Nama 'Allah' boleh digunakan oleh Herald Catholic Weekly - Mahkamah
BERITA TERBARU - KUALA LUMPUR 31 Disember 2009: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, sebentar tadi memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.
Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.
Pada 16 Februari lalu, Pakiam, sebagai penerbit akhbar berkenaan, mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.
Pakiam, antara lain menuntut perisytiharan bahawa keputusan responden pada 7 Januari 2009 yang melarang beliau menggunakan perkataan 'Allah' dalam Herald Catholic Weekly adalah menyalahi undang-undang dan perkataan 'Allah' bukan eksklusif untuk kegunaan agama Islam saja.
SUMBER (c) 2009 Berita HARIAN
Akal di letak di dubur inilah jadi nya.
ReplyDeleteJasa apa si macha(pemohon) ini dapat pangkat Tan Sri?. Ada sesiapa yang tahu boleh lah di jelaskan dengan terang dan jelas. saya memang tak tahu apa jasa-jasa dia sehingga dapat pangkat Tan Sri.
ReplyDeleteDah dapat pangkat Tan Sri begini jadinya.
saksikanlah Siapa yang menjadi pertualang menyakiti orang-orang melayu sekarang ini.
tapi masih ada orang-orang melayu akan berkata "nak buat lagu mano?,biarlah dia, kita sabarlah. kita kena jaga perasaan orang lain nanti jadi baloh pulak". katanya lagi "seksok biar tuhan balas ko dia lah"...