ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Friday, January 1, 2010

"Allah" itu hak hamba Allah dan yang menyembahNya , bukan yang mengkhianatiNya

DEWAN RAKYAT: KHAMIS

Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelaskan perkara berkenaan. Datuk Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah."

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati termasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.


SUMBER: Berita PARLIMEN
LIHAT http://zanas.wordpress.com/2009/03/07/nama-allah%E2%80%A6pas-jawab-pas/

4 comments:

  1. Salam....

    Pandangan...
    Kita ada alasan kita
    mereka ada alasan mereka
    mereka berkata mengikut ilmu mereka
    kita pun sama....

    Persoalan dimana hakim-hakim melayu yang beriman dengan kitab suci al Quran di Malasia ini, sehingga hakim bukan Islam diberi mandat untuk mengadili dan membuat keputusan kes tersebut. Budibicara hakim dalam menilai keputusan bergantung kepada fakta dan pengetahuan, mana mungkin dia nak rujuk pelembagaan Al Quran.

    Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna..

    ReplyDelete
  2. salam,,,

    selaku ketua ugama islam Malaysia, last sekali terletak pada Yang Di Pertuan Agong.., masalah ini bisa diatasi oleh orang yang tembus batas..,Semua ini adalah perancangan Tuhan Yang Maha Esa.., orang islam sekarang pun "Lalai" dalam isi kandung -Al-quran..

    ReplyDelete
  3. Pada hakikatnya, hakim tidak boleh di pilih mengikut kes kes, jhasnya jia ia melibatkan isu mcm ini. Tidak boleh dikatakan isu ini hanya boleh di putuskan oleh hakim beragama Islam oleh kerana sebab sebab yang jelas - ialitu mengutamakan kepercayaan sendiri daripada undang-undang.

    Namun kami tetap ralat dgn keputusan itu.

    --Rajamenangis

    ReplyDelete
  4. Salam...........

    Sesiapa pun ada pandangan masing-masing.. mengikut ilmu masing-masing........

    Sejarah purba kedatangan orang-orang kristian Portugis ke Tanah Melayu(masa itu bumi ini masih belum dinamakan Tanah Melayu oleh orang-orang kristian inggeris) pada mulanya kata orang-orang kristian itu nak berbaik-baik dan berniaga di bumi Melaka. Saya malas nak panjang lebar, dipendekkan cerita berakhir dengan kedatangan untuk menjajah Melaka.

    Kemudian datang pula orang-orang kristian belanda kata mereka nak berdatang rempah ratus dipendekkan cerita ...mereka orang-orang kristian berjaya menjajah bumi bertuah ini.

    kemudian orang-orang kristian belanda menjual Negeri Tanah Melayu(masa itu belum dinamakan Tanah Melayu lagi) kepada orang-orang kristian inggeris yang kemudiannya dinamakan Perjanjian Inggeris Belanda. Orang-orang melayu tak tahu apa-apa.... tahu-tahu heh..heh kena jajah oleh orang-orang kristian inggeris pulak.

    Orang melayu ni tak serik-serik dengan tektik muslihat orang-orang kristian menggunakan alasan perlindungan dan kuasa laluan tiada siapa yang boleh menghalang....kalau dulu bentuk perjanjian untuk mengikat apa yang mereka nak....dengan perjanjian-perjanjian dengan Raja-raja.......

    Sekarang lain pulak nak kepada hak perlindungan dibenarkan dengan perintah mahkamah.. bila dah dapat kebenaran tersebut tiada siapa yang boleh menghalang.....

    Saya syorkan saja hakim melayu, kerana mereka ada sensitiviti terhadap kepercayaan orang-orang melayu... bukan masaalah "BIAS" kalau orang cina dia tahu apa sensetiviti terhadap orang-orang melayu...

    Lagi pulak undang-undang sivil tu sejarah purbanya dibuat dan diadakan oleh orang-orang kristian kemudian dipraktiskan di negara ini..ITU MEMANG BIAS. sebab undang-undang tersebut adalah mereka yang punya pada asalnya....sudah tentu mereka menang kerana mereka tahu selok-belok undang-undang tersebut.. kes law pun mereka senang dapat dari negara- negara kristian di eropah atau dimana-mana untuk menuntut kepentingan mereka.. itu dakyah mereka secara halus ke?.....

    Perancangan orang-orang kristian bukan baru kerana mereka ada rangkaian dimana-mana didunia sekarang ini. Kalau Pemimpin kristian yang memerintah didunia ini tak mahu berniaga dengan Malaysia tentu Koyak.. lah....ekonomi malaysia ... itu satu kemungkian..

    Undang-undang sivil adalah BIOS untuk kepentigan mereka......

    Undang-undang rimba adalah BIOS kepada orang-orang Melayu.....

    wasalammmm

    rover discovery

    ReplyDelete