ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, January 1, 2010

Kenyataan Media Rajamenangis: "Allah" dalam Herald

Kenyataan Media Rajamenangis

Rajamenangis menghormati keputusan di peringkat Mahkamah Tinggi Malaya (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) yang telah mengenepikan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan nama ‘Allah’ di dalam penerbitan Herald Catholic Weekly. Rajamenangis juga akur akan keputusan yang telah dibuat oleh Yang Arif Hakim Datuk Lau Bee La kerana beliau mempunyai pendapat dan tafsiran tertentu mengikut hujah-hujah yang telah diutarakan oleh kedua-dua belah pihak.

Namun demikian Rajamenangis menyesali keputusan tersebut dan berharap Kerajaan Malaysia dan pihak Peguam Negara akan membuat rayuan yang sewajarnya ke Mahkamah Rayuan. Pada pandangan kami, keputusan Mahkamah keadilan dalam konteks kes ini perlulah dan seharusnya melihat kes ini dari aspek jurispruden sejarah (historical school) dan konteks ciri-ciri negara berlandaskan agama rasmi Islam yang mana ketuanya adalah Yang diPertuan Agong dan Sultan-sultan Melayu - lantas memberikan tafsiran yang harmoni dengan ciri ciri tersebut.

Oleh kerana Duli2 Tuanku adalah Ketua Agama yang tertinggi di negara ini, maka penggunaan nama "Allah" oleh mana-mana pihak atau badan yang bukan beragama Islam TANPA RESTU DAN PERSETUJUAN RAJA-RAJA MELAYU sebagai ketua agama Islam adalah
ganjil, pelik, mengejutkan dan amat dikesali.

Sudut tafsiran Rajamenangis adalah sejajar dengan larangan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri dan bertepatan dengan harapan setiap orang Islam yang bertuhankan Allah SWT.

Kami yakin Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan akan memberikan tafsiran yang sebaik-baiknya mengikut lunas undang-undang dan mengikut ciri-ciri jurispruden asal-usul Tanah Melayu, prinsip-prinsip interpretasi Perlembagaan dalam konteks Sejarah Tanah Melayu sebagai sebuah kumpulan negeri-negeri yang berlandaskan sistem Islam.

3 comments:

  1. MEMANG BENAR HAL2 AGAMA TAK BOLEH DIPERMAINKAN. SAYA SOKONG PENDAPAT RAJAMENANGIS TAPI YG MENGHAIRANKAN, KENAPA PERSOALAN AGAMA SEPERTI INI TAK DIBAWA KE MAHKAMAH SYARIAH?

    SEPATUTNYA KERAJAAN LEKAS2 CAMPUR TANGAN SUPAYA ORANG2 ISLAM TAK TERUS NAIK ANGIN... SEMAKIN LAMA DIBIAR, MESTI SEMAKIN PARAH!!

    ReplyDelete
  2. Betul..ini hanya permulaan bagi mereka, lepas ini mesti macam2 lagi karenah yang akan timbul....ini juga salah satu "senjata" mereka untuk memesongkan akidah umat islam....saya betul berasa kecewa teramat sangat....

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana pandangan semua.

    Saya merasakan agak susah untuk 'meneka' alasan-alasan YA Hakim. Dalam undang-undang, hakim bersumpah untuk mempertahankan undang2 dan perlembagaan dan BUKAN mempertahankan kepercayaan agama mereka. Ini jelas.

    Namun saya tak sabar nak menghalusi penghakiman bertulis oleh Hakim yang akan keluar tak lama lagi. Kita tunggu.

    Rajamenangis akan kupaskan disini.

    --Rajamenangis

    ReplyDelete