Karya Air Mata Raja

Hayati penceritaan Tun Seri Lanang mengarang buku Sulalatus Salatin pada tahun 1612. Juga kisah hidup 23 pewaris Sultan Mahmud Shah Melaka dari tahun 1511 sehingga 2007. Sebuah naskhah terbitan DBP yang tiada yang lain seumpamanya.

Kesultanan Melayu

Sembilan buah negeri yang masih bersultan mencerminkan sebuah institusi yang terus kukuh. Sultan Melayu lambang keagungan Empayar Melayu Islam satu waktu dahulu. Sultan tonggak agama Islam buat orang Melayu.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Melaka)

Dilancarkan pada 17 Oktober 2011 oleh mantan Ketua Menteri Melaka YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam semasa berlangsungnya Seminar Melaka Merentas Zaman. Ia dianjurkan oleh IKSEP (institut Kefahaman Sejarah dan Patriotisme Malaysia) dengan kerjasama agensi kerajaan yang lain.

Pelancaran Buku Air Mata Raja (Singapura)

Dilancarkan pada 20 September 2013 oleh Encik Hawazi Daipi (Singapore Member of Parliament) di Restoran Mamanda, Sultan Gate, dalam suasana istana yang menarik, diisi dengan persembahan seni oleh para pelajar dari Politeknik Republik. Penghargaan buat Puan Masmunah dan Tuan Zulkarnine.

Anugerah Buku PNM-RTM

Buku 'Air Mata Raja' telah memenangi Anugerah Buku PNM-RTM (Perpustakaan Negara Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia) pada 3 Oktober 2013. Ia telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI
Showing posts with label undang syariah. Show all posts
Showing posts with label undang syariah. Show all posts

Saturday, February 23, 2013

Jangan lengah kes syariah, Sultan Selangor ingatkan hakim


SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bertitah mengingatkan Hakim Mahkamah Tinggi dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Negeri agar tidak melengah-lengahkan penghakiman kes tanpa alasan munasabah.

Sultan Sharafuddin bertitah bahawa baginda menerima banyak aduan dan rungutan daripada rakyat yang terpaksa menunggu lama untuk memperoleh keputusan penghakiman terhadap kes-kes mereka.

"Beta banyak mendapat aduan dan rungutan daripada rakyat Selangor yang mana kes-kes perceraian, pembahagian harta sepencarian, tuntutan nafkah dan pembahagian harta pusaka terlalu lama untuk mendapat keputusan penghakiman.

"Apabila Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah melengah-lengahkan penghakiman sesuatu kes, ia menyebabkan kehidupan mereka yang terlibat tergendala, atas sebab itu perbicaraan hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya," titah baginda.

Baginda bertitah pada majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Panel Tetap Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah di Istana Bukit Kayangan di sini.

Baginda menitahkan hakim mahkamah syariah supaya mengambil tindakan segera terhadap setiap aduan dan rintihan yang telah dikemukakan.

Sultan Sharafuddin turut menasihati Hakim Mahkamah Syariah agar sentiasa menyemai sikap berperikemanusiaan dalam diri ketika menangani kes-kes mahkamah tersebut.

"Setiap aduan itu janganlah diterima secara sambil lewa kerana mereka yang membuat pengaduan ke Mahkamah Syariah memerlukan keadilan untuk meneruskan hidup," titah baginda.
Terdahulu, pada majlis itu Sultan Sharafuddin berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada tiga Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, dua Hakim Mahkamah Rendah Syariah dan tujuh Hakim Mahkamah Rayuan.

Penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Syariah ialah Dr Mohd Na'im Moktar, Abu Bakar Mohd Daud dan Mohamad Zakian Dio.

Penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syariah pula terdiri daripada Zainal Abidin Kusmin dan Hafiz Moksin.

Bagi penerima watikah pelantikan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah ialah Tan Sri Ibrahim Lembut, Datuk Md Yusup Che Teh, Datuk Aidi Moktar, Datuk Hussin Harun, Datuk Yusof Musa, Datuk Mahammad Ibrahim dan Datuk Mohamad Abdullah.
Antara yang hadir pada majlis itu ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Khusrin Munawi dan Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.          
- Bernama

Saturday, September 26, 2009

Hukum Kanun Melaka

Tahukah anda bahawa Hukum Islam / Hudud telah pun dijalankan di Tanah Melayu ini sebelum kedatangan penjajah dahulu?

Menurut Prof Syed Muhammad Naquib, Islam mula diterima di Melaka pada tahun 812 hijrah (1409 Masihi). Kesultanan Melayu Melaka ini telah menjadikan Undang-Undang Islam sebagai undang-undang negara. Dan usaha untuk mengkanunkan undang-undang ini telah dimulakan sejak pemerintahan Sultan Muhammad Syah. Hukum kanun Melaka ini meliputi bidang yang luas termasuklah jenayah, mu’amalah, keluarga, acara, keterangan, adab alqadi dan undang-undang pentadbiran dan pemerintahan. Hukuman keseksaan pula berdasarkan kepada bentuk hudud, qisas, diat dan ta’zir.

Hukum Kanun Melaka telah memperuntukkan hukum Qisas dalam fasal 5:1,3 , 8:2,3, 18:4, dan 3. Antaranya ialah berkenaan dengan pembunuhan dengan sengaja yang dilakukan oleh orang Islam ke atas orang kafir, orang merdeka ke atas hamba dan bapa ke atas anaknya. Hukum Kanun Melaka tidak mengenakan qisas bagi kesalahan-kesalahan tersebut.

Hukum Kanun Melaka memasukkan kesalahan melakukan hubungan sesama jenis (liwat) dan hubungan kelamin dengan binatang seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 43:5. Dalam Fasal 42 pula, memperuntukkan 40 kali sebat ke atas orang merdeka dan 20 kali sebat ke atas hamba yang melakukan kesalahan meminum arak. Dalam Fasal yang sama itu juga ada diperuntukkan hukuman bagi kesalahan berjudi iaitu dirampas semua barang perjudiannya.

Antara contoh lain iaitu hudud dalam Hukum Kanun Melaka yang meliputi kesalahan zina, qazaf, merompak, mencuri, murtad, dan meninggalkan sembahyang. Ini adalah sedikit dari contoh-contoh hukum hudud yang telah dijalankan di zaman dahulu yang pada masa ini telah digeruni bukan sahaja oleh bukan Islam, tetapi orang Islam sendiri yang takut kepada HUKUM yang dapat menjamin kesejahteraan sejagat ini.

~ Dipetik daripada www.hikmatun.wordpress.com