Showing posts with label sastera. Show all posts
Showing posts with label sastera. Show all posts
Thursday, August 29, 2013
Pelancaran Buku AIR MATA RAJA di Singapura
By Kumpulan RajaMenangis9:02 AMBuku, catatan melaka, halal, istana sultan, makanan, masakan, sasteraNo comments
Penulis buku 'AIR MATA RAJA' ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pn Masmunah Abdullah khasnya dan Restoran Mamanda, Sultan Gate, Singapura kerana akan menganjurkan Majlis Pelancaran Buku tersebut pada 20 September 2013 yang akan datang. Sejajar dengan itu juga, turut diadakan promosi sajian Kesultanan Melayu selama tiga hari berturut-turut. Sajian ini dipetik daripada buku 'Sejarah Melayu' yang mana ianya juga disebut di dalam buku 'Air Mata Raja'. Inilah peluang keemasan untuk menikmati enam sajian yang cukup autentik dan pertama kali di dalam sejarah, dipersembahkan dalam suasana penuh indah sarat dengan kesenian Melayu, di Mamanda (Bendahara Residence). Untuk tempahan, bolehlah emel : enquiry@mamanda.com.sg
Friday, March 15, 2013
Anugerah Buku PNM-RTM 2013
By Kumpulan RajaMenangis9:51 AMinggeris dan raja melayu, istana, Kesultanan, sastera, sejarah lamaNo comments
Dengan rasa penuh kesyukuran, Shaharudin Datuk Hj Ali dan Norzailina Nordin ingin berkongsi kegembiraan dengan semua. Buku karya mereka, 'AIR MATA RAJA' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka-DAWAMA tersenarai ke pemilihan pusingan akhir (final) Anugerah Buku PNM-RTM 2013.
Pada kesempatan ini, mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak editor, penerbit serta Perpustakaan Negara Malaysia dan RTM (sebagai penganjur bersama anugerah ini) juga khususnya kepada Tn Sayed Munawar, pengendali RESENSI yang memberi fokus terhadap perkembangan industri buku di tanah air.
Jika ingin memesan buku ini secara online, sila emel kepada:
rajamenangis@gmail.com. Harga semenanjung RM60 termasuk pos berdaftar. Boleh juga beli di Kedai Buku Koperasi DBP di Menara DBP.

Sunday, December 23, 2012
Pupusnya seni menulis surat
Sewaktu saya belajar di Universiti Malaya pada tahun 70-an, saya sering menulis surat kepada ayah. Surat itu akan ditulis di atas kertas writing pad berwarna warni. Saya akan memulakannya dengan cara ini: “Adapun pada masa anakanda menulis surat ini anakanda berada dalam keadaan sihat dan sejahtera dan diharapkan ayahanda dan bonda serta keluarga berlebih-lebih lagi hendaknya.”
Tujuan saya menulis surat itu semata-mata untuk memberitahu bahawa saya tidak dapat pulang ke kampung sewaktu cuti penggal universiti. Ayah buta huruf. Surat dalam tulisan jawi itu akan dibacakan pada beliau. Bagi generasi hari ini, surat seumpama itu terasa janggal dan pelik. Bahasa yang digunakan terlalu formal, menyerupai bahasa istana. Itulah adab menulis surat dan budaya berbahasa kepada orang tua.
Pada zaman sebelum wujudnya sistem pesanan ringkas (SMS), emel, Facebook dan Twitter, itulah kaedah perhubungan di antara manusia. Apa yang lebih penting ialah wujudnya peraturan dan hukum hakam yang tertentu dalam melakukannya. Ia tidak boleh dibuat secara semberono kerana apa yang ditulis melambangkan akhlak dan peribadi si penulis. Dalam budaya Melayu seni menulis surat ini cukup dihargai. Sejak sekian lama seni menyurat menjadi sebahagian daripada tradisi bangga orang Melayu.
Raja-raja Melayu, ketua masyarakat, sasterawan dan seniman hingga rakyat biasa berkomunikasi dengan cara itu. Surat yang diterima itu akan ditelaah dan kemudiannya disimpan sebagai khazanah berharga. Surat-surat ini menjadi rekod peribadi yang sangat bermakna. Teknologi komunikasi, maklumat Dunia telah diubah oleh teknologi komunikasi dan maklumat. Sewaktu saya masuk ke universiti pada tahun 1974, rumah saya di kampung tidak ada telefon. Telefon bimbit hanya muncul 18 tahun kemudian.
Sepuluh tahun yang lalu kita mengenal SMS. Hari ini manusia tidak dapat hidup tanpa telefon bimbit dan perhubungan sesama manusia mengambil dimensi yang lain. Kaedahnya bukan sahaja cepat dan ringkas tetapi juga canggih dan menarik. Anak saya di luar negara hanya perlu menulis “Ayah, tolong hantar wang” tanpa perlu memulakan mukadimah panjang seperti yang pernah saya lakukan. Mesej yang dihantar melalui teknologi komunikasi baru ini penuh singkatan, nombor dan gambar. Ahli bahasa menjadi cemas kerana bentuk formal bahasa telah turut dicabar.
Struktur komunikasi bukan formal dalam SMS dan emel kini terbawa-bawa ke dalam bahasa formal. Para guru mengadu pelajar di sekolah menulis karangan dan membuat ayat dalam bahasa bukan formal yang biasa mereka gunakan dalam berkomunikasi melalui alat komunikasi pintar. Ahli bahasa melihat kelahiran bentuk linguistik yang lebih menyerupai centaur (makhluk separuh haiwan separuh manusia dalam mitos lama) di alam maya – tidak lagi formal, mengenepikan sintaksis malah nahu. Proses sosialisasi juga telah berubah. Cara formal saya menulis surat tidak lagi relevan.
Dunia percintaan juga mengambil bentuk baru dalam alam siber ini. Surat-surat buat kekasih yang satu masa dahulu sebahagian daripada tradisi menyurat yang indah dan unik juga sudah berkubur. Satu waktu dahulu orang berkenalan di kolum ‘Kembang Setaman’ dan ‘Sahabat Pena’ di akhbar dan majalah lalu menulis surat sesama mereka. Entah berapa banyak perkahwinan berakibat daripada ruangan sedemikian. Cinta melalui surat kini menjadi cinta siber. Pupus satu tradisi cerdik, indah.
Pada hari ini segala-galanya diringkaskan. Manusia hidup dengan simbol, imej dan icon. Maka pupuslah satu tradisi cerdik dan indah yang menghubungkan sesama manusia. Surat-surat ini bukti kebijaksanaan manusia menggunakan bahasa yang indah dan berkualiti tinggi. Bayangkan surat-surat karyawan besar dunia yang menampakkan bukan sahaja percikan genius mereka tetapi juga ketekunan mengarang dan penggunaan bahasa yang indah. Banyak daripada sasterawan besar dunia yang dikenal bukan sahaja melalui karya-karya mereka tetapi juga surat-surat yang mereka tulis.
Terlalu banyak surat menyurat di antara karyawan besar kita sendiri yang nampaknya akan tinggal dalam koleksi peribadi atau tersimpan di Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Banyak lagi koleksi surat peribadi pemimpin Melayu yang mungkin terdapat di Arkib Negara Malaysia. Entah sekian ribu surat-surat peribadi yang merakamkan rasa cinta, kecewa, marah, gembira dan ceria sasterawan Melayu yang akan ditemui lagi.
Sasterawan muda hari merakamkan perasaan mereka melalui SMS, Facebook, blog, emel dan lain-lain juga. Sasterawan Negara, Datuk Dr Anwar Ridhwan baru-baru ini menerbitkan koleksi Menyurat Kepada Sahabat yang memuatkan surat-surat peribadi beliau dari tahun 1975 hingga 2002. Saya berharap Anwar masih lagi menulis surat kepada sahabat-sahabatnya sampai ke hari ini.
Sumber: bharian.com.my
Pengarang : Johan Jaaffar

Friday, November 30, 2012
MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU PERLUKAN KESUNGGUHAN
Usaha memartabatkan Bahasa Melayu perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan memerlukan tindakan berani pelbagai pihak termasuk dalam kalangan ahli politik, agensi-agensi kerajaan dan juga orang-orang Melayu sendiri.
“Golongan menengah Melayu misalnya mempunyai peranan yang besar dalam memastikan Bahasa Melayu benar-benar dimartabatkan pada kedudukan yang sewajarnya,” kata Dato’ Haji A. Aziz Deraman, mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka ketika bertemu pemberita.
Tambahnya, tidak ada siapa pun yang menolak tentang kepentingan bahasa-bahasa lain termasuk Bahasa Inggeris, namun Bahasa Melayu perlulah diletakkan pada kedudukannya selaras dengan Perlembagaan negara serta sebagai satu jati diri bangsa Malaysia.
Beliau mengakui bahawa usaha lebih serius semakin ketara dilakukan dalam memartabatkan Bahasa Malaysia malah kita berbangga melihat Perdana Menteri sendiri menggunakan Bahasa Melayu dalam sidang-sidang Media yang diadakan di mana sahaja, terutamanya ketika berada di luar negara kecuiali untuk hal-hal yang bersangkutan dengan dasar antarabangsa, namun diharapkan juga Bahasa Melayu dapat digunakan sepenuhnya dalam semua mesyuarat dan acara rasmi negara seperti mana yang termaktub dalam akta yang ada.
“Malangnya, yang menjadi halangan kepada usaha ini ialah tindakan orang-orang Melayu sendiri yang tidak melihat kepada kepentingan Bahasa Melayu sebagai jati diri dan kedudukannya dalam Perlembagaan negara untuk mendaulatkannya dan memastikan kelangsungannya untuk negara dan generasi akan datang,” kata Dr. Fatimah Busu, seorang penulis dan sasterawan dalam pembentangan kertas kerjanya.
Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu tidak harus diragui lagi sejak Laporan Jawatankuasa Pelajaran Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Penyemakan Pelajaran Rahman Talib 1960 dan kemudiannya Akta Pelajaran 1961 kerana kemampuannya telah lama terpamer dan usaha gigih telah dibuat yang malangnya oleh hal-hal tertentu menyebabkan ia agak terhenti seketika dalam beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Profesor Baharuddin Salleh dari USM.
“Bahasa ini mampu bersaing dan berdaya maju dalam mencapai statusnya sebagai bahasa ilmu melalui gabungan kerjasama semua pihak,” tambahnya lagi.
Dalam kertas kerja bertajuk Bahasa Melayu sebagai Bahasa Komunikasi, Profesor Madya Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Ahmad dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menekankan betapa Bahasa Melayu kini diajar dan dipelajari di pelbagai institusi pengajian tinggi di dunia termasuk Australia, Perancis, Belanda, German dan Amerika Syarikat.
“Ini menunjukkan betapa Bahasa Melayu sememangnya mempunyai kedudukan dan kepentingan kepada dunia tetapi sayangnya tidak sedemikian kedudukannya dalam kalangan rakyat negara ini dalam memartabatkannya sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan," kata Abdul Mua’ti.
Hal ini adalah sebahagian dari perbincangan hangat dan mendalam oleh pakar-pakar dan mereka yang cintakan bahasa Melayu melalui Persidangan Kebangsaan Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka anjuran Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia dengan kerjasama Jawatankuasa Perlaksanaan Dasar Bahasa USM pada 27 dan 28 November 2012 di sini.
Kira-kira 200 orang peserta mengambil bahagian dalam persidangan ini.
Terdapat juga harapan yang disuarakan dalam Persidangan ini agar satu hari pemimpin negara akan menggunakan Bahasa Melayu ketika berucap di Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu.
“Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan di peringkat dunia dengan menghidupkan semula Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu yang pernah ditubuhkan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1997,” kata salah seorang panel dalam forum yang diadakan.
Cadangan juga dibuat agar Universiti Sains Malaysia (USM) dapat membawa resolusi yang dihasilkan melalui persidangan ini kepada Jawatankuasa Naib-naib Canselor IPTA dan menerajui usaha mengadakan Persidangan Bahasa Melayu Dunia sebagai kesinambungan dari persidangan ini.
Sementara itu, Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Omar Osman yang merasmikan Persidangan ini menggesa agar usaha-usaha dan hala tuju yang jelas dalam memastikan usaha mendaulatkan Bahasa Melayu dilaksanakan dengan berkesan dapat dibuat agar dilakukan secara lebih berstrategi, berfokus dan realistik.
“Kita perlu berhenti dari menyalahkan orang lain kerana ia tidak mampu mengubah apa-apa, sebaliknya bekerja keras untuk terus meletakkannya di persada dunia,” tambah Omar.
Dalam kertas kerjanya, Bahasa Melayu dalam Bidang Pentadbiran dan Pendidikan: Sebuah Refleksi Berasaskan Sejarah dan Puisi, Profesor Dato’ Md. Salleh Yaapar, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka yang juga Pengarah Penerbit USM meminta agar perhatian dan keprihatinan pelbagai pihak terhadap kedudukan Bahasa Melayu di negara ini perlu dibuat secara berterusan dan benar-benar diterjemahkan pula kepada tindakan dan azam politik yang nyata.
“Hanya dengan tindakan, kuasa dan azam politik baharulah segala halangan dapat dibuang dan Bahasa Melayu boleh dikembalikan semula sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran serta bahasa kesatuan,” kata Md. Salleh.
Turut membentangkan kertas kerja pada Persidangan ini ialah Profesor Emeritus Dato’ Nik Safiah Haji Abdul Karim dengan kertas kerjanya “Motivasi dan hala Tuju Bahasa Melayu”, Profesor Emeritus Abdullah Hassan dengan kertas kerjanya Bahasa Melayu sebagai bahasa Komunikasi, Profesor Dr. Teo Kok Seong yang membincangkan tentang Bahasa Melayu sebagai Bahasa Perpaduan dan Jati Diri, Profesor Baharudin Salleh dengan kertas kerjanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu dan Dr. Fatimah Busu dengan kertas kerjanya Dilema dan hala Tuju Bahasa Melayu Setelah 55 Tahun Merdeka.
Pada akhir persidangan, resolusi telah dibentangkan Profesor Madya Dr. Hashim Othman, Presiden Persatuan Pendidik Bahasa Melayu Malaysia yang menyeru agar semua wakil rakyat, pegawai kerajaan dan ahli akademik hendaklah memiliki jati diri berteraskan bahasa Melayu dan memperlihatkannya dengan jelas melalui penggunaan bahasa ini dalam semua urusan rasmi harian dalam usaha untuk menjayakan resolusi yang dipersetujui.
Menurutnya lagi, media elektronik khususnya stesen televisyen kerajaan dan swasta hendaklah menjadi model penggunaan bahasa Melayu tinggi kerana pengaruhnya yang kuat terhadap penguasaan dan penggunaan bahasa kanak-kanak dan remaja.
Tambahnya lagi, bagi menjayakan resolusi ini juga akhbar perdana bahasa Melayu perlu berperanan lebih agresif, sistematik dan berada di barisan hadapan dalam perjuangan memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu.
Malah kata Hashim, Persidangan ini juga dengan jelas menyatakan bahawa tanggungjawab memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu perlu dipikul oleh setiap warganegara Malaysia.
Menurut Hashim lagi, usaha ini dengan hasrat untuk memantapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dan memperkasakan kedudukan dan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan jati diri Malaysia.
Antara lain, resolusi Persidangan ini menegaskan:
SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1. Mempertahankan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah, dan menolak sebarang tuntutan untuk kembali kepada dasar PPSMI.
2. Tidak melayan tuntutan untuk menghidupkan semula sekolah aliran Inggeris di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
3. Mengambil tindakan segera untuk menjadikan pembelajaran bahasa Melayu pada peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah sebagai pengalaman yang menarik, berkesan dan memikat dengan menggunakan pelbagai bahan kreatif dan inovatif.
4. Menyediakan latihan dalam perkhidmatan kepada semua guru untuk membolehkan mereka mencapai tahap penguasaan bahasa Melayu yang tinggi.
5. Menyusun strategi bagi merealisasikan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.
6. Memperjelas dan memperincikan perancangan dan pelaksanaan dasar MBM dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia untuk membantu pentadbir dan guru melaksanakannya dengan berkesan di sekolah.
PEMERKASAAN DAN PEMARTABATAN BAHASA MELAYU
BAHASA PERPADUAN DAN JATI DIRI
1. KPM hendaklah mencari kaedah terbaik untuk memperkenalkan semula sekolah wawasan dengan tujuan membolehkan berlakunya interaksi murid pelbagai etnik untuk memupuk perpaduan kebangsaan.
2. Pengetahuan dan kebolehan berkomukasi dalam bahasa Melayu hendaklah dijadikan hak asasi setiap murid berdasarkan prinsip “di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”.
3. KPM hendaklah bertegas melaksanakan kurikulum bahasa Melayu standard mulai Tahun 4 peringkat sekolah kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Melayu murid.
MOTIVASI DAN HALA TUJU
1. Pembinaan motivasi untuk mempelajari dan menguasai bahasa Melayu mestilah dipupuk sejak tahap awal pendidikan melalui pembinaan persekitaran yang menarik, berkesan dan memikat dengan pelbagai bahan yang inovatif dan kreatif.
2. Hala tuju bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan, dan lambang jati diri Malaysia yang wajib difahami, dihayati dan diusahakan pencapaiannya oleh setiap pentadbir, pemimpin, pendidik dan ibu bapa.
BAHASA ILMU
1. Fokus pembelajaran bahasa Melayu di sekolah hendaklah mempunyai keseimbangan antara aspek akademik dengan penggunaannya dalam kegiatan pembelajaran di bilik darjah dengan sokongan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPBS).
2. Mengaktifkan semula jawatankuasa istilah setiap bidang ilmu pada peringkat kebangsaan bagi menyokong peranan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
3. Memperkayakan kepustakaan bahan yang kreatif dan inovatif dalam pelbagai bentuk dengan tujuan menyokong pembinaan/minat dalam bidang sains dan teknologi
4. Setiap IPT perlu agresif melaksanakan pembangunan kapasiti kepakaran dalam pelbagai bidang, khususnya sains dan teknologi melalui wahana bahasa Melayu untuk menjadi rujukan institusi pendidikan lain dan sektor swasta dengan galakan dan sokongan pihak pengurusan.
BAHASA KOMUNIKASI (DUNIA KORPORAT)
1. Meningkatkan kemampuan dan nilai bekerja melalui kemahiran bahasa Melayu.
2. Memperbanyakkan kursus komunikasi berkesan seperti penulisan laporan, pengucapan awam, surat-menyurat, minit mesyuarat dalam bahasa Melayu.
3. IPTA mengadakan kursus-kursus komunikasi berkesan dengan melibatkan pihak swasta untuk memudahkan pihak pengurusan berkomunikasi dengan berkesan dengan pihak bawahan.
BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING
IPT hendaklah mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk membantu atau bekerjasama mengembangkan pembelajaran bahasa Melayu di pusat-pusat pembelajaran bahasa Melayu di luar negara.
BAHASA PENTADBIRAN
1. Pegawai-pegawai kerajaan mesti mempunyai jati diri berteraskan bahasa Melayu untuk mengendalikan semua urusan rasmi harian.
2. DBP sebagai badan penasihat dan pemantau mesti dirujuk oleh Pihak Berkuasa Tempatan atau swasta dalam hal-hal berkaitan citra kebangsaan Malaysia.
3. Jawatankuasa perancangan dan pemantauan penggunaan bahasa Melayu peringkat kebangsaan perlu diwakili oleh wakil semua bidang atau sektor.
www.usm.my
Sunday, November 15, 2009
Siapa Munsyi Abdullah?
Munsyi Abdullah atau nama sebenarnya Abdullah bin Abdul Kadir (dilahirkan pada 1797, Kampong Pali (sekarang Kampung Masjid), Melaka –meninggal dunia pada October 1854 di Jeddah, Arab Saudi). Beliau anak kelima dan keempat orang abangnya telah meninggal dunia ketika masih kecil. (Munsyi @ munshi bermakna 'guru')Semasa hayatnya, Abdullah menjadi guru bahasa dan penterjemah yang mahir Bahasa Arab, Tamil, Hindustani, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Karyanya ‘Hikayat Abdullah’ mengenai kehidupan seharian di Malaya telah diterbitkan pada 1849. Beliau diberi gelaran ‘Bapa Kesusasteraaan Melayu Moden' dan merupakan orang Melayu pertama yang menerbitkan buku.
Beliau dibesarkan oleh ayahnya Sheikh Abdul Kadir, seorang yang alim dan berketurunan Arab-India. Pada usia 7 tahun, beliau dihantar ke Sekolah Al-Quran Kampong Pali. Ayahnya memastikan beliau belajar dengan tekun dan dihukum sekiranya tidak mampu menulis dengan sempurna. Pada waktu itu, beliau menyalin Al-Quran dan menterjemahkan sebuah buku Arab ke Bahasa Melayu.
Ketika berusia 11 tahun, Abdullah mendapat wang dengan menulis teks Al-Quran. Dua tahun kemudian, Abdullah mengajar agama Islam kepada askar-askar pasukan India yang berkhidmat di Kota Melaka. Minatnya membaca manuskrip Melayu mendorongnya untuk mendalami bidang itu.
Stamford Raffles yang tiba ke Melaka pada 1810, menggaji Abdullah sebagai seorang penterjemah. Beliau mencatat serta menyalin cerita sastera dan manuskrip Melayu untuk dikumpulkan oleh Raffles. Pada tahun 1811, ketika berusia 14 tahun, Abdullah sudah dikenali sebagai seorang yang berpelajaran tinggi dan berpengetahuan luas.
Pada 1815, Abdullah berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak. Abdullah belajar Bahasa Inggeris daripada Rev. Milne, seorang pendakwah Kristian yang akhirnya melantik Abdullah sebagai guru Bahasa Melayunya. Kemudian pada 1818, Abdullah menyaksikan peristiwa meletakkan batu asas untuk Kolej Anglo-Cina oleh Major William Farquhar di Melaka.
Empat tahun selepas itu, Abdullah tiba di Singapura dan mengajar Bahasa Melayu kepada askar India, pendakwah Britain dan Amerika serta menjadi setiausaha peribadi Raffles. Sekitar 1840-46, Abdullah menulis kisah hidupnya sendiri. ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan’ menceritakan pengalaman tahun 1837 semasa belayar dari Singapura ke Kelantan. Manakala ‘Kisah Pelayaran Abdullah ke Negeri Jeddah’ telah diterbitkan setelah beliau meninggal dunia.
Karya asli • Kisah Pelayaran Abdullah bin Abdulkadir Munsyi dari Singapura sampai ke Kelantan • Hikayat Abdullah • Kisah Pelayaran Abdullah dari Singapura sampai ke Mekah • Syair Singapura Terbakar • Syair Kampung Gelam Terbakar • Ceretera Kapal Asap • Ceretera Haji Sabar Ali
Karya terjemahan dan suntingan • Hikayat Panca Tanderan • Sejarah Melayu (edisi Abdullah)