ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, November 19, 2009

Tauliah oh tauliah...!


Tauliah oh tauliah

Laungan Rasullulah agar ‘mengajar” agama Allah
Peringatan Allah agar 'menyampaikan' khabar gembira
Amaran JAIS agar di elak “mengajar hal-hal tentang agama'
Kecuali engkau bersijil, bertauliah...

Berat.
Entah bagaimana pula dengan ‘berdakwah’ nanti
Salahkah pula ‘taklimat’ kini
Melayu ber ‘forum’ mungkinkah terhenti
Lainkah ‘brainstorming’ itu dan ini
Dan tidakkah wajib Ibu-Bapa mendidik anak, tanpa sijil disisi?

Tauliah oh tauliah..
Sungguh, Kau buatan manusia


Kewarasan undang-undang di tayangkan.
ENAKMEN 1 TAHUN 2003
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI SELANGOR) 2003 BAHAGIAN X - PENDIDIKAN AGAMA ISLAM
Seksyen 119(2)(b)
Pengecualian Tauliah - mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang agama Islam di dalam kediamannya sendiri kepada anggota keluarganya sahaja.

4 comments:

  1. Dah termaktub dalam enakmen undang2 syariah negeri selangor ....Dr Asri sepatutnya memohon untuk mengajar so takkan timbul masalah. Kalau ada undang2 tapi takmo ikut tak perlu laa buat undang2. Ikut suka jerk laa .....

    ReplyDelete
  2. salam..

    dalam Al-quran menceritakan manusia pilihan menyampaikan di pasar2 juga.., bagaimana yer sekiranya pengetahuan manusia pilihan melampaui kebijaksaan staff JAIS..?Contohlah.. zaman nabi Ibrohim as menyembelih anaknya Nabi Allah Ismail, perlakuan menyalahi syariat...tapi N.Ibrahim cerita tauhid kepada Allah jua.....

    Al_furqan 20
    Dan kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu,melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cubaan bagi sebahagian yang lain. Mahukan kamu bersabar? dan adalah Tuhanmu Maha Melihat.

    Faroki
    Lembah Kelang

    ReplyDelete
  3. Persoalannya sudahkah kita membaca ayat Seksyen 119? Baca Enakmen sebenar dan bukan baca akhbar atau blog?

    Apakah ibubapa kena mohon sijil untuk ajar anak mereka sendiri fiqah atau rukun Islam di bawah pokok di taman kampung?

    Jawapannya YA- ibubapa nampaknya juga kena ambil tauliah kecuali anak mereka di ajar DI RUMAH.

    Baca, jgn tak baca salinan sah Enakmen 2003. Alham.

    -Shali- Rajamenangis.

    ReplyDelete
  4. salam hormat kepada kekanda shali yang saya hormati lagi saya kasehi;

    ini bukan soalnya akan 'tauliah',

    ini soal 'tertib'.

    di ulang sebutan, 'tertib',


    salam hotmat, salam penuh kaseh dan sayang,

    ReplyDelete