ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, January 25, 2010

Isu gempar Thailand dan sejarah kita


Rajamenangis telah mendapat tahu pihak negara Thailand telah memasuki satu Persetiaan dengan Great Britain pada Januari 1946, dimana Thailand melepaskan dan secara rasmi menarik balik tuntutan mereka keatas kawasan tanah di Malaya yang dikatakan di dapati oleh Thailand dalam Perang Dunia Kedua. Adakah ini melalui serangan Jepun ketas Kelantan dan Tanah Melayu? Adakah kawasan yang dimaksudkan ialah wilayah sengketa masa kini?

Atau adakah ini menunjukkan, bahawa 11 tahun sebelum kita merdeka, Thailand masih lagi mempunyai cinta yang mendalam terhadap negeri-negeri Melayu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah di lepaskan kepada British-Malaya dalam tahun 1909?

Seperkara lagi. Kita jarang-jarang mendengar bahawa Kerajaan Thai mengisytiharkan perang keatas Great Britan dan USA pada tahuhn 1942. Adakah ini benar? Adakah ini bermakna Thailand sehala tujuan dengan rancangan besar Jepun dalam Peperangan Dunia Ke2?

Siapakah yang ada salinan Perjanjian Januari 1946 itu antara British dan Thailand? Mohon dapat berkongsi isu ini dengan Rajamenangis.


-Rajamenangis-

3 comments:

  1. RUPA2NYA ADA JUGA PERJANJIAN LEBIH AWAL DRPD 1909??

    The Burney Treaty was a treaty signed between Siam and the British in 1826. The treaty was named after the head emissary from the East India Company, Henry Burney. It acknowledged Siamese claim over the four northern Malay states of Kedah, Kelantan, Perlis and Terengganu. The treaty further guaranteed British ownership of Penang and their rights to trade in Kelantan and Terengganu without the Siamese interference. The four Malay states were not represented in the treaty negotiation. In 1909, the parties of the agreement signed a new treaty that superseded the 1826 treaty. The 1909 treaty, known as Anglo-Siamese Treaty of 1909, also known as the Bangkok Treaty of 1909, transferred the four Malay states from Siamese to British dominion.

    ReplyDelete
  2. salam.........

    Saya setuju dengan pandangan tuan Rajamenangis. Siri pembongkaran kepada kebenaran fakta sejarah yang sekian lama disembunyikan kemudian diputarbelitkan secara licik di antara kuasa besar yang memiliki kecerdikan otak penipu pada ketika itu.

    Apa yang saya tahu dari sejarah lisan orang-orang tua, kerajaan Kedah dan Kelantan pada awalnya masih ada hubung-kait keturunan keluarga dengan raja-raja di Siam. Bunga Emas bukanlah bukti dijajah oleh Siam tetapi sebagai tanda menghormati kerajaan Siam supaya tidak diserang.

    Dari sejarah lisan juga kerajaan Siam berasal dari kerajaan ayutia yang dikaitkan dengan penghapusan kerajaan Islam Champar di Kemboja. Keturunan raja campar yang terselamat kemudiannya bergabung secara sulit dengan sanak-saudaranya yang memerintah kerajaan di Kelantan dan Patani. Raja yang memerintah pada ketika itu mengadakan alasan supaya rakyat jelata tidak menjadi korban dengan kancah penyerangan Siam terhadap orang-orang yang memeluk agama islam, maka bunga emas dihantar sebagai tanda menghormatan kepada kerajaan yang berdaulat walaupun seorang raja itu beragama budha. Bunga Emas juga dibentuk dan diukir mengikut bayangan kepercayaan Gautama Budha sebagai bukti, walaupun seorang raja yang telah beragama Islam tetap menghormati kepercayaan ajaran budha, menyebabkan Raja Budha yang memerintah Siam terkesan dengan baik budibira.

    Orang-orang tua pernah berkata Melayu Islam kerana raja yang memeluk agama Islam kemudian setiap hamba rakyat pun memeluk agama Islam, kalau tidak kerana raja jadilah seperti orang-orang budha di Siam kekal dengan budha kerana raja mereka masih beragama budha.

    Berbalik kepada isu 1909,
    Orang-orang selatan Thailand yang memahami sejarah asal tidak pernah bersetuju dengan negeri mereka diserah oleh inggeris kepada Siam kerana mereka tidak pernah dijajah oleh Inggeris. Perjanjian Bangkok mengakibatkan Kelantan diserah kepada inggeris oleh Siam dan wilayah Patani diserah oleh inggeris kepada Siam walhal wilayah patani termasuk yala,setul dan narathiwat tidak pernah ada apa-apa hubungan dengan inggeris.

    Punca akibat kejadian yang bergolak di selatan Siam sampai sekarang tiada penyelesaian. Inggeris yang cerdik, sekarang cuci tangan membiarkan pembunuhan yang dirancang oleh mereka sejak 1909.


    Konspirasi mengikut teori inggeris dan sekarang kita saksikan teori mereka yang telah berjaya iaitu keadaan yang tidak pernah aman tentang apa yang kristian inggeris rencanakan...

    Pembohongan jahat berdokumen 1909 secara licik yang sengaja diada-adakan supaya umat melayu selatan thailand menjadi mangsa sehina-hinanya tiada penyelesaian...

    Dabong

    ReplyDelete
  3. salam,

    sama juga dengan isu Palestine, angkara kuasa besar orang putih ...

    jadi bagaimana penyelesaiannya??

    ReplyDelete