ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Wednesday, February 25, 2009

Institusi Beraja Islam

Soalan : Bagaimana caranya sistem pemerintahan beraja boleh menjadi 'kenderaan' yang membawa ummah kepada Negara Khalifah yang amat ditunggu itu?

Secara teorinya seorang raja hanya memerlukan sebuah perkampungan, pengikut, alat kebesaran untuk penobatan, dan yang terpentingnya mempunyai ciri nasab keluarganya dari keturunan raja akhir negeri tersebut yang naik secara sah. Bila umat Islam sudah bersedia mereka hanya perlu mencari keluarga pewaris kepada raja-raja dahulu yang masih ada, kemudian meminta diwujudkan Ahl al-Hall Wa Al-Aqd (Anggota Pemilih atau Jemaah Pangkuan Diraja) yang dipilih mengikut kelayakan syariat dan adat. Setelah itu bolehlah dilakukan proses aqad dan bai'at.

Keunikan Institusi Beraja Islam berperanan seperti berikut:
1. Raja sebagai tonggak bangsa dapat memenuhi fitrah bangsanya yang memerlukan pada identiti, jatidiri dan budaya tersendiri yang unik dengan corak masing-masing.

2. Raja sebagai tonggak agama yang dapat membataskan pelbagai mazhab dan aliran supaya sentiasa terbendung dalam pegangan Ahlus-Sunnah Wal Jamaah.

3. Raja sebagai 'bapa' dapat menyatupadukan rakyat dari pelbagai aliran kefahaman politik dan membataskan pergerakan siasah mereka supaya sentiasa terbendung dalam lingkungan yang dibenarkan oleh syariat dengan bimbingan mufti negara.


4. Raja sebagai 'bapa' dapat bersikap berkecuali dalam menangani masalah yang datang dari mana-mana gerakan serta mengawalnya dari sebarang tindak-tanduk yang boleh menggugat kepentingan bangsa dan agama.

5. Raja sebagai ketua pemerintah dapat telus dalam pemerintahannya kerana tidak perlu mencari kepentingan peribadi atau politik sukunya.

6. Raja sebagai penaung kepada kaum-kaum lain dari pelbagai agama dapat menjadi kepentingan mereka tanpa perlu membuat sebarang jual-beli politik yang boleh menggugat kepentingan bangsanya dan Agama Islam.

7. Raja sebagai ketua pemerintah dapat duduk semeja dengan ketua-ketua negara lain tanpa perlu membuat pengagihan jual-beli politik untuk kepentingan peribadinya atau kepentingan politik atau gerakan sukunya.

Dipetik daripada buku '110 Soaljawab Melayu Islam Beraja - Rahsia Kemelut Melayu & Penawarnya ' susunan (Tun) Suzana Hj (Tun) Othman dan Hj Muzaffar Dato' Hj Mohamad.

0 comments:

Post a Comment