KAWASAN induk kerajaan Perak terletak di bahagian muara Sungai Perak. Di situlah dahulu Raja-raja Perak bersemayam. Perak. Di utara, Sungai Krian menjadi rebutan di antara Perak dengan Kedah; di selatan, Sungai Bernam menjadi rebutan Perak dengan Selangor.
Sungai Larut juga merupakan jajahan takluk negeri Perak. Long Ja'afar membuka lombong bijih timah di Larut. Bijih timah buat kali pertama dieksport dari Larut pada 1844. Sebelum itu bijih timah lebih banyak dikerjakan di kawasan Hilir Perak dan Bidor. Long Ja'afar berasal daripada keluarga berketurunan Aceh; bapa saudaranya (Alang Allaidin) memegang jawatan Datuk Panglima Bukit Gantang. Long Ja'afar berkahwin dengan sepupunya Ngah Pura, anak Alang Allaidin.
Kejayaan lombongnya merapatkan hubungan di antara Long Ja'afar dengan saudagar-saudagar Cina di Pulau Pinang kerana bijih timah Larut dijual kepada saudagar-saudagar Pulau Pinang. Akibatnya Long Ja'afar mengupah orang Cina untuk mengerjakan lombong di Larut. Pada pertengahan kurun ke 19, orang Cina mulai menetap di Asam Kumbang, Kelian Pauh dan Kelian Baru.
Golongan pertama orang Cina yang datang ke Kelian Pauh diketuai oleh Law Sam; hubungannya dengan Long Ja'afar amatlah erat. Jajahan Larut itu menjadi semakin penting apabila permintaan untuk bijih timah meningkat naik akibat perkembangan perusahaan papan timah di Britain. Sehingga pertengahan kurun ke 19, Hilir Perak adalah pusat kegiatan ekonomi, barang-barang eksport dan import disalurkan melalui muara Sungai Perak.
Mulai pertengahan kurun ke 19, pusat itu berpindah ke Jajahan Larut. Pada peringkat inilah, Long Ja'afar mengambil keputusan untuk mengukuhkan kedudukannya di Larut yang menjadi pegangan bapa mertuanya. Long Ja'afar berjaya memujuk Sultan Shahabuddin (1831-1851) supaya memberikan Jajahan Larut kepadanya sebagai pegangan. Ini dilakukan dengan pemberian surat kuasa bertarikh 6 November 1850.
Pada masa pemerintahan Sultan Abdullah Muhammad Syah (1851-1857), perselisihan berlaku di Perak; kedudukan baginda dicabar oleh Raja Muda Ngah Ja'afar yang lebih berpengaruh. Daripada Raja Ja'afar, Long Ja'afar mendapatkan surat kuasa baru yang bertarikh 8 November 1856. Setelah Sultan Abdullah mangkat pada 1857, Raja Ja'afar ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Perak.
Lebih kurang pada masa ini juga Long Ja'afar telah meninggal; anaknya, Ngah Ibrahim, menjadi warisnya dan seterusnya menjalankan pentadbiran di Jajahan Larut dibantu oleh Ngah Lamat, saudara pada Long Ja'afar. Ngah Ibrahim diberi surat kuasa baru bertarikh 24 Mei 1858.
~ Sumber: www.geocities.com
Saturday, September 26, 2009
Home »
Kesultanan
,
negeri melayu
,
Nostalgia
,
orang melayu
,
Tempat
,
tokoh
» Long Ja'afar di Larut
Loh Sadip,
ReplyDeleteBapak mahu bertanyakan.
Apa betul orang-orang cina masuk ke Maleisia berduyun-dutun ke tanah melayu kerna bisnes bijih timahnya gitu?
Apa pula ya, keadaan di negeri Jawa dahulu dalam lewat kurun kedelapan dan sembilan belas dan dua puluh...apa kah bijih juga faktornya atau bisnes lain? Kenapa Org cina di Indonesia peka dan sujud atas polisi kerajaan Indonesia dan berlaku integrasi yg amat baik disana, termasuk bahasa indonesia dan resam disana sedangkan org cina di maleisia sangat liat dan angkuh sekali?
Bapak Probowo
Bapak Probowo,
ReplyDeleteMemang benar, salah satu faktor kemasukan orang-orang Cina ke Malaysia adalah kerana menjadi pelombong bijih timah selain drpd generasi terdahulu, kerana perdagangan serta perniagaan di pekan2 kecil. Sama seperti kedatangan orang-orang India untuk menjadi pekerja / buruh di ladang tebu atau estet (ladang getah).
Di negeri Jawa, tidak dapat dipastikan dengan tepat samada bijih menjadi sebab utama kemasukan orang-orang Cina. Mungkin polisi kerajaan di sana begitu ketat membuat mereka taat. Atau pun dari segi geografi, kawasan yg luas dari Sumatera hingga ke Sulawesi, menyebabkan integrasi yg berbeza di kalangan 'pendatang' Cina dan penduduk asal di situ.
Sedangkan toleransi pelbagai kaum di Malaysia (termasuk dengan orang-orang India/Sikh/dll) menampakkan sikap lebih 'memberi & menerima pendapat' yg dipupuk semenjak zaman penjajahan Inggeris lagi. Sewaktu itu juga, 'kedudukan' sosial seolah2 ditetapkan dengan golongan Cina berniaga di pekan/bandar, orang Melayu menjadi petani/pesawah manakala orang India di estet.
'Pembahagian' struktur (dari segi ekonomi) inilah yg mungkin telah menimbulkan ketidakpuasan yg mengakibatkan berlaku pertentangan pendapat di antara kaum2 yg terlibat.
Begitu kira-kiranya, pada pendapat saya.
Zai