Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.
Misteri: 'Penjara ghaib' Beting Beras Basah
Ariffin Mohd Dahlan berdiri di samping bendera di Beting Beras Basah, empat tahun lalu.
Lokasi wajib tabal Sultan di Sungai Perak ini turut dikenali lubuk misteri.
KAWASAN Beting Beras Basah yang terletak di Bagan Datoh Perak, sememangnya sinonim dengan catatan sejarah kesultanan Perak sejak sekian lamanya. Namun, di sebalik kewujudannya sebagai lokasi wajib diziarahi Sultan baru, ada pelbagai catatan lain yang mengaitkannya sebagai lubuk misteri yang menggerunkan.
Ini termasuk kaitannya sebagai tempat penunggu, tempat makhluk ghaib ‘dipenjara’, selain kewujudan lubuk pusar ketika air pasang.
Menyingkap kewujudannya, penyelidik dan pengkaji sejarah, Ariffin Mohd Dahlan atau Pak Engku mendakwa semuanya bermula pada 1528 apabila pembesar Perak mengadap Sultan Mahmud Shah, pemerintah terakhir Melaka yang bersemayam di Kampar, Sumatera, ketika itu. Permintaan mereka ialah supaya salah seorang putera baginda dijadikan pemerintah Perak yang tidak mempunyai Sultan. Permintaan itu diperkenankan dan Raja Muzaffar dititah menjadi pemerintah Perak pertama.
“Bagaimanapun Raja Muzaffar lari ke Pagar Ruyong ketika itu kerana merajuk apabila adindanya dilantik Sultan Johor, sedangkan beliau anak sulung. Rombongan diraja itu belayar membawa bersama alat kebesaran diraja Melaka seperti nobat, nafiri, pedang Chura Simanjakini, cop mohor halilintar dan beberapa alat lain.
“Rombongan diiringi Megat Terawis. Mereka singgah di Siak, kemudian ke Klang dan seterusnya ke kuala Sungai Perak dengan pelayaran dikemudi Nakhoda Tumi. Bagaimanapun, bahtera Raja Muzaffar dilanda ribut taufan dan ombak besar ketika melalui kawasan lubuk pusar di Beting Beras Basah. Bahtera baginda tidak boleh bergerak sehingga terpaksa membuang segala peralatan kecuali alat kebesaran diraja,” katanya pada majlis sembang sejarah Kesultanan Perak, baru-baru ini.
Pak Engku berkata, jin yang menjaga lubuk pusar itu, Datuk Maharaja Siraja Jin, meminta baginda membuang mahkota yang dipakai ke laut.
“Arahan itu dituruti Raja Muzaffar. Selepas itu barulah ribut taufan reda dan bahtera boleh belayar. Sejak itu, Perak tidak memakai gelaran Tengku Mahkota memandangkan mahkotanya sudah dibuang sebaliknya diganti dengan gelaran Raja Muda.
“Selepas Raja Muzaffar berseru ‘Selikit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilingkung Ular Saktimuna, Sebenarnya Aku Menjadi Raja, Jauhkan Segala Malapetaka, Perpisahan Aku Di Selat Melaka” barulah bahtera baginda dapat bergerak ke tepi tebing dan disambut rakyat negeri Perak yang diketuai Tun Saban. Baginda kemudian dibawa mudik ke hulu dan ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama di Tanah Abang,” katanya.
Kajian Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Abdullah Jumain Abu Samah, pula menyebut Raja Muzaffar terpaksa menyelam ke dasar laut selama tujuh hari tujuh malam untuk mengadakan perjanjian dengan makhluk ghaib yang menjaga kawasan berkenaan.
“Kawasan beting ialah kawasan lubuk pusar yang kadang-kadang timbul dan tenggelam apabila air pasang. Keadaan pasirnya keras dan putih, seluas padang bola seperti beras basah. Ia tempat pertabalan Sultan Perak sejak Sultan Muzaffar Shah I, Sultan Perak pertama pada 1528 hingga sekarang. Setiap Sultan yang bakal menduduki takhta Perak dimestikan menziarahi Beting Beras Basah dan menjejakkan kaki di atas beting pasir,” katanya.
Beliau berkata, kawasan lubuk pusar itu dikenali sebagai Tasik Pawa Janggi dan menurut cerita rakyat Perak, ia tempat yang digeruni kerana banyak perkara misteri berlaku. Di dasar tasik itu dikatakan mempunyai kerajaan yang diperintah tujuh jin.
Kawasan berkenaan dikatakan menjadi tempat pawang memenjarakan makhluk ghaib yang jahat sejak dulu sehingga sekarang.
“Ia juga dikatakan ‘pusat’ makhluk ghaib seluruh dunia, termasuk Islam serta perkampungan orang bunian,” katanya yang turut berharap catatan sejarah itu mendapat perhatian dan pengiktirafan Persatuan Sejarah Malaysia dan bahannya dapat dibukukan untuk tatapan serta rujukan pencinta sejarah tanah air,” katanya.
Malah, Pak Engku sendiri tidak terkecuali mengalami pengalaman pelik sepanjang mengenali Beting Beras Basah.
“Saya turun ke laut mengambil segenggam tanah dan kemudian menuju ke muara Sungai Perak di kawasan lubuk pusar Beting Beras Basah iaitu beting tengah,” katanya.
Selama hampir 15 minit, bot yang dinaikinya mengelilingi lubuk pusar itu sementara menanti beting berkenaan muncul. “Tiba-tiba saya ternampak kain berwarna-warni muncul dari lubuk pusar itu. Apabila air semakin surut, beting timbul dan saya dapati ada bendera tujuh warna terikat di tujuh batang tiang setinggi kira-kira 4.5 meter.
“Kain berkenaan berwarna putih, hijau, kuning, biru, merah, hitam dan ungu. Kain dengan warna bendera negeri perak berada pada tiga tiang tengah, dua lagi tiang dengan kain pelbagai warna itu di kiri dan kanan tiang bendera perak, manakala kain putih membentuk tiga segi di hujung kiri dan kanan,” katanya.
Beliau mendakwa warna berkenaan mewakili setiap satu jin yang memerintah kerajaan bawah laut. Pada jam 7.20 pagi berkenaan, Pak Engku meminta pawang yang mengiringinya membacakan tahlil dan doa arwah di situ. Selesai majlis beliau terus menuju ke kolam air pusar membawa kain tujuh warna yang dibawa untuk diikat pada tiang bendera negeri Perak.
“Pada awalnya ia tiada masalah tetapi sebaik menghampiri kawasan pusar itu, saya tidak boleh melangkah seolah-olah ada sesuatu yang menghalang.
“Saya cuba merempuh tetapi gagal dan akhirnya saya berseru ‘Aku adalah keturunan Panglima Hitam daripada Raja yang berdaulat. Mudahkan segala pekerjaanku.’ Selepas itu barulah kain tujuh warna berkenaan dapat diikat pada tiang bendera berkenaan. Saya juga sempat berdoa sebelum keluar.
“Selepas keluar dari kolam itu untuk mengambil wuduk, saya lihat ke arah laut dari luar kolam dan nampak seperti mata manusia tetapi cuma sebelah memerhatikan saya. Saya tidak berkata apa-apa kerana sudah dipesan, jika ternampak sesuatu di situ jangan ditegur,” katanya.

(C) 2010 Oleh Hazirah Che Sab
Berita Harian
Kawasan di mana terletaknye daulat kesultanan perak, tempat jin2 kerajaan perak jaga keselamatan negeri perak dari di ceroboh anasir2 jahat dari luar..
ReplyDeleteGangga Negara....
ReplyDeletesalam,
ReplyDeleteraja berdaulat mampu munundukkan perkara yang ghaib..
Daulat tuanku!!
mungkin sakit aku ada kaitan dengan keturnan raja-raja dulu-dulu,sbb org tua aku kata kami adalah dari keturunan diraja. Setiap tahun kena buat kenduri arwah dan tahlil dan doa bacaannya ditujukan kepada nama-nama raja-raja dahulu. Kenduri yg dibuat penuh dengan adat2 dan pantang larang...Dan mungkin keturunan my father terikat dengan perjanjian2 jin dan apabila sampai kepada generasi sekarang tak ada siapa yang tahu tentang perjanjian yang telah dibuat oleh orang terdahulu dari keturunan kami dan dikira generasi keturunan sekarang telah melanggar perjanjian. Apabila tidak mengikut syarat dan perjanjian,anak cucu sekarang menjadi mangsa dek kerana perjanjian orang2 terdahulu. Bila dah sakit macamni siapa yang harus bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Generasi kini yang tidak tahu menahu apa-apa menjadi mangsa dan perkara sebegini tidak ada orang yang tahu menahu untuk menjelaskan perkara yang sebenar. Dan lagi menurut cerita,semua perjanjian yang telah dibuat adalah syirik dan disebabkan itulah generasi sekarang tidak mahu meneruskan syarat2 seperti dalam perjanjian...
ReplyDeleteaku xpasti betul ke x.tp bapa saudara aku ade ckp,keturunan aku adalah yg membuka bagan datoh dan dilantik oleh sultan sebagai pengutip cukai..nama nye aku xingat tp ade 2 org.sorg org gelar pawang tok.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam pak engku..mengikut daripada cerita nenekanda saya dahulu..kami ini berasal daripada keturunan panglima hitam..ini kerana lidah kami berwarna hitam dan berbulu roma songsang..serta kami ini ada pantang dan larangnya dari segi makanan..dan peradaban..saya ingin mengenali pak engku dgn lebih dekat lagi...
ReplyDelete