ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Sunday, September 6, 2009

Tak Raja Melayu hilang rakyat sejatinya


SUMPAH MELAYU II

Duhai Rajaku

ku bingkiskan
kisah kita bersama
500 tahun lamanya

diwaktu tuanku berhajat
patek hulurkan harapan

diwaktu tuanku bersedih
patek hulurkan doa

diwaktu tuanku tertekan
patek hulurkan nyawa

diwaktu tuanku titahkan
patek hulurkan kesetiaan

diwaktu tuanku berdepan lawan
patek hulurkan balatentera

diwaktu tuanku sukar
patek hulurkan jalan

diwaktu tuanku dicabar
patek hulurkan pahlawan

diwaktu senang dan susah
bukankah kita pernah lalui bersama?

Tak Raja Melayu hilang rakyat sejatinya
Daulat Tuanku!
Salam Aidilfitiri daripada RajaMenangis

5 comments:

  1. Tersebut kisah bendahara Muhammad,
    Mendapat titah, Duli Hadirat,
    Walau dirasa, beban yang amat,
    Sedia dipikul, penuh semangat,

    Sultan Johor, beri amanat,
    Bukukan kisa, serta riwayat,
    Raja Melayu, dan adat istiadat,
    Supaya tak hilang, sampai kiamat,

    Dato' Bendahara, jalankan titah,
    Tiada berkira, penat dan lelah,
    Penuh tafahus, menyusun sejarah,
    Agar kisah menjadi ibrah,

    Sejarah Melayu, terbuku sudah,
    Duli Pertuan, dibawah Sembah,
    Jasa Bendahara, telah dicurah,
    Bangsa Melayu, dapat faedah,

    Sejarah Melayu, agungkan karangan,
    Bendahara Muhammad Jadi Sebutan,
    Tun Sri Lanang nama timangan,
    Pujangga Melayu, tiada tandingan,

    Suatu ketika, tersebut riwayat,
    Raja-Bendahara, hilang muafakat,
    Cuba pulihkan, tidaklah dapat,
    Berpisah haluan, tak dapat disekat,


    Bendahara Johor, berhati rawan,
    Terlerai sudah, tali ikatan,
    Kalau begitu, kehendak Sultan,
    Apa nak buat, terpaksa turutkan,

    Negeri Johor, apalah malang,
    Dato' bendahara, kini menghilang,
    Baginda Sultan, tiada terhalang,
    Mengikut rasa, alang kepalang.

    Laksamana Paduka, jadi pilihan,
    Ganti mamanda, disisi Sultan,
    Pembesar Melayu, tiadalah aman,
    Tingkah laksamana, datangkan keruan.

    Negeri diatur, sewenang-wenang,
    Adat disanggah, alang kepalang,
    Laksamana paduka, menjadi dalang,
    Segala perintahnya, tak boleh di bangkang,

    Duduk di Riau, Sultan Johor,
    Rencana Laksamana, jelas tersohor,
    Muafakat bersama, sudah terkubur,
    Daulat raja, hilanglah luhur.

    Enam dekat, berlalu masa,
    Laksamana sekeluarga, masih berkuasa,
    Duli pertuan, tiada periksa,
    Pembesar Melayu, menjadi sisa.

    Sultan Johor, mangkatlah sudah,
    Putera Baginda, kerajaan diserah,
    Tingkah laksamana, tetap tak ubah,
    Duli Pertuan, berhati gundah.

    Sampai masanya, yang bersesuaian,
    Titah diberi, Duli Pertuan,
    Adat Melayu, ikutlah aturan,
    Supaya kita, tidak kerugian.

    Bendahara-Sultan, seperti sebadan,
    Janganlah cuba, pisah-pisahkan,
    Tali yang lerai, kita ikatkan,
    Warisan Melaka, kita sambungkan. Dst.

    ReplyDelete
  2. Siapakah gerangan ini? :-)

    ReplyDelete
  3. Adalah 7 perkara tersebut ialah;
    PERTAMA : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).
    KEDUA : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

    KETIGA : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

    KEEMPAT : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

    KELIMA : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

    KEENAM : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU; dan

    KETUJUH : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

    ReplyDelete
  4. PUAN Anonymous,

    Terlalu besar amanat itu dan terlalu gerun bunyinya. Maka terlalu besar penghayatannya juga. Insyallah dengan izin Allah.

    RajaMenangis

    ReplyDelete
  5. “Maka sembah Demang Lebar Daun. ‘Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Di Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat; jikalau besar dosanya dibunuh, itu pun jikalau berlaku pada hukum syarak’

    Maka di persetujui oleh Sang Sapurba akan perjanjian itu dengan Demang Lebar Daun yang mewakili rakyat terbanyak berbangsa Melayu tetapi Sang Sapurba pula meminta satu janji dengan Demang Lebar Daun..

    Maka sembah Demang Lebar Daun, ‘Janji yang mana itu, Tuanku?’ Maka titah Sang Sapurba, ‘Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan durhaka pada anak cucu kita, jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekalipun’

    Maka sembah Demang Lebar Daun, Baiklah, Tuanku. Tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah’

    Maka titah Sang Sapurba, ‘Baiklah, kabullah hamba akan waadat (perjanjian) itu’

    Maka baginda pun bersumpah-sumpahan barang siapa mengubah perjanjian itu dibalikkan Allah bumbungnya ke bawah, kaki tiangnya ke atas.

    Itu sebabnya di anugerahkan Allah subhanahu Wataala pada segala raja-raja Melayu, tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;

    jikalau sebagaimana sekali pun besar dosanya, tiada diikat dan digantung dan difadihatkan dengan kata-kata yang jahat. Jikalau ada seorang raja memberi aib seorang hamba Melayu, alamatnya negerinya akan binasa.

    Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya”

    ReplyDelete