Pengasas kerajaan Funan bernama Raja Kaundinya banyak disebut dalam Hikayat Demang Lebar Daun (Annals of the Willow Tree) yang mempunyai kaitan dengan Kataha. Tokoh sejarah ini dianggap wira yang berperanan sebagai pengasas tamadun Indocina dalam kurun 1 Masihi.
Sepertimana orang-orang Yunani, orang Melayu Funan mengagungkan kerabat orang-orang berjasa seperti Kaundinya. Kaundinya dikatakan mempunyai kelebihan ilmu merancang bandar kerana rombongan yang dibawanya termasuk ahli bijak pandai yang berupa membina empangan air untuk pertanian serta mengusaha projek-projek awam yang lain termasuk ketenteraan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Hikayat Merong Mahawangsa, Raja Kaundinya mengepalai ekspedisi yang amat kuat:
"....tahap pembukaan negeri perlu diperhatikan dahulu. Tahap ini seringkali digambarkan sebagai sekumpulan orang yang berpindah-randah ... memakan masa yang lama ... contohnya dalam Hikayat Merong Mahawangsa ... selama 200 hari, kumpulan ini dipimpin oleh seorang raja atau keturunannya diikuti menteri, penggawa, hulubalang, rakyat dan bala tentera. Pada umumnya ia berhenti di beberapa tempat di mana orang bermain dan orang lelaki berburu."
Untuk perdagangan dengan Langkasuka dan lain, pelabuhan Oc Eo ditubuhkan. Kejayaan projek-projek Kaundinya mendapat sambutan dan dengan itu kerajaan Funan menjadi makmur dan kuat. Kejayaan ini dikisah sebagai teori pengasas Funan, Teori Kaundinya.
Teori ini sebenarnya bergantung kepada ilmu perancang bandar. Tamadun yang lebih awal mempunyai tatacara memilih pegawai yang berkaliber, mengusahakan tenaga kerja efisien serta cekap mengutip hasil dan cukai untuk pembangunan awam. Tatacara ini dikumpul dan diperbaiki mengikut pengalaman. Penulisan tatacara yang paling lengkap diusahakan oleh Kautilya pada masa Raja Chandragupta.
Budaya, agama dan bahasa adalah berkait rapat. Disebabkan bahasa tamadun di sekitar Indo-Pakistan adalah Vedas dan Sanskrit, makan tidak dinafikan bahawa panduan perantaran sistem pemerintahan awal negara kota Melayu (pura) banyak mempunyai ciri-ciri yang sama. Contoh kesimpulan simplistik mengenai orang-orang Melayu adalah seperti berikut:
" ... the early Malays ... belong to an older scheme of things ... Hindu organization for government, war, court ceremonial, elephant riding, trade, commerce and the rest ..." Ianya dikatakan simplistik kerana bahasa dan budaya pengucapan umum rakyat jelata adalah Melayu, dan hanya golongan cerdik pandai kerajaan (aristokrasi) sahaja yang dipercayai mahir menggunakan bahasa Sanskrit.
Prosiding Seminar Antarabangsa Pemandiran Budaya Tamadun Timur Laut
Anjuran Pusat Warisan Seni Melayu & UiTM.
Beberapa orang sejarahwan terkemuka berpendapat bahawa 3 kerajaan iaitu Funan, Champa dan Langkasuka (mencakupi Kedah di pantai barat & Pattani di Pantai Timur, juga berkemunginan besar meliputi Kelantan, Terengganu, Perak Utara dan Pahang Utara) adalah 'cognate', ertinya berpunca daripada akar dan umbi (asal usul) yang sama.
ReplyDeleteAda kemungkinan bahawa Kaundinya itu sendiri penghijrahannya ke Kemboja Negara, ketika itu bergelar Nokor Prey (dalam bahasa Khmer bermaksud Negara/Kota Agung), bermula bukan daripada Benua Hindi, tetapi dari bumi Langkasuka. 'Kaundinya' itu asalnya nama 'gotra' atau kerabat brahmin keluarganya. Maka masyarakat Khmer tempatan di Nokor Prey menggelarnya dengan pelat mereka Khorn Danh atau Khun Tienh.
Ada kemungkinan dia seorang brahmin kasta kshatriya berketurunan Kamboja (Kamboja asal di Punjab/Pamir-Badakshan, Himalaya Barat), berdarah raja, yang singgah di Langkasuka (Kedah/Patani) dan berkahwin dengan seorang puteri Langkasuka. Kemudian sama ada dia sendiri sambung merantau ke Kemboja Negara (Nokor Prey), atau seorang puteranya yang mengembara ke sana.
Maka apabila Kaundinya (atau puteranya) itu mengahwini seorang puteri Khmer di Nokor Prey pula, dia dianugerah oleh mertuanya sebuah wilayah besar yang digelarnya Kambuja Desha, mengambil sempena negeri/bangsa asalnya Kamboja di Benua Hindi.