Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dilantik sebagai Sultan Johor pada hari ini (sabtu, 23 Januari 2010). Perlantikan itu berlandaskan Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan diisytiharkan oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar Johor Baru pada 10.21 pagi.
Selepas pemasyhuran itu, Tunku Ibrahim Ismail, 51, berikrar sebagai Sultan Johor dan berjanji untuk memerintah dengan adil, saksama dan penuh kasih.
Baginda mengenakan Baju Melayu putih dalam upacara itu. Baginda juga berikrar untuk menghormati dan melindungi agama Islam dan adat-istiadat Melayu serta bertegas dalam hal-hal berkaitan Undang-undang Tubuh Negeri Johor 1895 dan undang-undang Negeri Johor.
Pada jam 1.36 petang. peristiharan rasmi Sultan Johor yang baru dilakukan di atas tangga Istana Besar. Selepas itu, rakyat jelata melaungkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali. DAULAT TUANKU!!
0 comments:
Post a Comment