KELUARGA DAN WARIS-WARIS TUN MUTAHIR
Adik–beradiknya:
Adapun ayahanda Tun Mutahir itu adalah Bendahara Siwa Raja Tun Ali mempunyai beberapa orang isteri , tetapi yang paling diketahui ialah:
i) Che' Wan Ngah , isteri tua yang berkerabat , bonda Tun Mutahir
ii) Che’ Puan Lingga , isteri dari Lingga, bonda Tun Ahmad
Baginda mempunyai lima adik beradik lelaki dan enam orang perempuan
i) Baginda sendiri, iaitu Raja Bendahara Tun Muhammad Tahir bin Raja Bendahara Tun Ali.
ii) Tun Ismail bin Raja Bendahara Tun Ali [Tun Buang], Engku Panglima Besar Chenor, seorang puterinya Wan Empok, berjodoh dengan Raja Bendahara Tun Abdul Rahman ibn alMarhum Tun Mutahir. Keluarga Tun Ismail itulah keluarga yang paling banyak bersemenda (berkerabat) dengan keturunan Tun Mutahir.
iii) Tun Ahmad , yang merampas takhta, diangkat sebagai Sultan Ahmad Shah I pada tahun 1882.
iv) Tun Mansur
v) Wan Hassan
vi) Wan Che' Sunit , isteri Ungku Abdullah ibni al-Marhum Tengku Temenggong Sri Maharaja Daeng Ibrahim
vii) Wan Esah
viii) Wan Long , Che Puan Engku Sayyid, isteri Engku Perdana Menteri Engku Sayyid Omar
ix) Wan Teh, isteri Raja Asal , Raja Mendailling yang pernah memegang Kuala Lumpur, Kampung Seputih mengambil sempena namanya
x) Wan Timah
xi) Wan Andak
Baginda dijodohkan dengan tiga orang isteri:
i) Tengku Chik binti al-Marhum Sultan Ahmad Taj ud-din Halim Shah, iaitu Sultan Ahmad Tajud-din Halim Shah I ibni al-Marhum Abdullah al-Mukarram Shah, Sultan Kedah
ii) Tengku Chik binti al-Marhum Sultan Abdul Rahman Mu'adzam, puteri sulong. Sultan Abdul Rahman I Mu'adzam Shah ibni al-Marhum Sultan Mahmud, Sultan Lingga.
iii) Tengku Kechik binti al-Marhum Sultan Abdul Rahman Mu'adzam, puteri Sultan 'Abdu'l Rahman Mu'adzam Shah, Sultan Lingga
Baginda dikurniakan tujuh putera dan dua puteri iaitu:
i) Engku Muda Koris bin Raja Bendahara Tun Mutahir , dikenali juga sebagai Tun Long, putera Tengku Chik Kedah, bergelar Engku Panglima Perang sebelum ditabal sebagai Bendahara Muda 1861. Menantu Temenggung Johor. Mangkat semasa berudur di Kuala Sedili selang beberapa hari kemangkatan ayahandanya ii) Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman bin Raja Bendahara Tun Muhammad Mutahir [Che' Engku Aman]. Ditabal selepas kemangkatan ayahanda dan kekandanya pada tahun 1863. Berjuang meneruskan perjuangan ayahanda dan kekandanya. (Lihat di bawah)
iii) Tun Da, berjuang bersama kekandanya, Tun Abdul Rahman, hingga kekandanya ditawan di Kelang, dan kemudiannya berdamai dengan Tun Ahmad. Keturunannya ramai di Tembeling hari ini.
iv) Tun Abdullah, sekutu kuat kekandanya. Keturunannya di Chenor hari ini.
v) Tun Ibrahim, mangkat di Kelang.
vi) Tun Muhammad
vii) Che' Wan Ngah
viii) Che' Wan Nit
ix) Che' Wan Chik, Cik Puan Besar Zabedah , berjodoh dengan Temenggung Seri Maharaja Abu Bakar ibni Temenggung Seri Maharaja Ibrahim, yang kemudiannya diangkat sebagai Sultan Abu Bakar, Sultan Johor.
Mengenai kesemua cucu-cicit Tun Mutahir adalah diluar kemampuan kami untuk menyenaraikan secara penuh. Walaubagaimanapun kami mengalu-alukan sebarang maklumat dari waris-waris Seri Maharaja supaya boleh dikemaskinikan laman ini, dan berikan hubungan lengkap dengan Tun Mutahir. Buat masa ini kami menghuraikan waris-waris Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman bin Raja Bendahara Tun Muhammad Mutahir [Che' Engku Aman] memandangkan kami adalah waris-warisnya.
Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman [Che' Engku Aman], baginda dijodohkan dengan:
i) Tengku Hamidah binti al- Marhum Sultan Muhammed Mu'adzam Shah, puteri Sultan Muhammed II Mu'adzam Shah ibni al-Marhum Sultan Abdul Rahman Mu'adzam Shah, Sultan of Riau, Lingga and jajahannya
ii) Wan Empok binti Engku Panglima Chenor Tun Ismail, sepupunya Warisnya hanya seorang iaitu daripada Wan Empok iaitu:
Tun (Wan) Tahir ibni Raja Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Rahman
Tun Tahir merupakan Leftenan Muda Timbalan Setia Johor hingga baginda mangkat pada tahun 1928. Baginda dimakamkan diBukit Timbalan , Johor Bharu dengan penuh adat dan kebesarannya oleh Sultan Ibrahim, Sultan Johor, lengkap dengan perarakan serta tembakan hormat. Baginda berjodoh dengan Zaleha (Wan Embong).
Baginda dikurniakan seorang putera dan tiga orang puteri iaitu:
i) Tun (Wan) Chik, nenda penulis
ii) Tun (Wan) Maryam
iii) Tun (Wan) Muhammad
iv) Tun (Wan) Esah, mangkat di Johor Bharu, 2001
Waris-waris Tun Tahir yang paling tua
Tun (Wan) Esah yang baru mangkat pada Oktober, 2001
(Tun) Zabedah , puteri Tun (Wan) Chik (73 tahun) semasa majlis pelancaran buku ‘Mencari Sejarah; Tun Mutahir’
Sumber : www.geocities.com/mzfr/tmta/Waris.htm
kesan dari peperangan inilah wujudnya kg teluk ramunia. dimana pengikut tun mutahir telah ke singapura dan kemudian ke teluk ramunia. baginda sir sultan abu bakar telah membantu membangunkan teluk ramunia, pengerang dangan memberi benih kelapa. sehingga kini masih terdapat keturunan pahlawan pahang nong barat bermastautin di sini. untuk maklumat lanjut boleh baca asal usul teluk ramunia pengerang johor.
ReplyDeletesyed nazir.
anak almarhum tun mutahir dua sahaja iaitu tengku sham dan tengku cik
ReplyDeleteyang lain wan de , wan rahman dll smeua adalah anak angkat tun mutahur dari anak saudara sebelah isteri, sebb tu mereka smeua wan rahman dll tak ditabalkan menjadi bendahara pahang selepas kalah perang kenapa ?
kenapa tiada satu pun penganti bendahara selepas tun mutahir, ini kerana waris lelaki tun mutahir seorang sahaja bersamasham atau tengku sham ditabal bendhara muda pahang, yanglan tu semua anak anak anggkat darizuruat anak saudara isteri tun mutahir yang sebelah riau
boleh sahaja hubungi saya terus 0193330608 untuk mengetahu sejarahpahang dari ketuyruan almarhum tunmutahir
ReplyDeleteAssalamualaikum. Saya terpanggil utk memberi pencerahan tentang keturunan saya ini sila ke blog saya
ReplyDeletehttp://kgjlnibrahim1920.blogspot.com
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete