ANDA TELAH SAMPAI KE LAMAN SEJARAH YANG UNGGUL DAN HEBAT. UAR-UARKANLAH BAHAWA ANDA TELAH MEMBACA ARTIKEL ATAU MENONTON VIDEO DI SINI

Thursday, November 26, 2009

SEJARAH MODEN KUASA SIAM DAN UTARA TANAH MELAYU

Perjanjian Burney adalah satu perjanjian ditandatangani antara Siam dan Pihak British pada 1826. Ia mengakui tuntutan Siam keatas empat negeri Melayu utara iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu. Perjanjian ini selanjutnya menjamin pemilikan Pulau Pinang bagi British dan memberikan hak kepada British untuk berdagang di Kelantan dan Terengganu tanpa ganguan Siam. Keempat-empat negeri Melayu tidak diwakili dalam rundingan perjanjian ini.

Pada tahun 1909, pihak dalam perjanjian tersebut menandatangani satu perjanjian baru yang menggantikan perjanjian 1826. Perjanjian 1909, dikenali sebagai Perjanjian Anglo-Siam 1909, atau juga sebagai Perjanjian Bangkok 1909, memindahkan keempat-empat negeri Melayu daripada Siam menjadi wilayah British.

Jika pembaca budiman mempunyai cerita yang menarik berkaitan hal diatas, besarlah harapan kami jika dapat berkoggsi cerita sejarah tersebut.

0 comments:

Post a Comment