ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Tuesday, September 15, 2009

WAHAI SABAH DAN SARAWAK: 16 SEPTEMBER

SELAMAT HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER DAN SALAM AIDILFITRI UNTUK SABAH DAN SARAWAK
Aidilfitri dan 16 September hadir lagi.

RajaMenangis ingin merakamkan ucapan khas Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak yang beragama Islam dan rakyat jelata kedua-dua negeri yang hebat ini yang menyambut tarikh 16 September ini sebagai hari pembentukan negara kita, sempena Aidilfitri dan tarikh bersejarah ini, kami bermohon maaf atas segala kekurangan dan kesilapan yang lalu dan semoga kita mengambil pelajaran daripada yang sedemikian itu.

Sabah dan Sarawak merupakan dua negeri yang semakin maju dan makmur. Kami turut mendesak Kerajaan Pusat dan Kerajaan kedua-dua negeri ini untuk 'mengganaskan' lagi pelbagai projek pembangunan dan menaikan lagi taraf kehidupan penduduk dan rakyat Sabah dan Sarawak. Insyallah, kami yakin ini akan berlaku.

Rajamenangis sentiasa mengikuti perkembangan negeri-negeri tersebut melalui blog blog atau lain-lain sumber yang boleh dipercayai. Kami sedia maklum akan segala luahan keresahan yang kadangkala terbit dan apa jua perubahan yang sedang dialami. Banyak perkara yang wajar dilakukan bagi memastikan Sabah dan Sarawak sentiasa memperolehi nikmat dari segi pembangunan dan lain-lain lagi, selari dengan negeri-negeri lain di Semenanjung - dan kami berpegang kepada prinsip ini.

Rajamenangis mendoakan rakyat kedua-dua negeri agar sejahtera dan selamat dan maju biar pun di mana mereka berada.

4 comments:

  1. Dengan ini patik menzahirkan sokongan dan kesetiaan ke bawah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Institusi Raja-Raja Melayu serta ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

    Telah patik berikrar sebagai anak Gayong ;

    Bismillah hir rahman nir rahim

    Bahawasanya kami ahli-ahli Gayong mengaku taat setia
    menjadi murid Silat Seni Gayong dan ahli Gayong.
    Bahawasanya:
    Kami mengaku taat setia kepada Allah
    Kami mengaku taat setia kepada baginda Rasulullah (s.a.w)
    Kami ..................

    Bahawasanya - kami mengaku - taat setia -
    ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
    Raja Permaisuri Agong dan Sultan-sultan yang memerintah - di seluruh Tanah Melayu.

    ........ lindungilah kami daripada segala mala petaka jin dan iblis
    dan manusia yang niat khianat ke atas diri kami dan negara kami.

    Amin Amin Ya Rabbal 'Alamin

    ReplyDelete
  2. BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak :

    mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
    memelihara satu cara hidup demokratik ;
    mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
    menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
    membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


    MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :


    KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
    KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
    KELUHURAN PERLEMBAGAAN
    KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
    KESOPANAN DAN KESUSILAAN

    ReplyDelete
  3. Tanpa sejarah kita tidak tahu siapa kita, dari mana kita datang dan kenapakah kita berada di sini dan tidak di tempat lain. Apabila kita tidak tahu dari mana kita datang, maka sukar bagi kita menentukan kearah mana kita akan pergi.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kerana membuahkan fikiran. Hantarlah artikel2 kepada kami untuk di siarkan. Yang sesuai akan kami paparkan.

    Salam Aidilfitiri.

    Rajamenangis

    ReplyDelete