Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label Kesultanan. Show all posts
Showing posts with label Kesultanan. Show all posts

Friday, November 4, 2016

Dirgahayu Tuanku Sultan Perak

Daulat Tuanku. 
Kumpulan Rajamenangis merafak sembah setinggi-tinggi tahniah. 
Dirgahayu Tuanku. Semoga dirahmati Allah SWT.

Thursday, October 20, 2016

Yang di-Pertuan Agong ke-15

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh 5 tahun, dalam satu pengumuman selepas Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas ke-243 di Istana Negara, hari ini.
Sementara itu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 bagi tempoh 5 tahun.
Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra sebelum ini dilantik sebagai timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 2011.
Perkhidmatan Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong yang berkuat kuasa bermula 13 Disember 2011 lalu akan berakhir pada 12 Disember ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Selain Raja Perlis, mesyuarat itu turut dihadiri Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Sultan Muhammad V mempunyai 3 adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27.
Baginda menggunakan gelaran Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V ialah Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan gemar membaca, serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.
Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan kesayangan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.
Baginda juga Komander 506 Askar Wataniah berpangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) dan turut melibatkan diri dalam pelbagai pertubuhan kebajikan dan sukan selain aktif berperanan dalam organisasi berkaitan dengan keselamatan dan ketenteraan.
Pemilihan Sultan Perak Nazrin Shah, 60, sebagai timbalan agong pula amat bertepatan dengan latar belakang pendidikan yang hebat.
Memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, ijazah sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Kennedy School, Harvad dan iIjazah doktor falsafah (PhD) dari Universiti Harvard.
Baginda sebagai diangkat sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1984 bertempat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan dan ditabalkan sebagai Sultan Perak ke-35 bagi menggantikan ayahandanya pada 6 Mei 2015.

Saturday, July 4, 2015

Sultan harus guna Majlis Raja-raja

Pemerintah sama ada raja atau sultan tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran kerajaan dengan memberi pandangan secara terbuka, terutama membabitkan soal dasar dan polisi kerajaan, kata pakar perlembagaan, Dr Aziz Bari.
Aziz berkata, pemerintah bagaimanapun boleh menggunakan platform Majlis Raja-Raja sekiranya ingin menyuarakan pendapat mereka, tetapi bukan menggunakan laman media sosial seperti Facebook atau sebagainya.
"Orang sudah tidak nampak apa kerja dia, kita dalam sistem yang hancur sekarang, bukan kerja dia berjuang untuk rakyat.
"Boleh jika ingin melakukannya, tapi dalam platform Majlis Raja-Raja, bukan di Facebook," kata Aziz, dalam forum siri pendidikan demokrasi akademi politik anjuran Institut Darul Ehsan di Shah Alam, hari ini.
Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggunakan Facebook Johor Southern Tigers untuk mengkritik pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, selepas beliau gagal menghadiri dialog "Nothing to Hide" anjuran SukaGuam.
Tindakan Tunku Ismail itu bagaimanapun diselar Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz, yang berpendapat kerabat diraja tidak seharusnya mencampuri politik.
Aziz yang merupakan pensyarah Universiti Selangor itu berkata, tindakan sedemikian oleh mana-mana raja atau sultan akan memalukan kerajaan pemerintah yang membentuk dasar dan polisi tersebut.
"Memang raja berhak memberi pandangan, tetapi dengan kehadiran perdana menteri atau menteri besar, di luar tidak boleh," katanya.
Beliau turut mempersoalkan sekiranya pandangan yang diutarakan raja atau sultan memberi kesan negatif dan sama ada mereka ingin bertanggungjawab terhadap tindakan tersebut.
Aziz berkata, rakyat pelbagai lapisan, termasuk raja dan sultan, mempunyai hak dan peranan mereka dari aspek perlembagaan.
"Semua orang termasuk raja ada hak mereka dalam Perlembagaan dan terpulang kepada mereka untuk menggunakannya," kata Aziz. – 4 Julai, 2015.
sumber : themalaysianinsider.com

Friday, March 20, 2015

KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR


DAULAT TUANKU. Patik Kumpulan Rajamenangis merafak sembah 'Dirgahayu Tuanku' sempena berlangsungnya Istiadat Kemahkotaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Sultan Johor ke-5 dalam sejarah Johor Moden pada tanggal 23 Mac 2015 bersamaan 02 Jamadilakhir 1436H. Istiadat Kemahkotaan akan berlangsung dengan penuh adat istiadat diraja Johor di Istana Besar Johor Baharu.

Mudah-mudahan dengan izin ALLAH SWT negeri Johor Darul Takzim sentiasa dalam kesejahteraan dan kemakmuran serta dilindungi dari sebarang bencana. Semoga DYMM Sultan Ibrahim bersama DYMM Raja Zarith Sofiah dilanjutkan usia dalam keafiatan dan sentiasa dirahmati ILAHI, insyaALLAH. Dirgahayu Tuanku.

Saturday, June 7, 2014

Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong


KUALA LUMPUR: Berikut ialah teks Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan di Istana Negara.

Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Rabbil A’lamin, wabihi nasta’in, wassolatu wassalamu a’la Asyrafil Anbiya-i wal Mursalin, wa a’la alihi wa ashabihi ajmain. 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. 
1. Alhamdulillah, dilafazkan kalimah puji-pujian dan syukur ke hadrat Allah Subhanu Wata’ala kerana di atas limpahan Rahmat dan kehendak-Nya jua, dapatlah kita menyambut Hari Keputeraan Rasmi Beta bagi kali ke-3, sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam penggal pemerintahan ini. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

2. Pada kesempatan bertitah ini, Beta beserta Raja Permaisuri Agong ingin merakamkan rasa terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada ucapan sembah tahniah dan ikrar taat setia oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, sebagai Mamanda Perdana Menteri, yang mewakili pihak Kerajaan, anggota keselamatan, para penjawat awam serta seluruh rakyat Malaysia. 

3. Sesungguhnya, Beta berasa ucapan Memanda Perdana Menteri itu tadi, adalah suatu pernyataan yang tulus dan jujur dalam tradisi menjunjung institusi Raja berperlembagaan di Malaysia. 

4. Tentunya, rasa kasih yang dizahirkan kepada Beta ini, telah mendatangkan kegembiraan dan bahagia sebagai tanda kenangan yang tidak terluput dari ingatan. Ia juga sebagai tanda hubungan erat lagi mendalam di antara Raja dan rakyat, saling kasih-mengasihi yang diwarisi sejak turun temurun. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

5. Beberapa tahun kebelakangan ini memaparkan babak-babak cemas dan merunsingkan di merata tempat sekitar penjuru global. Makanya itu, Beta ingin menyeru kepada semua agar mengambil iktibar daripada pelbagai peristiwa serta pergolakan, antaranya, di Timur Tengah dan mutakhir ini, di negara-negara serantau sekeliling kita. 

6. Secara dasarnya, apabila kekecohan dan kemelut timbul, pasti sesebuah negara itu tidak lagi berada dalam keadaan aman sekaligus usaha-usaha untuk mentadbir, mengurus dan memajukan negara dalam keadaan terkawal tidak mungkin dapat dilakukan dengan jayanya.  
7. Jika diteliti, kenapakah terjadinya hal yang sedemikian bagi kebanyakan negara di dunia ini. Jawapannya ialah telah hilang kesefahaman antara pihak-pihak yang bertelagah, masing-masing mementingkan agenda peribadi dan kumpulan serta kelompok mereka sehingga sanggup membelakangkan matlamat yang lebih utama iaitu maslahah atau kepentingan umum di peringkat nasional dan negara. 

8. Merujuk kepada senario antarabangsa ini, pada hemah Beta, rakyat Malaysia tidak kira apa lapisan, warna kulit mahupun keturunan, sama ada yang terlibat dalam pentadbiran, kepemimpinan politik, sektor awam dan swasta, seharusnya mengambil pengajaran dan tauladan daripada apa yang terjadi. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

9. Beta ingin memetik mafhum sepotong firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah, ayat 195 bahawa, “...janganlah kamu campakkan diri ke dalam kebinasaan dengan perbuatan tangan sendiri, dan berbuat baiklah…”. 

10. Kata-kata pujangga pula menyebut, walaupun sejarah itu adalah peristiwa yang telah berlalu, namun sesiapa yang tidak mengambil iktibar akan dihukum olehnya. 

11. Maka, sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, Beta ingin berpesan kepada seluruh warga Malaysia dengan merujuk kepada Wasiat 9 Raja-Raja Melayu yang diperturunkan dan dipersetujui hampir 6 dekad yang lalu, ketikamana negara sedang merintis kemerdekaan. Setepatnya, perkara ini dimaktubkan pada 5 haribulan Ogos 1957 untuk menubuhkan sebuah Persekutuan Tanah Melayu. 

12. Wasiat ini merujuk kepada 7 perkara utama antaranya, kedaulatan Raja-raja Melayu, Tanah Simpanan Melayu, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Kebangsaan, Rejimen Askar Melayu dan peri mustahaknya Kedudukan Istimewa Orang-orang Melayu dan kini dilanjutkan kepada Bumiputera, tanpa menafikan kepentingan sah kaum-kaum lain. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

13. Sebetulnya, didapati ramai generasi masa kini tidak mengetahui dan tidak pula diberitahu serta diperingatkan tentang wasiat tersebut. Bahawasanya, pada masa itu, betapa Raja-raja Melayu, para pemimpin terdahulu dengan penuh bijaksana telah sanggup berkorban dan melepaskan kuasa serta kemutlakan-kemutlakan tertentu demi melihat kesejahteraan, kedamaian dan keamanan di pertiwi bertuah ini. 

14. Ternyata, tiada siapa yang menduga bahawa pengorbanan suci dan murni pelbagai pihak yang bermula daripada istana, golongan pemimpin, parti-parti politik dan rakyat, terutamanya orang-orang Melayu dan Bumiputera, telah merimbunkan hasil yang subur seperti dinikmati kita pada hari ini, umpama madah dahulukala, ‘akar pengorbanan itu pahit sungguh, namun buahnya manis seluruh’. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

15. Berselang 57 tahun sesudah itu, inilah Malaysia yang kita huni bersama. Beta yakin atas berkat persefahaman dan tolak ansur tersebut itulah, bumi Malaysia masih berada dalam keadaan aman, makmur dan sejahtera. Pucuk pangkalnya, semua ini tidak terkecap dengan semena-mena atau sendirinya tanpa usaha-usaha gigih yang dilakukan oleh semua golongan rakyat di negara ini. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

16. Secara peribadi dan rasminya, Beta bersyukur kerana telah berpeluang melihat perjalanan negara ini di bawah pentadbiran enam Perdana Menteri Malaysia sehingga kini. Sejak meraih kemerdekaan, Beta menyaksikan bagaimana Malaysia sedikit demi sedikit, langkah demi langkah, daripada sebuah negara pertanian, menjadi negara perindustrian moden dan kemudian berkembang sebagai negara berpendapatan sederhana tinggi. Kini, menuju pula gerbang sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 

17. Jika dihimbau sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kini Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kesemuanya telah berperanan menakhoda pentadbiran negara dengan jayanya. 

18. Sesungguhnya, negara Malaysia telah menempa begitu banyak kejayaan dan antara yang paling utama, kita telah berjaya keluar daripada kadar kemiskinan pada tahap lebih 60 peratus, kepada 1.7 peratus pada tahun 2012, dengan kemiskinan tegar kini hampir disifarkan kesemuanya. 

19. Sememangnya, ini semua adalah hasil berkat kegigihan usaha Kerajaan dan pentadbiran yang kompeten, didokong oleh rakyat jelata. 

20. Namun demikian, hadirin dan hadirat sekalian, sejak akhir-akhir ini, terdapat usaha-usaha berterusan untuk merosakkan perpaduan antara kaum, memburuk-burukkan imej Malaysia, yang mana jika tidak dibendung mampu menjejaskan pelaburan dan ekonomi negara. 

21. Selain itu, pada pandangan Beta, sikap berlebih-lebihan dalam berpolitik juga adalah tidak wajar dan perlu ditangani dengan baik. Apa yang penting, kita hendaklah beringat-ingat janganlah sampai ke tahap sanggup mempertikaikan tunjang-tunjang asas serta perkara-perkara pokok yang telah dipaterikan sejak dulu, sepertimana yang telah Beta nyatakan di awal titah tadi. 

22. Oleh sebab itu, Beta ingin menekankan dengan terangnya, supaya janganlah diganggu-gugat kerukunan yang sudah sedia ada. Hentikanlah cubaan-cubaan yang tidak bertanggungjawab tersebut. 

23. Sayogia itu, dengan tegas Beta menitahkan, janganlah sesiapa pun mudah berasa lalai dan lupa hakikat sejarah, tentang bagaimana asal-usul negara ini dibina, perjuangan-perjuangan terdahulu serta hal-hal teras yang telah diputus dan dimeteraikan. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

24. Sehubungan itu, dalam konteks semasa pula, Beta berasa sangat sukacita kerana kepimpinan kerajaan mempunyai peta wawasan dan kerangka pengurusan negara yang jelas dengan objektif-objektif bagi mencapai kemajuan. Beta maklum, pelbagai inisiatif dan program dirumus serta disusun dengan begitu rapi melalui Dasar Transformasi Nasional atau DTN yang merangkumi enam program utama seperti dinyatakan oleh Mamanda Perdana Menteri tadi. 

25. Terbukti, berdasarkan petunjuk-petunjuk sahih yang diiktiraf oleh badan-badan di peringkat global, negara kita kini berada di landasan yang betul dalam menuju negara maju menjelang tahun 2020. Di sini, Beta ingin mengucapkan syabas dan sekalung tahniah kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib selaku Perdana Menteri dan barisan kepimpinan Negara di atas usaha gigih dan keberhasilan-keberhasilan yang capai. 

26. Sehubungan itu, Beta melihat kunjungan rasmi Barrack Obama, Presiden Amerika Syarikat, pada akhir bulan April lalu menjadi petanda yang baik tentang pengiktirafan kuasa besar dunia terhadap pencapaian-pencapaian Malaysia sebagai sebuah Negara Islam yang moden, progresif lagi dinamik berpandukan pendekatan wasatiyyah atau kesederhanaan. 

27. Beta tertarik dengan pernyataan perbandingan yang dibuat oleh Yang Amat Berhormat Mamanda Perdana Menteri bersempena dengan lawatan tersebut bahawa, jika semasa lawatan Lyndon B. Johnson, Presiden Amerika Syarikat kira-kira 48 tahun dahulu, iaitu pada tahun 1966, kita sedang bergelut dengan rintangan komunisme dan pada masa sama sedang bertatih dengan revolusi pertanian demi kemajuan dan pembangunan Negara. Lalu, antara yang kita dapat tunjukkan hanyalah ladang-ladang dan pokok-pokok getah. 

28. Tapi kini Alhamdulillah, setelah 5 dekad berganti, kita telah berjaya mempamerkan sebuah Malaysia yang makmur dan maju, menapak jauh dengan kemunculan bangunan-bangunan pencakar langit yang melambung tinggi. 

29. Mutakhir pula, seperti dikhabarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sebentar tadi, lawatan rasmi beliau ke negara salah sebuah kuasa ekonomi terbesar di dunia iaitu negara China, merupakan lawatan yang berjaya dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan erat dan persahabatan dua hala. Tahniah dan syabas. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

30. Beta berasa senang apabila mendengar bahawa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP telah berjaya mencapai kejayaan melebihi sasaran keseluruhannya pada tahun 2013. Meskipun begitu, pada hemat Beta pihak Kerajaan tidak boleh berasa puas hati dan selesa kerana masih banyak lagi ruang dan ikhtiar yang perlu digembleng untuk mencapai kejayaan yang lebih hebat daripada itu. 

31. Dalam pada itu, berkait Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST yang hendak dilaksanakan, Beta sendiri ada mengambil maklum dan mendengar rungutan pelbagai pihak. Namun, Beta tahu dan yakin bahawa keluh kesah dan rungutan ini sedang ditangani oleh pihak Kerajaan dengan sewajarnya. 

32. Kepada sekalian Rakyat pula, usahlah mudah terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh menimbulkan keraguan kerana beta percaya sistem GST yang hendak diperkenalkan ini telah difikir dan dipertimbangkan semasak-masaknya oleh pihak Kerajaan sebagai jalan yang terbaik untuk memperteguhkan ketahanan ekonomi negara bagi jangka masa panjang, demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. 

33. Apa yang paling mustahak, Beta menaruh sepenuh keyakinan terhadap kebolehan dan kemampuan Kerajaan sedia ada di bawah kepemimpinan berwibawa Mamanda Perdana Menteri Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, bersama dengan Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, didokong oleh anggota pentadbiran Kerajaan dan kepimpinan negara secara keseluruhannya. Hadirin dan Hadirat Sekalian, 

34. Sebagai kesimpulan, sekali lagi Beta ingin menyeru bahawa, marilah kita semua menjiwai sejarah demi mengukuhkan jatidiri sebuah negara bangsa. Kerana atas tapak itulah negara ini didirikan, atas pedoman itulah kita mencapai kemakmuran dan atas petua itulah masa depan yang cerah akan terus dapat dicipta. Bersatulah hati, seiya dan sekata dengan semangat patriotisme serta kasih yang membara kepada tanah tumpah darah. 

35. Beringatlah semua,... di sini kita dilahirkan, di sini kita dibesarkan dan di sinilah kita mengecap nikmat kehidupan. Di sinilah bumi yang kita pijak, di sini jugalah langit yang kita junjung. 

36. Akhir titah, Beta dan Raja Permaisuri Agong menyeru kepada sekalian rakyat agar kita semua saling doa-mendoakan, supaya dicucur kerahmatan yang berpanjangan kepada negara ini. 

37. Moga-moga Allah Yang Maha Berkuasa Melimpahkan kurnia-Nya dan Memelihara Malaysia tercinta. Mestika saga tersembunyi di hulu, Diambil Putera membawa ke persada, Walau apapun yang akan berlaku, Raja dan rakyat berpisah tiada. 

Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. 
Sekian, terima kasih.

sumber: bharian.com.my

Wednesday, May 28, 2014

Merafak takziah atas kemangkatan DYMM Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah


Al-Fatihah. Patik Kumpulan Rajamenangis merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.

Tidak diduga
Di hening malam ini
hilang seorang Raja
Perginya tampuk perkasa
Sunyilah akan istana
Di rimbunan kesedihan
Patik ucapkan Selamat Jalan 
Di puncak sepi
Bukit Chandan

~Shali

Tuesday, April 29, 2014

Kerja penggalian harta karun Pulau Nangka

MELAKA 28 April - Kerja-kerja menebuk bongkah batu dipercayai pintu tempat tersimpannya harta karun peninggalan Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka di sini sudah mencapai tahap 90 peratus.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, usaha yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. itu dijangka selesai hujung bulan ini.

Menurutnya, buat masa ini, syarikat tersebut masih lagi menjalankan kerja-kerja penebukan lubang berkenaan yang dikatakan laluan ke tempat simpanan harta karun bernilai berbilion ringgit itu.

"Jika syarikat ini tidak berjaya menyelesaikan kerja tersebut dalam tempoh sepatutnya yang berakhir 30 April ini, maka tugas tersebut akan diserahkan kepada syarikat lain seperti termaktub dalam perjanjian.

"Namun, melihat kepada perkembangan terkini yang telah dijalankan syarikat itu, kita percaya pintu tersebut akan berjaya dibuka dalam tempoh dua hari lagi seterusnya dapat memberi jawapan sama ada harta karun tersebut benar-benar wujud atau tidak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam lawatan ke kawasan tapak pencarian harta karun tersebut di Pulau Nangka hari ini.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Syarikat, Sumber Manusia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Datuk M.S.
Mahadevan; Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shah Gzali Khan Shahadat dan Pengarah Urusan Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd., Mohammad Foad Khushairy Mohd. Said.
Jelas Abdul Ghafaar, laporan terkini kerja-kerja yang dilakukan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Exco sebelum membuat keputusan.

Sementara itu, Mohammad Foad Khushairy memberitahu, pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja penebukan lubang secara intensif selama 24 jam sehari melibatkan 36 pekerja pakar.
"Sehingga kini, masih belum ada apa-apa tanda yang kita temui dan jika berjaya ditemui sebarang artifak atau harta tersebut, maka ia akan dimaklumkan segera dalam satu sidang akhbar khas," ujarnya.

Dalam pada itu, Shah Gzali Khan memaklumkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Polis Marin dan Pasukan Gerakan Am (PGA) akan ditugaskan menjaga kawasan tersebut jika didapati terdapat penemuan harta karun melalui usaha pencarian berkenaan.

"Polis akan mengatur penugasan Polis Marin menjagakawasan perairan manakala PGA mengawal keselamatan dalam kawasan pulau tersebut sejurus harta berjaya ditemui," jelasnya.

Sumber : www.utusan.com.my

Tuesday, January 14, 2014

'Sultan Melaka' ditangkap polis


Jasin: Lelaki yang mendakwa dirinya sebagai `Sultan Melaka’ Noor Jan Tuah, 56, ditahan polis ketika cuba menaiki feri untuk ke Pulau Besar, pagi tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menganjurkan beberapa majlis penganugerahan pingat, bintang dan darjah kebesaran yang tidak diiktiraf.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Asisten Komisioner Raja Sharom Raja Abdullah berkata, tangkapan itu dibuat di Jeti Anjung Batu, Serkam, di sini, kira-kira jam 10.50 pagi tadi.
Beliau berkata, penahanan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan, selepas pihak polis Melaka menerima lapan laporan dibuat individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Polis membuat tangkapan selepas menerima beberapa aduan daripada individu dan NGO yang tidak berpuas hati serta gusar atas tuntutan penama Noor Jan Tuah untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.

Penduduk Melaka berasa curiga mengenai kebenaran dakwaan itu terutama selepas penyebaran video di YouTube seolah-olah menghina kerajaan yang sedia wujud di Melaka," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di sini, semalam.

Ketika tangkapan dibuat, Noor Jan berada di Jeti Anjung Batu untuk menaiki feri ke Pulau Besar bagi menghadiri satu upacara perayaan dan penyembelihan kambing.

Noor Jan dilaporkan memberi kerjasama ketika tangkapan dibuat dan polis menasihatkan supaya pengikutnya tidak bimbang kerana lelaki itu selamat dan polis hanya melakukan proses siasatan.

Difahamkan, kira-kira 50 pengikut Noor Jan turut serta dalam perjalanan ke Pulau Besar dipercayai untuk menghadiri majlis itu bagaimanapun polis tidak menahan mana-mana pengikut terbabit.

Pada 8 Januari lalu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron menjelaskan Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka' dan menegaskan kerajaan negeri hanya mengiktiraf pingat, bintang dan darjah kebesaran diberikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob.

metro.com.my

Monday, December 16, 2013

Sejarah Yang Dilupakan

KEMASYHURAN Jugra sebagai pusat maritim yang wujud sejak daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka pernah disebut oleh Tun Seri Lanang di dalam buku tulisannya Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).

Di dalam karya kesusasteraan itu, kesibukan pelabuhan Jugra yang terletak di kuala Sungai Langat digambarkan menyampai kesibukan pelabuhan Melaka yang ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Mansur Shah.
Selain gambaran menjadi pintu masuk utama perdagangan di Selangor, Tun Seri Lanang turut menyebut ketibaan Laksamana Hang Tuah di pelabuhan Jugra selepas keluar berlayar dari Melaka.

Diceritakan kononnya Hang Tuah menghabiskan masa selama dua hari dua malam di Jugra selepas kapalnya yang berlabuh di pelabuhan tiba-tiba karam. Sama ada benar atau tidak petikan daripada tulisan itu, kisah persinggahan Hang Tuah menjadi sebahagian daripada kisah yang bermain di bibir penduduk apabila menceritakan tentang sejarah Jugra.

Salah satu daripada 'bukti' yang digunakan untuk mengaitkan kisah itu adalah kewujudan kesan tapak kaki pada batu besar berhampiran jeti Batu Hampar yang terletak tidak jauh dari kaki Bukit Jugra. Jeti Batu Hampar di tebing Sungai Langat itu dipercayai adalah tapak pelabuhan yang dimaksudkan oleh Tun Seri Lanang sebagai pelabuhan Jugra.

Selepas zaman Kesultanan Melayu Melaka, Jugra dikenali sebagai bandar Diraja apabila Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke-4) memilih kawasan di pinggiran Bukit Jugra sebagai tempat bersemayam. Baginda menjadikan Jugra sebagai pusat pentadbiran Selangor antara 1859 hingga 1898.
Pada masa kini, tinggalan seperti balai polis lama, makam Diraja, pejabat daerah lama, stor peluru, istana lama, Istana Bandar, masjid Sultan Ala'eddin Shah dan tapak perigi lama merupakan sebahagian daripada bukti sejarah yang masih boleh dilawati

Cuma malangnya sebahagian daripada tinggalan itu ada yang sudah musnah dan dalam keadaan terbiar. Hanya menunggu masa untuk menyembah bumi. Ketua Muzium-Muzium Daerah Wilayah Selatan, Mohd. Aidy Khairunizam Rashid berkata, Jugra pernah menjadi laluan utama pengangkutan bijih timah yang diangkut dari Kajang, Balakong, Hulu Langat dan Semenyih.

"Sepanjang tempoh pemerintahan Sultan Abdul Samad, Jugra menjadi pusat pengutipan cukai bijih timah sebelum dibawa keluar melalui Sungai Langat.

"Berdasarkan bukti-bukti yang ada, kita percaya Jugra pernah memainkan peranan yang penting sebelum pusat pentadbiran kerajaan beralih ke Klang pada 1882,'' katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.
Selain itu katanya, Jugra semasa di bawah pemerintahan Sultan Abdul Samad dan Sultan Ala'eddin Sulaiman Shah (Sultan Selangor kelima) pernah menjadi kawasan pertanian utama di Selangor.

"Hasil daripada kemakmuran pemerintahan kedua-dua sultan, Jugra diberi nama timangan sebagai Bandar Temasya."Sebelum itu nama lama Jugra adalah Tanjung Kera kerana terdapat banyak kera di kawasan bukitnya,'' kata beliau.Bagaimanapun kunjungan penulis ke Jugra baru-baru ini mencetuskan satu persoalan. Soalan itu mungkin soalan yang sama pernah berlegar di fikiran mereka yang pernah sampai ke Jugra.
"Tidak ada apa-apa yang luar biasa di sini. Jugra sama sahaja seperti kampung-kampung lain. Mana tinggalan sejarah daripada zaman kegemilangannya,'' itulah soalan yang bermain di fikiran penulis.

Penulis mungkin tersilap namun itulah persepsi orang luar yang pertama kali tiba di Jugra. Segala khazanah sejarah yang ada seakan-akan tersorok. Tiada papan tanda yang menunjukkan tempat itu adalah tempat bersejarah.

Pencarian lokasi-lokasi bersejarah di Jugra terjawab apabila penulis tiba di Muzium Insitu yang terletak di kaki Bukit Jugra. Pertemuan dengan beberapa orang wakil Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (Padat) sememangnya banyak membantu.

Jugra sememangnya mempunyai banyak tinggalan sejarah yang menarik untuk disoroti. Artifak dan tapak-tapak arkeologi sejak daripada zaman pemerintahan diraja di situ mempunyai nilai pelancongan yang cukup besar untuk dimajukan.

Cuma berbeza dengan Bukit Malawati di Kuala Selangor, tarikan pelancongan yang dimiliki Jugra masih berada jauh di luar 'radar' pelancongan. Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan ia masih memerlukan banyak perhatian daripada kerajaan negeri.

Mohd. Aidy berkata, salah satu halangan kepada usaha mempromosikan Jugra yang dihadapi oleh Padat pada masa kini adalah kekurangan papan tanda yang menjadikan mukim itu sepi tanpa tarikan.
"Seharusnya ia diperbanyakkan sepanjang tiga laluan utama iaitu di sekitar Banting, Telok Panglima Garang dan Dengkil,'' ujarnya.

Menurut Mohd. Aidy, permohonan untuk mendapatkan papan tanda sejarah bagi beberapa lokasi penting sudah diketengahkan namun belum mendapat jawapan daripada pihak berkuasa.

© Utusan Melayu (M) Bhd

Sunday, June 30, 2013

JANGAN SALAH TAFSIR PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG DEMI KEPENTINGAN GOLONGAN TERTENTU - SULTAN SELANGOR

SHAH ALAM, 28 Jun (Bernama) -- Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah baginda tidak berkenan pihak yang menyalahtafsir peruntukan yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor demi kepentingan dan manfaat golongan tertentu.

Sehubungan itu, baginda menyeru semua pihak khususnya rakyat Selangor agar sentiasa menghormati dan akur pada setiap peruntukan dalam undang-undang tersebut untuk terus menikmati keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup.

"Kita perlu sentiasa mengangkat martabat Perlembagaan Persekutuan,
Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan undang-undang negara ke tahap tertinggi mengatasi segala kepentingan peribadi dan politik masing-masing,"
titah baginda pada upacara perasmian pembukaan mesyuarat penggal pertama Dewan
Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-13 di Bangunan DUN di sini hari ini.

Sultan Sharafuddin, selaku Ketua Agama Islam Selangor, juga menitahkan
pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui gabungan parti PAS, PKR dan DAP
memberikan perhatian serius terhadap usaha meningkatkan kualiti hidup umat Islam
dengan keutamaan diberikan dalam bidang pendidikan dan ekonomi.

Titah baginda cara kerja yang profesional dapat menangkis sebarang fitnah
dan tuduhan jahat sekali gus membuktikan kemampuan sebenar sistem Islam sebagai
addin (cara hidup yang diredai Allah).

"Perhatian serius kepada usaha memajukan umat Islam tidak pernah menjadi
alasan untuk mengabaikan atau meminggirkan rakyat Beta yang lain.
"Malah kemajuan umat Islam selaku golongan majoriti di negeri ini mampu
memberikan kesan positif kepada negeri dan rakyat," titah baginda.

Sultan Selangor menitahkan pimpinan kerajaan negeri memberikan tumpuan bagi
memastikan prestasi ekonomi terus stabil di samping memberi penekanan terhadap
pembangunan desa, modal insan, pendidikan serta kesihatan.

Titah baginda, ekonomi Selangor tahun ini dianggarkan merekodkan prestasi
sederhana dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sekitar 5.6 peratus setahun
seiring dengan persekitaran ekonomi dunia dan Malaysia yang sederhana.
Baginda turut menitahkan agar kerajaan negeri menyusun strategi memacu
pertumbuhan ekonomi serta memperkenalkan sistem jaringan bagi membantu rakyat
yang menghadapi situasi ekonomi yang semakin mencabar.

"Pada masa sama, Beta ingin melihat rakyat terlibat secara aktif dalam semua
aktiviti ekonomi agar kemakmuran ekonomi di negeri Selangor dapat dikecapi
rakyat secara keseluruhannya," titah baginda.
-- BERNAMA

Sunday, June 9, 2013

Istiadat mengarak panji Seri Paduka

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Haminah, semalam, berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Merdeka, di sini. 

Sempena Hari Keputeraan Istiadat itu bersempena sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka, sebagai menyembah taat setia Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Yang di-Pertuan Agong selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. Istiadat dimulakan dengan menerima tabik Hormat Diraja diikuti dengan 21 das tembakan meriam kehormat. 

Serentak itu, lima helikopter milik ATM yang masing-masing membawa bendera Malaysia, ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan lintas hormat di ruang udara. Memeriksa perbarisan Seri Paduka kemudian diiringi Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memeriksa perbarisan disertai seramai 540 anggota dan 22 pegawai ATM diketuai Leftenan Kolonel Mohd Rosli Abu Bakar. 

Selepas itu, istiadat mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong menyusul, diikuti laungan ‘Daulat Tuanku’ sebanyak tiga kali serta sekali lagi lintas hormat kelima-lima pesawat ATM terbabit. Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman. 

 Menteri Kabinet, orang kenamaan serta perwakilan asing turut menghadiri majlis itu. Upacara itu juga disaksikan rakyat tempatan dan pelancong asing, yang membanjiri Dataran Merdeka sejak awal pagi.

sumber : bharian.com.my

Thursday, June 6, 2013

Fahami isi Raja Berpelembagaan

Kita sudah maklum mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan dan sistem perundangan negara. Paling utama, kita memahami bahawa kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan. 

Namun begitu, beberapa perkara di sebalik istilah ‘Raja Berperlembagaan’ itu harus difahami dengan lebih mendalam. Walaupun istilah ini kerap digunakan di banyak negara serta disandarkan kepada pemahaman ‘raja berperlembagaan’ dalam konteks model perlembagaan Westminster, kita hendaklah memahami istilah ini menurut acuan sejarah, budaya, amalan dan juga peruntukan perundangan, terutama Perlembagaan kita sendiri. 

Model Westminster yang dibawa dari Britain itu tidak semuanya dituruti atau diterima pakai sepenuhnya dalam model eksportnya. Negara Komanwel yang mengimport model ini tidak sepenuhnya menceduk semua prinsip. Sebagai contoh, Perlembagaan Westminster yang bersifat tidak bertulis itu hanya diterima pakai di New Zealand. Negara Komanwel yang lain semuanya mempunyai Perlembagaan bertulis. 

Maksud saya di sini, model Westminster yang dieksport keluar Britain itu tidak semestinya sama dengan model asalnya. Setiap Perlembagaan dan sistem itu walaupun seakan-akan sama pada prinsip asas, pemakaian prinsip itu secara terperinci mempunyai banyak berbeza. Menyamakan semuanya adalah mustahil. Prinsip Perlembagaan bukanlah jatuh dari langit atau boleh dibawa terbang dari mana-mana tempat. Perlembagaan tidak boleh mengandungi prinsip terasing daripada nilai sejarah dan budaya setempat. 

Oleh itu Perlembagaan hendaklah mempunyai kandungan dan pengisian yang bercambah dari bumi yang seharusnya mengandungi nilai sejarah, nilai budaya dan amalan yang diterima dan berasal daripada masyarakat setempat. Bersandar kefahaman kita Raja berperlembagaan di negara kita juga hendaklah difahami dalam konteks ini. Raja Berperlembagaan kita bersandarkan kefahaman dan penerimaan kita. 

Benar jika dikatakan kita mengambil dan mengamal prinsip Raja Berperlembagaan Westminster dalam konteks Raja Berperlembagaan sebagai raja yang memerintah menurut peraturan atau kekangan undang-undang atau Raja yang memerintah atas nasihat jemaah menteri walaupun mempunyai beberapa kuasa budi bicara yang dinyatakan dalam Perlembagaan. Prinsip Raja Berperlembagaan seperti dimaksudkan dalam Perlembagaan Persekutuan kita adalah Raja yang menjadi payung atau simbol perpaduan semua kaum. 

Raja Berperlembagaan juga simbol perpaduan antara agama. Raja Berperlembagaan kita juga tonggak kepada perpaduan dan integrasi antara negeri yang membentuk Malaysia. Kesan daripada itu, Raja Berperlembagaan kita juga bermaksud menjadi pengimbang antara semua institusi demokrasi, seperti parlimen dan mana-mana suruhanjaya bebas. Pengalaman beberapa negara di Afrika yang menggunakan Raja Berperlembagaan model Westminster telah gagal kerana sukar membuat acuan sendiri. Mereka menerima acuan Westminster tanpa mengambil kira perbezaan pola sosial masyarakat yang berbilang etnik dan keadaan lain yang berbeza daripada prinsip asal Westminster. 

Penerimaan amalan 
Dalam beberapa keadaan, terutama dalam penerimaan amalan atau konvensyen Perlembagaan Westminster yang tidak bertulis, kita juga mengalami kesukaran. Namun begitu, kita lebih bersedia menghadapi kemungkinan cabaran berkaitan peranan dan fungsi Raja Berperlembagaan. Dalam proses penggubalan Perlembagaan, Suruhanjaya Reid berkali-kali cuba mendapatkan kepastian daripada Raja-Raja Melayu mengenai kesediaan untuk menjadi Raja Berperlembagaan. 

Ini dapat dilihat dalam proses perbicaraan memorandum yang diserahkan oleh Raja-Raja Melayu kepada Suruhanjaya terbabit. Kepastian ini amat penting bagi Suruhanjaya Reid kerana persetujuan Raja-Raja Melayu menyerahkan negeri dan jajahan takluk kepada prinsip demokrasi bukanlah sesuatu yang mudah. Kepastian itu juga diperlukan bagi membantu Suruhanjaya membuat deraf prinsip Raja Berperlembagaan dalam Perlembagaan Persekutuan yang bertepatan dengan prinsip demokrasi berparlimen. 

Raja Berperlembagaan akan menjadikan institusi raja sebagai institusi di luar demokrasi, tetapi masih mempunyai fungsi dan peranan yang efektif dalam kerangka Perlembagaan atau dalam kerangka sistem demokrasi. Sudah tentu perkara ini bukan sesuatu yang mudah. Sekiranya kita perhatikan susur sejarah mengenai Raja Berperlembagaan ini, sesungguhnya menjadi Raja Berperlembagaan adalah sebesar-besar pengorbanan Raja-Raja Melayu kepada negara ini. 

Raja-Raja Melayu menyerahkan negeri jajahan, kuasa dan peranan kepada institusi kerajaan yang dipilih menerusi proses demokrasi. Walau apapun, kita perlulah sentiasa faham bahawa institusi Raja mempunyai pelbagai sokongan undang-undang untuk menjadi mekanisme yang bersesuaian dengan prinsip demokrasi dan juga faham Perlembagaan.

sumber : bharian.com.my

Tuesday, March 26, 2013

Kesultanan Sulu - siapa sebenarnya sultan?

Kesultanan Sulu yang diasaskan oleh seorang pedagang/pendakwah Arab yang berhijrah ke kepulauan selatan Filipina itu dari Johor, kini menimbulkan masalah dan pertanyaan, walaupun pada hakikatnya kesultanan itu tidak wujud.

Isu tuntutan ke atas Sabah oleh apa yang didakwa sebagai waris sultan Sulu sebenarnya sudah basi dan tidak dapat diterima. Rakyat Sabah atau yang dirujuk sebagai "North Borneo" itu telahpun membuat keputusan kira-kira 50 tahun lalu untuk bersama-sama Persekutuan Malaysia. Nokhtah.

Keputusan yang dibuat oleh rakyat Sabah melalui 'pungutan suara' oleh Suruhanjaya Cobbold itu disah dan diakui oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan diterima oleh pentadbiran Manila ketika itu. Ia tidak lagi berbangkit.

Ada beberapa dokumen yang dengan jelas dan nyata menyokong pendirian  Malaysia walaupun kerajaan membayar 'sagu hati' kepada waris kesultanan Sulu. Pembayaran itu dibuat berdasarkan satu perjanjian kuno dan sebagai kerajaan yang bertangungjawab, Putrajaya akur. Itu yang berlaku tetapi ia tidak bermakna yang Malaysia mengiktiraf atau menerima hak kesultanan Sulu ke atas Sabah, tidak sama sekali.  

Ekoran pencerobohan  oleh "askar kesultanan Sulu" di Lahad Datu dan serpihannya di Semporna, lapan nyawa anggota polis Malaysia menjadi korban. Mereka sebenarnya pengganas dan mesti diambil tindakan sewajarnya.  

Selepas tiga minggu "bertapak" di Lahad Datu dan  beberapa kali diberi peluang untuk meletak senjata dan pulang ke Sulu tetapi mereka enggan, maka kerajaan Malaysia tiada pilihan melainkan mengambil tindakan untuk menghapuskan mereka. Rakyat Malaysia menyokong penuh tindakan yang diambil oleh kerajaan. 

Satu persoalan yang timbul ialah siapa sebenarnya "sultan" Sulu? Jikapun wujud seorang "sultan" tetapi di mana "kesultanannya"?

Yang pasti "kesultanan" Sulu sudah berkubur. Tidak wujud sama seperti kesultanan Melayu Melaka, kesultanan Mempawa di Kalimantan, kesultanan Aceh dan kesultanan lain di Palembang,  Riau dan pulau Jawa.

Orang boleh mendakwa yang dia adalah waris kesultanan-kesultanan tersebut tetapi apa gunanya ada jawatan dan gelaran tetapi tiada takhta?

Merujuk kepada "kesultanan" Sulu, kita tahu ada lima orang yang mendakwa sebagai "sultan" yang sah.  Kita ingin tahu yang mana satu  sepatutnya mewarisi "kesultanan" yang tidak wujud itu?

Adakah "Sutan" Muedzul Lail Tan Kiram? atau Jamalul Kiram III? atau Datu Mohamad Akjan Datu Ali Muhammad? atau Datu Abdul Rajak Aliuddin? atau Datuk Seri Putra Eddy T. Sulaiman?

Kelima-lima mereka mengaku sebagai "sultan" Sulu yang sah. Persoalan ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa "kesultanan" Sulu sudah menjadi "sejarah" sama seperti kesultanan lain di Nusantara Melayu ini. 

sumber: kudaranggi.blogspot.com

Friday, March 15, 2013

Anugerah Buku PNM-RTM 2013

Dengan rasa penuh kesyukuran, Shaharudin Datuk Hj Ali dan Norzailina Nordin ingin berkongsi kegembiraan dengan semua. Buku karya mereka, 'AIR MATA RAJA' terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka-DAWAMA tersenarai ke pemilihan pusingan akhir (final) Anugerah Buku PNM-RTM 2013.

Pada kesempatan ini, mereka ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak editor, penerbit serta Perpustakaan Negara Malaysia dan RTM (sebagai penganjur bersama anugerah ini) juga khususnya kepada Tn Sayed Munawar, pengendali RESENSI yang memberi fokus terhadap perkembangan industri buku di tanah air.

Jika ingin memesan buku ini secara online, sila emel kepada:
rajamenangis@gmail.com. Harga semenanjung RM60 termasuk pos berdaftar. Boleh juga beli di Kedai Buku Koperasi DBP di Menara DBP.

Wednesday, March 13, 2013

Air Mata KDYMM Sultan Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah semalam sebak dengan pergolakan yang berlaku di Lahad datu sehingga mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan.

Baginda turut berkongsi duka dengan keluarga perwira negara itu termasuk anak-anak mereka yang masih kecil dan isteri yang sedang hamil.

“Saya dukacita dengan nasib yang menimpa keluarga perwira yang telah terkorban itu lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung,” titah baginda.

Sultan Ahmad Shah juga mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini kerana sejak dahulu apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan terutamanya Perdana Menteri adalah menjurus ke arah perpaduan dan kedamaian negara.

“Selain itu, jangan berharap kepada kerajaan semata-mata kerana sebagai rakyat di negara ini apa yang paling penting adalah perpaduan antara satu sama lain. Jika kita tidak bersatu, negara mudah goyah dan boleh di ceroboh bila- bila masa sahaja,” titah baginda.

Baginda bertitah agar rakyat di negara ini terus bersatu untuk mengekalkan kedamaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna,Sabah.

“Bumi Malaysia adalah hak kita semua dan tiada mana-mana kuasa lain yang boleh menakluki negara ini setelah kemerdekaan dicapai.

Selain itu, baginda menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pejuang yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara tercinta. Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota Lapan di sini.

Turut mengiringi baginda, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob. Taman Pengasih dibina dengan kos RM7.78 juta ini mampu memuatkan 120 penghuni. Institusi itu dibina atas keprihatinan Sultan Ahmad Shah yang turut mengilhamkannya bagi membela nasib anak-anak yatim sekitar negeri ini.

Sumber: Sinar Harian

Tuesday, March 5, 2013

Pengakuan : Sabah Milik Malaysia

SILA KLIK 'READ MORE' UNTUK MENONTON VIDEO....

Monday, March 4, 2013

9 Sebab Sabah Bukan Milik Sulu

1. Waris Sultan Sulu telah menerima 'cession money' sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

2. Kerajaan Filipina telah berhenti mengikhtiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd.Mahakuttah A.Kiram pada tahun 1986.

3. Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A'lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

4. Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah.

5. Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

6. Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ - International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

7. Laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

8. Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah "ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka" ("wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region").

9. Jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

Wednesday, February 27, 2013

Understand the role of Rulers


The Malaysian public generally still lacks proper understanding as to the role and powers of a Ruler in the administrative function of a country practising a Consti­tutional Monarchy system.

As a result, unsavoury comments have surfaced in blogs, online portals and websites which scorn and ridicule the institution of Rulers.

The country is on the verge of a general election which will be held in a matter of weeks. As the political temperature shoots up, leaders and those in the political circle are busy campaigning by raising issues related to the rakyat, Government and Rulers.

Many issues, whether current or old, are being intensely debated. Political statements, announcements, pledges and promises are being voiced out almost daily by politicians. This highly intense political contestation sometimes crosses the boundary of our civilised people, reaching to an extent whereby the ends justify the means.

This is primarily due to the attitude of certain groups who have the strong desire to achieve their aim of holding the reigns of power, and also due to the lack of knowledge on the basic principles of the law of the country.

Among the issues that are always highlighted each time elections are held are those relating to the dissolution of Parliament at the Federal level as well as the State Legislative Assemblies.

The question of when Parliament and State Legislative Assemblies would be dissolved and who will take the lead has often been discussed. In recent times, there have been questions raised on which party has the power under the law in dissolving a State Legislative Assembly or the Parliament.

Recently, the Selangor Mentri Besar had made a statement that he would consider announcing the date of the dissolution of the Selangor Legislative Assembly after Chap Goh Meh. It is interesting to note whether the Selangor Mentri Besar has consulted his party leaders and the legal adviser before making such a statement, which has drawn flak from various quarters.

In light of the statement, it is appropriate to discuss and analyse the provisions of law as stipulated in the Laws of the Constitution of Selangor, 1959, (Constitution of Selangor) and also to look at other States’ Constitution and of course the supreme law of the land being the Federal Constitution.

Article 52 (2)(b) of the Constitution of Selangor provides the Sultan of Selangor (His Royal Highness) with absolute discretion to consent or withhold consent to a request by the Mentri Besar to dissolve the State Legislative Assembly.

Article 52 (2)(b) of the Constitution of Selangor provides as follows:

(2) His Highness may act in His discretion in the performance of the following functions (in addition to those in the performance of which He may act in His discretion under the Federal Constitution) that is to say:

(a) the appointment of a Mentri Besar;

(b) the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly.

The above provisions, in particular (2)(b), clearly state that His Royal Highness has absolute discretion in deciding whether or not to give consent to a request by the Mentri Besar to dissolve the State Legislative Assembly. The literal meaning of the provision is that in exercising the discretionary power vested in him, His Royal Highness does not act on the advice of the Mentri Besar or the Executive Council.

It is of course not disputed that in the exercise of His executive functions under the Constitution of Selangor, His Royal Highness shall act in accordance with the advice of the Mentri Besar or the State Executive Council.

In exercising His functions on the advice of the Mentri Besar or the State Executive Council, His Royal Highness is entitled to receive any information concerning the Government of the State. This is provided for under Article 55(1) of the Constitution of Selangor.

Nevertheless, it is important to note that the Constitution of Selangor itself provides some functions which His Royal Highness exercises in his absolute discretion such as the dissolution of the State Legislative Assembly as mentioned earlier.

The above position of law is supported by the Federal Court decision in 2010 in the case of Datuk Seri Nizar Mohammad Nizar Jamaluddin vs Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (2010) 2 CLJ. The Federal Court had deliberated at length on the issue whether the dissolution of the State Legislative Assembly is within the absolute discretion of His Royal Highness.

This case was initiated at the High Court before it was brought at the appellate stage to the Court of Appeal and was finally deliberated in the Federal Court.

Looking at the extent of arguments raised by both parties and the presence of experienced lawyers from both parties, in addition to the panel of five experienced Federal Court judges presided over by the then President of the Court of Appeals who heard the matter, we can rest assured that the issues were well deliberated by all parties before the apex court reached its finding.

The Federal Court went on to state:

“In this regard we would, however add that the power to dissolve the LA is vested in HRH by art.

XXXVI(2) no matter in what circumstances it was made. This is clear from our reading of the said article which provides :

(2) His Royal Highness may prorogue or dissolve the Legislative Assembly.”

The decision in this case has no doubt put an end to any dispute, doubts or questions on who actually has the authority in deciding whether or not to dissolve the State Legislative Assembly.

Although the Mentri Besar can make a request to His Royal Highness for the dissolution of the Legislative Assembly before the expiry of the five-year term or in a situation where the Mentri Besar ceases to command the confidence of the majority of the members of the Legislative Assembly, it is pertinent to note that the final decision is vested in His Royal Highness who has absolute discretion. In this regard, we are guided by the decision of the highest court on the land.

Until and unless the State Consti-tution is amended, the said decision stands and is applicable to the respective states which have similar provisions on the issue in question.

Hence, when the Sultan of Selangor recently stated that the dissolution of the State Legislative Assembly must follow rules and procedures, we can appreciate that what His Royal Highness meant is that the dissolution of the State Legislative Assembly must adhere to the provisions of the law.

In other words it must be presented before His Royal Highness to request for consent before any announcement is made.

The Sultan of Selangor has absolute discretion and prerogative to accede to the request of dissolving the State Legislative Assembly.

Generally, Federal and State elections are held simultaneously to save time and costs and in considering the request to dissolve the State Legislative Assembly, time and cost factors could well be taken into consideration by His Royal Highness.

At the Federal level, similar provisions can be found in the Federal Constitution.

Article 40 (2) of the Federal Constitution states that the Yang di-Pertuan Agong may act in His discretion in withholding of consent to a request for the dissolution of Parliament.

Article 40 (2) of the Federal Constitution states that:

(2) The Yang di-Pertuan Agong may act in his discretion in the performance of the following functions, that is to say:

a) The appointment of a Prime Minister;

b) The withholding of consent to a request for the dissolution of Parliament; and

c) The requisition of a meeting of the Conference of Rulers concerned solely with the privileges, position, honours and dignities of Their Royal Highnesses, and any action at such a meeting,

And in any other case mentioned in this Constitution.

Looking at the Selangor Constitution and Perak’s Constitution and provisions in the Federal Constitution together with the ruling by the Federal Court in 2010, we must accept the fact that the States’ Constitution and Federal Constitution confer absolute power to dissolve the State Legislative Assembly and Parliament upon the Rulers of the State and the Yang di-Pertuan Agong.

The role of the Rulers is very much relevant in our country which practises a system of Constitutional Monarchy, and will remain relevant for so long as the Federal Constitution remains the supreme law of the country.

The rakyat must be provided with a clear understanding of the basic principles of law with respect to the powers of the Rulers and the Executive.

Every Malaysian, including political leaders and those providing explanations to the rakyat while campaigning during this elections season, must be responsible to state the actual position of the law and to explain to the rakyat the decision of the Federal Court.

This is essential for the preservation of a peaceful elections and to prevent the rakyat from getting confused and in turn giving rise to feelings of unhappiness towards the institution of Rulers.

The writer would like to invite Malaysians to adhere firmly to our Constitution and to respect the decision of the Federal Court on the issue.

The writer believes that although in the upcoming general election, seats can be expected to be keenly contested, the polls can be held in a civilised and orderly manner if all of us are responsible enough to conform to the law and regulations.

Let us prove to the world that as Malaysians, we are united although we may have different political ideologies.

Source : thestar.com.my

Friday, February 22, 2013

Businessman: I am the Sultan of North Borneo


LAHAD DATU: A claimant to the North Borneo Sulu Sultanate is disputing the claim of a Sulu armed group that Sabah was their ancestral homeland.
“My family is the rightful owner of the throne,” said the 45-year-old Lahad Datu businessman Datu Abdul Rajak Aliuddin, who has proclaimed himself as the sixth Sultan of North Borneo.
The controversial Rajak has been detained and charged for burning the Sabah flag and raising the North Borneo Sultanate flag with the lion symbol.
He said that the Sulu armed group led by Raja Muda Azzimudie Kiram, the brother of the Philippines based Sulu Sultan Jamalul Kiram, had no right to claim Sabah, which was previously known as North Borneo.
“My father Aliuddin Agas was recognised as the fifth Sultan of North Borneo.
“He was one of those who signed the framework for the Malaysia agreement in 1962,” he said, showing documents to back his claim.
He said the Azzimudie group had no right to use the yellow flag with the lion, which was purportedly raised in Kampung Tanduo after they occupied the village at Felda Sahabat 17 from Feb 9. Azzimudie and more than 100 of his followers, including gunmen in military fatigues, had demanded that Malaysia recognise them as the Royal Sulu Sultanate Army and that no subject of the Sultan of Sulu be deported as Sabah was their ancestral home.
Rajak told reporters here that the occupation of the village of Tanduo was a sandiwara (acting) for political reasons.
He claimed that after the 1863 Brunei rebellion, North Borneo was made an autonomous sultanate with two other autonomous sultanates of Bolongan covering northern Kalimantan and Sulu in southern Philippines.
He said they were all made autonomous, and individual children of the Sultan were given full control of their respective kingdoms. Even Pahlawan, Tawi Tawi and Siasi in southern Philippines were under the sultanate of North Borneo, he claimed.
Historically, there were numerous claimants to the Sulu Sultanate. Over the years, claimants to the throne have produced many documents to the media to back their claims.
Last year in Kota Kinabalu, businessman Datu Mohamad Akjan proclaimed himself as the rightful heir of the Sulu Sultanate and held a ceremony to declare himself as Sultan. Police questioned Akjan after photos of him as the Sultan of Sulu became public.
Source: thestar.com.my