Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label luak. Show all posts
Showing posts with label luak. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

Majlis tabal Undang Luak Sg. Ujong - kali terakhir 58 tahun lepas


Majlis tabal Undang Luak Sungai Ujong

AMPANG: Majlis Adat Istiadat Kerjan (Tabal) Datuk Undang Luak Sungai Ujong Ke-11 diadakan penuh tradisi adat pepatih Negeri Sembilan, bermula 7 Jun selepas diadakan kali terakhir 58 tahun lalu.

Pelantikan Othman Ismail sebagai Undang Luak Sungai Ujong dibuat selaras aturan adat pesaka Luak Sungei Ujong dan peruntukan Fasal 14 (1) dan 32 Perlembagaan Negeri Sembilan Darul Khusus 1959 serta Fasal 71 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Pemasyuran Othman sebagai Ke bawah Kaus Yang Teramat Mulai (YTM) Luak Sungei Ujong dilakukan Datuk Lembaga Kanan Sungei Ujong, Datuk Sri Maharaja DiRaja Zulkepley Dahalan, pada 8 Februari lalu.

Othman menggantikan Datuk Kelana Petra Undang Luak Sungai Ujong sebelum ini, Mubarak Dohak @ Tohak yang didakwa melakukan salah laku adat sejak menyandang jawatan itu pada 20 Disember 1993 sehingga 30 September 2001.


Petikan (c) http://www.bharian.com.my/

NOTA

Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan menegaskan pelantikan Datuk Mubarak Dohak sebagai Datuk Klana Petra Ke-10, Undang Luak Sungai Ujong, adalah sah mengikut adat istiadat Luak Sungai Ujong.

Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan, Datuk Jemal Zainal Kasim, berkata perisytiharan pelantikan dibuat Datuk Shahbandar Luak Sungai Ujong, Datuk Shaari Hassan pada 29 Disember 1993.

"Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan pada mesyuarat khas 19 Ogos 2002 sudah membincangkan isu pelantikan itu dan membuat keputusan Mubarak kekal menyandang pusaka Datuk Klana Petra Ke-10," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Jemal Zainal berkata, Fasal 16(3) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 menyatakan bahawa;

‘Nasihat Dewan atas soal-soal berkaitan dengan adat istiadat orang Melayu di mana terdapat di dalam negeri ini termasuk nasihat atas soal-soal berkaitan dengan pemilihan atau warisnya kepada atau perlucutan daripada atau pengosongan jawatan mana-mana Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin yang disebut di dalam fasal 14 adalah muktamad dan tidak boleh dipertikaikan atau dipersoalkan di mana-mana mahkamah di atas sebarang alasan.’

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan seorang waris kanan Undang Luak Sungai Ujong mempersoalkan status kesahihan seorang daripada Undang Yang Empat.