah mereka yang berjaya mengawal runtunan nafsu dan berinfaq secara ikhlas ketika senang ataupun susah.  Inilah yang diterangkan oleh al Quran akan segolongan manusia yang dipuji oleh Allah SWT. kerana subur budaya infaqnya iaitu mereka yang membelanjakan harta mereka pada siang dan malam harinya secara sembunyi atau secara terbuka.
Inilah antara pengajaran yang dibawa oleh ibadah puasa, iaitu manusia dihargai dalam  pandangan Allah SWT. menurut amal perbuatan berdasarkan taqwanya, iaitu suatu  penegasan tentang pencapaian amalan yang ikhlas dan mulia.  Iaitu dalam pengertian bahwa penghargaan kepada seseorang didasarkan kepada apa yang dapat dibuat dan dicapai oleh  seseorang.
Malah Rasulullah SAW pernah menyatakan bahawa perbuatan makruf dapat menghakiskan kejahatan, sedekah atau infaq yang disumbangkan secara sembunyi boleh memadam murka Tuhan dan menghubungkan silatur rahimboleh memanjangkan umur.
Atas dasar keinsafan itu, hendaknya kita tidak menjalani hidup ini dengan santai dan anganan mudah, melainkan dengan penuh kesungguhan dan keprihatinan. Sebab apapun yang kita perbuat akan kita dipertanggungjawabkan di hadapan Khaliq suatu masa nanti.
Ditulis oleh Abu Bakar Bin Yang, http://www.ikim.gov.my