Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label warisan. Show all posts
Showing posts with label warisan. Show all posts

Friday, August 30, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-56

Sempena Hari Kemerdekaan Ke-56 negara Malaysia yang bakal disambut pada tanggal 31 Ogos 2013 ini, KUMPULAN RAJAMENANGIS mengambil kesempatan untuk mengucapkan “SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-56” 

Semoga dengan izin Allah SWT negara kita akan menjadi lebih maju, berjaya, aman, makmur, sentosa dan bersatu padu di antara berbilang kaum agar segala cita-cita kearah cara hidup yang lebih produktif seiring dengan keimanan yang kuat dan teguh. Sama-samalah kita mendoakan keatas para pejuang dan pembela bangsa yang telah bersusah payah, mencurah keringat, harta dan menggadai nyawa demi memastikan hidup kita hari ini bebas dan merdeka, agar mereka semua dikurniakan dengan sebaik-baik balasan oleh Allah SWT di akhirat kelak.

MERDEKA! MERDEKA!! MERDEKA!!!

Sunday, August 4, 2013

Ucapan Raya

Air tak selalu jernih
begitu juga ucapanku
Kapas tak selalu putih 
begitu juga hatiku
Langit tak selalu biru 
begitu juga hidupku
Jalan tak selalu lurus     
begitu juga langkahku 
Hakim tidak sentiasa benar
begitu juga tanggapanku
Hari tidak selalu panas
begitulah hujan di mataku
Salam aidilfitri, maaf zahir dan batin. 
Yang baik itu tetap dari Allah dan yang cacat itu pasti sayalah pendosanya.  
(c)Shaharudin Ali

Kredit foto: http://www.postcolonialweb.org

Thursday, May 23, 2013

Saksi Kehebatan Pemerintah Melayu


WALAUPUN peranan Kuala Sepetang sebagai sebuah pelabuhan hanya diiktiraf selepas pembinaan landasan kereta api oleh Inggeris, namun kampung nelayan itu sebenarnya mempunyai sejarah yang bermula jauh lebih awal.

Bahkan sebelum kemunculan bandar Taiping, kedudukan strategik yang dimiliki oleh Kuala Sepetang terlebih dahulu menjadikannya pelabuhan penting kepada pentadbiran Long Jaafar dan kemudian anaknya, Ngah Ibrahim di daerah Larut, Matang dan Selama itu.

Selain Kuala Sepetang, dua pelabuhan utama di bawah pentadbiran pembesar Melayu ketika itu adalah pelabuhan Melawati dan Teluk Kertang yang berfungsi sebagai hab perdagangan penting di pesisiran Selat Melaka.

Pada zaman Ngah Ibrahim, pelabuhan Kuala Sepetang juga pernah dijadikan sebagai pusat pungutan cukai terhadap kapal-kapal dagang yang masuk dan keluar ke daerah itu.

Pembantu Kurator Muzium Matang, Ahmad Sazali Sabu berkata, kehebatan pentadbiran Ngah Ibrahim pada masa itu menjadikan bandar Matang jauh lebih teratur berbanding Klian Pauh (nama lama Taiping).
"Kuala Sepetang yang berada di bawah jajahan Ngah Ibrahim pernah menjadi saksi kehebatan pentadbiran seorang pembesar dan orang kaya berpengaruh di Matang.

"Sebagai Orang Besar Empat Negeri Perak, Ngah Ibrahim dilantik sebagai wakil Sultan Abdullah Mohammad Shah untuk mentadbir jajahan daerah Larut, Matang dan Selama tanpa perlu merujuk kepada sultan," katanya ketika ditemui S2 di Kompleks Sejarah Matang, Taiping, Perak baru-baru ini.
Kompleks berusia lebih 170 tahun seluas 0.8 hektar itu merupakan tapak Kota Ngah Ibrahim yang kini berfungsi sebagai Muzium Sejarah Matang.

Ahmad Sazali berkata, semasa kedatangan Inggeris ke daerah itu, kuasa dan kekayaan yang dimiliki oleh Ngah Ibrahim dilihat sebagai penghalang kepada usaha Inggeris untuk mengambil alih pentadbiran Matang.
"Bayangkan kuasa dan kekayaan yang dimiliki Ngah Ibrahim. Kota ini bukan sahaja menjadi pejabat pentadbiran tetapi dahulunya lengkap dengan tembok bersenjata.

"Bahkan beliau juga menjadi pembesar Melayu pertama yang menggunakan khidmat pembantu tadbir berbangsa Inggeris iaitu Kapten Speedy yang digaji setiap bulan," katanya.
Ahmad Sazali berkata, hal itu menyebabkan Inggeris menggunakan pelbagai cara untuk menyingkirkan Ngah Ibrahim dari Perak.

Sebahagian daripada helah tersebut termasuk penghantaran Residen Inggeris Perak pertama, J.W.W Birch yang mentadbir Perak dengan penuh 'pencabulan' sehingga dibunuh oleh Datuk Maharaja Lela dan rakan-rakannya termasuk Datuk Sagor, Siputum dan Pandak Endut.
Setelah dituduh bersubahat dalam pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim akhirnya dibuang negeri ke Pulau Seychelles.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Kegemilangan Negara Berakhir Jika...


IPOH 23 Mei - Kegemilangan sesebuah negara Islam boleh berakhir jika pemerintahnya terlupa dan alpa terhadap nilai-nilai asas yang menjadi instrumen penting kepada kegemilangan negara itu, titah Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Baginda bertitah, pemerhatian terhadap dua lokasi yang pernah mencipta sejarah kegemilangan Islam iaitu Kota Samarkand, Uzbekistan dan Empayar Ottoman, Istanbul memberi peringatan bahawa kealpaan pemimpin membawa kepada berakhirnya kegemilangan negara berkenaan.

"Kegemilangan kota sejarah yang terkenal sebagai pusat dan laluan perdagangan utama, pusat perkembangan pelbagai ilmu dan amalan pelbagai agama itu berakhir apabila berlakunya konflik dalaman pimpinan negara itu yang mengakibatkan berlakunya ketidakstabilan politik.

"Ia (termasuk) kegagalan melakukan pengubahsuaian selaras dengan perkembangan teknologi pengangkutan laut yang jauh mengatasi tahap efisien laluan darat, lalu menjejaskan kemakmuran ekonomi yang mereka pernah nikmati untuk sekian lamanya," titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-183 di sini, hari ini.

Raja Nazrin bertitah, era keagungan Empayar Ottoman mula berhadapan pelbagai cabaran dan membawanya ke ambang kejatuhan apabila berlakunya stagnasi ekonomi dan politik berpunca daripada kualiti pimpinan yang lemah kerana terlalu selesa dengan kejayaan yang dicapai.

"Pimpinan empayar itu secara berterusan gagal melakukan pengubahsuaian, selaras dengan tuntutan realiti pemodenan, khususnya yang sedang berkembang di Benua Eropah dari segi inovasi teknologi baharu, reformasi politik dan kebangkitan intelek.

"Sebarang usaha untuk melakukan pemodenan dalam Empayar Ottoman, berhadapan dengan tentangan hebat dari para pemimpin, angkatan tentera dan rakyat yang berfikiran konservatif," titah baginda.
Raja Dr. Nazrin bertitah, senario sebegini adalah antara pemerhatian yang pernah dicatatkan oleh cendekiawan dan sosiologis kurun ke-14 iaitu Abdul Rahman Ibn Khaldun bahawa apabila masyarakat mendapat kemewahan, perwatakan mereka sering menjadi lemah.

Baginda bertitah, bagi membina benteng daripada ditembusi oleh budaya yang boleh memusnahkan, rakyat perlu kembali kepada peringatan Ilahi melalui wahyu yang terkandung dalam Al-Quran serta mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

"Orang-orang tua dahulu sentiasa mengingatkan agar yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan, bila sesat di hujung jalan cepat kembali ke pangkal jalan dan ketika melihat awan di langit jangan lupakan rumput di bumi," titah baginda.

sumber: utusan.com.my

Tuesday, May 14, 2013

Haram Apikan Perkauman

1. Tindakan sesetengah pihak mengapi-apikan isu perkauman kebelakangan ini adalah perbuatan jahiliyyah yang diharamkan syarak. Ia boleh mengundang kemusnahan masyarakat dan negara terutama negara multi-racial seperti Malaysia ini. 

Ia akan menimbulkan pelbagai sangkaan dan penilaian yang mungkin tidak berasaskan fakta yang benar. Lantas, akan menimbulkan ketegangan dan pergaduhan yang tidak berasaskan prinsip kebenaran, sebaliknya atas prejudice perkauman.

2. Antara perkara yang ditentang oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah sikap fanatik perkauman ataupun ‘asabiyyah yang menilai kebaikan dan keburukan berdasarkan kaum bukan prinsip kebenaran dan keadilan. Islam adalah agama rentas kaum dan sempadan geografi. Keadilan Islam itu melebar merentasi perbezaan pemikiran dan agama.

3. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau cina atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya.

Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu. Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)

“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

4. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titik keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua. Sabda Nabi s.a.w:

“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut:

“I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

5. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain. Firman Allah: (maksudnya):

Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya. (Surah al-Hujurat: 13).

Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan. Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

6. Maka, haram bagi seorang muslim meniupkan api perkauman yang menzalimi pihak yang tidak bersalah hanya kerana warna kulit ataupun keturunannya. Wajib kita mempamirkan keindahan kesejagatan Islam (the universality of Islam) kepada semua pihak supaya keindahan Islam dapat diterima oleh manusia.

http://bm.harakahdaily.net

Tuesday, April 30, 2013

KEWAJIBAN MENGUNDI MENURUT SYARIAT

Kebanyakan orang Islam masih tidak jelas kedudukan demokrasi, pilihan raya dan politik moden hari ini dari perspektif agama mereka sendiri. Akibat ketiadaan asas agama yang mantap, dan akibat ceteknya mengkaji politik semasa, tidak kurang anggota masyarakat Islam memandang remeh pilihan raya dan tanggungjawab keluar pergi mengundi untuk memilih pemimpin. Apa tidaknya, ramai sekali yang percaya bahawa "politik itu kotor" atau "politik itu bikinan manusia" sedang "agama itu suci" atau 
"agama itu dari Tuhan". 

Perlulah ditegaskan bahawa Islam itu menyeluruh dalam semua segi kehidupan, kekal sepanjang masa, dan sesuai diamalkan di mana-mana. Islam itu ada prinsip-prinsip yang tetap dan cabang-cabang umum yang anjal (boleh berubah-ubah). Oleh itu, Islam serasi diikuti dan tidak menimbulkan konflik jiwa penganut-penganutnya yang faham. Islam menuntut  penganut- penganutnya agar meletakkan asas-asasnya dalam mengendalikan kehidupan ini. Oleh itu, pilihan raya dan mengundi harus 
dinilai dari perspektif agama. 

Sebelum membincangkan secara khusus topik "kewajiban mengundi menurut Islam", marilah kita mengkaji beberapa isu asas tentang politik, demokrasi, kepimpinan Islam dan kewajiban menegakkan kerajaan yang adil. 

Pertama, kedudukan politik dalam Islam. Orang ramai masih keliru antara "politik sebagai amalan praktis" dengan "politik sebagai kepimpinan dan kuasa memerintah". Islam memandang penting kedua-duanya. Ertinya, Islam melihat politik sebagai kepimpinan dan kuasa pemerintahan. Tanpa kepimpinan, hancur musnah masyarakat manusia. Dan tanpa kuasa pemerintahan, bertaburan asas-asas Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap. Oleh itu, Islam memerlukan politik. Politik sangat diutamakan 
oleh Islam, malah menjadi sendi utama untuk menjamin aqidah. Aqidah yang disimpan dalam hati belum tentu selamat tanpa kuasa (politik) yang menjaganya. Apatah lagi apabila manusia hidup bermasyarakat di sebuah negeri atau negara. 

Memang benar amalan orang-orang politik ada kalanya sangat kotor -- sepak terajang, tikam menikam menjadi lumrah sehingga terkenal ungkapan "dalam politik, tiada lawan dan kawan yang kekal". Tetapi Islam sendiri tidak mengiktiraf amalan politik ini. Malah, Islam menetapkan adab, prinsip dan etika dalam urusan-urusan melaksanakan politik. Politik Islam adalah politik berakhlak, bukan politik tanpa moral. Tiadanya atau lemahnya adab dalam amalan politik harian bukanlah salahnya Islam. Atau, menjadikan politik itu tidak relevan dengan Islam. Malah, Islam menuntut politik seperti itu diperbaiki (islah) dan dibuang. Bagaimana? Jika sesuai melalui nasihat (misalnya, ceramah dan tulisan), nasihatlah. Jika tidak cukup, tukar sahaja pemimpin atau parti politik yang tidak bermoral itu? Bagaimana? Banyaklah caranya yang sah menurut amalan sekarang dan boleh diterima oleh Islam -- misalnya "undi tidak percaya", "demonstrasi" dan juga "pilihan raya". 

Kedua, demokrasi. Memang benar demokrasi dibina oleh manusia. Ia merupakan ideologi manusia yang berasaskan rakyat. Tetapi model demokrasi itu tidaklah terlalu jauh dari konsep dan amalan "syura" dalam Islam. Tentunya syura, khususnya ketika zaman empat Khalifah Islam yang unggul, unsur pemilihan ini ada. Dalam konteks itu, dan peluang yang ada, demokrasi diperbolehkan Islam -- khususnya sistem ini memberi ruang kepada umat Islam memilih dan melantik pemimpinnya sendiri. Panjang lagi diskusi tentang hal ini, misalnya hubungan konsep demokrasi dengan penggubalan undang-undang, tetapi bolehlah disimpulkan bahawa DEMOKRASI TIDAKLAH BERCANGGAH SEPENUHNYA DENGAN ISLAM. Malah, dalam keadaan negara sekarang, umat Islam wajiblah memanfaatkan proses demokrasi untuk menjaga maslahat ummat dan tuntutan agama. 

Ketiga, ciri kepimpinan Islam dan moral. Dalam Islam, bukan hanya dasar parti dan dasar negara yang diutamakan. Turut menjadi asas utama politik ialah ialah ciri-ciri pemimpin itu sendiri. Jika seseorang pemimpin atau sesebuah parti tidak mendukung ciri-ciri kepimpinan sebagaimana yang digariskan oleh Islam, maka terlucutlah haknya untuk memimpin umat dan negara. Imam sembahyang mesti ada syarat-syaratnya. Apatah lagi imam (pemimpin) negara yang mempunyai jutaan manusia. 

Dalam Islam, sudah menjadi tradisi dan perbahasan panjang bagaimana cara-cara dan kedudukan politik negara jika pemerintah itu zalim, menindas rakyat, lari dari cita-cita keadilan dan menutup diri daripada mendengar kritikan. Ulama sudah lama membahaskannya dan teks-teks kajian mereka sudah cukup hebat sehingga banyak pengajaran asasi boleh ditimba daripadanya. Misalnya, pemerintah itu hanya melakukan maksiat pada dirinya dan di kalangan keluarganya, tetapi masih menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, pemerintah seperti ini tidaklah dianggap perlu dilawan dengan keras. 

Misal kedua, jika pemerintah itu sudah menindas rakyat dan kezaliman berleluasa, sementara rakyat pula ada kekuatan untuk menjatuhkannya, maka ulama memutuskan bolehlah pemerintahan itu dijatuhkan walaupun bersenjata (jika sudah tiada jalan-jalan yang lain)! Kesimpulannya, pemimpin yang buruk dan parti yang mengamalkan dasar-dasar yang merugikan rakyat WAJIBLAH digantikan dengan pemimpin dan parti yang lebih baik. 

Dalam hal ini, Islam menetapkan beberapa prinsip asas. Misalnya, prinsip pertama: antara dua keburukan, ambillah keburukan yang kurang kesannya ke atas kita. Misalnya, Umno dan PAS. Memang dua parti ini ada kelemahan masing-masing. Tetapi dibandingkan dengan Umno yang korup dan pentingkan kroni-kroninya sahaja serta menyekat ruang demokrasi, WAJIBLAH rakyat memilih parti yang lebih baik (walau ada kelemahan) sebagai gantinya. 

Prinsip kedua: menolak keburukan itu lebih afdal (utama) daripada membuat kebaikan. Walaupun parti pembangkang nampak macam lemah dan tiada program lagi (sebab tiada pengalaman), tetapi memandangkan keburukan ke atas negara kita semakin hari semakin ketara, maka wajiblah parti pemerintah yang ada ditolak, dan digantikan dengan parti yang baru yang lebih baik. Tolak keburukan dulu, insya Allah, kita bina kebaikan. 

Keempat, pilihan raya dan mengundi. Apa ertinya? Pilihan raya bertujuan memberi setiap rakyat yang layak untuk memilih pemimpin. Oleh kerana pilihan raya itu berjalan secara aman dan menurut asas-asas demokrasi itu, maka ia mestilah diberikan keutamaan dalam memilih calon pemimpin dan parti yang memerintah. Tujuannya ringkas tetapi penting: MENGUNDI SEBAGAI IBADAT AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR (tegak kebaikan, buang kemungkaran dan kezaliman). 

Tugas amar maaruf, nahi mungkar ini terlalu panjang dan banyak kupasannya dalam kitab-kitab kajian Islam. Tidak perlulah saya jelaskan di sini. Tetapi perlu ditegaskan bahawa dalam konteks bernegara, tugas ini WAJIB ke atas setiap individu umat Islam. Sebabnya ringkas, sekumpulan manusia atau sesebuah parti sahaja tidak mampu melakukannya kerana pemerintah mempunyai jentera yang kuat dan hebat. Oleh itu, rakyatlah dan umat Islamlah yang wajib memainkan peranannya. 

Peranan amar maaruf nahi mungkar mesti berjalan sepanjang masa (bukan ketika pilihan raya dan pada hari mengundi sahaja) dan melalui berbagai-bagai cara (bukan melalui undi sahaja). Tetapi pilihan raya dan undi sangatlah mustahak kerana secara automatis pilihan raya dan undi memberi peluang rakyat dan umat Islam menukar pemimpin dan parti politik. 

Cara-cara lain seperti berceramah, mengajar, menulis dan menunjuk perasaan (demonstrasi) juga tugas amar maaruf nahi munkar. Tetapi kesannya tidak sama dengan mengundi. Lagi pun, mengundi hanya sekali dalam tempoh lima tahun. Sedangkan cara-cara lain boleh berlaku sepanjang masa mengikut kekuatan rakyat dan kesesuaian suasana politik. Oleh itu, kita simpulkan WAJIBLAH UMAT ISLAM MENGUNDI BAGI MEMILIH PEMIMPIN & PARTI POLITIK YANG LEBIH BAIK untuk Islam, umat Islam, rakyat dan negara ini. 

Tulisan ini bukan alat kempen pilihan raya. Semua perbincangan ini diajar di IPT dan ada dalam teks-teks kajian Islam yang benar dan adil. Saya cuba jelaskan prinsip-prinsip Islam tentang politik, demokrasi, kepimpinan negara, pilihan raya dan undi. Terpulanglah kepada individu umat Islam untuk memikirkannya dan mengamalkannya. 

Wallahu a'lam bis sawwab

sumber: halaqah.net

Friday, February 22, 2013

Businessman: I am the Sultan of North Borneo


LAHAD DATU: A claimant to the North Borneo Sulu Sultanate is disputing the claim of a Sulu armed group that Sabah was their ancestral homeland.
“My family is the rightful owner of the throne,” said the 45-year-old Lahad Datu businessman Datu Abdul Rajak Aliuddin, who has proclaimed himself as the sixth Sultan of North Borneo.
The controversial Rajak has been detained and charged for burning the Sabah flag and raising the North Borneo Sultanate flag with the lion symbol.
He said that the Sulu armed group led by Raja Muda Azzimudie Kiram, the brother of the Philippines based Sulu Sultan Jamalul Kiram, had no right to claim Sabah, which was previously known as North Borneo.
“My father Aliuddin Agas was recognised as the fifth Sultan of North Borneo.
“He was one of those who signed the framework for the Malaysia agreement in 1962,” he said, showing documents to back his claim.
He said the Azzimudie group had no right to use the yellow flag with the lion, which was purportedly raised in Kampung Tanduo after they occupied the village at Felda Sahabat 17 from Feb 9. Azzimudie and more than 100 of his followers, including gunmen in military fatigues, had demanded that Malaysia recognise them as the Royal Sulu Sultanate Army and that no subject of the Sultan of Sulu be deported as Sabah was their ancestral home.
Rajak told reporters here that the occupation of the village of Tanduo was a sandiwara (acting) for political reasons.
He claimed that after the 1863 Brunei rebellion, North Borneo was made an autonomous sultanate with two other autonomous sultanates of Bolongan covering northern Kalimantan and Sulu in southern Philippines.
He said they were all made autonomous, and individual children of the Sultan were given full control of their respective kingdoms. Even Pahlawan, Tawi Tawi and Siasi in southern Philippines were under the sultanate of North Borneo, he claimed.
Historically, there were numerous claimants to the Sulu Sultanate. Over the years, claimants to the throne have produced many documents to the media to back their claims.
Last year in Kota Kinabalu, businessman Datu Mohamad Akjan proclaimed himself as the rightful heir of the Sulu Sultanate and held a ceremony to declare himself as Sultan. Police questioned Akjan after photos of him as the Sultan of Sulu became public.
Source: thestar.com.my

Wednesday, January 9, 2013

Sejarah Nama Kampung Di Johor


Orang Johor mungkin tahu ada nama-nama tempat yang agak pelik seperti Gelang Patah, Tongkang Pecah, Sepah Beruang, Sg Pinggan, Sg Kuali, Sg Buntu, Sg Mati, Parit Ponorogo, Parit Botak, Sri Bunian dan lain-lain. Ada beratus-ratus lagi nama tempat yang pastinya menimbulkan tanda tanya kepada sesiapa yang pertama kali mendengarnya. 

Tempat-tempat ini mendapat namanya berdasarkan sesuatu peristiwa sejarah, mitos, atau sekadar mengambil sempena nama haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang terdapat di situ. 

Kisah di sebalik nama beberapa tempat di Johor:

1. Gelang Patah, Johor Bahru
Nama asalnya ialah Galang Patah iaitu nama yg diberikan oleh Menteri Besar Johor Pertama, Dato' Jaafar Muhammad. Menurut cerita yg disampaikan oleh Lt Jen Dato' Jaafar Onn kepada Yayasan Warisan Johor, sewaktu Dato' Jaafar (Menteri Besar) bersama isteri dan rombongannya mengemudi sampan dengan menggunakan galang panjang ke beberapa kawasan untuk membuka petempatan baru, tiba di satu kawasan galang yg digunakan itu patah. Smpena kejadian itu, Dato' Jaafar menamakan tempat itu sebagai Galang Patah. Namun, disebabkan sebutan yg berubah-ubah di antara galang dan gelang, ia akhirnya dikenali sebagai Gelang Patah sehingga ke hari ini. 

2. Kampung Belokok, Pontian
Kampung ini diasaskan oleh Tahir Sekeruk, iaitu nama ketua kampung pertamanya. Nama belokok diberikan kepada kampung ini sempena nama ikan jemudak atau lebih dikenali sebagai ikan belokok oleh penduduk tempatan. Pada ketika itu, sungai berhampiran kampung berkenaan iaitu Sungai Pulai dikatakan terdapat banyak ikan belokok. Apabila kampung berkenaan dibuka, Tahir Sekeruk memutuskan untuk menamakan kampung itu sebagai Kampung Belokok. 

3. Kampung Seri Bunian, Pontian 
Dibuka pada tahun 1924 oleh Tuan Haji Abdul Wahab yang berasal dari Indonesia. Pada masa itu, kampung ini dipanggil Kampung Sungai Bunyi Hulu sempena nama sebatang anak sungai yang merentangi kampung ini. Terletak di bawah jajahan Mukim Rimba Terjun dalam Daerah Pontian. Mengikut sejarah ringkasnya, kampung ini awalnya dibangunkan oleh Tuan Haji Abdul Wahab dan keluarganya sebelum diteruskan oleh Tuan Haji Othman, Tuan Haji Md. Yakin, dan Tuan Haji Markom. Semasa membangunkan kampung ini, pelbagai kejadian aneh telah berlaku seperti terdengar bunyi-bunyian yang pelik dan penuh misteri oleh penduduk kampung, malah ada sesetengah penduduk yang dikatakan pernah terserempak dengan makhluk ghaib yang dipanggil orang Bunian terutamanya semasa membangunkan tapak Sekolah Kebangsaan Seri Bunian. Alkisah pada tahun 1958, sebuah filem arahan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee yang berjudul “Sumpah Orang Minyak” sedang hangat ditayangkan dan lagu “Puteri Bunian” yang begitu merdu dan mendayu-dayu sering berkumandang di corong-corong radio pada ketika itu sehingga penduduk kampung mencadangkan agar nama kampung ditukar dari nama Kampung Sungai Bunyi Hulu kepada Kampung Seri Bunian bersempena judul lagu tersebut. Sehubungan itu, sempena Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan Seri Bunian pada tahun 1960 maka kampung ini diisytiharkan dengan nama Kampung Seri Bunian dan telah dirasmikan oleh Yang Mulia Ungku Mohammad Salleh, Pegawai Daerah Pontian pada ketika itu.

4. Kampung Sungai Buntu, Pengerang
Kampung yg terletak di daerah Kota Tinggi ini mendapat namanya kerana laluan air di muara sungai yg dikatakan terperangkap, kesan daripada timbunan pasir di penghujung muara sungai berkenaan. Sejak 100 tahun lalu, air sungai ini dikatakan hanya mengalir ke laut pada musim tengkujuh. Disebabkan keadaan ini, sungai berkenaan kelihatan seakan-akan buntu untuk mengalirkan airnya ke laut, sebaliknya air mengalir ke anak-anak sungai. 

5. Mukim Sungai Pinggan, Pontian 
Kawasan ini dipercayai mendapat namanya daripada mitos seorang puteri yg menjaga pinggan mangkuk untuk digunakan dalam majlis perkahwinan masyarakat bunian. Dikatakan penduduk kampung akan pergi ke sungai itu untuk meminjam pinggan mangkuk yg dijaga puteri itu. Sempena mitos itu, sungai berkenaan dinamakan Sungai Pinggan. (mitos yg sama turut dikaitkan dgn Kg Puteri Menangis, Kg Sepah Beruang di Benut)

6. Desa Temu Jodoh, Segamat
Asalnya Kampung Desa Temu Jodoh dikenali sebagai Tanah Rancangan Pemuda. Pada tahun 1977, diadakan majlis perkahwinan serentak peserta tanah rancangan berkenaan melibatkan 24 pasangan. Pada majlis itu, 24 pelamin didirikan di padang bola kampung berkenaan. Kesemua mempelai kemudian diarak menaiku kereta ke Masjid Jamek Daerah Segamat untuk dinikahkan. Majlis berkenaan ditaja oleh Menteri Besar Johor ketika itu, Tan Sri Othman Mohd Saat. Sempena peristiwa itu, kampung ini ditukar nama kepada Desa Temu Jodoh.

7. Tongkang Pecah, Batu Pahat
Nama Tongkang Pecah diberi sempena peristiwa tongkang orang Melayu Jambi yg pecah ketika melalui Sungai Sembrong, Batu Pahat. Mereka dikatakan lari dari Jambi, Indonesia untuk membuka petempatan baru di Tanah Melayu. Ketika empat buah tongkang mereka melalui sungai berkenaan, salah sebuah tongkang itu telah pecah menyebabkan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan dengan tongkang yg lain. Kumpulan orang Melayu Jambi itu kemudian membuka petempatan di situ dan menamakan kawasan itu sebagai Tongkang Pecah. 

8. Pasir Gudang, Johor Bahru
Suatu ketika dahulu, Pasir Gudang hanyalah sebuah perkampungan nelayan. Pada tahun 1918 kawasan Pasir Gudang (dahulu disebut Kampung Pasir Udang) telah diterokai oleh seorang yang bernama Long Abu yang dipercayai berasal dari Riau, Indonesia. Apabila penduduk Kampung Pasir Udang semakin bertambah, beberapa kampung telah didirikan seperti Kampung Ulu (kini limbungan baik pulih MSE), Kampung Tengah (kini kawasan Tenaga Nasional Berhad), Kampung Hilir dan Kampung Sungai Perembi. Penduduk kampung-kampung ini terdiri dari bangsa Melayu dan sedikit Cina, kesemuanya berjumlah 83 keluarga. Mereka bekerja sebagai nelayan, petani dan buruh ladang. Pada tahun 1920, empat buah lagi kampung telah dibuka iaitu Kampung Air Biru (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Merah (kini menjadi tapak pelabuhan), Kampung Pasir Puteh (masih kekal sehingga sekarang) dan Kampung Pulau Tekong (menjadi wilayah Singapura). Secara tidak langsung nama Pasir Udang mengalami perubahan menjadi Kampung Pasir Gudang oleh kerana di Kampung Ulu terdapat lombong pasir untuk dieksport ke Singapura. Pasir-pasir yang telah dikumpul akan dilonggokkan dengan banyaknya di suatu tempat. Dipercayai bersempenakan keadaan tersebut maka timbulnya nama Pasir Gudang.

9. Sungai Peradin (Parit Jerman), Pontian 
Sungai Peradin terletak di Kampung Belokok, lebih kurang 5km dari Pekan Peradin, di mana lokasinya dikeliling dengan kawasaan Hutan Paya Bakau yang luas. Pada suatu masa dahulu dikatakan di situ terletaknya penempatan satu kelompok Bangsa Jerman yg mana mereka telah mengusahakan ladang ladang pertanian di sana dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai. Bagi menjelaskan kebenaran cerita kehadiran Bangsa Jerman tersebut,terdapat kesan peninggalan mereka, melalui pelbagai bentuk tiang-tiang dan lantai yang diperbuat daripada simen berkemungkinan adalah bekas gudang serta jeti. Nama Kampung Jerman juga, yang terletak tidak jauh dari situ menguatkan lagi akan penempatan bangsa Jerman di situ. 

— SUMBER : ceriteraalline.blogspot.com

Tuesday, September 1, 2009

ISTIADAT NAIK TAKHTA AL SULTAN PERAK



ISTIADAT TABAL JIN SEBAGAI SATU KOMPONEN WARISAN ADAT RAJA MELAYU

TABAL JIN adalah merupakan suatu istiadat turun temurun bagi Salahsilah Kesultanan Perak.Cuma di Negeri Perak ini sahaja yang ada istiadat TABAL JIN didalam Tanah Melayu ini. Negeri Perak merupakan salah satu negeri yang tertua dirantau ini dan Sultan yang memerintah biasanya didampingi oleh JIN-JIN Islam. Disini lah kita akan melihat kedaulatan seseorang Sultan itu dimana baginda akan di NOBATKAN dahulu sewaktu hari pertabalan baginda. Istiadat Tabal Jin ini biasanya dilakukan pada sebelah senja/malam dan diterangi hanya oleh dian (lilin) sahaja. Istiadat TABAL JIN dimulakan dengan paluan NOBAT DIRAJA pada sabelah senja sehari selepas Istiadat TABAL ADAT disempurnakan. Istiadat ini dilakukan pada waktu malam.

Selepas Jejawat Berlembing dan Jejawat Berpayung Ubur serta Jejawat Perempuan, memegang kaki dian dan Bentara Perempuan membawa Perkakas Istiadat Merenjis mengambil tempat masing-masing didalam Balairong Seri didahului oleh Panglima Dalam dan diapit oleh Panglima Perang Kanan dan Panglima Perang Kiri, dan dibelakang nya Pawang DiRaja menatang akan PEDANG CURA SIMANJA KINI, bersama Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI diatas talam berlapikkan kain kuning dan diikuti olih Sida-Sida. Biduanda-Biduanda menatang PERKAKAS KERAJAN masuk ke Balairong Seri dan diletakkan kesemua diatas meja yang disediakan di iringi dengan paluan NOBAT. Selepas itu Pawang DiRaja dengan menatang PEDANG CURA SIMANJA KINI dan Toh Seri Nara DiRaja menatang PONTOH BERNAGA dan PONTOH ULAR LIDI keluar dari Balairong Seri didahului oleh Panglima-Panglima masuk ke Kamar Persenangan lalu mempersembahkan kepada Kebawah Duli Paduka Seri Sultan. Baginda kemudian diiringi berangkat ke Balairong Seri dengan iringan paluan NOBAT 'Raja Berangkat'. Apabila sampai di Singgahsana, Baginda Sultan akan bersemayam diatas 'Chior Keemasan' yang disediakan dihadapan Singgahsana. Kemudian Pawang DiRaja mengadap dan mempersembahkan PEDANG CURA SIMANJA KINI kepada Baginda Sultan yang akan meriba Pedang tersebut.

Selepas itu PERKAKAS KERAJAN dibawa mengadap oleh Sida-Sida dan Biduanda-Biduanda kehadapan Baginda Sultan. Kemudian dikuti pula oleh Bentara Toh Ratna Senari dan Bentara Toh Ratna Wati masuk mengadap membawa PERKAKAS ISTIADAT MERENJIS dan dikuti pula oleh Toh Setia Guna (Ketua Nobat) bersama Ahli-Ahli Nobat DiRaja masuk ke Balairong Seri memohon limpah perkenan Baginda untuk meletak PERKAKAS NOBAT DIRAJA ditempat yang telah disediakan. Kemudian 'Istiadat Memulih' PERKAKAS KERAJAN dan PERKAKAS NOBAT DIRAJA dijalankan dan juga 'Merenjis Tepung Tawar'. Satelah selesai bacaan Doa Selamat disempurnakan oleh Sahibul Mufti Kerajaan Negeri Perak. Satelah selesai upacara 'Memulih Perkakas Kerajan dan Merenjis Tepung Tawar', diikuti pula dengan 'Istiadat Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) dimulakan di PANCA PERSADA. Baginda Sultan dan isteri akan berangkat dari Pintu Besar Istana. Pawang DiRaja memulakan 'Istiadat Mengelilingi Balai Panca Persada' sebanyak tujuh kali dan dibantu oleh Bomoh dan Pawang Tempatan dan Bentara-Bentara yang membawa 'Perkakas Merenjis'. Sepanjang keberangkatan Baginda NOBAT dipalu sehingga Baginda bersemayam diatas 'Perterakna Seri Panca Persada'. Semua Putera dan Puteri baginda akan mengambil tempat di belakang Perterakna serta diringi oleh Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar DiRaja, Y.Bhg. Orang Kaya-Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja dan Y.Bhg.Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan. Istiadat 'Merenjis Tepung Tawar' disempurnakan diikuti dengan bacaan Doa Selamat oleh Sahibul Samahan Mufti Kerajaan Negeri Perak. Selepas itu 'Upacara Bersiram Tabal' (Mandi Sampat) pula dimulakan oleh Pawang DiRaja sendiri dari awal hingga akhir keatas Perkakas Istiadat Bersiram Tabal. Kain putih direntangkan dan daun nyiur muda bentuk jari lipan ditaruhkan keatas kain putih yang diregang dan dipegang oleh Toh-Toh Puan ditiap-tiap penjuru. Istiadat Bersiram Tabal dimulakan dengan mengambil sebatil GELUK berisi Air Datu dan dicurahkan keatas kain putih sehingga habis Enam Belas Batil GELUK yang berisi air. NOBAT dipalukan sepanjang Istiadat Bersiram Tabal. Satelah selesai Istiadat Bersiram Tabal, Baginda berdua akan menyalin pakaian dan berangkat turun dari Seri Panca Persada berselimut dengan 'Kain Benang Emas Kekuningan', dan diarak balik ke ISTANA. Satelah menukar kepada Pakaian Kebesaran DiRaja, DYMM Paduka Seri Sultan Perak akan berangkat masuk ke BALAIRONG SERI (NOBAT dipalu) dan bersemayam diatas PETERAKNA SINGGAHSANA. Pawang DiRaja melulakan 'Istiadat Merenjis Air Panca Bicara' keatas PERKAKAS KERAJAN yang sedia ada terletak diatas meja dihadapan Singgahsana, 'Merenjis Tepung Tawar' ketasa Baginda Sultan dan diikuti dengan meletakkan 'BUNGA PENCAWA PENCARA' ditelinga Baginda Pada waktu istiadat ini NOBAT DIRAJA akan memainkan lagu diantara empat hingga sembilan lagu. Toh Setia Guna (Ketua Nobat) akan memerhatikan gerak geri Paduka Seri Sultan ketika paluan NOBAT dipalukan. Dari sini, kedaulatan seseorang Sultan itu akan dapat diketahui. Mengikut adat, sekiranya Baginda dapat bertahan lama diatas Singgahsana (iaitu dapat bertahan sehingga tujuh lagu keatas dipalukan oleh NOBAT) ini menunjukkan pertabalan Baginda telah direstui oleh JIN-JIN KERAJAN dan Baginda akan memerintah Negeri Perak ini lama atau pun panjang umur. Akan tetapi sekiranya Baginda hanya dapat bertahan empat atau lima lagu sahaja...petandanya umur Baginda mungkin pendek. Toh Setia Guna akan memberi isyarat kepada Ahli Nobat supaya memberhentikan paluan NOBAT apabila melihat Baginda Sultan dalam keadaan 'resah gelisah' diatas Peterakna Singgahsana.

Sewaktu NOBAT dipalukan, PEDANG CURA SIMANJA KINI akan 'bergerak-gerak' dengan sendirinya (dimana seakan-akan hendak keluar dari sarungnya). Ini menunjukkan JIN KERAJAN berserta dalam ISTIADAT TABAL JIN ini dan merestui pertabalan Baginda. Istiadat TABAL JIN selamat disempurnakan selepas upacara 'SANTAPAN NASI BERASTANOKA' dijalankan dengan bacaan doa selamat. (Peringatan : Ada pun upacara 'Istiadat Tabal Jin' ini hendaklah disempurnakan mengikut Adat Istiadat Pertabalan yang asalnya....ia itu mengikut cara yang dilakukan dari turun temurun tanpa menukarkan ciri-ciri adat yang asal.... barulah sempurna dan dapat di ketahui sama ada direstui oleh JIN KERAJAN Perak yang akan mendampingi Baginda. Kalau tidak Istiadat Upacara tersebut hanya lah merupakan suatu Istiadat Biasa sahaja.... tiada berkerajan....)

Mesti tahu

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada awal abad ke 15 iaitu pada tahun 1528 dimana Sultan Perak yang pertama, Paduka Seri Sultan Muzzaffar Shah I telah ditabalkan bermulanya di Beting Beras Basah, di kuala Sungai Perak berhampiran pekan Bagan Datoh. Baginda adalah putera kedua kepada Almarhum Sultan Mahmud Shah, Sultan Melaka yang akhir dan bersemayam di Kampar (Sumatera) setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511. Sebelum kemangkatan Sultan Mahmud Shah, Baginda telah menitahkan Puteranya agar menjadi raja di Negeri Perak diatas permintaan rakyat di Negeri itu mahukan Puteranya dijadikan raja pemerintah, Maka belayarlah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata "Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna, Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat Melaka.... Didalam keadaan yang huru-hara itu tiba-tiba muncul satu Jin yang sangat besar sehingga kepalanya kelihatan mencecah langit. Jin tersebut telah berkata kepada Sultan Muzzaffar Shah ; " Sekiramya tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah tuanku buangkan Mahkota tuanku kedalam laut terlebih dahulu...." Sultan Muzzaffar serta merta mengambil mahkota Baginda dan buangkannya kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora itu tenang kembali saperti biasa. Bahtera baginda dapat belayar semula seperti sediakala.Disebabkan peristiwa tersebut, baginda telah mengambil keputusan untuk mendarat di Beting Beras Basah dan ditabalkan sebelum meneruskan pelayaran baginda. Maka baginda Sultan Muzzaffar Shah pun ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama di Beting Beras Basah. Semenjak peristiwa itu Negeri Perak tidak lagi memakai nama 'Tengku Mahkota' oleh sebab mahkotanya telah di ambil oleh Jin yang menjaga Negeri tersebut yang bernama Dato'Mahkota Si Raja Jin.. Gelaran tersebut telah ditukar kepada 'Raja Muda'. Sehingga kini setiap Sultan Perak yang baru ditabal akan menziarahi ke kawasan Beting Beras Basah sebagai salah satu adat kebesaran Negeri dan DEMI UNTUK MENGINGATI peristiwa sejarah tersebut serta tidak ada melibatkan sebarang unsur - unsur yang dilarang di dalam Islam. . .



(c) 2009 Ihsan drp: Guru budiman Muhammad Fais bin Jamil (Perak)
http://www.ustazalong.blogspot.com/