ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, January 5, 2010

FADHILAT TASBIH YUNUS


Al-Anbiya’ : Ayat 87
[87] Dan (sebutkanlah peristiwa) Zunnun, ketika dia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan dia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka dia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.

Fadhilat:

Doa/tasbih Nabi Yunus AS semasa terperangkap di dalam perut Ikan Nun.

Sabda Rasulullah SAW:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwudhuk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus AS “La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat; solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.



Sumber http://terapijiwa.com

2 comments:

  1. Ingat-mengingati perkara2 yg baik memang dituntut oleh agama. Jangan selama2nya kita dlm 'kegelapan' kerana hati kita enggan terima ilmu sebegini... kalau tak mampu buat yg banyak, berusahalah buat yg sikit...

    Tanya sama hati.


    Mak Andak,
    S.Alam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Salam perkenalan dari saya ahli ABJAD MALAYSIA.P.K.2090 dan PERSATUAN WARGA MELAYU MALAYSIA di bawah pimpinan al fadhil Ustaz Haji Ahmad Haji Che Din.

    "ISLAM MELAYU,MELAYU ISLAM"

    ReplyDelete