Lee Kuan Yew mengaku dasar dwi-bahasanya salah
Mantan Perdana Menteri Singapura itu membuat pengakuan secara terbuka bahawa dasar dwi-bahasa yang telah beliau perkenalkan serta laksanakan hampir 40 tahun lalu adalah salah. Kesalahannya kerana diperkenalkan di tahap awal pendidikan. Ini disahkan oleh anaknya sendiri, seorang pakar dalam bidang neurologi.
Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah Bahasa Inggeris. Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Ada beberapa kesan negatif hasil dasar dwi-bahasa Kuan Yew yang diakui oleh beliau sendiri. Pertama, pelajar-pelajar keturunan Cina tidak lagi berminat dan bersungguh-sungguh belajar Bahasa Mandarin.
Begitu juga kanak-kanak keturunan Melayu, minat mereka untuk belajar Bahasa Melayu semakin kurang dan menurun. Semuanya ghairah untuk belajar Bahasa Inggeris kerana nilai ekonominya. Apatah lagi, Singapura berada di tengah kesibukan dunia perdagangan antarabangsa.
Maka kedua-dua kumpulan generasi muda ini, keturunan Melayu dan Cina sedang dilanda penyakit rendah diri (inferiority complex).
Tidak kurang parahnya adalah kesan terhadap identiti jati diri negara bangsa dan rakyat Singapura itu sendiri. Walaupun mereka rata-ratanya fasih berbahasa Inggeris, tidak mungkin mereka diterima sebagai orang Inggeris.
Majoriti penduduk Singapura adalah keturunan Cina dan bahasa pertama mereka sepatutnya Mandarin. Bagi orang Melayu pula, bahasa ibunda mereka adalah Bahasa Melayu.
Bagi keturunan Cina, mempelajari Bahasa Mandarin adalah sukar dan membosankan. Adalah lebih mudah menumpukan perhatian untuk belajar dan menguasai satu bahasa sahaja, iaitu Bahasa Inggeris.
Tetapi Bahasa Inggeris tidak mampu menjadi jiwa dan unsur jati diri kepada keturunan Cina mahupun orang Melayu di Singapura.
(c) WAN HASHIM WAN TEH
(2010 Utusan)
Terima kasih kpd Rajamenangis kerana berkongsi info ini...
ReplyDeleteRamai rakan2 saya yg berbangsa Cina di S'pura tidak pandai langsung berBahasa Melayu dan oleh kerana orang2 Melayu juga semakin sedikit, komunikasi dalam bahasa ibunda hanya tertumpu di kalangan mereka saja. Kita dapat bayangkan, 10-15 tahun lagi, orang2 Melayu S'pura juga mungkin tidak lagi pandai berbahasa Melayu. Alangkah sedihnya jika ini terjadi... Saya kira, orang India S'pura juga sudah makin lupakan bahasa ibunda mereka...
salam.
ReplyDeleteDari tiongkok datang ke malaya,
dapat tanah melayu sebesar pulau,
itulah impian dia kuan yew
generasi sekarang fikir-fikirlah.
siput
salam,
ReplyDeleteKang Tuo pernah berkata "takkan melayu hilang di dunia"....