Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label masakan. Show all posts
Showing posts with label masakan. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Majlis Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Singapura

Teks SEJARAH MELAYU terbukti sekali lagi sebagai karya sastera Melayu yang agung! Lebih 400 tahun setelah dihasilkan pada 1612, teks klasik ini terus menjadi inspirasi kepada generasi kini, walaupun yang bukan dalam bidang kesusasteraan. Contohnya ialah novel AIR MATA RAJA yang ditulis oleh Shaharudin Haji Ali dan Norzailina Nordin dan diterbitkan oleh DBP, KL (2011). Prof Shaharudin yang terlatih dalam bidang undang-undang, sementara Puan Norzailina pula dalam bidang kulinari.Kedua-dua penulis ini telah mengambil masa lebih kurang 3 tahun untuk menyiapkan novel setebal 963 halaman, yang mengesan peristiwa sejarah yang dialami oleh Datuk Paduka Bendahara Raja Tun Seri Lanang ketika menulis Sejarah Melayu. Puan Norzalina juga telah mencipta resepi makanan diraja berdasarkan penelitian makanan yang disajikan untuk Raja Sang Nila Utama atau Sri Tri Buana dan Raja Ahmad bin Sultan Mahmud Shah (1488-1511) dan Sultan Alauddin Riayat Shah (1597-1615) dan mencipta resepi. Buku ini mahu “menyuntik semangat … Ia lambang sebuah perjuangan yang menjanjikan sesuatu yang belum pasti.” (Kulit buku) dan telah dilancarkan oleh Encik Hawazi Daipi di Restoran Mamanda dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik petang tadi, 20 Sept 2013. Para hadirin teruja oleh sentuhan sejarah, menikmati enak santapan juadah diraja dalam suasana seni budaya. Tahniah kepada kedua-dua penulis dan Mamanda kerana menganjurkan majlis pelancaran buku yang indah dan bermakna ini di bangunan bersejarah.

~ Kata-kata Prof Madya Dr Hadijah Rahmat di Majlis Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Mamanda, Singapura.
~ Foto ehsan : http://johorkaki.blogspot.sg/2013/09/best-singapore-food-mamanda-restaurant.html

Thursday, August 29, 2013

Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Singapura

Penulis buku 'AIR MATA RAJA' ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Masmunah Abdullah khasnya dan Restoran Mamanda, Sultan Gate, Singapura kerana akan menganjurkan Majlis Pelancaran Buku tersebut pada 20 September 2013 yang akan datang. Sejajar dengan itu juga, turut diadakan promosi sajian Kesultanan Melayu selama tiga hari berturut-turut. Sajian ini dipetik daripada buku 'Sejarah Melayu' yang mana ianya juga disebut di dalam buku 'Air Mata Raja'. Inilah peluang keemasan untuk menikmati enam sajian yang cukup autentik dan pertama kali di dalam sejarah, dipersembahkan dalam suasana penuh indah sarat dengan kesenian Melayu, di Mamanda (Bendahara Residence). Untuk tempahan, bolehlah emel : enquiry@mamanda.com.sg

Thursday, July 25, 2013

Kek Coklat Bersantan

Bahan-bahan:
150 gm gula perang 
200 ml Santan M&S 
200 ml minyak jagung
50 gm serbuk koko
160 gm susu pekat
3 biji telur
1 sudu teh vanila

Bahan Ayak:
160 gm tepung gandum
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda penaik

Cara membuat:
1. Jerang 5 bahan pertama atas api perlahan sehingga sebati.
2. Angkat dan biar suam sedikit.
3. Pukul telur dan vanila hingga kembang.
4. Tuangkan 1/3 campuran koko berselangseli dengan 1/3 bahan ayak.
5. Masukkan ke dalam tin 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan dilenser marjerin.
6. Tutup dengan foil (lenser bawah dgn minyak).
7. Kukus atas api sederhana selama 1 jam. 

Thursday, July 18, 2013

RENDANG DENDENG (RENDANG JAWA)

Bahan-bahan:
1 kg daging – rebus, potong nipis & tumbuk nipis
1 cawan kicap manis
12-15 tangkai cili kering – rendam, kisar
200 ml Santan M&S
¼ cawan air asam jawa
Minyak
Garam, gula

Bahan Tumis:
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis

Bahan kisar:
2 labu bawang besar } kisar (a)
2 ulas bawang putih }
3 cm halia }
3 cm lengkuas } kisar (b)
4 batang serai }

Cara membuat:
1. Perap daging dengan kicap selama 4 jam.
2. Goreng daging dalam minyak panas hingga separuh garing. Angkat.
3. Panaskan ½ cawan minyak, tumis bahan tumis dan bahan kisar (a).
4. Bila wangi, masukkan bahan kisar (b).
5. Masak hingga terbit bau, campurkan cili kisar.
6. Bila cili masak, masukkan santan, garam, gula, kicap (perap), air asam jawa dan daging.
7. Masak hingga pekat kemudian angkat.

Tuesday, July 9, 2013

Membina Momentum Menjelang Ramadhan

Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam keghairahan kita untuk menyambutnya, harus diingati persiapan yang perlu dilengkapi agar Ramadhan kali ini tidak menyebabkan kita tersungkur sebelum penghujungnya. Bukan setakat persediaan daripada aspek mental dan spiritual malah aspek fizikal juga perlu diambilkira dan disenaraikan keutamaannya. Selain mengejar pahala di bulan barakah, kita juga mensasarkan kesihatan tubuh badan yang unggul agar ia mampu menjadi wahana menggapai ketaqwaan kepada Allah SWT.
Sebelum Ramadhan, momentum kesihatan perlu dibina. Latihan puasa perlu dicetuskan. Ini untuk memastikan agar fisiologi tubuh badan dapat disesuaikan dengan situasi berpuasa. Berpuasa sunat sebelum Ramadhan dapat melatih perut supaya tidak terlalu ‘terkejut' dengan puasa sebulan dalam bulan Ramadhan. Inilah antara hikmah puasa sunat Rejab dan Sya'ban yang digalakkan dalam Islam sepertimana telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim: "Adalah Rasulullah SAW kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya'ban".
Amalan yang dipraktikkan oleh Rasulullah SAW menunjukkan bahawa keutamaan berpuasa sunat itu digalakkan menjelang Ramadhan terutamanya pada bulan Sya'ban sebagai latihan sebelum memasuki madrasah Ramadhan di mana kita akan berpuasa selama sebulan berturut-turut tanpa boleh diselang seli. Oleh itu, tubuh kita memerlukan suatu kekuatan dan kecergasan agar mampu meneruskannya tanpa kecundang di pertengahannya. Apabila kita sudah bersedia dengan momentum yang cukup, barulah dapat mengharungi Ramadhan dengan cergas dan sihat. Kerap kali kita mendengar keluhan kelesuan, ketidakselesaan perut dan gastrik semasa di pertengahan puasa akibat tidak mempunyai perancangan dalam amalan pemakanan dan menu yang diaturkan.
Berpuasa merupakan salah satu cara untuk merehatkan sistem pencernaan yang bekerja hampir 24 jam sehari tanpa henti sekaligus ia akan meningkatkan kecekapan sistem tersebut dan meningkatkan kadar pembebasan tenaga selepas berakhirnya amalan berpuasa. Ini menjadikan seseorang lebih sihat dan bertenaga. Ia boleh diibaratkan seperti kita menserviskan kenderaan yang dipakai, setelah diservis kereta kembali berupaya dengan lebih efisien.
Otak akan memberikan isyarat bahawa tubuh badan tidak akan menerima makanan ketika berpuasa dalam tempoh yang panjang. Oleh itu, tubuh kita cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan lapar supaya dapat menyimpan tenaga dan metabolisma badan berlaku secara perlahan seiring dengan jumlah kalori yang diperolehi. Tubuh memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan tersebut, maka dengan berpuasa sunat sebelum Ramadhan memberikan satu peluang untuk melatih badan menghadapi kelaziman tersebut.
Ketika sihat, tubuh kita lebih mudah untuk menghadam dan menyerap zat sesuatu makanan. Namun, sebaliknya berlaku apabila kita berada dalam lingkungan yang tidak sihat. Zat makanan tidak diserap secara efisien malah toksin juga sukar untuk disingkirkan daripada badan. Oleh sebab itu, selama sebulan dalam bulan Ramadhan, kita perlu memastikan agar tubuh kita berada dalam keadaan yang memuaskan dan mampu menjalani ibadah puasa dengan baik. Maka, pola pemakanan rutin yang kita lalui kini iaitu sebelum Ramadhan perlu diberikan alternatif agar ia menjadi lebih seimbang dan kesihatan berada pada tahap yang optimum. Ini adalah untuk memastikan agar kita dapat mengatasi sebarang masalah atau perubahan badan yang berlaku semasa kita berpuasa kelak.
Di samping itu, perlu untuk kita menilai tahap kesihatan sebelum Ramadhan. Jika menghidapi sebarang penyakit dan bergantung kepada ubat-ubatan, perlulah mendapat nasihat doktor tentang pengubahsuaian waktu pengambilan ubat agar tidak mengganggu puasa dan tahap kesihatan.
Dalam persediaan menghadapi Ramadhan, perlu dibulatkan bahawa corak pemakanan  adalah sama sahaja seperti sebelum Ramadhan. Malah perlu dilatih agar perut kita mampu menerima makanan dalam kuantiti yang kecil. Walaupun jumlah hidangan berkurang daripada 3 kali menjadi 2 kali sehari iaitu berbuka puasa dan bersahur, ia tidak mendatangkan permasalahan kepada kesihatan selagi mana kita mengawal corak pemakanan. 
Di samping itu, kita perlu mengamalkan diet yang mempunyai karbohidrat kompleks agar dapat memberi ketahanan kepada tubuh badan sepanjang berpuasa. Kita perlu mengurangkan atau mengelakkan makanan dan minuman manis, makanan yang mengandungi pengawet, gula tiruan, makanan ringan dan juga makanan bergoreng. Jika kita boleh kurangkan pengambilan makanan tersebut pada masa kini, barangkali ia juga boleh menjadi latihan untuk pilihan menu yang bijak semasa berpuasa. Apa yang penting, kita menjalani ibadah puasa dengan memiliki risiko kesihatan yang rendah dan bertenaga apabila mengamalkan diet yang seimbang dan sempurna.
Tabiat yang tidak sihat seperti merokok juga perlu dikurangkan sedikit demi sedikit sebagai satu latihan untuk kita menempuh bulan Ramadhan dan akhirnya ia menjadi satu medan berhenti merokok bagi perokok yang tegar. Tidak mustahil berlaku jika golongan tersebut mahu memulakannya dari sekarang.
Amalan pemakanan dan apa yang kita makan akan mencerminkan diri kita yang sebenar. Justeru, mengamalkan kesederhanaan dalam pemakanan dan meniru diet Rasulullah SAW akan memberikan impak yang besar kepada kesihatan. Perubahan yang berdikit-dikit sebelum menghadapi Ramadhan mampu menjadikan kita lebih sihat dan bertenaga. Akhirnya dengan puasa, kita mampu meraih maghfirah dan ketaqwaan. Buatlah persediaan untuk menjalani ibadah puasa ini dengan sebaik-baiknya. Semoga Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita Muslim yang lebih baik berbanding dengan tahun sebelum ini.
Ditulis oleh Norkumala binti Awang / ikim.gov.my

Wednesday, June 5, 2013

Daging kambing baik untuk kesihatan jantung

KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Entah mengapa ramai kalangan kita memilih untuk menolak sajian daging kambing yang sering dipersalahkan sebagai penyebab masalah kolestrol dan darah tinggi yang kemudian membawa kepada penyakit jantung.
Sedangkan pada masa kini, kambing merangkumi 63 peratus daging yang dimakan di seluruh dunia, termasuk menjadi sumber protein utama di banyak negara Arab dan Afrika Utara, selain penting di rantau Asia Tenggara, kepulauan Caribbean dan kawasan tropika yang lain.
Di Barat pula, daging kambing makin mendapat publisiti meluas sebagai sumber protein yang lebih menyihatkan berbanding daging lembu, malah terdapat kajian yang menyatakan ia lebih sesuai untuk dimakan oleh penghidap masalah berkaitan jantung.
Kumpulan penyelidik dari Sistem Kerjasama Pendidikan Lanjutan Alabama (Alabama Cooperative Extension System-ACES) yang terdiri daripada Universiti Alabama dan Universiti Auburn misalnya, turut mengadakan program pendidikan awam yang mempromosi daging kambing sebagai makanan yang lebih sihat.
KOMPOSISI KHASIAT
Kajian ACES berkenaan khasiat daging kambing matang berbanding lembu, kambing muda, bebiri, khinzir dan ayam mendapati bahawa daging yang dihasilkan oleh kambing adalah lebih pejal dan mengandungi komposisi khasiat yang lebih baik.
Kesimpulan utama yang mereka dapati ialah kambing mengandungi paras kolestrol dan lemak tepu yang jauh lebih rendah berbanding daging lain, menjadikan ia sebagai pilihan makanan alternatif daging merah terbaik.
Dengan menggunakan potongan daging seberat tiga auns atau 85 gram, didapati kambing hanya mempunyai 2.6 gram kandungan lemak berbanding lembu yang mempunyai 7.9 gram lemak, kambing muda (lamb) (8.1 gram), khinzir (8.2 gram) dan ayam (6.3 gram).
Melihat dari segi kalori pula, kambing mempunyai 122 kalori (kal), berbanding lembu (179 kal), kambing muda (175 kal), khinzir (180 kal) dan ayam (162 kal).
Selain itu, kandungan lemak tidak tepu kambing jauh lebih tinggi berbanding daging jenis lain, ini adalah baik untuk pemakanan manusia memandangkan lemaktak tepu membantu merendahkan risiko penyakit jantung dan strok.
Kebaikan lain yang menjadikan daging kambing sebagai sumber protein ideal ialah ia mengandungi semua jenis asid amino yang diperlukan tubuh serta kandungan zat besi yang tinggi dan mampu membantu penghidap anemia.
BAIK UNTUK JANTUNG
Kajian klinikal oleh Universiti Harvard pula, mengesahkan bahawa lemak tepu adalah lemak tidak sihat yang meningkatkan risiko pelbagai penyakit kardiovaskular, sedangkan lemak tidak tepu bagus untuk membantu membaiki paras kolestrol, melegakan keradangan, menstabilkan rentak jantung dan banyak lagi kebaikan yang lain.
Mereka turut mendapati bahawa lemak tepu menyebabkan paras kolestrol tidak baik meningkat dalam darah sedangkan lemak tidak tepu pula membantu mengurangkan keburukan itu dengan menaikkan paras kolestrol baik.
Keburukan utama kolestrol tidak baik dalam darah ialah kemampuannya untuk melekat di dinding salur arteri dan menyebabkan plak yang menjadikan ruang salur darah sempit atau tersekat, yang seterusnya menyebabkan serangan jantung atau strok.
Lantas penemuan itu mengukuhkan lagi keyakinan ACES bahawa daging kambing membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah, mengurangkan risiko atherosklerosis dan penyakit jantung menjadikannya sesuai dimasukkan ke dalam diet jantung sihat.
Sebagai galakan pemakanan daging kambing, ACES turut menggaris dua peraturan asas menyediakan masakan berasaskan kambing.
"Ini termasuk gunakan suhu rendah kerana suhu yang terlalu panas akan menyebabkan daging kambing cepat liat, peraturan kedua pula ialah memasak daging di dalam kelembapan seperti peraman (marinade) basah sebelum dimasak ataupun masakan berkuah seperti kari atau stew," lapor mereka.
SUSU BERKHASIAT
Semua kelebihan daging kambing dari segi kesihatan itu turut diakui oleh penyelidik dari Jabatan Pertanian Universiti Babcock, Nigeria.
Malah, kumpulan penyelidik itu menekankan kepentingan nilai nutrisi kambing dalam aspek pengurusan kesihatan manusia sebagaimana yang dilaporkan menerusi artikel mereka yang diterbitkan dalam Jurnal Pertanian dan Kajihayat Amerika Utara.
Antara lain, artikel itu menyebut bahawa di Okinawa Jepun misalnya, ibu hamil dan yang baru bersalin digalakkan memakan daging kambing untuk menguatkan fizikal dan mengatasi keletihan.
Ia turut membincangkan kepentingan susu kambing yang mempunyai komposisi yang lebih unik iaitu globular lemak yang lebih kecil dan mudah dihadamkan berbanding susu lembu.
"Sifat itu membolehkan susu kambing digunakan untuk merawat masalah alergi pada susu lembu, menjadikannya susu alternatif terbaik dan sangat penting kepada bayi, orang dewasa dan juga ibu yang menyusukan bayi," tambah laporan itu.
Selain itu, mereka mendapati kandungan zat mineral susu kambing adalah lebih tinggi berbanding mamalia lain menjadikannya amat berguna untuk merawat penyakit anemia yang diakibatkan oleh kekurangan zat besi dan penyakit tulang rapuh selain dilaporkan berguna dalam rawatan kencing manis.
Artikel itu turut menjelaskan kebaikan susu kambing untuk kesihatan kulit, khususnya untuk membantu merawat penderita masalah seperti psoriasis, ek zema atau jerawat.
"Pakar dermatologi biasanya menggalakkan pesakit menggunakan sabun pembersih berpelembab berasaskan susu kambing untuk membantu melegakan kulit kering dan gatal dan seterusnya menyembuhkan penyakit kulit," lapornya.
POTENSI PENTERNAKAN
Memandangkan terdapat banyak bukti saintifik berkaitan khasiat dan kebaikan daging serta susu kambing yang semakin diketahui ramai, maka tidak mustahil permintaan bekalan global akan melonjak naik dalam waktu terdekat.
Malaysia dilihat amat berpotensi untuk muncul sebagai pengeluar kambing bagi memenuhi permintaan itu berdasarkan kesesuaian keadaan iklim negara yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Penternakan kambing meskipun dimulai secara kecil-kecilan tetap mampu mencapai kejayaan yang tinggi memandangkan kambing matang dengan cepat dan membiak seawal usia lapan bulan.
Lagipun, pemakanan kambing tidak cerewet dan boleh dibiarkan bebas meragut rumput dan tumbuhan renek belukar di kawasan kampung selain najisnya yang lebih kecil dan tidak sebusuk najis lembu.
Walaupun satu ketika dulu, penternakan kambing di Malaysia lebih sinonim dengan kaum India yang memang gemarkan sajian kambing terutamanya masalla, trend itu mula berubah kebelakangan ini.
Kini, semakin ramai pengusaha muda Melayu termasuk lepasan ijazah yang menjadikan kambing sebagai sumber rezeki khususnya bagi memenuhi permintaan untuk majlis akikah dan Hari Raya Aidiladha.
Tambahan pula, kerajaan telah banyak mengadakan pelbagai galakan untuk pengusaha muda membangunkan diri menjadi usahawan kambing yang berjaya sekaligus memajukan industri penternakan kambing untuk membantu menjana ekonomi kawasan luar bandar.
Ini sekaligus menggalakkan percambahan ladang penternakan dari pelbagai baka dan hibrid kambing, menyediakan pelbagai peluang kerja kepada anak muda dan membantu menjana ekonomi luar bandar tanpa banyak risiko.

Tuesday, April 30, 2013

Resipi Dalam Buku Sejarah Melayu


Manakala dalam perenggan di bawah, ternyatalah hidangan yang biasa bagi Sultan Ahmad Syah (yang berbuat negeri di Kopak) dan Sultan Mansur Syah (yang diam di Bentan) adalah hayam sup (sup ayam) , nasi kunyit dan minyak sapi. Peristiwa dalam Sejarah Melayu ini berlaku sekitar 1512 iaitu sebelum Sultan Mahmud Syah menitahkan agar puteranya Sultan Ahmad Syah dibunuh kerana tiada menghormati pegawai yang lebih tua dan pembesar.

 “…Apabila orang muda-muda itu makan di dalam, hayam sup dan nasi kunyit dan minyak sapi, maka segala pegawai dan orang besar-besar pun datang mengadap Sultan Ahmad. Maka kata segala orang muda itu, “Mana nasi kunyit tadi, di mana reja hayam sup yang kita makan tadi?”
                                                                                    Halaman 214, asal 168

            Hayam Sup (Sup Ayam) yang mungkin dibuat menggunakan bahan asas. Lazimnya, hayam yang hidup liar di dalam hutan disembelih untuk dibuat sup. Untuk santapan keluarga Diraja, kemungkinan besar hayam dipelihara di dalam reban beberapa puluh (atau ratus) banyaknya dan dibiar membiak untuk dijadikan lauk bila-bila diperlukan.
            Inilah resipinya, mungkin juga ditambah rempah ratus yang mudah diperolehi ketika itu, seperti kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga, jintan manis, jintan putih dan ketumbar.
            Inilah resipinya:

Sup Hayam
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
Air untuk merebus
5 hirisan halia
5 hirisan lengkuas
2 batang serai, dititik
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
1.      Jerang semua bahan sehingga mendidih.
2.      Perlahankan api dan renihkan sehingga ayam empuk.
3.      Hidangkan panas-panas.

* Keledek atau keladi mungkin dimasukkan untuk menambah kepekatan sup.

Pada asasnya, nasi kunyit bermaksud nasi yang ditanak dengan kunyit. Warnanya kuning keemasan. Di sesetengah tempat di Tanah Melayu sekarang, nasi kunyit adalah istilah untuk Pulut Kuning yang lazimnya disediakan dalam majlis-majlis keramaian seperti Cukur Jambul, pernikahan dan lain-lain lagi.
            Di bawah diperturunkan resipinya:

Nasi Kunyit
Bahan-bahan:
3 cawan beras, dibersihkan
5 cawan air
1 cm kunyit, ditumbuk

Cara membuat:
1.                  Campurkan kunyit dengan air, tapiskan ke dalam periuk.
2.                  Masukkan beras dan jerang di atas api sederhana.
3.                  Bila air nasi kering, perlahankan api dan tutup periuk.
4.                  Biar 10 minit sebelum diangkat dan disajikan.


            Minyak sapi merupakan lemak daripada susu lembu (sapi) yang bersifat lebih jernih atau cair. Istilah Bahasa Inggeris adalah clarified butter. Minyak sapi dipercayai mula dibuat di India. Ia digunakan sebagai bahan tambahan makanan atau bahan perisa makanan untuk masakan orang India dan juga orang Mesir.
             Kini minyak sapi boleh dibuat dengan merenihkan mentega tanpa garam atau unsalted butter. Ia dimasak atas api perlahan sehingga berbuih dan keladak ‘protin’ mendap ke bawah. Kemudian cecair lemak susu dituang perlahan-lahan dan dibiarkan beku pada suhu bilik.
            Minyak sapi yang dibuat dengan susu lembu lebih menyihatkan daripada susu kerbau. Minyak sapi kerbau lebih putih. Sementara minyak sapi lembu lebih kekuningan. Ia bukan hanya digunakan sebagai lemak dalam masakan. Ia juga sebagai bahan asas perubatan kuno India yang dikenali sebagai Ayurveda.
            Untuk membuatnya:

Minyak Sapi
(daripada susu segar)
Bahan-bahan:
2 liter susu lembu

Cara membuat:
1.      Letak susu dalam bekas bertutup.
2.      Peram susu selama 4 hingga 5 hari di tempat gelap.
3.      Tuangkan ke dalam bekas dan kacau selama 30 minit.
4.      Bila pepejal susu kelihatan, cedukkan ke dalam periuk*.
5.      Masak di atas api sehingga mendidih.
6.      Ketepikan dari api dan simpan sehingga diperlukan.

*Boleh juga ditapiskan dengan kain kasa atau muslin.

Minyak Sapi
(daripada krim susu)
Bahan-bahan:
1 liter krim susu (diperolehi setelah susu didihkan dan diperam selama beberapa hari)
1 sudu besar dadih, susu masam atau yoghurt asli

Cara membuat:
1.         Campurkan krim susu dengan dadih, kacau rata.
2.         Tutup dan biarkan selama 12 jam atau semalaman.
3.         Goncang bekas selama 30 minit atau sehingga pepejal terasing daripada susu.
4.         Jerang pepejal atas api perlahan selama 40 minit supaya airnya keluar.
5.         Tapiskan ke dalam bekas plastik dan simpan pada suhu bilik.


**Petikan di atas adalah sebahagian rencana yang muncul di dalam majalah Dewan Sastera

Sunday, August 21, 2011

NASI AYAM HAINAN

Bahan Nasi

400 g beras biasa } basuh & sejat

200 g beras wangi}

50 g lemak ayam (jika suka)

2 camb air

2 cm halia } diketuk

2 ulas bawang putih }

950 ml air

1 kiub stok ayam

Daun salad, timun, tomato



Bahan Sup

2-3 liter air

3 cm halia } diketuk

4 ulas bawang putih }

1 camt garam

1 ekor ayam

Hirisan daun sup



Bahan Sos

10 biji cili merah, dibuang biji

2 cm halia

3 ulas bawang putih

2 camb sos cili

1-2 camb jus lemon/limau nipis

40 ml air rebusan ayam

Garam, gula secukupnya



Bahan Kicap

3 camb sos tiram

2 camb kicap manis

1 camb sos plam

60 ml air rebusan ayam

Garam, gula secukupnya



1. Masak lemak ayam dan air di dalam kuali di atas api perlahan. Biar mendidih hingga lemak ayam terbit. Masukkan halia dan bawang putih, goreng dalam minyak ayam hingga kekuningan. Keluarkan lemak tadi, bubuh beras dan garam. Kacau 2 minit. Ubah ke dalam periuk elektrik. Tuangkan air dan masak seperti biasa.

2. Untuk sup. Jerang air, halia, bawang putih dan garam hingga mendidih. Perlahankan api, masukkan ayam. Masak selama 15 minit. Padamkan api dan tutup periuk. Biar selama 25 minit. Keluarkan ayam, rendam dalam air biasa selama 5 minit. Angkat dan sejatkan.

3. Renihkan sup tadi sehingga tinggal separuh. Campurkan dengan daun sup. Untuk sos. Kisar semua bahan hingga sebati. Untuk kicap. Campurkan dan kacau rata-rata. Potong ayam, sajikan dengan nasi, salad, tomato dan timun serta sup, sos dan kicap.



Monday, August 8, 2011

AISKRIM GORENG

1 liter aiskrim (perisa ikut suka)

250-280 gm serbuk/reja kek

160-180 gm serbuk roti

Minyak masak

1 batang lidi



Bahan salut

125 g tepung gandum

155 ml susu segar

155 ml air

3 biji putih telur



Cara membuatnya:

1. Ambil aiskrim menggunakan scoop aiskrim. Bungkus setiap satu dengan kertas aluminium. Turunkan suhu peti pembeku ke tahap paling minima. Letak bungkusan aiskrim di dalam peti pembeku. Biar selama 12 jam.

2. Buka bungkusan aiskrim, salut dengan reja kek. Bungkus dengan kertas aluminium semula.Biar selama 12 jam. Satukan tepung, air dan susu hingga sebati. Pukul putih telur hingga kental, kaupbalikkan ke dalam adunan tepung.

3. Biar adunan tepung di dalam peti sejuk selama 45-60 min. Buka bungkusan aluminium dari aiskrim semula. Cucuk dengan lidi sate dan celupkan bebola di dalam tepung salut.

4. Golek di dalam serbuk roti. Bungkus kemas dan letak semula di dalam peti pembeku selama 3-4 jam. Panaskan minyak, kemudian goreng 2 atau 3 biji bebola hingga keemasan. Sajikan segera.

Thursday, August 4, 2011

Istimewa Ramadan : Chicken Chop

4 keping pangkal & paha ayam, dibuang tulang garam, serbuk lada sulah
100 g tepung gandum

30 g tepung jagung

1 camb tepung beras

160-180 ml air

80 gm serbuk roti

minyak utk menggoreng

Cara membuatnya

1. Perap ayam dengan garam dan serbuk lada sulah selama 20 minit.
Satukan semua jenis tepung, garam dan air untuk menjadi adunan.
2. Celup ayam di dalam adunan.
Salut dengan serbuk roti. Goreng dalam minyak banyak hingga keemasan. Angkat dan sejatkan.

Bahan sos:

2 camb minyak

100 g bawang besar } potong kecil

100 g salderi }

2 camb mentega

2 camb tepung gandum
500-550 ml air rebusan ayam

1 camb herba Italy

garam, serbuk lada hitam

1/2-1 camb kicap hitam
1 tin cendawan butang /segar, dihiris


Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak, goreng bawang besar dan salderi hingga keemasan.
Angkat dan kisar dengan sedikit air hingga halus. Ketepikan.
2. Panaskan mentega, masukkan tepung.
Kacau atas api perlahan hingga keemasan.
3. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga kuah pekat.
6. Hidangkan chicken chop dengan sos, salad dan lain-lain.

Friday, July 29, 2011

Istimewa Ramadan : AYAM GOLEK

1 ekor ayam
1 keping hati ayam } dipotong halus
1 keping empedal }
1.2 liter santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
1 biji kentang, direbus & dikiub
7 biji telur puyuh, direbus & dikupas
100 ml minyak
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar
3 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 camb jintan manis } disangai &
2 camb ketumbar } dikisar
1 camb lada putih }

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga harum.
2. Keluarkan separuh rempah tadi, campur ke dalam santan.
3. Goreng hati dan empedal dengan bahan kisar.
4. Bila masak, gaul dengan kentang, telur puyuh, garam dan gula.
5. Sumbat ke dalam ayam. Jahit dan ikat kakinya.
6. Kukus selama 30 -35 minit atau hingga hampir masak.
7. Jerang santan, asam gelugur dan garam. Letak ayam di dalam kuah.
8. Curahkan kuah ke atas ayam selama 15 minit. Angkat.
9. Masak kuah hingga pekat kemudian hidangkan dengan ayam.