Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu?
Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.
Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum Kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.
Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.
Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini.
~ Dipetik daripada www.hikmatun.wordpress.com
Saturday, September 26, 2009
Home »
Al-Quran
,
Islam
,
kanun melaka
,
Kesultanan
,
sebelas
,
sultan islam
,
undang syariah
» Hukum Kanun Melaka
Alhamdulillah...!!!
ReplyDeleteSyabas buat Raja Menangis kerana menerbitkan artikel ni.. Usah diperdulikan kalau ramai puak yang mencemuh RM. Semoga setiap apa yg Raja Menangis terbitkan akan mendapat ganjaran Pahala dari Allah..
Insyaallah...!! Beranilah kerana benar..!! mari sama-sama kita pupuk dan berusaha menanamkan kembali ruh islam ke dada-dada bangsa melayu kini..
* Melayu gagah kerana Islam Bukannya kerana Bangsa
Saper pulak yg mencemuh RM ni... kita pun tak tahu :)
ReplyDeleteSiapa ya?
Rajamenangis
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTAHNIAH dgn wujudnya blog ini. Semoga semua rakyat jelata sedar bahawa pihak Raja-raja mati-matian mempertahankan kedaulatan raja Melayu dengan mempertingkatkan iman dan beramal dengan petunjuk yang telah disebarkan oleh Nabi Muhammada saw . Jika Raja Melayu kuat berpegang kepada Quran dan Sunnah, insyAllah rakyat akan mati-matian mempertahankan Raja Melayu dan "Melayu TIDAK akan hilang dari dunia ini"
Allah hu akbar!!!
Assalamualaikum
ReplyDeleteDi manakah buku asal Hukum Kanun Melaka disimpan?
Adakah buku Hukum Kanun Melaka dicetak semula di zaman moden ini?
Bolehkah tuan Raja Menangis upload gambar buku Hukum Kanun Melaka?