ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Monday, November 23, 2009

Raja Melayu perlu dalam era tak menentu


Rakyat, barisan kepimpinan disaran pelihara kedaulatan raja

SHAH ALAM 23 Nov 2009. — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar seluruh rakyat dan barisan kepimpinan sentiasa memelihara kedaulatan Raja dan undang-undang agar segala kejayaan yang dikecapi dapat terus dinikmati oleh generasi akan datang. Baginda bertitah Raja Berdaulat yang memerintah adalah pelindung atau payung kepada rakyat agar mereka di bawah naungannya tidak teraniaya oleh mana-mana pihak.

"Ketiadaan kedaulatan Raja akan menyebabkan tiadanya satu kuasa yang boleh menjadi benteng terakhir terhadap unsur-unsur yang ingin memecahbelahkan perpaduan rakyat dan keutuhan sesebuah kerajaan,” titah Baginda di Wacana Kedaulatan Raja - Warisan Yang Mesti Dipertahankan” di sini hari ini.

Tiga elemen penting iaitu rakyat, kerajaan dan Raja tidak boleh dipisahkan dan umpama anggota tubuh badan yang mana setiap satu menjadi tunggak kekuatan anggota lain dan jika dipisahkan akan mengakibatkan kepincangan yang nyata, titah Sultan Selangor. "Kedaulatan Sultan Selangor hanyalah diperolehi jika rakyat Beta hidup dengan aman, makmur dan harmoni serta kerajaan negeri Selangor ini membangun dengan pesat, maju serta dapat bersaing dalam dunia global.

Perhatikan apakah pandangan Tan Sri Prof Khoo Kay Kim di sini:
www.advocatesandsolicitors.blogspot.com/2009/11/malaysia-sultans-needed-to-ensure.html


(C) Bernama 2009

0 comments:

Post a Comment